Wednesday, June 15, 2011

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MERAMPAS HAK ORANG


KAt paper dah dua hari berturut aku baca issue perempuan bawah umur 30tahun yang rata2 sanggup hidup bermadu. Bermadu bermaksud berkongsi kasih suami dengan perempuan lain. Memang dalam agama islam membenarkan poligami, tapi itu mestilah disertakan dengan alasan dan hujah2 yang kukuh. Kalau poligami yang berlandaskan nafsu semata2, itu memang la dibantah sekeraS2nya oleh semua wanita. Tapi kalau seseorang lelaki tu mampu dari segi fizikal, mental serta material..haaa itu tak boleh la kita perempuan ni nak nafikan hak nya.

Masalah sekarang lelaki macam ni satu dalam berjuta jer..Ha ha
Tulisan ni merupakan pendapat peribadi aku. Serius, memang tak ada kene mengena dengan sesiapa saja baik yang hidup atau telah meninggal dunia. AKu nak bagitau sikit apa kebaikan dan keburukan merampas hak orang lain.

Yang pertama, kebaikan: kau tak payah nak bersusah hati, nak peningkan kepala otak dengan perangai kekasih yang menyakitkan hati. Contoh, bila bercinta dengan suami orang, da tentu2 la lelaki tu tahu macam mana nak tackle hati perempuan. So aku rasa kau orang mesti jarang bergaduh or bermasam muka. Sebaliknya keburukannya ialah dalam pada kau bergembira bercinta, kau tak perasan ke kau dah melukakan hati isteri dia? Perempuan ni lah yang terpaksa menjeruk rasa, makan hati beb akibat perbuatan kau tu.huhu

Yang kedua, kebaikan: bila kau berkahwin dengan suami orang..Pastinya lelaki tu mampu, dari segi kewangannya untuk menaggung hidup kau. Apa yang kau mahukan, semua akan dituruti pasangan..pucuk muda lah katakan..rumah, kereta, simpanan..Kira serba cukup lah untuk jaminan masa depan. Erk bagi perempuan berkerjaya pulak,ini kira macma bonus la sebagai simpanan tambahan selain pendapatan kau.(kayo kayo). Jadi kau tak perlu bersusah payah untuk hidup. Keburukan nya pulak, kalao kau kawen dengan suami orang semata2 mahukan jaminan kesenangan dengan cepat..Jangan harap benda ni akan bertahan lama. Suatu masa nanti akan terbongkar la niat buruk kau tu. Nak ambil kesempatan atas orang lain yer..Niat tak baik..ko bina kebahagiaan atas penderitaan orang lain.

Yang ketiga, kebaikan: Lepas kahwin, kau dapat anak free. Ha ha tak perlu la kau nak fikir soal anak ke sebab suami ko dah punya anak dari perkahwinan dulu. Tapi keburukan nya yang kau mungkin tak nampak..Kesan psikologi pada anak tu sendiri. Siapa tahu mungkin sebenarnya dia tak suka beribu tiri sedangkan ibu kandung nya masih ada lagi..SO kau sebenarnya telah memusnahkan hidup anak ni dan keluarganya. (sampai hati)

Itu jer lah yang mampu aku nak tulis sekarang ni. So pada mana2 orang yang mempunyai niat untuk 'merampas' sila la berfikir banyak2 kali..Sebab anda sebenarnya bakal melukakan hati banyak orang dan diri anda sendiri.

Moral of the story is: Perempuan, sila berfikir 10tahun kedepan. Siapa tahu hari ni anda merampas, esok2 hak anda pulak dirampas.

Sekian.

No comments:

Post a Comment