Saturday, October 30, 2010

HARGAILAH SETIAP DETIK YANG BERLALU

Setiap detik amat berharga, sebab kita tak akan melalui momen tu sekali lagi. Aku pernah dengar/baca ayat kat blog sapa tah..Aku tak ingat, tapi apa yang aku ingat, kata2 jalanilah hidup dengan gembira selagi masa masih ada..Sebab bila kita dah tak berdaya nak buat apa2, apa yang ada pada kita hanya kenangan. Tapi kalo time tu satu kenangan pun tak boleh kita ingat, nak buat macam mana??

Jangan terlalu bebankan diri dengan masalah yang entah apa2 dan tak mungkin akan selesai. Sebaliknya cuba lihat kehidupan dari persepsi yang lain,agar kita sentiasa gembira, ceria, dan bahagia. Memang kita tak mungkin akan dapat melupakan atau tak terfikir masalah/beban yang kita tanggung, tapi buat sementara bila kita gembira,ceria dan bahagia, kita seolah2 dapat satu semangat baru untuk terus berdiri teguh walaupun dalam hati-tak sapa yang tau.

Betul lah mutiara kata yang aku jumpa kat dalam satu buku- bila kita terlalu memikirkan kesedihan, kekecewaan, kegagalan, kita seolah2 terlupa sebenarnya ada banyak lagi kegembiraan, kejayaan dan kebahagiaan untuk kita.

Jadilah orang yang bersyukur kerana tak semua orang macam kita. Semua orang ada takdir tersendiri. Dan semua orang juga perlu terima takdir mereka.

p/s: Rindu masa lalu aku...

HANYUT..

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

p/s: layan habis lagu ni..lirik pun best

SUNGGUH AKU TAK FAHAM

Sepanjang hari2 aku drive kat tak kira la time aku pergi mana ke..aku selalu nampak skru atau ntah apa2 lagi bendasing la kat jalan raya.. Bila kita nak elak, terpaksa la kita ni masuk sikit line sebelah..Huhu kalau ada keta hah kene jaga2 lah, tapi kalo tak de kereta selamat la sikit.. Tapi kang kalau kita terlanggar, buatnya skru tu terbenam dalam tayar..haaaa tak ke haru..Pancit plak, dah jadi satu hal..

Memang aku pelik la..Tu belum masuk lagi lubang2 yang aku jumpa..Jalan tak rata sana sini. huish apa nak jadi. Rosak keta aku macam ni..Kat highway pun sama.. Time2 puncak-waktu nak balik keje time tu la nak tar jalan la..Habis keta aku bila kene tar punya batu tau..Hampeh btol la..Sabar jer.. MAcam2 hal..

p/s: tetiba takde mood nak sambung,kang tembah bengang pulak..hehe

Thursday, October 28, 2010

BILA DRIVE TU..SILA BERHATI2 LA..TAKDE LA AKU CEPAT BENGANG

Hari ni aku cuti lagi..hahah biasa la dah dekat2 hujung tahun macam ni la gaya nya..(huh kalau la orang lain tahu reason sebenarnya...) Tak pe la kan...

Hari ni jugak aku dah jumpa banyak driver yang memandu bagai orang gile yang tak tahu peraturan.. Memang buat aku bengang. Bukan hari ni jer aku jumpa drive type macam ni.. Sebelum2 ni pun ada gak..Tapi malas aku nak tulis haha.

Bayangkan la time2 kita tengah drive, kereta depan tu slow semacam jer..Padahal jarak kereta depan dengan kereta depan dia tu jauh sedepa! Huh aku tetiapkali jumpa kereta macam ni memang aku potong dan aku jeling driver dia..

Tapi bila aku da potong, ada ke patut nampak driver kereta tu tengah cakap2 kat hp..Adusss bawak kereta dah la lembab macam kura2.. Boleh pulak dia slow..

Aku still tak faham la orang2 ni.. Ada peraturan bukan nak ikut.. Dah terang2 penggunaan hp semasa memandu tidak digalakkan, jadi jangan la guna hp. Kan bahaya bila drive guna satu tangan jer, kalo cakap guna handsfree tak apa lah juga, ini tak.. nak juga pegang hp guna tangan.. Kalo susah2 berhenti je tepi jalan pastu teruskan bercakap2.. Huh

Benda kecik mcm ni pun nak kena ajar ke..Apa daa..

Tuesday, October 26, 2010

BILA TIBA TIME GAJI-PERKARA PERTAMA DIFIKIRAN,HUTANG

Ini biasa la. Time gaji jer..dok congak2 hutang barapa nak kene bayar bulan ni..Berapa nak saving..berapa nak belanja...Huhu berapa2? Pening kan...

Aku tengok zaman sekarang ni hutang memang jadi macam satu keperluan. Sebab2 nya:

1) Kereta- Zaman2 sekarang ni semua orang2 muda(termasuk yang baru bekerja) mesti beli kereta.haha Sebab kereta ni pun satu keperluan. Pilihan kereta pun skang ada macam2.. Ada yang saiz kecik,saiz besar.. Mampu milik la orang kata. Bila dah beli mesti la hutang bank kan. Kaya benar kalo ko beli cash..haha

2) Rumah- Ada juga jenis orang2 yang muda2 dah plan nak beli rumah. Aset kan..Time muda2 la kita nak kene kerja keras kumpul harta..(tak gitu) Rumah pun kalo beli, lagi la harga beratus2 ribu..Memang tak ada nya la orang yang beli rumah cash..

3) Kad kredit- Haaa ini memang bala..kuikuikui kalau penggunaan terkawal tak apa lah juga, Tapi takut2 terlebih guna, hmm nak membayar tu agak liat..Hish2(nasib aku belum ada kad kredit) Kad kredit ni patut guna untuk kecemasan jer..Bukan berbelanja berlebihan.. Nanti buat tambah senarai hutang jer..

4)Pinjaman pelajaran- Ini pun termasuk dalam list hutang.Ye la, dah nama pun meminjam..kene la bayar hutang kan.. Macam PTPTN, kalau peminjam tak bayar nanti macam mana PTPTN nak rolling duit untuk bagi pelajar2 baru..Ish2 kesian..

5) Personal loan- Ini pun masuk dalam senarai hutang gak.. Macam2 sebab orang buat personal loan ni..Tak kira la dengan bank2 ke atau pinjam along/ceti haram..Isk2

Itu list2 hutang yang aku rasa penting..Maybe ada lagi kes2 yang memerlukan kita berhutang kot..Apa boleh buat kan.. Living kos zaman sekarang ni memaksa kita ber'HUTANG' Kalo tak, susah la hidup kita..

Yang penting kita bayar..Heheh Pening kan...

JUJUR...SUDAH HILANGKAH MOOD MENULIS BLOG?

Lately ni aku jadi malas plak nak update blog. Online sekadar baca blog orang lain, then baca sehabis2 baca.. Pastu check mail, facebook pastu tdo-tapi sempat lagi layan borak dengan mydear..hahaha

Pelikk..Dah hilang ke mood nak ber'blog'? Rasanya sebab aku terjumpa komen2 orang lain dalam entry sebelum ni kot yang buat moral aku down-lantak la,aku dah selamat delete pun segala2 komen.. Tak suka tak apa lah..Lainkali tak payah baca lagi..Huh Tapi nak buat macam mana kan.. Terpulang la pada persepsi masing2.. Macam aku gak -kalo aku tak suka seseorang, seseorang tu tak boleh la nak paksa aku suka dia kan..Nak buat macam mana, dah aku tak suka.

Benda2 ni semua buat aku terfikir satu hal. JUJUR.. Penting sangat ke jujur dalam kehidupan, Jujur dalam perbuatan, jujur dalam perkataan,jujur dalam perasaan. Penting sangat ke? Bukan la bermaksud kita perlu bersikap hipokrit tapi realitinya memang selalu kita hidup berpura2..Kan3? Betul tak?

Jujur dalam perbuatan-kadang2 sampai kita disalah anggap. Terlebih baik sangat,mudah ditipu.. Sama juga kalau lurus bendul sangat, mudah diguna2kan.. Kiri salah ke kana salah.. Semua serba tak kena. last2 kita juga yang menjeruk rasa..Tak tau sampai bila..

Jujur dalam perkataan-kadang2 sampai hati kita yang sakit,bila dengar2 hal yang bukan2-perli, sindir. Mulut tempayan boleh la ditutup, tapi mulut orang?-meh sini aku cili2 kan..hahaha Ada sesetengah orang yang bila bercakap ikut suka, tanpa nak fikir perasaan orang lain. Tapi hati dan perasaan dia nak pulak orang lain jaga!-adil ke macam tu..

Jujur dalam perasaan-kalau nak dapatkan sesuatu,kita kena korbankan sesuatu.. Kadang2 orang tak tahu apa yang kita rasa..Hati kita, perasaan kita-hanya kita yang tahu..Hmm letihnya melayan perasaan.

Kesimpulannya, kebenaran memang menyakitkan..Tak ada cara lain, nak tak nak kene hadapi juga. Cari cara untuk atasinya. Hehehe

p/s: layan drama Asmara jap.

Sunday, October 24, 2010

JALAN2 HUJUNG MINGGU

Hari ni aku lunch kat malay village kat nusa bestari..Selalu aku makan kat malay village kolam air. 1st masuk2 tengok interior dalam dia..Ok juga ni kalo buat welcoming/farewell dinner. (To be considered). Menu kitorang..macam biasa- siakap 3rasa,tomyam campur/sotong goreng tepung & fresh orange 2..Fuhh makan berdua tapi pesan bagai nak makan berlima! hahaha

Memula tomyam sampai..hmm okey jer..mangkuk pun kecik jer..Pastu air sampai..Sedap juga ye la fresh orange..haha Then nasi, lepastu siakap...pergh besar btol ikan siakap dia..Aku makan berdua jer..Kagum giler aku..Kot2 ye pun waiter tu consider la letak note kat chef tu ke-guna ikan saiz kecik jer...Ini dia bantai ikan besar...Tapi tak pe-mydear confident boleh habiskan..Huhu tu pun bila aku kata nanti singgah kat jusco bukit indah,ada ke mydear bagitau-nak beli paparoti..Aduh2..baru je makan nasi..Hish..Tak lama kemudian, sotong pun sampai...Apa lagi..kitorang pun makan la dengan sesungguhnya haha kerana disaat2 itu sememangnyer perut lapar..Mydear pun kata dia tak amik breakfast..Layan...

Tapi kesudahannya memang tak boleh habis pun ikan siakap tu..Sebab aku tak makan sangat..Mana nak makan tomyam lagi, sotong lagi..Mau gemuk kalo selalu makan macam ni..Kuikuikui

Next destination, Jusco bukit indah..Aku jalan2 jer..sambil teman mydear survey jam..(dari hari tu dok survey2 still tsk jumpa yang berkenan..Isk2 Kat jusco aku beli kotak jer, untuk letak buku2/novel2 aku tu..tak la semak sangat meja solek aku dengan buku. Meja komputer aku pun aku letak buku gak..So dengan adanya kotak2 ni aku terus kumpul segala buku2/novel2 kat kotak..Pastu letak tepi..Senang sikit..lapang ruang..

Keluar jusco aku da tak tau nak pergi mana..So jalan2 jer la,pusing2 kawasan nusajaya. Cantik2 gak rumah2 kat kawasan tu..Hmm Agak2nya bila la aku leh beli rumah macam tu ehh..Haha angan2 tinggi..Takpe..tetapkan sasaran dan mulakan usaha..Insya Allah

Kejap lagi aku nk iron baju kerja..Hmm Esok dah kene kerja..Takpe la..Apa boleh buat...Tanggungjawab tak boleh diabaikan..Semangat2..Malam ni aku kene siap awal sebab aku nak layan citer 'taubat nasuha' kejap lagi.. Walaupun aku dah pernah tengok-aku still nak tengok lagi..Hehehe

p/s: Sebenarnya aku nak baring2 kat katil..Ngantuk plus penat..Tak tau kenapa..Hmm

Saturday, October 23, 2010

INI BLOG AKU...YANG KO SIBUK2 KENAPA??

Prinsip hidup aku, aku punya suka la apa yang aku nak buat. Asalkan aku tau yang aku tak ganggu hidup orang. Tapi, aku tak faham la dengan sesetengah orang. Baru je tadi aku perasan, ada entry aku, orang yang tak dikenal dok comment macam2.. Dah la aku tak tau sapa...Nama pun tak letak-annoymous jer...Sukahati aku la nak tulis apa dalam blog ni..Ini blog aku.. Ada aku susahkan ko ke?? Hmm kepada annoymous tu...sorry la eh kalau tulisan aku ni tak bagus ke atau tak de input apa2 pada ko.. So thanks la sebab sudi baca entry aku tu. Dan aku dah delete pun comment ko. Mulai saat ini, jangan membazir masa baca/jenguk2 blog aku..

p/s: Aku bila blogwalking blog orang lain, suka ke tak suke ke entry blogger tu..aku baca jer..Takde pun nak tinggal comment ke hapa ke,Kalo ada pun sure nyer comment yang membina, bukan memusnah.

Friday, October 22, 2010

PONTENG KERJA...KETENANGAN YANG DICARI MASIH BELUM DITEMUI

HAri ni aku tak pergi kerja.DAri semalam lagi mindset aku dah kata-esok aku nak cuti. Jadi eventhough aku bangun awal hari ni (kol 530pagi), semalam aku pun tak apply cuti(lately ni aku jadi ikut rules plak, apply cuti dulu baru cuti) aku tetap tak nak pergi kerja..Hahahahh Lantak ko la..kuikuikui

So pagi2 aku buat la rutin biasa (macam hari sabtu)..Basuh2 kain..Then sidai kain..Skang ni kan time jerebu-fuh..terukk wooo kabus nampak dimana2..Bau asap plak tu..Huh JAdi aku plan nk sidai kain kat depan jer..Sambil2 sidai kain tu aku nampak la ornag hntar anak kat sebelah rumah aku.Almaklum la sebelah rumah aku kan taska-tempat jaga anak2..Aduiii ada drama syahdu plak pagi2..Kesian aku nengok budka pompuan tu nangis2..Time mak dia bukak pintu keta jer..dah dengar budak tu nangis2..Agaknya tak nak pergi taska kot.. Ish2 mak dia pun pujuk2 la sikit2 Last2 cikgu taska tu dukung amik bawak masuk terus.. Sampai mak dia dah pergi pun aku still dengar suara budak tu menangsi lagi..waaaaa

Kesian kan..Kat budak2 zaman skang ni.Tapi apa leh buat, dek kerana living cost yang makin tinggi so dua2 mak ayah kene kerja sekali..Kalo tak, huh mana nak cukup kalo tinggal kat bandar2.. Isk2.Aku ingat jauh disudut hati mak2 (yang terpaksa tinggalkan anak kat taska/pengasuh) mesti sedih & risau bila dok fikir anak dorang..

Lepas siap semua, aku plan nak pergi jusco bukit indah.1st plan nak pergi angsana..Aku nak cari seluar slack hitam-bukan seluar jeans tau.Seluar slack.. Seklai aku masuk kat jusco..Semua pattern tak sesuai la dengan aku..Hahah aku tak nampak satu baju seluar yang berkenan pun..Baju apatah lagi(wowo terasa lama dah macam tak beli baju baru-sampaikan aku lupa baju yang macam mana high favourite aku)..Angsana juga yang best..hahahha Esok2 jer la...

On the way pergi jusco tu, biasa la aku tengok2 sekeliling..Rupanya sebelah jusco tu nak buat bangunan hotel!! Pergh membangun sungguh bukit indah tu ehh..Hotel GRANADA kot nama dia..Aku pun tak boleh baca signboard dengan fokus sebab drive kan..Kene pandang gak depan kiri kanan..Construction tu betol2 sebelah McD.Nanti bila siap, senang la penghuni hotel tu, boleh g jusco bukit indah..Dekat2 sebelah tu ada tesco, kalo bosan nak beli barang2 murah boleh pergi kat giant..Haha

Dan lagi, time aku drive tadi aku nampak satu keta depan tu bawak slow gilerr...bapak slow la..Mercedes plak tu..Sekali bila keta tu buat u-turn aku tengok2 tup2 pompuan da...Siap merokok lagi..Pergh..Aku rasa chinese kot..Tak patut la kan pompuan merokok. Eeeee akal pendek...

Aku kat jusco kejap jer..Tak sampai satu jam pun..Kedai punya lah banyak tapi satu pun tak menarik hati aku ni..(cett tak tergugat pun) Time nak balik, dekat2 simpang ke rumah aku,Oppss ternampak van NK rubber..Hahahah tu supplier aku...Huhu AKu tak pernah pun pergi NK rubber..tak pernah pun jumpa van ke lori ke sebelum ni dekat2 kawasan rumah aku walaupun sebelum ni ramai yang kata NK rubber ni dekat2 rumah aku..Tapi tadi boleh terjumpa plak..Hehhehe

Hmm begitulah kehidupan aku (sehingga saat entry ni ditulis) hari2 seorang yang tak ada kerja..
Kejap lagi aku nak sambung baca buku la.

Thursday, October 21, 2010

JEREBU

Lately ni jerebu makin teruk aku rasa.. Nampak macam kabus kat mana2..Ala2 mendung jer..Apa nak jadi la..Aku sebenarnya tak tau sangat apa puncanya. Tapi yang aku tau kat Muar misalnya memang dah kene tutup da sekolah2..sebab jerebu teruk sangat melanda..Siap jabatan kesihatan hantar bantuan beberapa ribu topeng utk diagih2 kan pada penduduk terutama budak2 sekolah..

Aku pun kadang2 time keje heran gak..Nampak kat luar macam kabus ala2 nk hujan. Tapi tengok2 jer tak hujan pun..Cuma tadi ada hujan sekejap. Pagi tadi..Bila nampak hujan jer..tetiba aku rasa syukur sangat2..Aku suka bau hujan..Hahaha Macam bau embun kat rumput..Terasa damai jer kan...

Hmm bila musim jerebu ni, mula la kesihatan kene jaga2 sikit..Batuk2 la, selsema la..Hmm mintak dijauhkan la..

p/s: Esok malas nak keje..Kuikuikui amik cuti boleh tak?? (ye ye jekk)

Wednesday, October 20, 2010

KERJA-REWORK

Hari ni pengalaman baru bagi aku. 1st time aku join rework kat kilang aku ni ha..Fuh..boleh tahan..Sebenarnya aku memang tak suka rework dan aku sejujurnya betol2 tak faham kenapa setiapkali ada model kene rework RND kene join sama.Hmm menyampah btol la. Tapi tak pe la, kali ni aku setuju jer nak join rework. Lagipun sebelum ni aku belum pernah join lagi, then ini la masa aku nak tau cemana kerja jadi operator kilang..Haha

Memula memang aku tak reti nak buat apa.Tengok semua laju jer..Tambah plak bukan model yang aku jaga-model lain, Of coz la aku memang sepatah haram tak faham.Tapi orang2 kat situ la kira baikhati (erk dorang baikhati ker atau aku yang baikhati sebab nak tolong rework??? hahaha) So kira aku boleh la tolong2 sikit. Nasib baik aku buat bahagian packaging. Kira last proses la. Lepas semua siap, so aku kene packing balik. Time tengah2 nk mula packing tu ada plak mamat tu sound aku suh bukak gelang yang aku pakai dan jam tangan juga..

Huh, jangan harap aku nak ikut. lagipun aku bukan direct touch dengan product.. Aku kata tak payah bukak aku leh jaga btol2..Dorang concern kalo2 cincin aku ke,gelang aku ke termasuk dalam packaging tu sekali. Betul juga..Tak ke haru kang kalo tetiba ada market claim ada jumpa cincin dalam product..huhu Tapi ye la..Aku kan suka buat rules sendiri..kuikuikui

Pastu lelama ada plak subcon member yang perasan-maybe sebab gelang aku ni bunyi2 kot(loceng ada dua lagi)..Dia suh aku tanggalkan gelang & jam tapi aku balas cakap kat dia aku tak nak bukak gelang.Tetiba dia bagi glove..Cettt macam haram toll.Pakai glove lagi susah aku nak buat kerja. Glove tu besar la aku rasa...Jari aku asik2 terkeluar jer..Last2 lepas rehat aku tak pkai terus,haha sukahati aku tak? (eleh untung aku nak join rework, kalo aku blah macam tu hah kelamkabut ko..tak cukup member)

Hmm kesimpulan nya, aku rasa beruntung sebab aku kerja kat opis. Sebab kalo jadi operator, fuyooo penat wooo..Kerja berdiri sepanjang masa. Kene cepat dan cergas(tak bermakna aku ni lembik dan lambat).. Dan lagi aku memang tak boleh masuk la bila minah2 ni macam boo kalau satu section silap buat ke or lambat ke...Memang tak masuk la aku gaya keja macam tu..Huhu

Lagi satu-kerja boring!! dari pagi sampai petang asik buat benda sama jer..Huhu memang tak boleh handle la..Hahahah

Tuesday, October 19, 2010

LAMA NYA TAK UPDATE STORY

Dah bape hari aku tak update blog ni..Sebab

1) atok aku masuk hospital-sakit hepatitis A,B,C
2) internet connection kat rumah aku ni macam haram.. bengang btol la..apa tah dah jadi dengan internet connection ni

Hari ahad lepas aku balik kampung..Ikut plan mak aku memang aku satu family balik kampung tengok/lawat atok aku.Tetiba tup2 dapat call kata atok aku masuk hospital..Fuh...Kitorang terus balik kampung direct turun kat hospital.. Atok aku still kat hospital lagi skang ni(tika entry ni ditulis) So aku doa jer la yang terbaik untuk dia..

Lately ni plak (sejak aku balik dari kampung) internet plakk makin slow motion..(pergh ini boleh menaikkan kemarahan ni) Aku rasa nak bakar je bangunan TM..Hahahaha Nak online malam2 susah gilerrr..Perlukan tahap kesabaran yang tinggi.Huh (aku kan hot tempered person)

Keje aku lately ni (lepas model RU dapat MPA) pun dah macam kurang..Hahah Sebenarnya aku dah makin hilang mood nak keje..Wowowowo isk2 sensitif ni issue ni..Kuikuikui

Hmm sebelum internet connection ni failed lagi..stop dulu la..
p/s: nak layan citer Asmara jap..

Saturday, October 16, 2010

JALAN2 SEMPAT LAGI JUMPA MYDEAR...SHOPPING TIME

Hari ni aku memang pergi angsana lepas hantar adik aku pergi keje..Hmm perfume punya pasal..SO aku gagahkan diri la juga walaupun selsema, badan pun macam panas2 jer..Hahahha Jadi aku beli la pefume ni..Mula2 ingat nak beli yang sama macam dulu tapi akak yang jual tu kata jenis yang dulu dah tak ada stok..Maka terpaksa la aku beli yang baru..Disebabkan aku ni selsema(deria bau pun agak kureng) aku pun tanya la kat akak tu bau mana yang paling dekat dengan bau yang aku pernah beli dulu..akak tu pun suggest yang ni..Jadi aku pun try lebih kurang and aku pun beli la.. Harap2 ok la baunya nanti bila aku pakai..

PAstu aku masuk gak kedai bodyshop..Memang aku plan nak beli body scrub..Siap aku surf website lagi..(punya la malas nak survey kat kedai-sebab sales girl dia slalu mengekor mana kita pegi, nak pilih barang pun tak selesa) Aku pun tengok2 la body scrub tu..Bole tahan gak(harga nya RM60) Sebab aku ni dah ingin sangat nak beli-dari dulu lagi dok berkira2 nak beli- so aku pun beli la juga..Tapi tak sempat nak amik gambar la..Barang tu aku dah letak siap2 kat bilik air..Hehe

MAsuk2 jer angsana aku tengok macam biasa la ada jual2 beg2 & purse murah2..Wowo aku memang dah lama dok usha2 purse ni..Memang memula aku berkenan dekat purse style AD kat bawah tu..Dulu aku pernah pakai Rivival punya-leather lagi. Tapi cett sekali cermin keta aku kene pecah, kene curi daaa.. So bila aku nampak yang AD tu sejak pandang pertama lagi hati dah berkenan..MEmang berkenan habis la..AKu pun beli la juga RM99.90..fuh geleng2..Suka punya pasal...
(RM9.90)

Setelah 2-3 bulan aku pakai AD, aku tetiba berkenan plak purse style yang ada zip ni..Huhu Memang ngada2 betul la..Aku bila hati da berkenan, memang tak boleh tahan2 lagi Sebelum ni ada gak survey2..Harga dia semua dekat2 RM50. Dalam fikiran aku, purse aku ni elok lagi. Tambah plak aku baru beli harga RM99.90 plak tu..Tak kan la aku nak beli lagi satu..Sapa yang nak guna nanti. Aku bukan ada adik pompuan pun...Haha

Tapi kat angsana tadi aku jumpa purse atas tu harga RM9.90..pergh kalo aku tak beli memang rugi..Rm9.90 jer beb, tak pe la kan. Buat ada2 jer..Lagipun aku belum tentu berkenan dengan style macam ni. Biar aku test dulu, kalo serasi nanti aku terus guna la..

(RM99.90)

Haha aku nak juga rasa ada beza ke pakai purse RM99.90 dengan purse RM9.90..Hmm kita tengok nanti...

Mydear request aku suh tunggu dia jap kat angsana sebab ye la kirotang dah lama tak kuar jalan2..Sebab dia bz dengan kerja..plan kitorang nak jumpa esok tapi aku satu family nak balik kampung pulak..So..aku decide tunggu la dia kejap..(Sayang punya pasal kan..kalo mydear baca ni mesti kembang punya..haha)

Dapat la jumpa mydear, makan2 jap. pastu sambung borak2 sket..Pastu jalan2 cari jam. Dia nak cari jam tangan..tapi biasa la..anak bongsu ni kan macam susah sket..so aku biar dia buat pilihan jer la..Kang kalo aku pandai2 pilih takut dia tak suka plak...Tapi paling tak tahan tu berdegil nak jenama SEIKO tu..Huh bapak mahal..Satu utas jam tangan sama dengan sebulan gaji aku..Pergh..Dearrr ko mau kasi kopak poket girlfriend ko ke ha...(ada hati dia nak request jam untuk jadi barang hantaran..Huhu)

Hmm pening2..Hahaha Dear2..Macam2 hal..Ok la banyak plak cite aku taip untuk entry ni..Sambung next entry plakk (kalo ada la..hihi)

BUKU BUKU & BUKU LAGI...

Macam yang aku tulis semalam, ini lah buku2 yang sempat aku beli kat Aeromall kat senai airport..Huhu..Macam ni memang la tersangat senang..rehat2 kejap boleh start enjin pegi senai airport..Beli buku..Hahah..Ini buku motivasi bahasa english lagi..kuikuikui biasa aku buku2 english ni nk habis satu tahun pun belum tentu..(kuang3x) Tapi kali ni maybe sebab pengarang dia orang melayu, and mcam ada ala2 islamik sket..so aku try baca lah..(tapi belum start baca pun lagi)
Aku start baca bulu pengarang ni tajuk-kala cinta dan wahyu bersatu..tulisan dia memang best la..Lately ni pun pilihan novel2 aku ada unsur2 islamik so..Mesti baca lah semua tulisan dia..

Sama juga dengan buku ni. Ini kira jilid no 1 la, patut kene baca buku warkah cinta berbau syurga baru baca kala cinta dan wahyu bersatu..Apa pun..aku memang tak sabar nak baca..Tunggu jer lah..

p/s: Tadi aku pegi angsana aku tak masuk kedai buku pun..Takut nanti aku pergi beli lebih bayak BUKU lagi..Hahahah

Friday, October 15, 2010

LEGA...GEMBIRA...SYUKUR.....

Hari ni tetiba aku rasa lega teramat2 sangat..Rasa macam segala beban dah lepas dah...Hmm
Sebab model RU yang aku dok bengang2 tu akhirnya dapat MPA certificate tadi..Pergh...(tapi kalo still tak dapat gak tadi memang aku hangin gilerrr) Ye la model ni kalko xsilap dah berzaman dah kitorang develop, da setahun da..Tapi bnayak gile rproblem last2 minit..Sampai siap buat limited approval lagi..Aku xtau la...(Jepun2 tu pun satu gak..Bila da jadi macam ni mula la request macam2..Gelabah lebih..)Huh..Apa pun memang aku rasa lega sangat2..Sebab xde la lagi orang dok follow up kat aku...

Tadi waktu lunch (biasa la jumaat kan rehat lama) aku plan nk ikut kawna aku g senai airport..Dorang kata ada MPH baru bukak dekat situ..KFC pun ada siap..Dulu2 aku pegi belum siap macam ni lagi..Still construction..Sampai sana, wahhh body shop pun ada juga..Huhu memang sesuai la nam dia Aeromall..Tak lama lagi macam2 ada la tu..Tujuan utama aku ke kedai buku MPH, apa lagi, masuk jer terus nampak sebesar2 keadaan kedai buku..pergh..memang menggoda ni (Huhu bukan mydear je yang boleh buat aku tergoda, tapi kedai buku gak..hahahah)

LAma gak la aku pilih buku2..Kebetulan buku yang aku dah lama cari tu ada jual, apa lagi, aku pun beli la..Hmm kalo buka kedai jula buku pun ok gak yea..Hmm Sepuluh tahun lagi ehh..(ye ye jekk) KAt kedai buku tu aku tengok2 memang ramai la orang yang kerja kilang yang dekat2 area senai tu..Semua amik kesempatan ni(hari jumaat) nak keluar makan..Sebab hari2 biasa waktu rehat sekejap jer..(tu pasal aku kalo baizah call aku ajak makan lunch, aku rela amik hapday..Hahahah)

Hmm bermula la waktu aku membaca skang..nampak gaya aku kene stop beli buku dalam 2-3 bulan la..Sebab aku ada 2 novel yang memang aku baca tak habis2 lagi, plus 3buku yang aku beli tadi, belum campur 2buku motivasi yang aku beli dulu2...Huhuhu xtau la bila nak habis baca,begitulah aku -pencinta buku..Tak pe2..Nanti aku nak set up satu library la untuk buku2 aku..

Esok plan aku: aku nak pergi angsana.Sebab aku nak beli perfume Inspire tu..Sedap plak bau dia..Sampaikan ada ornag bagitau aku-dari jauh lagi boleh kenal bau aku. Tu belum lagi bunyi loceng gelang aku yang boleh dengar satu opis.Hehe..kadang2 malu gak aku. Macam kat surau, time orang nak solat, gelang aku bunyi2..Tapi apa leh buat..Aku pun memang suka bunyi2 ni..
Kat angsana lagi aku nk singgah body shop la..Hmm beli apa yang patut..Heheh

Harap2 menjadi la plan aku ni..Sebab kadang2 aku ni plan jer lebih..tapi tup2 cancel last minit!! Huh ikut perangai sapa la ni..Tapi rasanya jadi kot sebab perfume aku memang sudah habis..Kang nanti ada lak aku curi2 guna adik aku punya perfume kang..hahahha

Ok stop dulu..penat hari ni..Balik dengan hati yang senang..kerja pun dah habis..tetiba terfikir plak aku-Lepas ni aku nak buat kerja apa yea?? Tunggu.....

Thursday, October 14, 2010

BENCI BENCI BENCI

Hmm hari ni aku keje macam biasa jer..(seperti selalu) Banyak betol problem..Aku kalo dah malas nak layan, aku iyakan jer lah..suka hati ko..Tapi bila sampai satu tahap kesabaran aku dah hilang..Haaa Memang jahat jer mulut aku ni. Susah nak puaskan hati semua orang..Yang sebelah sana mahukan macam ni, yang sebelah sini dok bising2 kata tak boleh la, itu la ini la, nak yang macam tu plak.. uish..Kalo budak2 memang lama aku jerit2...Huhu

Hari ni aku join meeting dengan jepun2 tu..Huhu..Tak faham la..Apsal la jepun2 tu dok cakap bahasa jepun..Dah nampak rata2 member yang attend meeting tak faham bahasa jepun, boleh jer dorang bantai cakap jepun..Satu kebaikan orang jepun ni la-cintakan bahasa dorang..Lantak la apa orang lain nak kata..Jepun2 tu bukan semua reti bahasa english..Nak cakap pun payah..Tulis email kene sependek yang mungkin, Kalo korang tulis2 panjang(karangan bagai) huh jangan harap la dorang nak reply cepat2..Kene bagi kat dorang kamus kot baru dapat reply cepat..Da sakit hati dekat situ..Kadang2 benda urgent pun last2 minit baru nak confirm..Kalo ada kat sebelah aku, maunyer aku luku pale dia..Hahahah (giler melampau)

Hari ni gak aku dapat tau next week aku kene join rework..Sebenarnya dari dulu2 lagi bila ada rework aku memang naik jer suara aku-tanda2 aku malas nak join rework..Then biasa orang (atau aku yang pilih) letak turn aku last2 day..Hahah dan juga biasanya last2 day tu memang xde rework sebab dorang dah habiskan kuantiti semalamnya..Selamat aku..Tapi tadi bila orang tanya..Hmm tak apa la aku terima jer la tolong rework walaupun HATI aku SEBAL semacam..Dari dulu aku aku memang tak faham kenapa RND kene tolong buat rework??Ingat RND ni tak de kerja ke hah??Banyak lagi benda lain nak dibuat..Menyusahkan orang jer...Huh (gaya bengang tahap gilerr)

Hari ni juga aku waaaaa aku selsema..Start time kat opis tadi la..Malu plak aku nk bersin2 kat opis tu..Udah ler aku dok sebelah kipas..Haha kang tersebar la plak satu opis tu virus selsema..Kuikuikui Susahnya..Dah la stok tisu dah nak habis..Tinggal beberapa bungkus jer..Baru plan nak beli hari sabtu ni..Aduh duh..Sabar jer lah.

Itu hal yang berlaku hari ni..Hmm stop dulu..Lagi lama tulis lagi banyak plak cerita..Hehe

Wednesday, October 13, 2010

UNTUNG NYA JADI PENGEMIS..SILAP2 LAGI KAYA DARI ORANG YANG BEKERJA

Hari ni balik2 rumah jer..Macam biasa la aku makan2..Haha (tu yang first sekali aku kejar)..Sebenarnya hari ni aku malas nak stay opis nk folo up pe benda..Huh Semalam aku dah stay kejap..Pedulikan la apa nak jadi dengan model RU ni..Problem tak sudah..huh..Aku tengok bos pun xde, aku pun cha alif but la..hahaha Jalan cepat2 tak nak terserempak dengan dia punya pasal..Kuikuikui Haru juga mana tau kot kot dia terjerit2 nama aku ke nak tanya sesuatu..

Aku baca paper hari ni. Artikel tentang sifat rakyat malaysia yang pemurah..Rakyat malaysia memang pemurah, buktinya wartawan yang menyamar jadi pengemis pun dapat banyak collection..Tengok, sampai kita tak boleh beza sama ada orang yang mengemis tu betol2 memerlukan duit ke atau saja2 malas nak cari keje. (Ada juga orang yang sanggup mengemis daripada cari keje)

Orang yang semacam ni memang aku nak kutuk bagai..Dasar pemalas..Kalo badan sihat, pergilah cari kerja sana..Betul tak? Ni bila kerajaan ambil banyak foreign workers pandai pulak rakyat cakap, kerajaan tak nak bagi peluang orang tempatran bekerja..Tapi bila ada peluang pekerjaan(terbuka luas) tak nak pulak pergi kerja..Haru betul la..

------->>>> AKu memang hangin btol la..Entry ni penat2 aku taip panjang2...alih2 bila post, kuar sekerattt jer...MAmang hantui btol la server internet ni..Huh Tak de MOOD dah

Monday, October 11, 2010

PEREMPUAN DAN AKSESORI..LELAKI??

Perempuan memang banyak belanja kan..Setiap masa ada jer barang2 yang difikirkan penting untuk dibeli..

Muka: Compact powder, lipstik, pencuci muka, moisturizer cream(belum masuk day & might cream..fuh...)

Badan: Body lotion, body wash, body scrub(hmm baru nak masuk senarai), deodorant, perfume

Rambut: Shampoo, conditioner, hair serum(yang ni aku lama dah beli tapi pakai kejap jer...Hish,agak membazir)

Kaki: Foot scrub, foot spray(body shop punya jenama..sejuk jer bila spray kat kaki)

Hah banyak kan..kadang2 pening juga aku nak menggayakan..Semua ni keperluan..erk..betul2 semua ni keperluan..Aku rasa ni la unik nya pompuan..Guna banyak benda sekaligus..Tu belum masuk lagi kalo nk shopping baju2 ker..Haha kasut2 ker..Hmm lagi satu beg pun penting juga..Ye la, kadang2 nak juga bergaya handbag ikut kesesuaian function( tapi aku sukati jer-beg keje kadang2 aku bawak gak pegi jalan2..bukan apa, malas nak ganti2 barang2 dalam beg tu) Asal semua barang yang aku nak guna ada dalam beg tu..kira ok la pada aku..

Tapi aku rasa lelaki pun tak kurang hebat juga. Lelaki pun ada pencuci muka, moisturizer aku tak tau la dorang pakai ke xtak...pastu lelaki ada juga shampoo,hmm conditioner aku pun tak pasti pakai ke tak, pastu sesetengah dorang juga suka pakai bodywash (sesetengah juga pakai sabun yang bentuk bar tu-seketul2)..Aku rasa body lotion dorang tak pakai..(tapi aku kalo dalam keta pakai..Haa aku letak sikit kat tangan mydear..suh pakai sekali..hahah)

Lelaki pun pakai deodorant. Perfume pun dorang pakai juga. Hmm Pada aku sama jer..keperluan lelaki dan perempuan..Hmm aku da plan sabtu ni nak pegi beli barang2 sket(haa tengok...pompuan...ada jer barang nak dibeli..hish2) kuikuikui..
Beli barang apa..Hmm tunggu...

I'M IN HAPPY MOOD..WOW

(picture dari pakcik google)

Aku memang tak boleh tahan bila pagi ni, mood aku tetiba jadi happy..semacam...Hmm kenapa yea..Bila turun keta jer(time ni dah sampai kat kilang) aku rasa nak senyum2 sendiri..Hahah Alamak..habis la macam ni..Nanti orang kata aku giler plakk..Udah la nak masuk ke bangunan kilang kene lalu dekat smoking area tu (yang pastinya banyak lelaki tengah smooking dan juga bos2 jepun pun sebelum start keje dorang lepak situ..merokok gak.Pelik aku orang jepun merokok xde ke yang sakit2..isk2)

Tapi memang aku xble tahan..Rasa nak senyum jer..Huhu ni semua gara2 mydear la..Aduhai..angau betul la macam ni..Time ngantuk2 aku dengar suara dia cakap2 dengan aku..(padahal kadang2 bukan aku dengar sangat pun..Haha) macam lagu tau terngiang2 kat telinga..Dear2...hmm xpe la..Sudah la banyak cakap2..Pastu galak betul dia gelakkan aku..Hish..Dia lupa ke sapa yang dia gelakkan ni?? Hahaha buah hati dia gak..Hmm sukati lah dia..Yang penting ko gembira..

Memang aku xble lupa la...ada ke dia kata aku yang tergila2 kan dia...uish..(malu la aku mcm ni)..Habis tu dia tak tergila2kan aku ker? hahaha Budak ni memang nak kene..Siap la nanti...Next dating...Kene la...

Hmm lama dah xjumpa mydear.Plan nk ajak makan kat malay village la(as usual- kedai yang mydear suka) Tapi kali ni aku nak try branch yang kat nusa bestari..Sedap ke tak sedap..

Sebut pasal kedai makan ni..Last time waktu aku arrange welcome & farewell dinner kat damai village sebenarnya aku ada try minta quotation kat banafee village..Baru2 ni banafee village ada call aku tanya pasal dinner tu..Aku pelik la sebab aku rasa kau mintak quotation dah lama, since no reply from their side then aku just proceed ke damai seafood..But suddenly, dorang call tanya still berminat ke tak nk buat dinner (huh time ni aku dah start hangit..Dah la call aku time aku kat supplier) Aku expalin la kat dorang cerita yang sebenarnya..Boleh plak dorang kata staff yang deal dengan aku tu tak tulis tarikh..DAh tau tak de tarikh tak boleh ke call aku dulu tanya..Bukan aku xtinggalkan no phone..Haram toll..Last2 aku pun kata dinner tu dah lama berlalu,tapi tak pe bagi je kat aku quotation dulu atau apa2 pakej yang ada then mana tau next dinner aku suggest buat kat banafee village plak. Tetiba dia tak nak bagi dan kata tak pe lah..maybe kita berurusan lain kali.. Erk..aku jadi pelikk..Hmm Ahh..sukati la..Tapi aku berazam, nanti aku nak try makan kat sana..Apa sedap sangat ke makanan dia.Hmm..

Oit.. sudah lari dari topik plakk..Heheh Ok stop dulu..sambung next entry

Sunday, October 10, 2010

OKTOBER-BULAN BAHASA

Tadi time aku tengok tv..ternampak la satu iklan..Pasal bulan bahasa..bulan oktober ni bulan bahasa kebangsaan..Huhu aku baru tau..Slogan dia-Bahasa Jiwa Bangsa..hmm aku kan macam familiar jer dengan tagline tu..bahasa jiwa bangsa..Kalo tak silap aku time aku sekolah kat SSI dulu memang kitorang kene nyanyi lagu pasal bahasa jiwa bangsa ..

Hargailah bahasa kebangsaan kita..Dah tentu bahasa malaysia atau bahasa melayu..Haha..Kalau kita tak hargai,siapalah lagi yang patut kita harapkan.. Kita patut rasa bangga bercakap dalam bahasa malaysia.. TApi tak apa kalau kita nk bercakap dalam bahasa asing, cuma jangan la lupa asal usul kita..Melayu tetap melayu..

Thursday, October 7, 2010

BODY LANGUAGE @ BAHASA BADAN

PAgi tadi sebelum aku pergi keje aku sempat la tengok tv rancangan bual bicara bahasa inggeris dengan dato fadzilah kamsah tentang body language. Haha Sebut sekali lagi..Body language.
Orang kata 'Actions speaks louder than words' Hmm serupa la body language..Walau pun kita tak menterjemahkan dalam percakapan kita, tapai gerak gaya badan dapat menzahirkan apa yang kita rasa..(pergh..gaya macam pakar je..huhu)

Tu kalo ada orang tak faham lagi memang aku tak tahu la nak kata apa..Buta mata ke buta hati..Hmm

KERJA...KERJA....KERJA....SEMPAT LAGI SINGGAH OPEN HOUSE

Fuh...Letihnya badan xhilang2 lagi..Kelmarin & semalam aku terpaksa pegi tooling testing..Cett malas btol kalo nak diikutkan..Tapi apa boleh buat..Terpaksa juga la pergi..Dah tak ada orang lain yang boleh ganti..Kene buat approval on the spot untuk PP..Huhu NAsib kat supplier tu ada juga member satu kilang (group lain) tengah buat approval untuk tooling transfer..Tak de la aku terasa boring yang teramat2 sangat..

Sebab kilang supplier bukan macam kilang aku..(erk..baru terasa aku ni keje kilang..waaaa bila aku nak benti ni...)Hmm tu pasal la aku ni kalau nak pergi supplier macam berat jer hati..Haha Sambil2 tunggu part nk kuar..memang da terasa bosan da..Last2 tak boleh tahan, Time lunch aku drive pegi jusco tebrau city..(huhu dah tak de pilihan lain) Agak bengang la sebab aku terpakse masuk jusco dengan memakai baju kerja!! Uniform lengkap plakk tu..Ish2..Buntu betol kepala aku ni..MAsuk sana jer terus g toilet dulu..Haha Punya la memilih sangat tempat membuang..Haha

PAstu aku decide nak makan spagetti je la kat pizza hut..Sebab aku kan jalan sorang2 so aku pun tak tau nk makan mana..NAmpak pizza..Hmm terus makan la..Then aku pergi solat pastu aku gerak balik kilang supplier..Sampai sana ngam2 jer masa dorang baru nk start inject part..Hmm tunggu kejap..pastu check part..

Nak tunggu tukar color (dari hitam ke putih) pun makan masa dalam 1-2 jam gak..Huh kebas dah punggung aku ni..Dok kat sana..Dah la bilik sejuk...Hmm Sampai ngantuk2 pun ada gak..NAsib aku bawak mp3 player..Sumbat jer la kat telinga..Dengar lagu..Layan...

Dapat part color putih dlam kol 7lebih..Habis jer aku terus gerak balik kilang..Dah malam2 da ni..(padahal baru kol 7lebih) Ye la..AKu nk drive laju..Kalo malam kang nak lalau highway..Hmm Mata aku mcm kureng sket la..Haha Balik tu terus singgah hostel kilang..Sebab budak2 ni ada buat openhouse..Wow makan2 ni yang best ni..Aku rasa semua makanan yang ada..(bak kata mydear..jamah2 jer)haha memang kenyang la Sampai ornag yang datang tu dah bersilih ganti baru la kitorang terhegeh nak balik..Huhu..Memang meriah btol.. Thank you to ejod & lili sebba jempat akak ehh..

First time masuk kawasan hostel..Terasa macam zaman belajar la dulu2..Sekali lagi rindu zaman belajar..(mood sayu) haha

Anyway..malam ni aku penat sangat2..AKu nak tdo awal la(hmm boleh percaya ke) Esok macam malas nak keje..Haha Hmm MOdel RU ni bayak lak problem..Malas nk layan..Buat dak..sudah...

Tuesday, October 5, 2010

KENANGAN MUSIM PEPERIKSAAN

HAri ni aku rasa penat sangat..Ha ha..Huh ni semua gara2 tooling testing untuk model RU la..Rasa nak tumbuk2 orang la..Balik rumah dah pukul 9malam. Terus layan cerita Asmara sambil2 online & makan keropok..Hmm rasa lapar kat supplier tadi dah hilang. Aku pun rilekk jer..Selalu kalo lapa memang makan nasi punya..Tapi malam ni kemalasan mengatasi segala2 nya..Huhu (Betul gak cakap doktor..Kalo badan dah penat..memang xhingat nak makan punya..-tips untuk kuruskan badan..Haha)

Memang letih la..Dok tunggu tooling..Pastu check part..KAlo xsabar memang dah lama aku naik hangin..NAsib je aku fikir..Ini la keje aku selama ni..So nak tak nak kene la juga aku buat dengan sebaik2 nya..Harap2 mcm tu la..Aku da penat nak fikir..So bantai jer la..

Hmm pagi tadi time aku drive pegi keje aku dengar Hot chat kat hotfm pasal kenangan musim peperiksaan..Hmm kalau tak silap aku, PMR dah start hari ni..So goodluck la kepada sedara2 ke atau sesiapa je yang tengah amik PMR skang ni..

Sebut pasal kenangan time exam ni..Hmm aku tetiba teringat plak time2 aku exam dulu..PAling aku ingat time blaja kat U la..Heheh boleh kitorang satu group discuss jawapan..Haha Kitorang bukan meniru..Tapi cakap2 jer..bincang2..Haa kalo kene marah pun xde bukti..sebab kitorang xbawak nota ke apa..cuma cakap..CUma aku inagt ada satu ketika aku tuka2 ketas jawapan dengan kawan aku-tapi aku lupa subjek apa..

Heheh memang kelakar la. TApi ini tak bagus sebenarnya..Sebab suka2 hati jer..Cakap2 time exam..Hmm rindu plak zaman2 blaja(sekali lagi). Hmm memang tersangat rindu la.. Betul kata orang..Zaman yang plaling indah dalam hidup adalah ketika bergelar pelajar..

Monday, October 4, 2010

KALAU BERPACARAN

Lirik Lagu - Sohaimi Mior Hassan - Kalau Berpacaran

(Suhaimi mior Hassan)
KAlau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

(Korus)
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman

(Ana Raffali)
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihku disambar buaya

(ulang Korus)

(Altimet)
Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga ha ha ha
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

(Ulang Korus)

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
bertambah sayang (nanti konfirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)

---->> Hari ni dah 2kali aku dengar lagu ni..Sekali time aku drive pergi keje, pastu balik tadi pun aku ada dengar lagi..Haa Memang best la aku rasa lagu ni..Balik rumah terus aku search lagu ni download mp3 dia..Boleh masuk dalam mp3 player aku..

---->>Memang banyak message yang boleh kita ambil dari lagu ni..Memang xrugi layan..

Sunday, October 3, 2010

KENDURI KAWEN...JALAN2 TESCO KULAI


Hari ni aku pegi kenduri kawen kat kampung sri paya, kulai..Jauh gak..tempat ni..Aku bukan familiar sangat dengan kawasan kulai ni..Tapi bantai redah jer la..Kalo xcuba mana nak tau, ye tak..Nasib ada bantuan tambahan..GPS telepon adik aku..(bagus gak kalo ada GPS ni..)

Sampai2 sana jer..Fullamak..betul2 kampung la..Aku rasa sangat menarik...Dah la tu..Pertama kali aku pegi kenduri orang yang aku xkenal..Tapi nk buat macam mana...Aku dah sampai...Masuk dan makan jer la..Memang sorang pun muka aku xkenal..Sebab pengantin ni kawan adik aku..

Time nak balik tu..macam biasa la..Kene la bagi salam kerok kan..Xkan nk blah mcm tu jer..AKu pun dengan muka xmalu nyer jumpa mak pengantin, salam & bagi sumbangan..PAstu mak pengantin tu tanya aku ni kawan anak pompuan dia ke..Haha aku jawab la yer..Terus dapat nasi & lauk..Hahaha Padahal aku bukan kenal anak dia pun...kuikuikui

Balik tu aku decide nak singgah tesco..Masuk la aku ke tesco..Tak beli apa pun..Beli losyen jer..Pastu tengok2 and balik..Hmm penat la plakk drive..

Ni kejap lagi nak iron baju plak..Esok dah start keje..Xtau la keje apa aku nak buat esok..Macam xtau nk buat apa..Model RU ada masalah..Hmm semua benda pun delay..Delay delay delay..Hai xtau la..Kene sumpah kot model ni Hahaha

Tunggu je la esok macam mana..

Saturday, October 2, 2010

TENTANG AKU


Dah lama aku dok pikir hal ni..Tapi kalo xbetul xkan la orang cakap2/tanya2. Dah banyak kali juga orang kata muka aku ni kusut jer...Masam jer..Macam banyak problem. Ha ha
Sebenarnya orang yang cakap2 mcm tu belum kenal aku(kenal rapat)..Aku suke gelak2.cite2..heheh cakap2

Tapi tu la..Sebab aku ada satu perangai..Aku ni xsuka bersosial..Cakap bila perlu jer...Paling penting..selagi orang tu xganggu aku..Aku xde masalah dengan orang tu.. Dan memang aku cakap dengan seseorang bila perlu jer..Aku selesa macam tu..Lain2 hal aku xpeduli.

Bukan aku xreti nak tunjuk muka senyum ke..hepi ke...Kang kalo aku jalan2 sambil senyum, takut pelik pulak bila orang nampak aku..Ha ha..

Tak tau la orang lain boleh terima ke x perangai aku ni..Ah..sukati la..

RM0.20 UNTUK SETIAP BEG PLASTIK

Hari ni aku pegi jusco bukit indah..Hmm beli barang2 projek sikit dengan adik aku..(macam biasa la kalo aku xkuar dengan mydear..aku kuar dengan adik2 aku)..Sampai2 sana jer..terus pegi ke kedai barang yang kitorang nak beli tu..Tengok2 barang..Pikir2 then negotiate lagi..Pastu barula aku setuju nak beli..Setelah buat pilihan..Kalo boleh aku nak semua pilihan yang ada..Aku xsuke buat pilihan..Wow tamak x aku??

Lepas tu kitorang decide nak beli barang2 keperluan aku plak..Aku beli la shampoo, pastu aku beli rexona then aku nak beli shower foam plak. Tengok2 kat watson xde pun shokubutsu tu..Aku pun jalan la ke jusco..Nasib baik ada..So aku beli la..Sampai kat kaunter, aku bayar la harga shokubutsu tu..Di masa yang sama, aku tengok cashier tu letak jer shokubutsu tu atas kaunter..Xde pun nak bungkus2 ke hapa ke..Serta merta aku teringat!! Start oktober Jusco dah xprovide lagi plastic bag kepada customer dia..Alamak..(dalam hati) Pergh..xkan nak bawak mcm tu jer..Dah la aku memang xde prepared apa2 beg..Last2 aku mintak plastic bag kat cashier & bayar rm0.20..
Hmm bukan aku berkira nak bayar plastic bag tu..Ok jer pada aku..(tapi lenkali maleh dah nk beli barang kat jusco..hahah ye ye jekk) Satu hal yang aku rasa nak puji kat jusco ni, dorang btol2 buat kempen no plastic bag..Ye la kan save earth tu..Plastic bag nk walau kita tanam mcm mn sekalipun susah nak terurai..Tetap akan jadi plastic gak..Hmm bagus la kempen ni..

Aku tengok tadi kat jusco memang ramai la orang yang berbelanja kat situ dok bawak beg sendiri..Xpun guna shopping bag jusco tu.hmm Nampak gaya aku memang kene beli satu la shopping bag tu..Buat ada2 jer..Mana tau nk guna..senang nanti..

Ha sebelum balik aku singgah makan kat pizza hut..Fuh spagetti2 oh spagetti..Aku memang gile rla dekat spagetti ni..Hmm sedap2.puas hati..Tambah palk honey BBQ chicken wing..Lagi la...Nyam2..
Erk tapi tadi mydear bgtau aku dia pegi open house makan sate?? Alamak..Ini yang jeles ni..Xble jadi ni..Sate pun aku suka makan gak..Haha makan2..Wow habis la mcm ni...

Friday, October 1, 2010

MARAH2...ENTRY YANG PENUH KEMARAHAN

Hmm hari ni bermula dengan sambungan perasaan semalam..Semalam aku memang hangin btol..(memang ternyata aku hot tempered person!) Sebenarnya dari kat tempat kerja lagi..Malas aku nak taip cerita tu kat blog ni..Buang karan aku jer..Huh

Bila aku balik rumah..keadaan kat rumah menambah kan lagi rasa bengang aku! Sebelah rumah aku ni tadika-aku memang heran sampai ke tahap skang ni..mcm mn la tadika tu boleh bertahan kat sebelah rumah aku ni..Kawasan bukan la besar mana pun..Dah la tu..orang2 dia memang menaikkan darah aku..Mendidih jer tetiap kali aku balik rumah..Mak2 budak2 ni bila amik anak, parking tengah jalan dah la satu hal..Tak apa la juga..Consider dorang nak amik anak kejap je kan...Ada pulak yang sambung borak buat mesyurat tingkap tengah2 jalan...Rasa nak sound jer dorang tu..Aku balik penat2 nak masukkan keta, nk rehat2 dorang melambatkan keje aku jer..Memang aku bengang...Pantang sungguh aku dengan ORANG yang mengganggu urusan aku.

Kalo dorang dah buat port tengah jalan, macam mana aku nak masuk keta ke dalam rumah? Macam mana ayah aku nak alihkan keta dia nak bagi space untuk aku masuk keta?? Macam haram toll la..Aku da xble tahan last2 aku hon2 banyak kali sambil suruh driver tu blah dari situ..Cepat2 dia blah..Huh rasa mau ku sekeh jer pale dia!!Dengar nya tu orang kat taman aku juga..Ahh lantak la ..peduli apa aku..(kejam x?..da xble control lagi la emosi aku ni)

Malam tu plak aku ada dinner kat Damai Seafood Village..Welcoming & farewell dinner..Ada budak nak benti dan ada member baru yang join..biasa la tu kan..adat...(mula2 terusik gak hati aku ni bila ada member nk benti..lama2 aku dah biasa da..orang kata dah lali) Makanan kat Damai tu xde la sesedap mana..Mahal je rlebih..Sure len kali aku xmo dah datang situ..Aku ingat Damai tu dah kurang pelanggan la..Sebab tu dia charge kitorang mahal2..Sudah la bos xjadi nak datang..Huh..Apa pun hepi la juga kejap...

Keesokan pagi nyer..(iaitu hari ini) aku pegi keje macam biasa la..Eh eh eh pagi2 lagi aku dah hangit..Keta depan aku ni bawak slow sangat..Memang aku bengang..Ingat ni jalan dia sorang yang punya ker??? AKu pun potong la pastu aku tengok muka driver dia(tetiap kali aku potong keta aku mesti tengok muka driver tu)

Sampai kat parking kilang..gurad plakk buat hal dengan aku..Seboleh2 nk arah aku park kat dalam2 belah belakang tu..Dah aku xnak..nk buat macam mana?? Geram btol la..Lantak dia la..Aku park je mana yang aku suka(tempat line parking aku selalu)

Eeeee memang hari ni penuh dengan kemarahan la..PAling xtahan tu boleh aku punya bengang semalam bersambung hari ni..Macam budak2 la pemikiran..Masya Allah..Aku kene berubah ni..

p/s: kene belajar cara nk control kemarahan..