Wednesday, July 20, 2011

REVIEW BUKU: RAYYAN FANTASI


Aku baru habis baca buku Rayyan Fantasi karya Ramlee Awang Mursyid..Hmm tulisan dia memang tak pernah mengecewakan aku setakat ni..AKu enjoy baca..Bila baca tu rasa macam tak boleh stop..Nak baca lagi..Ha ha

Macam biasa la, kalao sesiapa yang memang follow novel ramlee ni, cerita dia memang diluar kotak pemikiran..Tapi tak la mengarut ke hapa..Mula2 aku baca, terbayang cerita smallville..Sebab Mij-Giillion tu bawak lari Rayyan guna satu kapsul ke bumi..Lepastu diselamatkan oleh satu keluarga manusia..Dan akhirnya dorang betul2 jadi satu keluarga..Mij-Gillion berkahwin dengan Supinah dan membesarkan Rayyan(Aiddin)..Lebihkurang macam tu la permulaan cerita..

Dan akhirnya khidmat Rayyan diperlukan oleh orang planet Yuk'ka sebab dia sebenarnya pewaris tahkta. Ayah nya si Mij-Gillion tu rupanya pemerintah Yuk'ka..Tapi telah digulingkan oleh general ketenteraannya sendiri. Kira macam rampasan kuasa la..Maka bermulalah peperangan..he he

Tak lupa juga elemen percintaan yang diselitkan..pasal Aiddin dengan Feena, Rayyan dengan Mika..Best la..Really enjoy bila baca cerita ni...

p/s: Ada lagi 2 novel ramlee yang aku belum baca, 9 nyawa dengan mikhail..Hmm nampaknya kene kumpul duit beli ni..haa beli jangan tak beli...

No comments:

Post a Comment