Monday, May 30, 2011

CAKAP LEPAS-KAU INGAT KAU BAIK SANGAT KER


Kadang2 tak tahu macam mana nak nilai keikhlasa seseorang. Sebab manusia ni sesetengahnya hipokrit, bermuka2...Depan cakap lain, belakang mengata bukan main. Jenis yang macam ni boleh buat aku bengang rasa macam nak pukul2(huh tak kuasa aku nak menyakitkan tangan aku)

Senyum seseotang tu kadang2 bukan tunjuk dorang benar2 gembira, bahkan sebenarnya menghantar isyarat 'eleh macam kau seorang yang bagus, aku pun bagus juga'

Jadi bila melakukan sesuatu sila buka mata seluas2 dan perasan la kemungkinan terjumpa or berurusan dengan manusia jenis yang macam ni. Apa rasa bila hati dah berdetik 'ooo begini rupanya sipolan...baru aku tau..patut la sekian sekian sekian'

Aku jenis yang tak berapa nak dengar cerita orang. Sebab aku belajar dari pengalaman, mulut2 orang (sesetengah macam mulut tempayan) suka mengata yang bukan2..First2 dengar memang boleh boo layan, tapi bila lama2 dengar..wow boleh terangkat juga hati dan perasaan..Siapa yang nak tanggung? Diri sendiri juga la. Sekali bila terkena selamanya aku ingat...Buat pengajaran..

Setuju dengan frasa 'buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali'.. Terasa ingin juga aku tanya-orang yang suka bercakap lepas ni, hati dia dah buta ker sampai tak terfikir perasaan orang lain? Kebal sangat ke telinga kau sampai kau boleh tahan bila tiba masa orang bercakap yang bukan2 pulak pada kau?

Pelik memang pelik berurusan dengan orang macam ni. Kene tahan sabar. Nak cakap lebih2 pun dah tak terdaya. Nak tak nak kenalah juga dengar walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu. Tapi tak apa lah, selagi terdaya, aku doakan orang yang sebegini diberi petunjuk dan hidayah, moga2 mereka cepat tersedar..

No comments:

Post a Comment