Saturday, October 30, 2010

HARGAILAH SETIAP DETIK YANG BERLALU

Setiap detik amat berharga, sebab kita tak akan melalui momen tu sekali lagi. Aku pernah dengar/baca ayat kat blog sapa tah..Aku tak ingat, tapi apa yang aku ingat, kata2 jalanilah hidup dengan gembira selagi masa masih ada..Sebab bila kita dah tak berdaya nak buat apa2, apa yang ada pada kita hanya kenangan. Tapi kalo time tu satu kenangan pun tak boleh kita ingat, nak buat macam mana??

Jangan terlalu bebankan diri dengan masalah yang entah apa2 dan tak mungkin akan selesai. Sebaliknya cuba lihat kehidupan dari persepsi yang lain,agar kita sentiasa gembira, ceria, dan bahagia. Memang kita tak mungkin akan dapat melupakan atau tak terfikir masalah/beban yang kita tanggung, tapi buat sementara bila kita gembira,ceria dan bahagia, kita seolah2 dapat satu semangat baru untuk terus berdiri teguh walaupun dalam hati-tak sapa yang tau.

Betul lah mutiara kata yang aku jumpa kat dalam satu buku- bila kita terlalu memikirkan kesedihan, kekecewaan, kegagalan, kita seolah2 terlupa sebenarnya ada banyak lagi kegembiraan, kejayaan dan kebahagiaan untuk kita.

Jadilah orang yang bersyukur kerana tak semua orang macam kita. Semua orang ada takdir tersendiri. Dan semua orang juga perlu terima takdir mereka.

p/s: Rindu masa lalu aku...

No comments:

Post a Comment