Saturday, December 31, 2011

WISHLIST 2012....

Hari ni adalah hari terakhir dalam tahun 2011. Ini bermaksud juga entry ini adalah entry terakhir aku sebelum melangkah ke tahun 2012. Oleh sebab hari ni aku tak de apa aktiviti sangat..Encik tunang pergi berjalan2 ke singapore...kalo tak memang aku dah hangkut dia keluar..ha ha Untuk negeri johor juga, hari ni adalah public holiday. Maka harus cuti..Kalao kene kerja juga, majikan kena bayar double. Nak berjalan2 ke shopping complex pun, rasanya semalam dah jalan habis..

Aku berjalan berdua dengan adik tengah aku, kebetulan dia pun sama macam aku, nak habis kan cuti tahun..bunyi macam banyak jer cuti tahun kan? Padahal setakat satu setengah hari jer...bring forward, sudah...Tapi apa boleh buat..kehendak hati yang meronta2 nak cuti memang tak tertahan...Sebenarnya dah boring kerja..OK..tak nak la tulis hal kerja kat sini (yang entah apa2 tu..)Kita tulis hal2 yang menggembirakan saja eh.

Maka hari ni adalah waktu yang sedang2 elok aku nak menulis sesuatu kat blog..Sekarang aku kurang menulis sikit..Biasala la..bila mood malas menjelang...memang nak duduk menulis depan pc payah...Asyik2 nak baring2 kat katil, layan tab...ANGRY BIRDS..huhu (penangan tab tak sudah2)..Dan akhirnya tertdo...Buku pun dah jarang2 aku baca..Walaupun aku rajin membeli..Tapi lately ni aku bole control sikit nafsu membeli buku..Hmm nak kawen kot..ha ha (ada gatal tak?uikks tak de kene mengena langsung.)

Pada aku macam2 kenangan ada dalam 2011 ni..Itu biasa la kan...Yang paling best..bila aku bertunang dengan encik tunang la kan..setelah berapa lama eh kawan..hmm start kawan desember 2008, pastu rapat2..bulan mac 2009, then bertunang...oktober 2010..dan InsyaAllah 2012 akan disatukan..Harap2 semua urusan akan dipermudahkan...amin..

Pastu ada lagi kenangan yang agak best bila aku naik pangkat..Walaupun pada aku, benda ni tak de beza...kerja pun still lebihkurang sama, tapi tak dinafikan la..itu pencapaian terbaik aku setakat ni...Kerja pun biasa2 je kan..layan jer la...Aku suka juga kerja aku ni, terutama bila aku dapat awards..Setakat ni dah dapat dua award, deputy managing director & director award..Bukan voucher yang aku kejarkan, tapi atleast, apa yang team aku usahakan dipandang oleh management..Tanda penghargaan..Dan kadang2 jadi sumber motivasi aku juga... Setakat voucher tu..Hmm barang apa la sangat, beli pun kene tambah duit juga..he he..Ada, bersyukur, tak ada, tak apa.Ok enough tulis pasal kerja..Sensitif.

Lepas tu, apa lagi yang menggembirakan aku eh..Hmm aku style yang lupa2 sikit...Memori pendek..ha ha kadang2 ingat, kadang2 lupa..Itu sebab semua benda aku mesti tulis..hmm itu dua jer kot yang penting..yang lain biasa2 jer..hidup biasa2 kenangan pun mesti la biasa2 jer kan..

So kedatangan 2012 ni harap2 membawa lebih kegembiraan pada aku..Wow aku dah sediakn wishlist untuk tahun 2012 ni..Biasa la kan...start tahun baru, semua benda mesti baru...aku dah set target start awal muharram lagi..Elok lagi kan sempena tahun islam..Dan tahun 2012 ni adalah masa untuk start merealisasikan..fuh ayat memang tak tahan.

Pertama: Of coz aku nak jadi orang baru..Nak jadi yang lebih baik..lebih bermotivasi, lebih sabar, lebih tabah..Bak kata team leader aku ‘kukuh, gagah dan tabah’ huhu iyer la tu motto team kitorang..hmm apa yang aku tengah buat sekarang, melapangkan pemikiran, diam diri...banyak baca buku motivasi..lepas tu...blogwalking..(haa ni memang aku paling suka)..Paling penting juga aku nak lebih menjaga hubungan aku dengan Allah..Semoga aku sentiasa diberi petunjuk hidayah..dan ketenangan hati.

Kedua: Nak kawen, jadi kene la bersiap sedia..Mental dan fizikal..Banyak amik tau hal2 rumahtangga..baca2 buku..belajar apa yang patut..pastu kene start fokus buat wedding preparation..Banyak bendo woo nak kene buat..dok bincang2 dengan mak ayah aku pun, dalam fikiran dan terbayang..alangkah sibuknya nanti...hmm

Ketiga: Nak cari kerja baru..Ini memang aku tengah usahakan secara serius...Aku dan 4tahun kerja di company sama, memang sesuai la pada aku untuk aku tukar environment..Serius..Aku memang perlu environment baru..Harap2 ada rezeki untuk aku pada tahun 2012..

Itu tiga azam baru aku untuk 2012...InsyaAllah.. Aku akan berusaha kearah itu..

RAPUH...

Aku suka dengar lagu ni..Bila aku rasa down sangat2..memang lagu ni la yang aku cari..Layan lirik dia..:

Detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Tuesday, December 27, 2011

BUKAN MENANTU PILIHAN

Hari ni aku tak sengaja tengok drama 'Tentang Dhia'..Setelah lama aku tak follow cerita ni, hish makin menyampah pulak aku bila tengok episod kali ni...

Agak2 la kan..Apa pasal la mak mertua si Dhia ni benci sangat dengan Dhia? Or bahasa mudah, ada lagi ke mertua zaman sekarang ni yang benci sangat2 dengan menantu sampai sanggup lakukan macam2 semata2 nak pisahkan anak menantu??

Seriously, aku kadang2 muak la dengan cerita macam ni..Tapi kebanyakan cerita melayu bawak tema macam ni..Mertua yang tak suka menantu, lepas tu buat macam2 cara, fitnah sana, tuduh sini....Hasut anak lelaki dia...Memang hantu punya mertua macam ni...(memang aku tak boleh terima kes macam ni)

Kita faham la, mungkin perasaan emak2 ni, nak kan yang terbaik untuk anak dia..Tapi emak2 pun kene la sedar....Demi kebaikan anak dia, terima jer la pilihan anak dia...Jangan la berpura2 depan buat muka suka, belakang besar2 kan mata...Mengumpat, fitnah, kan dah tambah dosa..

Hmm sudah la..benda macam ni kalo nak dibincangkan pun sampai esok tak habis tulis..he he.

Saturday, December 17, 2011

TRAGEDI HARI INI DAN SEMALAM PART 2

Ok sambung entry tadi...
Semalam hari pemberian slip bonus untuk pekerja company aku..Cerita pasal bonus ni memang hampeh..Seratus hari cerita pun tak kan habis punya..percaya lah...Hmm oleh sebab melayan sangat ke'tension'an aku ni, aku request kat MLD nak makan sate..MLD janji nak belanja aku makan..Jadi aku nak makan sate.. Dan aku suggest sate wak radol..Dulu2 aku selalu juga makan, tapi sejak duduk skudai..dapat bau jer la..memang tak pernah makan kot..selalu beli sate dekat taman universiti jer..Hmm

Pergilah aku dengan MLD ke kempas nak makan sate punya pasal..Sampai kat sana, nasib baik ada satu parking baik punya..Yer la..memang la aku yang ajak MLD, tapi aku kene fikir juga mana dia nak park keta dia tu..kang tak pasal2 aku gak yang kene(kalao terjadi sesuatu)..he he

Sampai sana order la sate 15 cucuk campur2 ayam dan daging..air sirap, MLD air teh kot..ker teh susu..(cett jenis air pun tak tahu) Lepas tu MLD order mee bandung..(ker mee rebus eh..aku lupa pulak) Hanya MLD jer order makanan lain, sebab apa..sebab sebelum keluar, boleh aku pergi makan siap2 kat rumah..Mihun goreng dengan ayam goreng...Lapar punya pasal..Ini gara2 tak puas hati pasal bonus la..Makan banyak, kemudian, berat naik 2kg..cis....cemana mau turunkan balik ni...hai ya...

Tengah2 makan sate tiba ternampak lipas jalan2 kat meja hujung sana..Aku bab lipas2 ni memang tak boleh belah..Siap ada dua ekor lagi!! pergh..mula la aku bising kat MLD, nasib baik time tu dia dah habis makan, tinggal menghabiskan sate jer..MLD suruh aku makan cepat2 baru kitaorang boleh pergi..Aku tengok lipas tu siap boleh naik ke badan pelanggan, memang kecoh la meja tu..Pastu orang meja sebelah siap pindah lagi...hmm Bunuh mood betol la...

Cepat2 aku pergi bayar...Hmm taubat dah, lain kali aku xnak makan situ,. kalau teringin sangat pun beli bungkus sudah la..Huhu
Sekian...

TRAGEDI HARI INI DAN SEMALAM PART 1

Hari ni memang aku da plan siap2 nak pergi Plaza Angsana..Hanya semata2 nak beli Majalah Pesona Pengantin! Aku tak tahu la kenapa, majalah ni aku boleh beli dekat BadanCemerlang Angsana je...Kat kedai lain tak de...Jenuh mencari..Huish..Nak tak nak kene la drive pergi sana..(kan elok kalao aku ada driver..cett ha ha sapa yang sudi nak jadi driver aku)..Hmm sebagai persediaan nak kawen ni kene la aku belek2 majalah seumpama ni..Senang nak buat rujukan idea, pastu dapat tips2 ker..dan sebagainya la..

Ini nak cerita tragedi hari ni..Last week, time aku pergi angsana(aku lalu jer pada akhirnya sebab ramai sangat orang sampai jalan jem sebab semua nak amik borang bantuan RM500 tu kat LHDN) aku memang nampak khemah2 besar..Dan ada la banner, katanya ada pameran kraf dekat kawasan parking angsana tu. Pergh..khemah2 sebesar2 keadaan..pastu luas plak tu..Entah apa dalam dia pun aku tak berapa sure, niat dihati nak singgah juga tadi...Tapi apakan daya..

Aku jenis orang yang bila nampak jer khemah besar kat angsana tu, jadi malas nak masuk, sebab pemikiran aku dah set.. 'hmm tu mesti ramai orang, nanti tak dapat nak parking kereta' Itu kalau aku pergi sorang2, sebab aku kan jenis kurang sabar sikit...Tapi kalau pergi dengan sik aku ke dengan MLD ke..haa aku ok sikit..sebab aku menumpang jer..bukan aku driver...dasar pemalas disitu..

So aku park la dekat area padang (lagi jauh dari pintu masuk)..siap2 parking kereta, terus aku jalan masuk sambil lalu2 dekat pameran kraft ni..dalam hati siap mengata lagi-apa hal la buat khemah sebesar2 bagai ni' Hmm jalan2 sampai pintu masuk angsana, baru teringat tiket parking tertinggal dalam kereta..Arrrghhh jemm....Ada dua option:

1. Patah balik ke kereta then amik tiket parking
2. Masuk angsana dulu, beli2 then pegi kereta, amik tiket dan masuk balik untuk bayar..

Ingat nak buat option pertama, tetapi tiba2 terasa nak pergi toilet la pulak..Haish...Kene juga masuk angsana dulu, then last2 decide jalan jer la...Pasal tiket...Kemudian fikir..Huhu
Tapi dalam hati berbuku juga...Macam mana la boleh lupa..alahai....

Habis beli2 barang, dah decide nak keluar...Tiba2 nampak hujan turun dengan lebatnya..Isk3..Aku pun ada satu lagi perangai...Hmm kalo aku dah ready nak balik, aku memang nak balik2 juga..Tak kira apa jadi..Dasar style tak sabar punya orang kan.... Jadi aku pegi beli satu payung..Nekad juga nak balik..Tapi kene patah balik masuk angsana nak bayar parking punya pasal..Huhu memang sabar la...Huhu

Dua kali ulang alik time hujan semata2 tiket parking...time macam ni la baru terfikir,apasal la nak masuk angsana pun kene bayar..Dulu2 time aku kecik2 (zaman sekolah lagi) masuk angsana free tau..hmm sekarang semua benda pun duit....ok penat membebel..sambung next entry..

Sunday, December 11, 2011

REVIEW : OMBAK RINDU


Novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari.


Ini cerita hot..ha ha aku nak juga tulis review cerita ni kat dalam blog.
MLD bagi cadangan untuk tengok wayang cerita ni. Mulanya aku memang agak teruja nak tengok sama..Sebab aku dah baca novel ni, dan aku dah tahu jalan cerita nya..JAdi aku nak juga tengok apa jadi bila karya novel diterjemah ke dalam filem.

Aku memang tahu, takkan mungkin filem dapat menceritakan semua kisah dalam novel tu..Memang mustahil la kan..Durasi filem pun hanyalah 2jam jer..Dan i strongly suggest elok korang beli novel dan baca daripada menonton cerita ni kat wayang..he he berbaloi2 baca buku..

Jalan cerita filem ni ok, tapi ada beberapa babak yang aku rasa tak patut dibuat..Tak tahu la apa sebab pengarah mengarahkan babak sedemikian rupa..BAbak pertama yang buat aku panas hati ialah waktu izzah mandikan makcik dia tu..haish...berkemban bagai...Tak sesuai la pelakon yang jadi watak makcik izzah tu..hmm

Pastu babak yang kedua, watak datuk sufiah berpakaian seksi kat tepi kolan renang..Hampeh...isk2. Memang datuk sufiah digambarkan seorang yang angkuh dan kaya, tapi tak perlu la berpakaian seksi bagai, di tepi kolan renang pulak tu..isk2...

Babak seterusnya..Hmm memang aku tak berkenan...babak ranjang dan banyak sangat la aku rasa si maya karin tu berkemban..Alahai...aku tak kisah kalao aku tonton cerita barat,dorang nak seksi ke hapa.Tu dah jadi budaya dorang.Tapi ini cerita melayu...pelakon melayu pulak tu..Malu pulak aku tengok..Hmm terus bunuh mood aku..hehe

Jalan cerita dia juga slow aku rasa..Memang tak boleh la..tersangat lambat sampai aku beberapa kali dok tanya MLD bila cerita ni nak habis...isk3...

Tadi dalam wayang kebanyakan penonton, melayu..Dan aku rasa rata2 semua yang datang dah baca novel ombak rindu ni..MAsing2 nampak teruja..

Kesimpulannya baca novel lagi best..

ANTARA CARA NAK KAWAL BELANJA

(entry ni patut aku publish semalam,10hb disember, tapi tak sempat, jadi aku publish hari ni..he he)

Hari ni aku ke kedai buku..MPH jusco taman u. MLD janji nak makan lunch dengan aku. Aku lak memang sampai awal kat jusco sana(giler awal 2jam..pergh) aku duduk MPH ada la dekat sejam..Belek2 buku..Last2 bukan just belek2 jer...Siap baca habis..Kulit ke kulit..Selamat duit aku..Kalo nak beli..Haa mau kopak RM..(skang tengah nak save badget...haish)

Buku yang menarik minat aku tajuk dia ‘Dulu pokai, sekarang kaya’..Entah tulisan siapa..aku lupa la pula..Cuma yang aku ingat apa cadangan yang diberikan pada pembaca untuk control kewangan. Antaranya, tips membeli barang keperluan harian. Kurangkan membeli barang di hypermarket. Bukan tak boleh beli langsung. Ada sebab dia bagi cadangan macam ni.. Khususnya kepada mereka2 yang dah ada family,try survey kedai2 pasaraya yang kita boleh beli barang2 keperluan macam sayur, buah, ikan dengan harga yang murah.

Sebab kat hypermarket biasanya dorang ni ada buat kajian strategi nak susun barang2..Maksudnya cara dorang susun barang tu ada kene mengena dengan pskologi kita..Contoh susun gula2 or coklat dekat2 area kaunter..So nanti bila kanak2 dah merengek2 nak beli, mak bapak terpaksa la beli juga demi mengelakkan anak hentak2 kaki kat shopping complex..Haa da tambah perbelanjaan..

Selain tu, kita juga digalakkan beli barangan tempatan, contoh yang paling ketara untuk perempuan mesti la kosmetik bagai..Hmm tengok jer la jenama antarabangsa kan melambak2 kat pasaran..Apa kata cuba jer beli kosmetik tempatan (semestinya harga lebih murah) sebab kualiti barang dan hasilnya adalah sama jer..Dan kebanyakan kosmetik antarabangsa yang diimport, berasaskan cara hidup dan gaya orang barat. Yang mana kadang2 totally tak sama dengan kita..So belilah barangan tempatan.

Dan lagi, jangan membeli belah pada waktu lapar..Haa yang ini memang aku percaya..Sebab kadang2 aku ni time2 lapar..semua benda nampak sedap..semua benda aku nak beli..Haish...nanti akhirnya tak habis juga, makan berhari2 barulah habis...Hmm soo pastikan perut kenyang, sebelum anda keluar membeli belah..

Ok tu jer tips yang aku ingat dan aku dah start praktikkan pun..Hmm harapnya berjaya lah..hehe

Wednesday, December 7, 2011

MARRYBROWN BANDAR PENAWAR

Balik dari pantai, terus menghala ke bandar penawar, cari makanan..Pusing punya pusing, decide nak makan marrybrown..


Rasanya aku dulu sekali jer kot makan marrybrown.Lepas tu lama dah tak makan..


Macam tak ada orang sangat kawasan ni..Hujung minggu kan..semua orang lepak rumah..Kedai pun tak banyak bukak..


Ini hidangan aku, nasi ayam marrybrown..Rasanya...bole la tahan..isk2...


Yang nasi lemak marrybrown tu adik aku punya...Dan satu lagi hidangan tu, kitorang makan share2...ish2...makan jangan tak makan..ha ha

JALAN KE DESARU

Hari ahad lepas aku berjalan ke desaru..Selama ni tak pernah pegi..skang dah besar2 baru terhegeh2 nak pergi..Aku tak berapa suka laut sebenarnya..ha ha takut la tengok air berombak2 ni..Ish3 udah le tak reti berenang..hmm kang jadi apa2 kang...(ada mengada2 tak?)


Setelah jauh perjalanan melalui lebuhraya senai desaru..Akhirnya sampai juga kat sini..Lebuhraya senai desaru ni rupanya jalan straight jer..Tak banyak kereta lalu pun.Rasanya kereta yang lalu ni pun semua menghala ke desaru kot..(jalan kalau buat berlumba best gak ni.ha ha) sepanjang lebuhraya tu, ada satu jer kawasan rehat..Aku lupa pula nama dia, rasa kawasan rehat layang kot..Sunyi jer...kedai pun aku nampak bukak dua jer..Ye la..orang pun tak ramai kan..


Masuk kawasan ni untuk public parking..Ish3 time ni aku excited la sebab dah dengar bunyi ombak2 pantai.. haish..


Sekali masuk kene bayar RM4.. hmm ni yang nak aku complain ni..Bayar sekali amsuk RM4, tapi kawasan parking macam apa, tak terjaga...Huh..Alang2 aku dah sampai kan...Layan jer la..


Turun jer, inilah pemandangan nya..Jauh dari apa yang aku bayangkan..Erk...tapi aku jalan turun juga la..Memang tak sangka aku begini rupanya Desaru yang orang dok sebut2 tu..Pemandangan kiri kanan (selain pantai) macam tak terurus. Aku ingat ada la kedai2 makan style arked2 kat plaza tol tu ker...Ini tak ada langsung...sana sini nampak orang dok bentang tikar, makan2, ini memang betul2 berkelah...


Masa aku dekat sikit dengan pantai (tak berapa dekat la) aku nampak ada pacak bendera merah, mungkin itu tanda ombak kuat la. Tapi aku tengok, memang ombak agak kuat la time tu..Walaupun macam mana pun, aku tengok orang ramai still juga nak turun main2 air..haish...aku rasa bahaya..tapi orang ramai macam tak endah pun..

Bila aku cerita dekat MLD, MLD cakap, "ooo mungkin dorang tu dah lama tak mandi laut, tu yang teruja nak main air tu..." Betapa positifnya MLD...Ish..Jawapan yang tak di sangka2..Hmm hmm


Tengok la....Boleh agak kan berapa jauh aku dari pantai..Huhu bunyi ombak memang best, tapi aku datang dekat2 gigi air, main air...jangan harap la..huhu..memang tak boleh..takuut..he he


Dah habis jalan2..Aku pun balik la..Nak cari makan..Sebab sampai pun dah agak tengah hari..Hmm mesti la lapar kan..

Friday, December 2, 2011

GURAU BIAR KENA TEMPAT..JANGAN MAIN CAKAP JER

Aku nak juga tulis cerita ni kat blog..

Dalam perhubungan, aku seorang yang sangat setia...dalam persahabatan, aku cuma ada seorang sahabat baik, dan dalam percintaan, aku cuma cinta tunang aku sorang jer..(pergh bangga MLD kalau dia baca ni..isk3)

Tapi kali ni aku terkesan sikit...dengan gurauan seseorang pada aku...Ketika ditanya apa yang sedang aku buat waktu aku terima message, aku dengan jujur la(as usual...takkan la nak tipu kot...) menjawab: tengah makan...(kebetulan waktu tu rehat pagi)

Dikatanya lagi..pada aku: "Makan jer...padan la tembam..."
Jawab aku: "Tak pe la.. Dah memang sedia tembam pun..."

Dibalas lagi: "Nanti dah kahwin mesti lagi tembam"
Aku: "Hmm tak kisah la kan.. Janji hati senang"
Terus dibalas: "Ish2...Tembam2 jangan sampai laki cari lain dah la...."
Aku jawab: "Insya Allah..tak kan cari lain..."(dalam hati ada rasa bengang tiba2,perasaan pun ada sikit goyah)
Message seterusnya: 'Tengok la nanti.."

Geram yang tak disangka2...
Terus aku reply: "Eleh pandai cakap orang, habis tu kalau laki kau cari orang lain, ko marah tak??'

Dia: senyap sampai sekarang..

Aku memang bengang...Mungkin mulanya dia nak bergurau dengan aku, tapi mesej gurauan dia tak sampai..Seolah2 mengganggu gugat sikit kepercayaan aku pada MLD..Aku memang benci anasir2 macam ni..Sebab dulu aku pernah terkena..Hampir2 menuduh MLD buat sesuatu yang dia tak buat,sebab aku dengar cerita dari orang lain...huh
NAsib aku cepat berfikir positif..Aku tak nak besar2 kan issue..yang rugi aku juga nanti..

Aku percaya, selagi aku layan orang dengan baik..Orang pun akan layan aku dengan baik..Bangkai gajah kalau ditutup lama2 akan tahu juga...MAcam tu la kejahatan, lama2 akan terdedah juga..TApi aku selalu doa yang baik2 jer dalam hidup aku..Selebihnya aku serahkan pada Allah..

Hmm kepada si Dia yang ber'gurau' dengan aku tadi... Lain kali sila berhati2 dalam percakapan..Takut nanti boleh membawa pada perpecahan sesuatu hubungan.