Saturday, June 18, 2011

TAK TAHU NAK LETAK TAJUK APA.

Sepatutnya aku tulis cerita ni semalam, sebab kes ni berlaku semalam, hari jumaat..Dekat opis aku langsung tak boleh bukak blogspot.. Ish2 ini memang menimbulkan kemarahan ni (ha ha)..Serius,da tu time aku boring2 ngantuk2 aku nak buat apa? Sesekali kita perlukan sesuatu untuk refreshkan otak kita ni kan.. Tak la stress memanjang..Tak tau nak cakap apa la..Hmm
(mood: bengang)

Ini pulak cerita yang berlaku pagi jumaat time aku nak pergi kerja. Kereta berpelekat P, apa cerita pandu macam pelesit?? Apa perasaan, sedang kita memandu dengan tenang ke tempat kerja, entah dari mana melalui cermin pandang belakang, kita nampak ada sebuah kereta follow kita baik punya dekat.

Tengok2 ada tampal P dekat cermin dia, bermaksud samaada driver tu memang baru dapat lesem memandu or orang lain yang drive kereta tu. Biasa kalau baru2 dapat lesen, mesti la drive berhati2 kan..Ini mesti ntah sapa tah yang drive..Dah la tu, aku nak cam kan driver dia pun xleh..sebab apa sebab kereta dia tinted gelap sungguh..

Ini satu lagi benda yang buat aku menyampah tengok sesetengah orang ni..Kau ingat kau tinted kereta gelap2 sampai tak nampak apa tu, orang pandang tinggi ke kat kau..Lagi buat menyampah ada la..Tak sedar ke kau dah langgar peraturan...Kene saman baru tau..Hish..APa la.(bahasa kasar: ada otak tapi tak nak guna)

Hari ni aku pergi hantar kereta cuci..Sebab aku kesian tengok kereta aku tu..MEmandangkan produa dah lancar Myvi baru, jadi aku pun konon2 nak la bela Myvi aku elok2 ha ha konon2 xnak jeles la dengan Myvi model baru tu..(iye iye jek) Kereta aku buat pergi balik kerja je..Jarang la nampak aku nak jaga2 ke...Sama je perangai aku sejak dari aku pakai kancil lagi..Hmm teruk ni..Kene berubah..huhu

Hantar kereta pergi cuci sekarang upah dia RM10?? WOw..tapi pada orang yang sekali sekala hantar kereta macam aku ni..kira ok la sket kan..(nak harap basuh sendiri..Hmm dalam mimpi la) tapi macam mana pulak orang yang selalu hantar?? Kopak2..
Kesimpulanya: basuh sendiri adalah lebih baik.

No comments:

Post a Comment