Sunday, February 13, 2011

PRESTASI MEROSOT SETELAH BERKAHWIN??

Aku lama dah fikri nak tulis entry ni.. Tapi asyik2 bertangguh jer..
Betul ke prestasi merosot setelah berkahwin? Tak kira la jika anda seorang pelajar ke, atau seorang pekerja ke..Betul ke?

Sebab aku rasa dah berulangkali aku ada terdengar2 ayat2 yang diluahkan ke aku(ceh macam kaunselor la pulak ahaha) seakan2 menyatakan seseorang tu akan berubah apabila berkahwin.
Aku sendiri belum berkahwin..Jadi aku pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana pada situasi ni.

Yang aku tahu la..maksudnya pendapat peribadi aku sendiri(yang aku fikir secara logik, tapi mungkin lain orang lain pendapat).. Sepatutnya setelah berkahwin, kehidupan seseorang tu menjadi bertambah baik dan bagus.

Contohnya..jika seorang pelajar (biasa pelajar universiti la-kalao pelajar sekolah...sila habiskan persekolahan anda dulu yer baru fikir nak kahwin) berkahwin, prestasi pembelajaran semakin meningkat..Sebab dulu waktu aku belajar kat U, ada satu lecturer muda, dia bagi tahu bila dia sambung master, dia kahwin and dia grad dengan cemerlang sebab, selain doa dari ibubapa, doa dan dorongan dari suami juga menyebabkan dia belajar bersungguh dan akhirnya raih kejayaan.

Begitu juga jika seorang pekerja yang sudah berkahwin, pastinya mereka akan bekerja bersungguh2 sebab tanggungjawab dah bertambah-kene sara isteri, nanti kalau dah ada anak, kene cari duit lagi buat belanja anak2.. Perempuan pun patut sama la, bila dah kahwin, walaupun bukan tanggungjawab utama mereka untuk cari perbelanjaan keluarga, tapi aku rasa kita perempuan mesti bangga kalau kita dapat bantu suami kita dan sama2 kerja keras untuk dapatkan taraf hidup yang lebih baik.

JAdi aku tak nampak kat mana tang merosot tu sebagaimana yang aku dengar. Mungkin mereka maksudkan dari segi hubungan sosial tu macam ada sesetengah orang lepas kahwin dah tak boleh nak hang out dengan kawan2..bukan tak boleh maybe kene ada limitation la..Yer la dah kahwin buat la cara dah kahwin..Ni kalau still nak berlagak2 bujang elok tak payah menikah..Sebab bagi orang yang dah berkeluarga, family comes first.. Tak kira la apa jua situasi pun, priority tetap pada family. Sebab tu la sumber kebahagiaan dan kegembiraan kan kan kan??hehe

Ini pendapat aku, orang lain macam mana pula yea..Hmm

No comments:

Post a Comment