Sunday, July 24, 2011

RENEW LESEN IKUT TARIKH LAHIR

Lately ni ada issue pasal cadangan (aku xsure pihak sapa punya cadangan) suruh renew lesen memandu ikut tarikh lahir. Ini sebab banyak kes bila JPJ tahan and check, drive dengan lesen memandu tamat tempoh. Alasan yang diberikan bila ditanya kenapa tak renew lesen-terlupa tarikh..Hmm jadi bila dorang cadangkan renew ikut tarikh lahir, macam2 la yang dibuat supaya orang ramai agree. Contoh: orang yang tarikh lahir dia sebelum tarikh renew lesen cuma bayar separuh harga dari harga asal untuk renew.

Tapi kalau nak diikutkan memang ada sesetengah orang yang betul2 terlupa tarikh nak renew lesen memandu..Termasuk la aku..ha ha tahun ni aku pergi renew lesen memandu terlewat satu hari..Aku terlupa tarikh lesen memandu aku mati bila..Sebulan sebelum tu memang ada ingat2..Tapi bila sampai tarikh..Hmm dah sampai ofis baru aku teringat yang rupanya lesen memandu aku tamat tempoh.

Jadi bila timbul isu ni, aku rasa terpanggil nak tulis pendapat..Ha ha Ada banyak pro dan kons kalao kita apply tarikh renew lesen sama dengan tarikh lahir..Antara nya semestinya bukan semua orang ingat tarikh lahir..Pelikk kan ada juga orang yang kurang amik perhatian hal2 macam ni..Macam orang2 tua kadang2 dorang ni lupa..So tak boleh juga nak renew lesen ikut tarikh lahir..Alangkan tarih yang kat lesen tu pun lupa, tarikh lahir pun boleh lupa juga..

Dan lagi kadang2 bagi orang yang kerjanya terlalu busy dan tak tentu masa or orang yang sangat fokus kerja…Haa dorang pun kadang2 lupa gak..isk2..Jadinya susah nak ubat penyakit lupa ni..He he

Cadangan renew ikut tarikh lahir ni dapat banyak maklumbalas dari pelbagai pihak..So pada aku, sebenarnya banyak cara kita boleh apply untuk elak kita lupa dari segala macam tarikh ni..Antaranya cuba praktikkan pakai planner..Haa tulis la segala macam tarikh ke apa2 nombor ke..supaya senang ingat.

Dan lagi aku rasa penting untuk ahli keluarga or sesiapa yang rapat dengan kita tau benda2 macam ni..Secara tak langsung dia boleh jadi kita punya reminder..Ha ha Atau pun kita tulis apa perkara penting yang kita akan buat dekat kelender..bila tengok hari2 kita pun jadi lebih aware la tentang ni..

Ok itu jer pendapat aku.Sekian

Wednesday, July 20, 2011

REVIEW BUKU: RAYYAN FANTASI


Aku baru habis baca buku Rayyan Fantasi karya Ramlee Awang Mursyid..Hmm tulisan dia memang tak pernah mengecewakan aku setakat ni..AKu enjoy baca..Bila baca tu rasa macam tak boleh stop..Nak baca lagi..Ha ha

Macam biasa la, kalao sesiapa yang memang follow novel ramlee ni, cerita dia memang diluar kotak pemikiran..Tapi tak la mengarut ke hapa..Mula2 aku baca, terbayang cerita smallville..Sebab Mij-Giillion tu bawak lari Rayyan guna satu kapsul ke bumi..Lepastu diselamatkan oleh satu keluarga manusia..Dan akhirnya dorang betul2 jadi satu keluarga..Mij-Gillion berkahwin dengan Supinah dan membesarkan Rayyan(Aiddin)..Lebihkurang macam tu la permulaan cerita..

Dan akhirnya khidmat Rayyan diperlukan oleh orang planet Yuk'ka sebab dia sebenarnya pewaris tahkta. Ayah nya si Mij-Gillion tu rupanya pemerintah Yuk'ka..Tapi telah digulingkan oleh general ketenteraannya sendiri. Kira macam rampasan kuasa la..Maka bermulalah peperangan..he he

Tak lupa juga elemen percintaan yang diselitkan..pasal Aiddin dengan Feena, Rayyan dengan Mika..Best la..Really enjoy bila baca cerita ni...

p/s: Ada lagi 2 novel ramlee yang aku belum baca, 9 nyawa dengan mikhail..Hmm nampaknya kene kumpul duit beli ni..haa beli jangan tak beli...

CUBA LAGI RUPANYA

Berita besar muka depan harian metro hari ni, keluhan seorang ibu pasal perbuatan si anak yang menukar jantina..Ish3..Aku tak faham betul la lelaki ni..Bila aku baca2 berita tu..nampak sangat si lelaki ni memang beriya2 nak meneruskan permohonan menukar nama kepada perempuan..Tak habis2 lagi rupanya. Permohonan dulu dah ditolak, ada hati nak membuat rayuan..Adui hai..Tak dapat aku bayangkan penderitaan keluarga dia..Menanggung tohmahan yang dilempar kan..

Kepada keluarga lelaki ni, aku harap dorang bersabar..Teruskan berdoa semoga anak tu bertaubat dan kembali ke pangkal jalan..Erk..Tapi katanya dah siap jalani pembedahan jantina? So? Macam mana eh..Entah la..Yang penting fikir positif..

Dan buat si lelaki tu…Hmm sekali pandang gambar kat metro tu memang ada iras2 perempuan,siap bersolek bagai. Ish3 Bertaubat la..Rasanya anda mengalami kecelaruan identiti.. Dilahirkan sebagai lelaki, kemudian mengubah ciptaan Allah menjadi perempuan.. Masya Allah…Bertaubat la..

Kembali ke pangakl jalan, ingat hukum Allah..

Saturday, July 16, 2011

REVIEW FILEM SEKALI LAGI

Aku baru habis tengok filem metrowealth ‘sekali lagi’. Yang lisa surihani dengan shaheizy sam berlakon tu,hmmm cerita apa la ni..Bosan betul aku rasa.. Klise kan..cerita melayu memang macam ni kot..Bukan nak merendah2 kan tapi itu la kenyataan nya..Kalao cerita aksi,ok sket nak tonton filem melayu..Tak le cepat bosan..Filem sekali lagi ni, aku rasa patut tak payah buat filem la..Jadikan drama jer udah le..Haa pastu ko buat la beberapa episod yang panjang berjela macam cerita si capik ke or sembilu kasih ke..Hmm buat letih aku duduk menonton jer…Boleh tak aku bagi pendapat macam ni.

Nasib baik la aku tak pergi bersusah payah beli tiket wayang dia ni..Kalao tak memang sia2 la...

Monday, July 11, 2011

STORY MORY

(tak sure la gambar ni ada kaitan dengan entry ke tidak)

Hmm lately ni mood memang tak ada..Nak menulis pun rasa berat walaupun ada ketika idea melimpah ruah..Ha ha Apa sudah jadi dengan aku ni..Cukup2 la tu down…Wake up baby..BERSIH 2.0 pun dah habis, time aku nak pergi kerja, polis dah tak buat roadblock lagi..Senang sikit hati aku..Kalao tak, terpaksa la slowkan kenderaan time nak lalu kawasan tu..Tak suka betul..Pagi tadi time aku nak pergi kerja pulak, cuaca jerebu..Makk aii..kabus tebal betul..Pelik juga aku mula2..Ingatkan nak hujan ke hapa..Redah je la kan…

Sebenarnya aku ada bawak balik beberapa file kerja konon nak siapkan kat rumah ni, tapi entah malang aku rasa..Mood nak buat memang langsung tak ada..Mungkin sebab hari ni hari isnin..Isnin biasanya banyak rancangan tv aku nak tengok..ntv7,8tv,channel 5..Ha ha hantu tv btol..Tapi ini hari isnin jer..Hari2 lain, hampeh..Siaran entah apa2..ELok aku bantai tdo jer hari lain..

Semalam aku ada beli buku cerita baru. Time aku pergi badan cemerlang kat angsana tu,macam biasa la pemandangan biasa juga, ramai orang kat situ..Semua mencari buku gamaknya..Ha ha Tapi ada benda yang tak best nya juga..Terlalu ramai orang, sampai aku rasa pening kepala nak duduk lama2..Lepastu satu benda yang aku perasan kat kedai buku ni…Buku2 dia makin tak tersusun..Susah benar nak cari buku2..Bertimbun2..Huh tak tahu la pekerja2 dia memang longgok jer ke atau dorang dah memang kering idea nak susun buku gaya mana..Hmm

Sabtu malam ahad, kawan aku alene turun jb..He he lama betul tak jumpa dak alene ni..Kitorang dah plan baik punya..ha ha makan malam sama..Kira si alene ni bertuah la kan sebab aku boleh keluar makan malam dengan dia..Kalau dinner dengan opismate aku, jangan harap aku nak keluar..ish2..Dinner sekali dengan encik kat malay village..Banyak kitorang makan..sambil borak2..He he Patut aku yang bayar bill tu, mana tau sekali encik juga yang bayar..Aku dengan alene tak sempat nak hulur duit..Ini semua sebab budak pelayan tu la..DOk hulur bill ke encik..Ye la kan dah encik yang request bill, tapi sempat jer aku kalao nak amik bill tu dari encik,malangnya blur plak..he he ish2…

Cadangan nak buat reunion kat rumah encik bulan 12 ni..katanya rumah encik dah renovate baru..Hmm tak sabar nak tunggu..

Hai macam2…Hidup macam ni la kan…

Tuesday, July 5, 2011

HAPPINESS IS EXPENSIVE?

Semua orang mahukan kebahagiaan, tak kira lelaki ke perempuan..Apa saja yang dilakukan dalam kehidupan, pengakhiran yang diharapkan adalah kebahagiaan..

Tapi tak semua orang sedar..Sangat susah nak mendefinisikan pengertian kebahagiaan yang sebenar2nya..Adakah dengan punya kerjaya yang bagus, harta yang melimpah ruah, pangkat dan kedudukan yang tinggi atau pasangan yang kacak or cantik bergaya dapat melambangkan kebahagiaan seseorang??

Setiap orang jalan hidupnya berlainan..itu adalah takdir Allah. Ada orang yang berusaha dengan gigih untuk capai apa yang diimpikan akhirnya berjaya dan bertemu kebahagiaan. Jalannya mudah. Ada juga jenis orang yang terpaksa bersusah payah, jalan penuh berliku2, tak termasuk jatuh bangun entah berapa kali, sampai masanya..dapat juga capai apa yang diimpikan seterusnya merasa kebahagiaan.

Harga sebuah kebahagiaan adalah sangat bermakna bagi orang yang mencapainya dengan jalan yang penuh liku. Contoh yang paling mudah: Isteri yang diabaikan suami,tak kira apa pengorbanan isteri buat, suami tak pandang sebelah mata pun (tak tahu la aku apa suami jenis ni fikir) then isteri buat keputusan, mintak cerai..Tapi si suami tak mahu lepaskan si isteri..Makanya bermulalah usaha isteri untuk menuntut cerai dari suami..Susah kan? Naik turun mahkamah, lepas tu kos guaman lagi…Sampai la akhirnya, hakim yang bijaksana jatuhkan hukuman, suami memang tidak bertanggungjawab kepada keluarga, maka jatuh la talak ke atas isteri..Tengok…isteri rasa bahagia sebab akhirnya keluar dari penderitaan yang memang amat2 menyusahkan dan menyesakkan tu..Hmm itu contoh saja, tak ada kene mengena dengan sesiapa pun..

Perkataan bahagia ni subjektif. Terpulang la pada individu tu nak merasa kebahagiaan macam mana. Atau apa yang membuat dia bahagia.. Yang penting rasa bahagia..Bila rasa bahagia, mood kita sehari2 pun happy sentiasa.. dan kita secara tak langsung menjadi lebih baik dari semalam..So banyak la berdoa agar kebahagiaan menjadi milik kita selamanya..

Saturday, July 2, 2011

APA JADI DEKAT WAYANG TADI?

Hari ni aku pergi tengok tranformer:dark of the moon..MLD dah booking tiket siap2..So sampai jer kat wayang, time nk amik tiket booking tu,ada plak sorang lelaki tanya kitorang, 'nak tengok transformer ke? saya ada dua tiket lebih ni,kawan saya tak dapat datang' hmm terkejut juga, tapi apakan daya MLD dah booking tiket, so kitorang tolak offer lelaki tu..Hmm Untung juga andaikata kitorang belum booking tiket lagi, datang jer tetiba ada orang nak offer tiket..ish2..Tak ada rezeki kan..he he

So transformer kali ni memang banyak aksi la..Dan banyak juga robot2..keseluruhannya OK..tak rugi la tengok..Cuma aku rasa dua jam setengah tu terlalu lama..Sakit badan duduk jer kan..NAsib baik aku dah makan awal2..Kalau tak, maunya berkeroncong perut aku menahan lapar..Mesti tak fokus..

Sebut pasal fokus, sebenarnya tadi pun aku tak beraapa fokus sangat.sebab baris depan aku tu, ada satu chinese family..Ibu ayah dan dua anak. Anak dia makk aii tak reti duduk diam...Umur dalam lingkungan 5 ke enam tahun..Jalan sana jalan sini, siap boleh lari2 kau...Huhu geram jer aku tengok..Rasa nak jentik je telinga budak tu(ha ha) Mengacau betul..

Yang mak ayah dia plak, bole jer layan cerita, tak tengok2 pun anak2 dia..Layan sekejap2 jer..Pastu fokus pada transformer..Memang geram la aku..KAlau aku hilang sabar tadi, nak je aku tegur mak ayah dia tu..You tolong jaga la anak you tu...mengganggu orang lain la...

Aku rasa budak2 bawah 10 tahun tak patut dibenarkan tengok wayang la..Sebab apa, dorang kan kanak2, cepat boring, mana suka duduk satu tempat jer kan...PAstu bising lagi..Haish...
Pada mak bapak yang ada anak kecik tu, ko pergi beli dvd cetak rompak, pastu tonton kat rumah jer dah la...Senang cerita..

Sekian.