Sunday, January 16, 2011

BUKU: EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA

(picture dari google)

Aku baru jer beli buku ni semalam. Tak tahu kenapa aku beli..Mungkin sebab aku tengok drama Hani kat tv3 tu, ada tayang buku:Bercinta Sampai ke Syurga, tulisan penulis yang sama, maka aku jadi sibuk nak amik tahu pasal buku ni.

Seingat aku dulu2 aku pernah belek buku ni..Buku yang aku beli ni sebenarnya kompilasi 3buku yang pernah Hasrizal tulis iaitu AKu Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga & Murabi Cinta..

Jadi oleh sebab kecintaan aku kepada buku yang amat kuat..Haha lebih baik aku beli sekali kompilasi ni..Kebetulan kat MPH jusco tu tak ada pulak buku Bercinta Sampai Ke Syurga. Dan sehingga petang tadi.. Aku berjaya habiskan siri pertama: AKu Terima Nikahnya.. Masya Allah..Memang banyak pengajaran yang dapat aku amik dan moga2 dapat aku apply dalam hidup aku.. Sungguh, dulu2 masa aku belek2 naskhah ni, dalam hati aku berkata: apa la agaknya cerita dalam buku ni, tajuk pun macam nak nikah kawen jer..Tapi tu la..macam aku cakap sebelum ni...Sila la baca dulu kemudian nilaikan....

Esok2 aku nak sambung lagi baca.. Makin baca makin seronok dan nak tahu kisah selanjutnya. Malam ni mungkin dah tak sempat sebab letak je kepala kat bantal..Confirm lena...

p/s: Bertambah lagi satu buku..Kene beli kotak baru ni...

No comments:

Post a Comment