Tuesday, August 16, 2011

ISU STATUS MENTEGA HALAL & TAK HALAL OLEH JAKIM

Baru2 ni (dah nak dekat raya) aku pelik kenapa JAKIM baru mengesahkan yang margerin/mentaga jenama X or Y tak halal. Kenapa baru sekarang status halal ni nak dipertikaikan or diperkatakan? Kenapa tak dari dulu2 lagi? Disebalik pendedahan JAKIM ni aku rasa ada sesuatu yang patut kita renung2kan dan fikir2kan.

Pertamanya memang kita tahu prosedur untuk dapatkan kelulusan seterusnya cap HALAL dari JAKIM ni teramat la rumit. Pihak JAKIM kene pergi ke kilang2 buat pemeriksaan menyeluruh..Tengok proses situ, tengok pulak proses ini..Hmm macam2 lagi la..Ini adalah untuk betul2 memastikan yang cara pembuatan sesuatu product tu memang tidak meragukan dan bersih.

Dan kita juga faham, sesetengah prosedur ni mengambil masa yang lama.. Ye la kan, kalao da sampai kene pergi kilang buat pemeriksaan, lepastu jumpa wakil syarikat yang berkaitan, tanya or berbincang..Lepastu aku rasa mesti dorang ada buat sikit2 test. Nak check betul ke ada kewujudan unsur yang meragukan…Report lagi, meeting lagi, baru end up dengan satu decision..

Pendapat aku la patutnya dari awal2 lagi, semua barang makanan or product yang diimport dan dijual di Malaysia ni kene dapat kelulusan JAKIM dulu baru boleh jual.Ini, barang dah ada kat pasaran, siap dah digunakan secara meluas lagi baru JAKIM nak highlight statusnya tak halal. Isu halal ni memang dah lama diperkatakan, cuma penguatkuasaannay aku tak nampak lagi..sejauh mana keberkesanan JAKIM menangani masalah ni..Bab makanan ni susah woo, kita sebagai orang islam, memang kene berhati..Mintak dijauhkan la dari termakan benda yang tak sepatutnya.. Kalau kita tahu sedari awal tentula kita tak akan makan..Tapi apa cerita orang yang tahu, da habis makan, tup2..rupanya tak halal..Tak ke haru..

Sekarang ni dah nak dekat raya, so aku pasti la ramai penjual2 kuih raya or biskut or kek yang ada menggunakan mentega/margerin ni..Hmm terpaksa la berputih mata.. Macam satu perusahaan kek lapis kat serawak tu.. Terpaksa menyamak segala peralatan,habis apa cerita dengan kek2 yang dah siap sejak sebelum Ramadan lagi? AKu pasti penjual2 ni ada buat stok untuk tampung keperluan permintaan di hari raya..Nak buang macam tu je ke? Kan dan rugi…

Tapi aku xsure yang pengusaha ni memang ada dapat maklumat ke tak pasal mentega/margerin ni. KAlau dah tahu sedari awal, tak la dorang guna, ye tak? Hmm aku harap isu ni cepat2 la diselesaikan JAKIM, keluarkan sekali senarai apa barang yang tak boleh guna..Tak la menyusahkan kita kemudian hari..Hmm..

No comments:

Post a Comment