Monday, January 30, 2017

MALAM SEBELUM START KEJE.

First entry masa awal bulan, ni aku kira entry akhir bulan. Walaupun esok ada lagi berbaki satu hari.
Baru nak on laptop, cuba bayangkan.
Tengah2 duduk dekat sofa, belakang sofa ada tangga, tiba2 boleh dengar bunyi tapak kaki menaik.
Kejap2 kang menurun. Kejap2 kang bunyi macam loceng berlaga2 tiang tangga.
Melilau sekejap mata aku ni.
Lama2 dah biasa hadam bunyi2 macam ni.

Jiran sebelah, bangsa cina.
Ada bela anjing. Agaknya anjing dia tengah lari2 naik turun tangga.
Oh satu lagi perihal jiran yang aku kurang gemar.
Kalau bercakap, masa dia berada dekat luar.
Suara dia MEMETIR.
Macam terpanah2 telinga aku ni ha.
Kuat la sangat.
Woi ko nak satu kampung dengar suara ko ke hapa??
Bengang sikit dekat situ.
Setiap kali dengar suara dia, darah naik. ha ha ha

Tiga hari cuti, lemas gila.
Penat otak aku memikir.
Rasanya tahun ni tahun banyak memikir.
Paling utama, dok pikir kemana hala tuju.
Apa future plan.

Apa, apa, apa..
OMG. Pening sudah.
Esok start keje balik.

Semangat yang hilang.. datang la.
Fikir yang baik2.

Sunday, January 8, 2017

AKU KEMBALI.

Lama betul aku tak update blog.
Ada masa sikit nih, meh la kita coret sesuatu.
Last entry, tahun lepas entah bulan berapa kan. Hoi betapa lama dah. Lupa semua.

Jadi tahun ni meh la kira merajinkan diri tulis sesuatu. Azam 2017. Mudah-mudahan betul2 rajin lah.

Oh nak bagitahu juga. Antara sebab aku jarang update blog, applikasi blogger ni tak boleh access guna phone lah. Pelik juga, bila update apps, still tak bole. Kalau boleh pun, bahasa dia, tak bole detect bahasa melayu. Tulis2 asyik la error je. Terus putus asa. Lupakan blog sekejap.
Sebab lain: ada instagram. Lagi senang upload picture, bubuh la caption sikit.

Orang kata zaman berubah. Tapi aku yakin, blog still relevan lagi. Sebab keyword yang orang search dekat google still link dekat blog2.

Tu sebab la akhir tahun lepas, aku banyak terima call bertanya pasal servis cuci rumah. Seriously sampai letih aku nak menjawab. Aku takde buat servis cuci rumah, dorang ni semua tak baca habis entry blog aku, nampak nombor telefon je terus manjang call. Betullah orang malaysia malas membaca. Eh tapi bukan orang malaysia je la, ada sorang caller tanya if aku nak pakai orang untuk cuci rumah. Dia mau kerja katanya (orang indonesia) fuh.. tepuk dahi sekejap. Tolong tolong. I pening lah macam ni.

By the way apa azam baru uollss...
Azam baru aku banyak. Dah siap2 tulis dalam planner. Beli planner mahal konon nak memotivasikan diri untuk rajin tulis apa azam baru. Oh tahun ni jugak kene buat banyak action untuk memotivasikan diri sendiri, dan jugak menggembirakan diri sendiri. Sapa lagi nak buat melainkan diri sendiri kene usaha, ye tak?

So hari2 mesti kene spend atleast 5-10 minit tengok planner, muhasabah diri.
Dulu beli planner duck, tulis sekerat2 je, lama2 mereput planner tu kat sudut meja.
Now pakai paperdorable, huh lagi mahal dari duck, jadi it's a MUST. Atleast tulis sesuatu.
Nak berangan apa pun bole dalam tuh, ha ha ha

Tahun ni tahun berjimat jugak, as usual. Cakap je nak berjimat.
Nanti kang ada je gatal tangan beli itu la ini la.
Ni baru awal bulan January ni, tak tahu la kot2 ada barang sampai minggu depan ke.
Tapi hati aku kuat cakap : JIMAT.
Jadi apa yang aku buat skang ialah:

1. Jangan kerap tengok Instagram jual2 barang. Bag ke,baju ke, cosmetic ke, he he.I jual seqybeauty, tapi kadang hati menggelitis juga nak try brand lain, Tak salah kan. So IG biz tengok dua hari sekali ke, empat hari sekali ke. Kalau tertengok dan terdetik hati nak beli, sila tampar muka sendiri lepas tu tanya, ni keperluan ke atau kehendak. If kehendak, bole blah ha ha ha. Bajet kuat..

2. Jangan letak banyak duit dalam akaun Maybank. Ko tau la kan banyak seller pakai akaun MBB ni, so senang transaksi antara bank. So jangan letak duit banyak2 ok. Sebab kalo ko nak transfer interbank instant (entah macam mana terms dia) nanti kene charge, so aku nak jadi kedekut sket lah. Even duit cod seqy pun aku simpan je dulu cash, masa nak restok barang baru terkial2 bank in.

Azam lain: nak konsisten masak weekend.
Dulu2 aku memang masak, setiap hari. Even balik keje pun bergegas masak.
Now, aku balik keje da tak larat nak masak. Penat woi.
Encik suami la masak, goreng mee hoon, goreng kue teow, ada masa kita makan luar jugak.
So weekend, aku berazam nak masak. Dulu2 weekend pun bantai makan luar, haih.
Now weekend aku MESTI masak. Sebab hari2 biasa encik suami masak. Sebab lain, balik pada azam no satu tadi, BERJIMAT.
Dah nak dekat 5 tahun kawen, macam2 dah berubah.
Ha ha ha

Ok tu je dua nak tulis dulu.
Kang tulis panjang2 lagi seumpama membebel dah.

Orang depan rumah aku ni pindah keluar, Habis bersih rumahnya termasuk piring astro pun dia bawak skali, bakal dapat jiran baru la nampaknya ya.
Stop dulu. Sambung nanti. Daa....

Saturday, September 17, 2016

REVIEW FILEM 'TRAIN TO BUSAN'

Aku baru je habis tengok filem ni.
Tengok kat rumah je la. Tak tahu celah mana encik suami download. Memandangkan dah ada, kita layan saja lah.
Overall, cerita yang best dan mendebarkan. Zombie kot. Mayat hidup yang keje dia kejar orang, lepas tu jangkitkan orang lain melalui gigitan. Sapa tak dup dap dup dap.


Kisah macam mana penumpang train nak selamatkan diri dari zombie.
Pengorbanan seorang bapa yang sanggup terjun landasan semata-mata nak selamatkan anak dia, dia dah kene gigit masa bergaduh dengan satu zombie, jadi sebelum dia jadi zombie sepenuhnya, dia cepat-cepat letakkan anak dia kat tempat selamat, ajar perempuan mengandung tu cara nak handle train.
Pengorbanan seorang suami, rela digigit zombie semata-mata nak selamatkan isteri dia yang tengah mengandung tu. Kritikal sangat babak ni. Sikit lagi group dorang da nak sampai ke gerabak yang selamat, hanya satu pintu je yang memisahkan, tapi akhirnya si suami ni terpaksa berkorban.

Ada watak jahat. Nak kata jahat ke tak, tapi aku panggil jahat je la. Sebab sikap dia yang sangat pentingkan diri yang mana akhirnya memakan diri. Dah la tua. Siap kata dia manager apa tah. Haih orang macam ni pun ada yer. Tak guna sangat ditolong. Sebab dia akan amik kesempatan dekat kita yang ikhlas ni.

Ada babak sedih bila si anak menangis-nangis panggil bapa dia, ohoi mendayu-dayu ok. Walaupun tujuan utama si anak dengan si bapa ni, nak pergi ke Busan, nak bertemu emak dia, tapi sampai ke akhir cerita, kita tak tahu anak tadi tu dapat ke tak berjumpa dengan emak dia.
Aku macam ada pernah baca kat berita kononnya akan ada sekuel filem ni. Tunggu je la kalau ada.

Ok itu je nak tulis. Recomended la untuk korang tengok movie ni. 
Sampai jumpa lagi kat lain entry. Daa..

Wednesday, September 7, 2016

APA ERTI MESRA PELANGGAN UNTUK ORANG YANG KERJA FRONT DESK?

Kat mana-mana tempat kita pergi, mesti ada orang yang kerja bahagian front desk.
Umumnya orang yang keje front desk ni macam receptionist dan kaunter pertanyaan adalah tempat pertama sekali kita tuju bila kita ada persoalan nak tanya. So kita (biasanya) memang expect mereka ni serba tau la. Ikut logik, kita baru je sampai mesti la banyak benda tak familiar.

Lebih daripada tu, kita pun memang akan expect mereka ni MESRA pelanggan.
Sebab ada kemungkinan kita akan tanya pelbagai soalan. Dan jugak mungkin akan tanya soalan sama berulang-ulang kali. Cuma tukat ayat ke, tone suara ke. Lain orang lain gaya kan?

Tapi aku perhatikan, banyak orang yang keje front desk ni tak mesra.
Muka nak garang. Nada cakap nak mendatar je. Serius (konon).

Aku jenis orang yang serius juga. Tapi ikut keadaan la kan. Takkan ko nak tayang muka serius je sepanjang masa. Customer bosan ok.

Tak boleh ke bercakap dengan suara yang ada tone. Suara happy ke, suara senyum ke.
Raut muka, tak boleh ke nampak mesra, ceria.

Aku faham la beban KERJA mungkin banyak untuk mereka yang jadi front desk ni kan.
Tapi fikir la, awak tu mencerminkan organisasi awak bekerja, so muka kene manis sket yer..
Tolong lah MESRA pelanggan. Kerja dengan orang, bukan kerja dengan barang.

Sekian.

Tuesday, August 16, 2016

SET SKINCARE SEQYBEAUTY.

RM130? MAHAL?

Meh baca dulu.

Skincare Seqybeauty boleh tahan antara sebulan ke dua bulan. Bergantung banyak mana kita pakai.

Dua bulan = 60 hari
RM130 / 60 hari

So sehari hanya RM2.20 aje.

Sehari pakai 2 kali. Pagi dan malam

RM2.20 / 2 = RM1.10

Amboi apsal murah sangat ni...

Dengan RM1.10 ni apa yang kita dapat?

1. Menghilangkan jerawat, parut bekas jerawat dan JERAGAT
2. Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
3. Mengecilkan pori-pori
4. Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.
5. Menghilangkan parut di wajah
6. Menyegarkan kulit wajah.
7. Mengawal minyak
8. Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
9. Melicinkan tekstur kulit
10. Melindungi kulit dari sinaran UV

eh banyak sangat laaaaaaaaaa. Ni baru saya listkan sikit je ni

Kalau beli dua skincare? RM240 aje
Lagi jimatttttttttttttttt

#AgenCeera
Wassap 019 762 7358 skang tau.



Wednesday, August 10, 2016

DEMAM POKEMON GO.

Hari ni sampai dua kali update blog, dah kenapa pula?? Rajin nau.
Ok sebab da start gian menulis kot. Kita tengok sampai bila- sambil mata naik ke atas.

Baru je lagi, demam pokemon go melanda malaysia. Haih haih haih.
Sebal pulak hati aku ni bila di ingat-ingat.
Masa pertama kali encik suami download dekat handphone dia.
Pertama kali dia tunjuk dekat aku cara permainan.
Of course ini requested la. If not, takde nya dia suka suki nak tunjuk, dan aku pun memang tak berminat la dengan game-game yang dia layan.
Tapi pokemon go, disebabkan publisiti meluas, ok fine, show me now.
Aku takde la sampai nak download dekat handphone sendiri,
Sebab bagi aku, banyak keburukan dari kebaikan.
Tapi bagi kaki game, pokemon go ni adventure, sebab kita kene bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi semata-mata nak tangkap pokemon!!

Motif pergerakan tu dah nampak bagus lah.
Yang tak bagusnya, boleh jadi berbahaya untuk orang yang extreme main ni.
Ralit sangat nak check lokasi pokemon sampai tak sedari eh eh eh rupanya kita dekat laluan orang ramai. Rupanya kita da berdiri tepi jalan. Rupanya kita mundar mandir depan rumah orang!!! Yang ni memang cari nahas ok. Itu kalau berjalan kaki.
Belum lagi yang naik kenderaan macam kereta, motor. 

Semalam aku teman adik aku cari kasut dekat Johor Premium Outlet.
Dalam kedai ada ramai orang. Itu normal la. Cari kasut kan.
Then aku prasan, ada orang jalan sana jalan sini. Bila lalu sebelah aku..
Aku kerling handphone dia.. Ooooh ko main pokemon go..
Nasib agak baik la sebab, sekarang ni kan style handphone skrin besar.
Jadi bila dia on pokemon go tu, mudah la nampak.
Dekat kaunter pun sama, ada satu lelaki satu perempuan.
Yang perempuan sibuk nak bayar, dah beli kasut, mesti lah bayar.
Yang lelaki tu, on pokemon go????

Rasa nak lempang tak???
Tak boleh tahan ok...Seriously.
Sangat mengganggu konsentrasi dan menyemak kan pemandangan.
Bila la kerajaan nak haramkan terus permainan ni??
Agak-agak ramai tak orang yang sama pandangan macam aku?

MEE GORENG MUTTON.

Lama dah tak update blog.
Rasa lepas ni boleh jadi rajin sikit lah. Semangat. Konon.
Aku da up gambar ni dekat instagram. Tapi lagi best kot kalao coretkan sesuatu dekat blog. Tambah kenangan gitu.

Disebabkan menu malam aku asyik la makan mihun mihun dan mihun. Selera kitorang laki bini da bertukar la. Nak masak kue teow atau mee kuning goreng. Dan aku pun da cuba banyak resepi. Ini normal. Sebab terlalu banyak cuba, then bila da rasa sedap dekat tekak, nak repeat masak, confuse eh pakai resepi yang mana eh. Hah sampai macam tu sekali. Jadi sejak bape minggu lepas, aku suh encik suami pulak try masak.

Baru ku tahu, berbakat jugak dia.
Boleh tahan sedap. Erk lebih kepada manja kot. Sebab bahan semua aku sediakan, dia cuma tukang campak2 dan kacau, even aku jugak yang merasa makanan. Tapi tak kisah la kan. Janji dia masak. So selama dia boleh diharap bab-bab goreng mee or kue teow, aku memang tak pernah la nak tengok in details sangat-resepi apa dia guna. Yang aku tahu makanan da ready by the time nak makan. Divaa la pulak.

Encik suami pun lebih kurang aku je. Setiapkali masak, setiapkali tu la belek resepi. So semalam aku nampak la apa dia buat, jadi aku agak, baikla aku tulis siap-siap dekat blog. So nanti boleh buat reference, just in case dia balik lambat ke so aku boleh la masak. Tapi take note ya- air tangan suami tak sama air tangan ister. Mata naik ke atas. Bling bling bling.

Tayang gambar makanan dulu. Menu dinner semalam. Mee goreng mutton dengan popia.


So bahan-bahan:
Mee kuning.
Bawang besar hiris halus-halus.
Cili boh- cili kisar
Telur 1 biji
Taugeh, Sawi
Daging yang dah di rebus.
Gula dan garam.

Bahan sos pulak:
2 sudu sos cili, sos tiram, kicap manis
1 sudu sos tomato

Cara masak:
Panaskan minyak, tumis bawang merah sampai wangi.
Masukkan cili kisar, masak sampai garing.
Masukkan bahan sos, kacau sampai mendidih.
Masukkan daging. Tambah air rebusan sikit.
Rasa, kalao tawar, adjust guna garam dan gula.
Lepas dah ok, masukkan mee kuning, kacau sampai sebati.
Ketepikan mee, masukkan telur, bila da masak, gaul sebatikan dengan mee, lepas tu masuk taugeh, sawi, sebatikan lagi. Siap.. Yeay.

Rasanya sedap dan manis, maybe sebab aku nampak encik suami tambah lagi air rebusan daging.
Walaupun tak setanding mee goreng mutton dekat Skillet, tapi ada improvement dari previous rasa mee goreng yang aku masak dulu.

p/s: lepas ni kene standby daging untuk masak mee or kue teow.