Sunday, December 11, 2011

ANTARA CARA NAK KAWAL BELANJA

(entry ni patut aku publish semalam,10hb disember, tapi tak sempat, jadi aku publish hari ni..he he)

Hari ni aku ke kedai buku..MPH jusco taman u. MLD janji nak makan lunch dengan aku. Aku lak memang sampai awal kat jusco sana(giler awal 2jam..pergh) aku duduk MPH ada la dekat sejam..Belek2 buku..Last2 bukan just belek2 jer...Siap baca habis..Kulit ke kulit..Selamat duit aku..Kalo nak beli..Haa mau kopak RM..(skang tengah nak save badget...haish)

Buku yang menarik minat aku tajuk dia ‘Dulu pokai, sekarang kaya’..Entah tulisan siapa..aku lupa la pula..Cuma yang aku ingat apa cadangan yang diberikan pada pembaca untuk control kewangan. Antaranya, tips membeli barang keperluan harian. Kurangkan membeli barang di hypermarket. Bukan tak boleh beli langsung. Ada sebab dia bagi cadangan macam ni.. Khususnya kepada mereka2 yang dah ada family,try survey kedai2 pasaraya yang kita boleh beli barang2 keperluan macam sayur, buah, ikan dengan harga yang murah.

Sebab kat hypermarket biasanya dorang ni ada buat kajian strategi nak susun barang2..Maksudnya cara dorang susun barang tu ada kene mengena dengan pskologi kita..Contoh susun gula2 or coklat dekat2 area kaunter..So nanti bila kanak2 dah merengek2 nak beli, mak bapak terpaksa la beli juga demi mengelakkan anak hentak2 kaki kat shopping complex..Haa da tambah perbelanjaan..

Selain tu, kita juga digalakkan beli barangan tempatan, contoh yang paling ketara untuk perempuan mesti la kosmetik bagai..Hmm tengok jer la jenama antarabangsa kan melambak2 kat pasaran..Apa kata cuba jer beli kosmetik tempatan (semestinya harga lebih murah) sebab kualiti barang dan hasilnya adalah sama jer..Dan kebanyakan kosmetik antarabangsa yang diimport, berasaskan cara hidup dan gaya orang barat. Yang mana kadang2 totally tak sama dengan kita..So belilah barangan tempatan.

Dan lagi, jangan membeli belah pada waktu lapar..Haa yang ini memang aku percaya..Sebab kadang2 aku ni time2 lapar..semua benda nampak sedap..semua benda aku nak beli..Haish...nanti akhirnya tak habis juga, makan berhari2 barulah habis...Hmm soo pastikan perut kenyang, sebelum anda keluar membeli belah..

Ok tu jer tips yang aku ingat dan aku dah start praktikkan pun..Hmm harapnya berjaya lah..hehe

No comments:

Post a Comment