Monday, August 29, 2011

KUIH RAYA OH KUIH RAYA

Macam tahun2 yang sudah aku memang tak buat kuih raya pun..Kuih raya yang ada kat rumah aku pun style tunjuk2 punya...Sapa2 kawan2 yang ada jual kat opis nun, aku pegi la rasa2 then kalau berminat aku terus la order beberapa jenis..Senang cerita..Huhu

Tak tau la sampai bila aku nak teruskan trend macam ni (ceh hampeh..trend konon..kuikuikui) Tak kan la sampai ke tua kot aku nak menempah2 ni kan..Hmm nanti la bila sampai masa aku akan buat kuih raya sendiri..Ha ha iye ke ni..(geleng2 kepala sambil tenyeh2 mata)

Sepanjang ramadan juga aku ada la survey2 kuih raya ni..Hmm aku tengok kuih raya tahun ni banyak yang baru2..Segar2 gitu..Yang tak pernah nampak pun ada..Tapi aku biasa la kan,tetap cari mama keri punya..Itu kuih memang terbaik la aku rasa..Huhu makan reti, buat tak reti..
Harga kuih2 pulak..sama jer..range dalam RM20 ke RM30 sebalang..Sebalang tu maybe boleh dapat 50 biji ikut size la..

Dah kalo size besar kedabak takkan la nak harap kuantiti 50 kot sebalang..huhu adalah dalam 30 ke 40 biji..hmm Kuih raya ni pada aku buat ada2 jer..setakat nak letak2 kat dalam balang pastu susun atas meja, sebab apa..Rasanya kalo tetamu datang beraya, tuan rumah selalu hidang makanan lain kan..contoh laksa,mee goreng,mihun goreng, mee soto...(eh apasal segala macam mee da) Tak pun tetamu datang suka kunyah2 kerepek jer...Kuih raya sikit2 jer makan..Selebihnya nak berborak dengan tuan rumah, bak kata orang mengeratkan silaturrahim...

Jadinya kuih raya, makin lama makin suram..sebab tu la kot aku tengok gerai2 yang jual kuih raya bermacam2 jenis dan design baru yang ada, nak menarik orang beli la tu kan..Bila makan rasanya macam biskut jer..sama tak ada beza pun..hmm

p/s: Aku xtau apa motif aku tulis entry pasal kuih raya ni..huhu sekadar menyimpan angan-agak2 macam mana la bentuk kuih raya yang aku buat sendiri eh..huhu

TERKENANG-KENANG...ADUH..PAKCIK MAKCIK

Hari ni last day ramadan...Sedih ada juga sebab lepas ni dah tak berpuasa...Tak bangun sahur pagi2..Hmm Tapi ada rasa gembira juga sebab nak sambut syawal..He he

Hari ni juga aku sempat la pergi meronda2 jalan2 last minute shopping..Walau pun tak beli apa tapi aku biasa la kan..window shopping pun tak apa..Dan time nak dekat2 raya ni..memang kat semua area la orang semua busy dok beli belah saat akhir..Tak sure la sebab dorang ni memang jenis yang borong last minute atau dorang saja nak beli time2 mcm ni sebab apa..sebab harga boleh dapat murah2..

Pada aku reason yang kedua tu agak munasabah la sebab memang confirm dapat murah punya.Tinggal nak tak nak jer kau jalan2 cari barang time macam ni..Huhu dengan sesaknya,pastu maybe baju2 yang nak dipilih tu semua dah tinggal stok last2..So faham2 jer la...he he

Aku nak tulis kat sini satu benda yang betul2 buat aku terkesan tadi..Entah kebetulan atau tak(cerita lain sekejap) time2 raya ni, stesen televisyen berlumba2 nak keluarkan cerita tema sedih2 belaka..Pasal anak yang dah lama menghilang nak balik beraya la, tragedi malam raya la..macam2 la cerita yang dah pasti boleh buat meleleh air mata(tapi aku tak de la kan..ha ha)

Tadi time aku survey2 kedai baju, ada la aku ternampak sales assistant(SA) ni layan satu makcik..Nak beli baju agaknya makcik tu..Dah tua umurnya...Pangkat nenek2 gitu...SA ni memang lembut jer cakap..Bagitau makcik tu harga baju..lepastu size..lepastu corak warna baju...Makcik datang dengan suami dia, pakcik la kan..Dah tua juga orang nya..Senang cerita warga emas la..Makcik tu tanya suami dia..ok tak kaler ni( bayangkan la nenek2 bertanya pada atuk2) Pakcik tu mintak tanya ada ke warna lain..aku terdengar la suara pakcik ni, entah macam mana aku tertoleh kearahnya..dan aku anggukkan kepala sikit- tanda hormat..

Aku tak tahu la aku jenis mudah kesian ke apa, tapi hakikatnya jauh disudut hati aku memang tersentuh dengan gelagat pakcik dan makcik tu..Sebab nya:

Yang pertama : Dua2 warga emas ni beli barang berdua jer..Aku tak nampak pulak mana anak2 dia..Agaknya anak2 dia belum balik beraya kot...Tak mungkin la anak2 dia tak nak bawak mak ayah dorang pergi shopping raya kan...Aku nampak pakcik tu pegang payung...Memang kebetulan time tu baru lepas hujan..Terfikir pulak aku jangan2 mereka ni datang jalan kaki jer? erk...

Yang kedua: Pakcik tu setia bagi pendapat pada makcik tu, masa dia mintak SA tu cari ada ke warna lain, yang maybe cerah sikit or gelap sikit dari kain yang makcik tu tengah belek2.. Sweet sangat aku rasa...

Aku bukan apa..Aku rasa belas tengok warga emas ni kalao terjumpa kat mana2...contoh paling jelas macam hari ni la..Pakcik makcik ni pergi shopping barang2 raya...Ye la bukan apa mereka ni dah tua2..Aku cuma risau mereka ni ditipu jer..HArap2 tak la yer...
Orang tua pun ada perasaan nak raya juga...tu yang aku harap sangat..pada anak2, kalao ada masa teman la orang tua anda atau bawak la mereka keluar berbelanja bila tiba hari raya..Supaya mereka tak bersusah payah datang sendiri ke shopping complex , pastu tawau satu bangunan nak beli persiapan raya..hmm

p/s: Aku tak peduli la maybe pakcik makcik yang aku jumpa tadi punya anak yang berkerjaya bagus, bergaji besar ke hapa..Yang penting sampai saat ni (ketika aku tulis entry ni) aku terbayang2 muka pakcik dan makcik tu..Harap2 dorang sambut raya dengan gembira..

Saturday, August 20, 2011

AKHIRNYA KU TEMUI

Lama dah aku tunggu buku ni kat pasaran..Awalnya aku ada baca sikit bab dari buku ni kat web jemari seni..Dan aku memang excited la nak beli, konon nak tahu lebih lanjut cerita dia.Tambah pulak aku memang suka baca tulisan nazurah aishah ni..

Setiapkali baca buku dia, aku rasa cerita nya macam dekat sekali dan memang menyentuh hati la..Hmm (confirm sedih sampai terbawak2 dalam mimpi..ha ha) buku ni adalah buku bulan julai terbitan jemari seni. tapi bukan ogos baru aku dapat beli..Kecewa sikit la..sebab aku rasa macam lambat sangat nak tunggu..

Perlu ke aku start membeli online?? Fikir2kan la....

Thursday, August 18, 2011

YANG AKU TENGAH BACA SEKARANG


Aku baru je beli buku ni..Baru baca beberapa page..Buku Cinta Kembali Bertasbih tulisan A.Ubaidillah Alias..Hmm Semangat membaca ni..

Ok itu je nak tulis..Sekian

Wednesday, August 17, 2011

PLANNER OR DIARI

Aku pasti semua orang ada planner or diari. Tak terkecuali juga dengan aku. Aku memang ada planner, biasanya hal2 yang melibatkan kerja memang aku catat dalam planner. Tapi life aku lepas kerja pun aku still perlukan planner juga. Ha ha so memang sedari start aku keje aku sediakan dua buku planner.

Bab kerja, aku memang suka mencatat. Dari sebesar2 issue ke sekecil2 issue memang aku tulis kat planner aku.Aku lebih suka guna istilah buku..he he So contoh apa kerja yang aku buat tiap2 hari2, checklist, testing ke, semua memang ada lengkap dalam buku.Tapi bentuk tulisan jangan cakap la..Ada senget sana,bengkok sini..standard la kan..Tadi aku bukak laci opis aku ni,cadang nak le kemas2 sikit..kuikui belek2..isk3 sepanjang tiga tahun sembilan bulan aku kerja, aku dah guna lima buku, sekarang ni masuk ke enam dah..Fuh…banyak kan?

Bila aku selak2, aku baca2, tengok tarikh yang aku tulis, plus kerja2 yang aku catit..serasa memori dulu2 memang terbayang2 kat depan mata aku ni..Dulu kerja aku sibukk woooo…Schedule memang tight..Kene la usaha sehabis baik kan?he he

Kadang2 boleh tergelak sendiri bila baca balik.

Diluar waktu keje plak, aku memang ada sediakan buku..Dulu2 aku pakai buku besar, tapi awal tahun ni aku tukar pada buku kecik, supaya senang la aku nak letak sekali dalam handbag..Ini bukan diari cerita kisah hidup aku ke hapa(tak reti la tulis diari,konon nanti malu bila orang baca..Eh eh eh tapi buat blog tak malu pulak?? Erk..entah la eh…sampai sekarang aku tak faham..kuikukui)

Kat buku ni aku catit aliran kewangan aku..Contoh penagihan duit gaji…ke mana hala tuju..ha ha bayar hutang itu, hutang ini, lepastu bil2 telepon, setiapkali isi minyak kereta pun aku catit tarikh.Ha ha nampak macam complicated tapi aku seronok..Contoh macam minyak..sekarang aku dah boleh agak, lepas seminggu mesti kene isi RM40. So anggaran duit minyak kereta adalah RM200 sebulan..Haa kan senang..Bil telepon pun sana, dulu2 time aku pakai prepaid, mau terkeluar biji mata aku ni tengok total yang dah aku topup selama sebulan tu adalah RM180!! Bila tuka postpaid, baru la kurang sikit..dari RM120 ke sekarang RM60..Ada kan penjimatan di situ? He he

Pendapat aku, ada kebaikan juga bila benda ni jadi habit kita. Kita akan jadi lebih well organize orang kata..Hidup pun lebih tersusun..Kewangan pun teratur( tapi still tak kaya2 gak..huk huk huk) Bole la dikatakan stabil..Hmm

Balik pada cerita kerja ni, aku tak tahu la macam mana aku nak buat kerja kalao tak ada planner..Ha ha Banyak benda nak kene ingat tu..meeting lagi, tu belum campur kalao ada follow up issue lagi..Skang ni aku dah pakai buku ke enam. Buku lama2 tu ada lagi aku simpan dalam laci..Mana tau kot2 bila aku berhenti kerja ke…Memang aku bawak balik semua buku2 aku ni..ada kenangan tu..he he

Tuesday, August 16, 2011

ISU STATUS MENTEGA HALAL & TAK HALAL OLEH JAKIM

Baru2 ni (dah nak dekat raya) aku pelik kenapa JAKIM baru mengesahkan yang margerin/mentaga jenama X or Y tak halal. Kenapa baru sekarang status halal ni nak dipertikaikan or diperkatakan? Kenapa tak dari dulu2 lagi? Disebalik pendedahan JAKIM ni aku rasa ada sesuatu yang patut kita renung2kan dan fikir2kan.

Pertamanya memang kita tahu prosedur untuk dapatkan kelulusan seterusnya cap HALAL dari JAKIM ni teramat la rumit. Pihak JAKIM kene pergi ke kilang2 buat pemeriksaan menyeluruh..Tengok proses situ, tengok pulak proses ini..Hmm macam2 lagi la..Ini adalah untuk betul2 memastikan yang cara pembuatan sesuatu product tu memang tidak meragukan dan bersih.

Dan kita juga faham, sesetengah prosedur ni mengambil masa yang lama.. Ye la kan, kalao da sampai kene pergi kilang buat pemeriksaan, lepastu jumpa wakil syarikat yang berkaitan, tanya or berbincang..Lepastu aku rasa mesti dorang ada buat sikit2 test. Nak check betul ke ada kewujudan unsur yang meragukan…Report lagi, meeting lagi, baru end up dengan satu decision..

Pendapat aku la patutnya dari awal2 lagi, semua barang makanan or product yang diimport dan dijual di Malaysia ni kene dapat kelulusan JAKIM dulu baru boleh jual.Ini, barang dah ada kat pasaran, siap dah digunakan secara meluas lagi baru JAKIM nak highlight statusnya tak halal. Isu halal ni memang dah lama diperkatakan, cuma penguatkuasaannay aku tak nampak lagi..sejauh mana keberkesanan JAKIM menangani masalah ni..Bab makanan ni susah woo, kita sebagai orang islam, memang kene berhati..Mintak dijauhkan la dari termakan benda yang tak sepatutnya.. Kalau kita tahu sedari awal tentula kita tak akan makan..Tapi apa cerita orang yang tahu, da habis makan, tup2..rupanya tak halal..Tak ke haru..

Sekarang ni dah nak dekat raya, so aku pasti la ramai penjual2 kuih raya or biskut or kek yang ada menggunakan mentega/margerin ni..Hmm terpaksa la berputih mata.. Macam satu perusahaan kek lapis kat serawak tu.. Terpaksa menyamak segala peralatan,habis apa cerita dengan kek2 yang dah siap sejak sebelum Ramadan lagi? AKu pasti penjual2 ni ada buat stok untuk tampung keperluan permintaan di hari raya..Nak buang macam tu je ke? Kan dan rugi…

Tapi aku xsure yang pengusaha ni memang ada dapat maklumat ke tak pasal mentega/margerin ni. KAlau dah tahu sedari awal, tak la dorang guna, ye tak? Hmm aku harap isu ni cepat2 la diselesaikan JAKIM, keluarkan sekali senarai apa barang yang tak boleh guna..Tak la menyusahkan kita kemudian hari..Hmm..

Sunday, August 14, 2011

GARA-GARA STANZA CINTA



Kan sekarang ni semacam musim pulak, drama or filem diadaptasi dari novel..Hmm termasuk la drama stanza cinta..Aku mula2 tak berapa follow cerita ni..Tapi lama2 jadi berminat nak tau plak apa jadi seterusnya..maka bermula lah misi aku mencari buku novel ni..

Sekali pergi kat MPH jusco taman u, dah tak ada pulak buku ni..Tu la, masa stok dia banyak, berlagak pulak tak mahu membeli..sekarang bila hati dah berhajat sangat barulah berkira2 nak membeli..Haish...

Jalan punya jalan, belek punya belek..Rasa nak beli juga, tapi buku yang dicari still xjumpa, memang dah down amat la..Time aku berpusing nak keluar tu..ternampak la kat rak bestseller buku stanza cinta ni..Wowo apa lagi hati aku dah berbunga2 ni..Belek2 kejap..Hmm condition buku OK lagi..terus amik dan bayar..hepi sangat..Hmm skang aku tengah baca buku ni..Hmm memang best, penuh pengisian..Bukan kisah cinta semata2..Suka sangat watak amni..

p/s: Rasanya cerita drama ni agak lain sikit dari novel..Takpe khatamkan novel dulu..Baru boleh comment..he he

MINGGU KEDUA PUASA..SEMUA ORANG SIBUK BUAT PERSIAPAN RAYA

Skang dah masuk 14hari berpuasa..Hmm esok dah start dengar lagu raya kat radio...Dan aku rasa orang ramai sekarang dah sibuk buat persiapan raya gamaknya..Apa taknya, mana2 tempat aku pergi semua penuh dengan orang..Sibuk membeli belah itu dan ini..Angkut sekali satu family!

Pergi je la kedai kain ke,kedai bunga ke..Memang orang ramai berpusu2 time ni..Aku xsure la plak harga macam mana kira..Hmm maybe mahal kot dari biasa..Takpun ada diskaun tapi sebenarnya, tolak diskaun pun tetap mahal..Erk..begitulah agaknya..biasalah bisnes..all about money(erk..apa yang aku merepek ni,,,isk3)

Sabtu aku pergi le ke kota tinggi, hajat dihati nak mencuci mata,sebab kata kawan aku kat sana murah2 baju raya or kain...Dan bila sampai sana..survey2..kesimpulannya memang boleh la membeli dengan harga murah dan berpatutan..Hmm Tapi pada aku yang menjadi masalahnya, ha ha banyak nau kedai kat sana. Naik pening aku dibuatnya..Sudah la panas terik, tengah2 hari..Disaat2 berpuasa pulak tu (ceh tak tahan dugaan btol, mengada je lebih ni) Sebab kat kota tu, kene sampai sana awal2, nak rebut parking punya pasal..Hmm first time aku buat mcm ni..

Dan akhirnya aku xtahu apa nak dibeli, sebab otak jem..kepanasan..Ha ha lagipun ni first time aku nk survey baju kurung siap..Ingat nak beli,. tapi...jauh disudut hati kata- lagi best pakai baju buat sendiri..Selama ni aku memang jenis yang tempah baju siap2..Lagipun cousin aku yang buat..so memang sedap la dipakai..Moral of the story is..Next year..beli kain siap2 and hantar jahit..Huhu

Tadi aku sempat la pergi giant plentong..saja cuci2 mata..Namanya pun perempuan, tak beli pun tak apa la kan..saja jalan2..tengok2...Ha ha i really like...kuikuikui Tapi sebab aku ni pemalas nak drive..Angkut le adik aku sekali..Bagusnya dia ikut je..ha ha Ramai juga orang kat sana..Sempat le aku rembat satu beg..Ingat nak beli kasut..Tapi next week la..Fabiano ricco...Jadi malu plak bila aku masuk kedai ni tapi aku tengok sandal yang aku pakai skang still ada jual lagi kat situ..huhu..so next week aku pakai kasut lain, baru aku pegi beli selipar baru..

Balik ingat nak masuk angsana-belikan riben langsir mak aku tu..Sekali makk aii parking full da..Ini lainkali kalau nak pergi memanh dah sah2 kene keluar awal ni.Huu..
So next week misi mencari selipar raya akan diteruskan...Hmm maybe pergi tesco or jusco pulak..

p/s: Sedang berkira2 nak beli ke tak baju raya siap ni..fikir2..

Friday, August 12, 2011

TAK SUDAH2...

Entry lepas, aku cerita pasal budak tak puasa kat tempat kerja aku.. hari ni aku nak cerita pasal perlakuan budak2 Bangla/Nepal (tapi aku rasa bangla kot sebab kulit dia hitam) dengan minah Indon/Nepal yang aku nampak depan mata kepala aku pagi semalam…Dorang ni memang selamba badak muka tak malu.Terang2 la aku cakap..Memang selekeh betul..Ko kalau nak kerja, sila buat cara nak kerja..Kalao nak tergedik2 sana, tergedik2 sini berambus ko..Perh pagi2 lagi dah buat hati aku panas…

Time2 aku jalan nak balik opis lepas hantar barang, tup2 nampak budak2 ni macam bergurau senda gelak2 keluar dari area production sana. Entah aku yang dorang gembira sangat aku pun xtau (tapi ni tak kisah la kan..) bila sampai adegan cuit mencuit,siap nak kejar mengejar je…Aku dah mula pelikk..

Si lelaki tu siap pegang2 perempuan tu..usik2..Pergh aku siap berhenti nak tengok apa aksi seterusnya..Walaupun nampak memang dorang bergurau..Tapi bila aku nampak si lelaki tu pukul sekuat hati perempuan tu sampai ko boleh rasa macam ko ketuk dinding(lelaki kan tenaga dia kuat) Aku rasa memang la..Eee tak tau nak kata apa..Kalao mulut aku ni jahat..lama dah aku sound korang ni nak keje ke nak main2?? Isk3

Aku bukan la baik atau bagus sangat ke hapa..tapi perlakuan macam ni memang aku tak boleh terima la..Bukan budak2 lagi..Dah tua bangka tapi berperangai tak pakai otak…

Mode: Masih marah dah teringat2 hal ni..Dorang ni macam tak kisah batas2 pergaulan..Erk.pening la tengok perangai bangsa asing ni..Hmm

Wednesday, August 10, 2011

TOLONG LAH

Hari ni aku nampak depan mata kepala aku sendiri perkara yang buat aku betul2 sakit hati..Erk..kadang aku memang tak faham..Ada sesetengah orang yang betul2 tak kisah atau buat2 tak kisah atau senang kata BODOH..uiiii geram betul aku ni..Ha ha

Bulan ramadan yang mulia ni, semua orang sedia maklum, kita berpuasa..Hmm tadi tengah hari,sedang aku dok bergayut dengan kakak aku..boleh ada satu minah ni dok makan kuih depan aku dengan selambanya!!!! Aku tengok dia, dia tengok aku balik..Huh..

Gaya makan memang selamba..Alamak...tahu la kot2 engkau tu tak puasa, tapi sila HORMAT orang yang sedang berpuasa...Hmm ker aku yang silap amik port nak gayut telefon? Ntah2 port tu pun tempat selalu orang makan..Sebab tadi aku nampak, cebisan biskut la, pembungkus plastik biskut merata2..Huish...Nampak dek cleaner memang kene bebel la aku jawabnya...Sia2 jer..

Saturday, August 6, 2011

MACAM2 HAL..SABAR JE LA


Fuh..Memang terasa lama betol aku tak update blog..Ni semua sebab komputer aku la..hang..plus corrupt..Hmm entah apa masalah..aku pun tak tau..Ha ha ye la aku biasanya main pakai jer barang2..Selagi boleh pakai orang kata..Dekat dua hari juga aku tak online fb ke, tak baca blog..Isk3..tak boleh tahan..Udah le kat office sana blogspot dah kene block..Kene la aku baca yang dot com jer..

Aku nak tengok tv pun payah gak..Sebab komputer rosak,sekaligus tv cut aku tak ble bukak..Haiiii la sabar jer la bulan ramadan yang mulia ni kan..

Dan lagi kelmarin kereta aku plak buat hal..haish tak pernah2 jadi macam ni..Tak pe, next time kene ingat yer..Buat pengajaran..

Masa nak balik kerja, tiba2 kereta aku tak boleh nak start..Tanya la satu member ni, katanya bateri keta habis kot..So dorang pegi try tolak kereta sambil hidupkan enjin..Sekali dah keluar kawasan parking, aikk mati la enjin da, terpaksa la tolak balik ketepi jalan..

Try plak cari jumper, konon2 nak jumper la hidupkan bateri..Da 3kali jumper pun tak boleh juga..Isk3 Masa makin berlalu ni, nak dekat buka puasa..Perut pun dah berbunyi ni..Call la ayah aku datang, tengok2 keta, pastu try lagi jumper.Memang dah sah tak boleh..Hmm

Aku dah decide nak tinggal je kereta dulu..Esok2 la baru fikir..Time tu ingat nak buka pose jer..dan mandi..ye la penat la kerja seharian kan..bila keta buat hal..memang mood hampeh..Nak call tow trak insurans pun, ada ke dia kata nama aku xde dalam list!! Dan dorang tak boleh hantar..Siap suruh aku call tow trak lain!! Time ni memnagd ah terbakar aku ni..

Last2 aku tawakkal jer, tinggal kereta kat situ dan balik.Balik rumah, buka puasa ala kadar, datang balik kilang aku. Sekali dengan jiran aku untuk tukar bateri kereta..Rupanya memang bateri tu dah habis betol..Apa taknya da 3tahun aku pakai kereta belum pernah tukar..Hmm nampaknya kopak la duit aku nak raya ni..isk3..

Kene ingat ni, dalam 2-3 tahun dari sekarang bateri tu perlu ditukar lagi..Huhu

Monday, August 1, 2011

REVIEW FILEM: TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK


Cerita ni semalam aku tengok..Pergh memang mantap la aku tengok..Memang ala2 komedi romantik seram.. Dengan gaya si bob yang lurus bendul plak tu ditambah plak dengan si pian yang erkk susah nak kata la..ha ha udah la tak keje, pastu bergantung harap dengan si bob lagi..Tapi pian ni nampak genius sket la..Slalu jadi pelindung si bob ni..Maklum la dia kan lurus bendul..ha ha

Baik hati si bob ni, awek dia si ina suruh beli kereta, dia beli kereta walaupun secondhand..Awek dia suruh pindah bangsar yang katanya high class, dia sanggup pindah..Ha ha pendek kata semua nya awek dia yang kontrol. Tapi last2 awek dia curang dengan dia..Alahai sedihnya..

Lepas tu bob dengan pian decide nak pindah ke tempat baru..Ha ha aku rasa dorang ni kene tipu dek sebab bob ni lurus bendul..Ha ha duduk la dorang ni dekat flat2 yang banyak warga asing contoh macam nepal, afrika duduk..tapi dalam cerita ni aku nampak orang afrika jer..Huhu

Tanpa disangka2 jiran depan rumah dorang ni..dua beradik perempuan yang disumpah..Ha ha pontianak la tu..Mula la babak2 ala sweet gitu..baiknya si bob ni sanggup tolong nenek yang tercari2 rumah sedaranya(pontianak tu menyamar nak uji bob) menyebabkan si kakak, maya jatuh hati dengan bob..

Fuh..Bob ni dekat opis dia genius,selalu keluarkan idea bernas, tapi langsung tak diberi kesempatan nak menyampaikan idea nya sebab bos dia slalu curik idea2 bob..jadi si maya ni tolong bgtau bos yang bob ada satu idea yang menarik dalam satu presentation..baru lah big bos dia yakin dengan bob..Tak sangka rupanya boss bob tu anak kepada big boss bob..

Plot dia berkembang lagi la dengan cerita nadia kakak sulung si pontianak tu..Lepas tu usaha boss bob nak uji samaada maya tu pontianank ke tak dengan mengadakan kostum party..Last2 terbongkar juga akhirnya..Dan sumpahan pontianak tu berakhir bila maya bertemu cinta sejati..Wowo..Aku suka la lakonan sazzy falak..nampak bersahaja jer..Hmm

Serius memang tak rugi la tengok cerita ni..Terhibur..

REVIEW FILEM: FLAT 3A

Lama dah aku tinggalkan blog ni..hmm bukan tak ada cerita nak tulis, tapi rasa masa kot yang agak kureng..Tambah plak bila sifat malas bermaharajalela kat diri..huhu..

So aku cuti sabtu, ahad dan isnin(hari ni)..jadi masa2 aku dihabiskan menonton movie..Erk...Biasa la kan cerita melayu ala2 seram ni memang la aku tak akan tengok kat panggung punya..cukup la sekadar order kat adik aku-download..Ha ha..

Kali ni aku nak tulis sikit la pasal filem flat 3A ni. Banyak pelakon filem ni yang kurang popular la..kecuali intan ladyana tu..Ok la watak dia..cerita bermula kisah kehilangan budak fatin, kemudian kisah fikah gugurkan kandungan, lepas tu berlanjutan kisah fikah dan mona berpindah ke flat 3A tu la..Dan paling tak sangka semua kisah tu ada sangkut paut dengan si anas..kekasih si fikah tu..Isk2..

Si anas tu ada niat jahat..hati busuk rupanya, kerana dendam sanggup bomohkan ayahnya sendiri sampai terbunuh,lepastu bila bomoh tu (kang suman) tahu yang mati tu adalah ayah si anas, bomoh tu melenting la marah si anas,kenapa sanggup bunuh ayah sendiri..Dan tambah malang plak bila si anas tu pegi bunuh kang suman tu..haish,,,

Watak anas tu jahat..ha ha emo plak. Dia la yang jadi punca si fikah tu gugurkan kandungan..Paling tak sangka watak mona tu ada lah anak si kang suman, dia nak tuntut bela atas kematian ayahnya.. Erk sebenarnya aku lupa apa nama kawan si fikah tu-aku agak nama dia mona jer la..ha ha

Mula2 tengok memang pelik la si mona ni..sebab dia digambarkan keje kilang, nampak gaya macam operator or production staff tapi pakai kereta myvi tu..Patut pakai la kancil ke kelisa ker..Agak2 la pun kan...Pastu boleh cari rumah sewa ala2 buruk yang maca usang gitu..Entah kenapa tah.Tak logik aku rasa..Hmm tapi apa nak buat..bukan aku pengarah cerita ni..Ha ha

Finally mayat fatin dapat ditemui, kesian emak dia aku tengok..Isk2...Dan si anas tu mati jatuh bumbung..Hmm

Moral of the story is..Jangan sesekali berjumpa bomoh ke atau apa2 yang seangkatan dengan nya untuk buat sesuatu..Pendek akal namanya tu..Mintak dijauhkan la...