Monday, January 3, 2011

SONGSANG-HUBUNGAN TERLARANG

AKu ada baca kat paper pasal hubungan songsang ni.. Benda ni memang la terlarang, malah berdosa. Tapi still ada dalam kalangan masyarakat kita. Aku pun tak tahu apa punca. AKu rasa faktor persekitaran memang penyumbang utama.

BAyangkan la. Kalo lelaki ada perasaan suka dengan perempuan,itu normal, tapi kalau lelaki sesama lelaki? atau perempuan sesama perempuan? Hmm luarbiasa. Semalam aku baru je habis baca buku novel 'Wasilah Cinta Weera' tulisan Rose Harissa. Plot novel ni menggambarkan cinta sesama lelaki tetapi berlandaskan cinta sesama saudara seagama kerana Allah. Itu boleh.

Sebab kita memang ada perasaan cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibubapa, cinta kepada kawan2, tapi semuanya kerana Allah. Kalo cinta sesama lelaki atau sesama perempuan(hubungan sonsang ni) diikuti dengan nafsu itu memang dilarang dalam agama. Tapi dari artikel paper tu, memang dah sah2 ada golongan yang macam ni dikalangan masyarakat kita-cuma kita tak sedar.

Kadang2 bila aku baca2 dan fikir2, banyak alasan yang golongan macam ni bagi bila ditanya apakah punca mereka jadi macam ni. Salah satunya sebab konon2 nya hanya golongan sejenis yang faham perasaan mereka. EEeee yakks.. Perasaan apa tu? Kalau setakat hanya nak meluahkan rasa atau berkongsi pendapat itu tak apa lah. Sebab memang kita lebih selesa untuk berbual atau bercakap dengan kaum sejenis tentang sesuatu berbanding dengan pasangan masing2. Ini kadang2..Ada waktu2nya, bukan selamanya. Ye la, kalau kita asyik share dengan kawan kita, no meaning la kita ada pasangan.

Aku tak faham bila dorang kemukakan alasan macam ni. Lagi satu kadang2 latar belakang family juga boleh sebab kan dorang jadi macam ni.. PErtamanya, kurang layanan atau perhatian ibubapa. Kadang2 sesetengah ibubapa ni terlalu berharap,senang cerita salah didikan la. Terlalu berharap nak anak perempuan, sekali dapat anak lelaki, lepastu layan anak macam perempuan..Belikan anak patung la,siap ada yang pakaikan baju perempuan..Hilang akal ke ibu2 yang macam ni? Tak fikir ke kesan psikolagi tu akan mengganggu minda anak yang tengah membesar tu.

Keduanya aku rasa faktor sekolah sejenis juga penyumbang-haha ini hanya pendapat aku jer..BUkan nak menuduh2 ke apa. Tapi memang pendapat aku. Dalam persekitaran sekolah sejenis ni, contoh sekolah lelaki,semua pelajar2 lelaki..Dan bermula la...Kadang2 ada juga jenis budak2 lelaki yang comel2..tu yang boleh timbul minat tu agaknya.Bermula usik2 terus jadi suka..Tambah plak kalo sekolah asrama, akan ada la abang angkat ke adik angkat ke..Hmm contoh bila kene buli, ada pelindung, jadi si budak lelaki yang comel tu tak dibuli. Aku rasa environment macam ni tak bagus.

Bukan nak menggalakkan masuk ke sekolah campur atau boikot sekolah sejenis, mungkin ibubapa ada pendapat tersendiri. Tapi pergaulan sihat bermula dari rumah dan sekolah. Tak dinafikan juga sekolah campur ada sama banyak masalah, tapi tu la pada aku semua ni bermula dari diri sendiri(maksud aku diri orang yang ada perasaan sesama sejenis)

Apa pun yang kita buat, kita kene fikir baik buruk, fikir semasak2 nya. Macam gay atau lesbian ni, aku memang tak boleh terima pemikiran golongan macam ni. Dah terang2 dilarang dalam agama, tapi ada sesetengah tu dengan gahnya boleh mengaku-memalukan diri sendiri. Macam tak bersalah..Sungguh aku tak faham.

Doa aku-semoga golongan ni dapat petunjuk dan hidayah untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

No comments:

Post a Comment