Saturday, May 28, 2011

MACAM AKTIVITI WAJIB PULAK SETIAPKALI GAJI



Hujung2 bulan bila dapat gaji, dah tolak semua tanggungan-duit lebih tu adalah untuk berjoli sakan..Ha ha berjoli sakan tu bukan la bermakna aku pergi membeli belah sampai tak ingat dunia..Tapi lebih kepada window shopping-beli tak juga..

Hari ni nasib baik aku tak tergoda tengok purse2 kat jusco tadi..Memang ada satu purse yang memikat hati..ha ha tapi bila aku fikir2 panjang2..dok pusing2 tempat beg tu..last2 aku kata kat diri aku-purse yang aku pakai skang ni still elok lagi..So apa keperluan aku kene beli purse baru? Begitulah aku setiapkali membeli sesuatu...Selalu berakhir dengan -Tak Jadi Beli..Huh (kedekut kah aku? Musykil) Harga purse tu pun bole tahan juga..Tolak diskaun..hmm tapi still ragu2 nak beli ke tak..

Tu satu hal..Ada lagi satu hal yang lain..Haa kalau bab ni memang aku tak pernah nak kisah berhabis berapa pun...BUKU..Aku memang tak fikir dua kali kalao aku pergi kedai buku..Buku yang aku rasa menarik, aku terus beli...Ha ha (tapi kotak buku aku dah penuh-tak tau nak sumbat mana lagi-itu yang masalah)

Sebab aku fikir hujung minggu ni aku pun tak ada plan apa..So buku lah peneman aku..Aku beli buku siap2 untuk aku baca..Sebenarnya tu buku kanak2 or remaja..Tapi tak apa lah kot.Saja nak release tension...baca buku yang ringan2...Dah penat nak membaca novel yang memerlukan pemikiran dan menyentak emosi..Sekarang aku perlukan bacaan santai..Ha ha (gaya macam kerja teruk jer)

Tak sabar aku nak membaca..he he harap2 tak tertido la time aku baca nanti.

No comments:

Post a Comment