Monday, February 27, 2012

ENTRY LAST PASAL RUMAH...

Aku buat entry pasal rumah-yang sebenarnya bukan la pasal rumah sangat pun..lebih kepada deko deko...cantik beb...biar bila aku belek2 balik blog ni, aku jadi berazam nak kumpul duit...renovate rumah...- ni sampai nak termuntah dah...Siap terfikir2 dalam mimpi lagi...Ha ha Aku nak juga upload semua gambar2 ni..Tak kira la...Layan lagi pic kat bawah.....Da tak mampu nak tulis apa lagi...he he










Ok cukup2 la cerita pasal rumah ni..
Berdoa. Harap2 ada rezeki aku nak beli rumah macam ni..

RUMAH..PART 4

Jom layan pic deko deko rumah lagi, he he...kali ni tema nampaknya warna merah hitam putih...Kombinasi warna yang menarik.


Ruang tamu depan...Nampak tak rak2 merah tu sebelah tv? Aku berangan2 kalao la ada rak macam nk kat rumah, confirm aku letak buku2 novel aku cantik jer tersusun kat situ..He he..


Ruang makan sekali dengan ruang dapur...Set meja makan yang cantik..Entah berapa la harga nya...Uikss berangan lagi...ha ha


Bilik tidur..Yang pasti ni bukan master bedroom..Ini bilik kedua kot...


Gambar dapur dengan lebih dekat..Kecik jer ruang dapurnya...
Last sekali...sinki dapur...


Nampak cantik....
Berangan sekejap la aku macam ni..ish3

Ha..ini ada tambahan gambar lagi...


Bilik tidur yang menenangkan..


Ruang rehat tingkat atas rasanya...


Haa ni la deko master bedroom...Hmm cantik kan??
Waaa terasa macam nak duduk rumah sendiri pula...Deko deko...

Sunday, February 26, 2012

RUMAH....PART 3

Layan gambar2 ni pulak...Memang bahagia..ha ha


Ruang makan keluarga....


Ruang tamu keluarga...Ni pun boleh bagi aku idea...kombinasi warna apa yang sesuai nak deko rumah aku eh..ha ha berangan jer lebih ni...


Masuk2 jer rumah..nampak benda ni..macam ala2 waiting room plak...


Ruang lepak keluarga lagi....


Haa ni area dapur...Hmm cantik kan...


Sinki nak basuh pinggan ke...Ni area dapur juga..

Hmm banyak lagi gambar..Esok la aku sambung upload..Nak iron baju kerja pulak..Esok nak kene keluar awal..Topup minyak & touch n go..Hmm

RUMAH ...PART 2

Ha ha aku, time tengok2 rumah..memang terpegun tengok dekorasi dalam dia..So aku kurang fokus pada pandangan luar rumah..Ala setakat gambar luar tu...kau tengok kat illustrasi brochure sudah.. ha ha siap ada harga sekali.

Dah rasa macam deko deko plak..Hmm cantik2 interior design dia..mana lah hati tak terpikat ni...Gambar ni aku lupa aku amik dari rumah contoh yang mana, yang aku pasti..aku dan terbayang2 - kalau la rumah aku buat macam ni..yang real punya..alangkah indah dunia..ha ha


Bilik tidur warna kuning hitam...



Ruang rehat keluarga...


Ruang makan keluarga...


Paling best ruang tamu keluarga..Tempat2 lepak2 menonton tv...Hmm


Ini area toliet dia...


Ruang rehat lagi...


Bilik tidur lagi...Warna lembut jer...


Haa ni confirm bilik tidur budak2...Hmm cantik dan kemas jer...
Gambar lain sambung next entry..

RUMAH LAGI..PART 1

Hari ni, aku teruskan misi mencari rumah lagi. Kali ni memang betul2 survey dekat area yang encik tunang nak sangat duduk tu-Bandar Dato Onn..

Jadi dapat la brochure macam kat gambar ni.



Aku masuk dan tengok2 hampir kesemua rumah contoh untuk semua model rumah yang ada..Haa cuba bayangkan betapa penatnya aku jalan2.. Nasib baik aku dah makan nasi siap2..Tu pun makan nasi da nak dekat pukul dua dekat malay village, banyak betul urusan hari ni...Nak keluar kene hantar kunci ke mak aku la, lepas tu kene call cousin aku nak suruh dia potong jubah mak aku la..Huhu..Letih2...Sudah la seat gen2 keras..ha ha Dan dan jer skang aku pandai komplen keras..Selama ni pakai ok jer...tak de masalah pun.(pang..ada orang nak kene lempang ni...isk3)

Ok habis cerita. Nak sambung cerita rumah pulak..

Kat Bandar Dato Onn ni, ada banyak rumah baru nak tengah dibina.. Nampaknya semua rumah dua tingkat.. Encik tunang nak cari rumah setingkat, tapi kalo dia still nak duduk area BDO(singkatan-penat taip) ni..nampak gaya susah la nak jumpa rumah setingkat...

Bab harga pulak..Hmm paling murah untuk unit bumiputera RM313 keatas..Tengok bentuk rumah..bole tahan la..Ada juga yang sempat aku amik gambar..Nanti aku upload. Sekarang nak bercerita dulu.. So far...Design rumah kat BDO ni lawa2..nampak pun kawasan kejiranan dia ala2 tersusun..Cuma bila sebut soal harga tu yang buat aku nak tercekik...ha ha

Habis pusing BDO, aku keluar lagi jalan sampai area taman daya, kemudian, seri austin..Tapi rumah baru or kawasan perumahan baru..tak de..Atau kitorang tak jumpa sebab kitoang pun kurang familiar area tu..

Balik tu sempat juga aku singgah masuk pejabat perumahan BDO..Dengar salesman tu briefing sikit..Kot2 ada yang sesuai ker..Tapi bila bincang2, dan dia buat kira2..kalao loan selama 30tahun, monthly dalam RM1500!!! Nilai ni bukan fix pun..turun naik, ikut kadar rate bank negara..Mak aiii...Hmm kitorang fikir dulu la yer..Huish..Memang pening kepala dibuatnya..
Hmm nampaknya kene fikir betul2 sebelum beli rumah ni..Dengan komitmen bulanan yang sekarang ni...nanti tambah pulak dengan kos rumah ni..Ha aku rasa memang kene fikir dua kali...Tak nak la kan..kalo tiap2 bulan belanja asyik tak cukup or cukup2 makan jer..alahai...Sabar dulu eh..InsyaAllah ada rezeki nanti ada la...Doa jer la...

p/s: Encik tunang sms tadi, katanya ada orang nak jual rumah kat area BDO tu, harga RM210k..
Hmm kene buat appoinment dulu..Try call dulu...harap2 available la rumah tu..

MISI MENCARI RUMAH

Kali ni aku nak tulis pasal pencarian rumah. Apa kriteria yang perlu dipertimbangkan waktu kita mencari rumah. Ada dua jenis pilihan, sama ada rumah sewa atau rumah sendiri. Biasanya pasangan yang baru kahwin ni, nak mulakan hidup berdua, semestinya la duduk rumah sewa barang setahun dua...Nanti bila ekonomi dah stabil, kerjaya pun dah agak2 ok...baru pindah rumah sendiri.. Ini fenomena biasa aku jumpa..Lain la kalau kau kahwin dengan anak orang kaya, lelaki yang dah ada siap2 rumah...hah time tu barulah kau di kategorikan sebagai bertuah sebab kau dah tak perlu bersusah payah nak fikir hal rumah dan sebagainya..Ok.. mukadimah yang tersasar..

Aku rasa nak cari rumah sewa atau rumah sendiri(beli jadi hak milik sendiri) kriteria yang diutamakan sama jer...Kawasan perumahan yang nak diduduki tu mestilah antara kawasan yang membangun. Maksudnya tengok potential kawasan tu..Mana tahu in future boleh dari sekecil2 pekan boleh jadi sebesar2 bandar...Jadi kawasan perindustrian ker...Ada pelan pembangunan strategik, macam kawasan sekolah, pusat membeli belah...Semua faktor ni penting...Sebab untuk kemudahan kita di kemudian hari...Nak beli barang, semua senang didapati..Lepas tu tak perlu risau tempat persekolahan anak..Ada disekitar kawasan tu..Kan senang.

Tapi zaman sekarang ni, nak cari rumah kat kawasan yang membangun (in future) sangat la susah. Sebab apa, sebab harga hartanah semakin mahal sekarang.. Maknanya harga rumah pun semakin mahal. Harga rumah yang paling murah aku survey lot bumi RM245k. Kalau total gaji suami isteri dalam RM10k memang boleh la..Kalau nak bayar RM2k monthly untuk rumah. Tapi aku rasanya belum sanggup kot...Mahal sungguh..Sekarang ni memang susah nak cari rumah lingkungan harga RM150k kebawah. Kalao ada pun, dekat area2 terceruk sana, belum membangun..Tambah plak jauh dari tempat kerja..

Oooh ya..kriteria penting juga nak tentukan lokasi rumah yang dipilih ialah jarak rumah dari tempat kerja..Aku rasa semua orang kalao diberi pilihan, nak duduk area yang dekat dengan tempat kerja. Putus wayar la kalao kau tak nak duduk dekat dengan kawasan tempat kerja..Banyak faedah tu...Jimat masa, jimat minyak..semuanya serba jimat...Tambah pulak tak de la kau stress bagai sepanjang kau drive nak pergi dan balik kerja. Tapi issue ni juga yang susah nak diselesaikan. Contoh kalao suami isteri bekerja kat dua tempat yang berlainan, kene decide area mana nak duduk. Paling bagus duduk kat tengah2 kawasan antara tempat kerja suami dan isteri..Itu kalau ada rezeki..Maunya tak de rezeki nak dapat rumah area tu? Haa terpaksa la salah seorang berkorban, duduk jauh sikit dari tempat kerja.

Hmm kusut betul pemikiran, banyak faktor yang kene diambil kira. Apa pun aku memang dalam misi nak tentukan kat mana aku nak duduk lepas kahwin nanti. Sedang berkira2 dengan encik tunang. Sambil2 aku kumpul info dari kawan2..Ada yang suggest beli rumah bawah RM250k, ada juga yang suggest beli rumah secondhand..semua ni kene reconsider balik, fikir baik dan buruk..Baru decide..

Ok penat menulis mencurah idea..

Sambung lain cerita.

Sunday, February 19, 2012

KATIL KING OR QUEEN??

Tadi encik tunang msg aku. Katanya ada pameran rumah kat persada..So aku decide la nak pergi..Tambah pulak aku memang tak pernah pegi pameran rumah ni..

Sampai2 jer sana, ada beberapa syarikat perumahan yang bukak booth.. Banyak rumah area nusa bayu/nusa idaman/bandar penawar/simpang renggam/bandar seri alam/tebrau..Yang pastinya harga rumah sekarang memang mahal2..Semua RM200 ribu ke atas!!!! Habis la...Kalau ada yang murah2 pun dekat area bandar penawar & simpang renggam sana...uiks sapa yang nak beli tu..hmm

Kitorang pun tak decide nak beli rumah yang macam mana...Kalu rumah baru harga RM100 ribu lebih mungkin ok..tapi kalau harga RM200 ribu...Hmm kene fikir dua tiga kali macam ni...Aiii living cost makin tinggi sekarang ni..Risau aku..Tak pe....InsyaAllah rezeki ada nanti..

Ok panjang pulak cerita mukadimah tu...
Sekarang cerita bab katil pulak.

Kat persada ada pameran barang2 rumah juga, macam alatan masak,perabot2..penapis air, katil...Haa cakap pasal katil ni, time aku tengah jalan2...Ada la satu akak ni..promote katil yang dia jual..Mula2 aku teragak2 nak pegi, tapi dia cakap tak pe la...try la duduk2 dulu..rasa2...Ha ha

Terus la aku duduk2 disitu..sambil2 dengar akak tu cakap2...Entah kenapa setiapkali aku tengok katil2 ni...Aku rasa saiz dia macam lagi kecik dari single bed aku...Ilusi optik mungkin.
Aku tanya kat encik tunang nanti nak beli katil yang macam mana..Sebab plan bulan 6 baru pergi beli..

Sambil2 akak tu terang2...Dia cakap terpulang la nak size queen or king..ada orang beli queen, ada orang beli king..sebab fikir balik, bila lama2 guna katil tu..mana tau satu masa esok, akan ada rasa eh kenapa katil ni macam sempit jer..ha ha

Jadi aku double confirm balik dengan encik tunang:

Aku: Abg, nanti kita nak beli katil size king ke queen??
Encik tunang(sambil tergelak): Size queen la..Sebab kalau beli size king, nanti kalau badan membesar, rasa selesa jer...So tak kisah..Jadinya kalau beli size queen..Bila agak2 dah sempit tu, paham2 la kene kuruskan badan...ha ha

Aku (dalam hati): cis...memang nak kene ini orang....ha ha

Tak tahu la..Pandangan aku bila nampak katil queen memang nampak kecik.Siap aku beranggapan encik tunang kan tinggi lampai, entah muat ke tak dia nak baring atas queen size..ha ha Tapi dia kata muat...Sebab salesman tu cakap size tu standard dengan single bed juga..So..Maybe pilihan kitorang queen size...kang kalo pilih king size..tak muat bilik pulak..ha ha

MORAL OF THE STORY: PASTIKAN MINYAK KERETA SENTIASA PENUH

Aku terbaca entry dari sini, jadi aku teringat kejadian yang betul2 berlaku pada aku jumaat lalu..Ha ha..aku rasa ni sebab aku silap anggar baki minyak keta aku. Dulu aku masa pakai myvi, penanda minyak myvi style bar..So aku boleh bajet kalau minyak tinggal 2 bar..Maka aku wajib isi untuk kiraan minggu yang baru..

Sejak2 aku pakai kereta encik tunang ni, gen2..aku banyak dengar orang2 kata kereta yang cc besar, kuat pakai minyak...Tambah pulak penanda minyak dia style pakai jarum..mula2 aku kekok juga nak agak2 minyak ni..Time bila nak kene isi...Pernah juga aku terisi tank tu sampai penuh dan sampai pam terhenti sebab minyak dah penuh..Itu la silap bajet lagi...Hmm Tak paham aku..Tapi kalau aku tak kene macam tu, aku tak rasa la experience ni kan..kuikuikui

Jumaat pagi, aku tengok minyak, hmm agak2 memang boleh tahan kalau guna pergi dan balik kerja..So plan nak refiil minyak hari sabtu pagi la..Sebab hari sabtu tak la sibuk sangat. Konon2...Sekali bila nak balik tu, aku start enjin...Alamak..minyak dah hampir nak ke E...

Risau juga..Sebenarnya sebelah kilang aku ada petronas, tapi nak kene pusing balik dan aku fikir, malas nak singgah2 ni..So decide nak balik terus...Siap lalu highway lagi...Tawakal jer la...
On the way balik tu....Tengok2 ada jem pulak..Entah apa sebab..Memang hati dah tersiat ni..Ish2..dah la minyak nak habis, kemudian jalan jem pulak...Tension aku. Asal hari jumaat, jalan jem..Semua orang berlumba2 nak balik kot...alahai..

Tengok2 lagi minyak dah sampai sini..


Lagi lah aku gelabah...Aku mana pernah drive kereta minyak sampai nak dekat E...Adoi...Pulak tu ada banyak trafik light yang aku kene lalu...Jalan pun tersengguk2...Ish2..

AKu siap off aircond, lepas tu bukak tingap sikit...Konon nak mengurangkan penggunaan minyak..Ha ha ye ye jekk..

Sebelum balik rumah, aku singgah petronas depan rumah, terus isi RM60.. Kalao aku tangguh2 lagi entah2 kereta aku tak boleh start terus agaknya...Terpaksa la beli minyak pakai botol & isi pakai paip getah or corong plastik..

Ini pengajaran buat aku: Kene isi minyak setiap kali minyak tinggal suku tank..
Sekian.

Saturday, February 18, 2012

TEKNOLOGI DAH SEMAKIN MAJU KE HADAPAN

Hujung minggu lepas, aku berbual2 dengan adik tengah aku pasal handphone. Konon2 nya kalau handphone aku sekarang rosak, aku nak beli handphone....(apa eh...)
Cett..Saja la tu mendoakan handphone sekarang rosak..Padahal baru jer setahun lebih pakai..hikhik
Lepas tu masuk cerita pasal android.. Aku dulu2 memang tak berapa reti apa android ni..Tengok orang guna touch screen macam apa tah...Style tekan2..Pada aku lagi best kalao tulis message tekan2 button..Tambah pulak handphone aku qwerty keyboard..BAru ada feel...(konon jer...ini perasaan time tu)

Sampaila bila aku beli tab..Ala tab murah2 jer pun...ZTE V9..Adik aku belikan dapat la harga RM350 ~ RM390 aku lupa pulak.. Haa time ni la aku berkenalan dengan android applikasi, android games-yang paling famous mesti la angry birds kan..hmm ye ye jekk

Macam tu la lebih kurang rupa ZTE-V9 ni...

Sekali time aku survey2 handphone....Ternampak pulak Sony Ericsson Xperia Neo V ni

Memang menggoda betul.Sekali aku beli satu..So bermula la era penggunaan android handphone aku..He he Siap aku pergi register pelan internet mobile celcom, attach sekali dengan original plan aku. Dan sekarang dekat seminggu aku pakai android handphone ni, hmm aku nampak la apa kelebihan dia..Apa yang boleh aku dapat..Interesting la..untuk beginner macam aku ni..(Encik tunang tak habis2 giat suruh beli Iphone..ha ha-kalau dia nak subsidi tak apa juga)

Paling aku tak tahan, time aku survey2 handphone ni, aku try tanya kot2 kalau nak trade in handphone nokia X5 aku tu..Sekali jurujual tu siap gelak2 kan aku..Katanya, sekarang nokia dah tak de market la..So dia boleh terima RM150 jer...Ish..Rugi...Baik aku keep jer handphone ni..Mana tau ada kegunaan di kemudian hari..

Tapi betul juga, aku tengok pasaran handphone sekarang,banyak yang guna android..Terutama model samsung. Dulu2 kalau nak beli, kene ada duit RM800 keatas baru boleh, tapi sekarang ada banyak model2 android yang ekonomi..Means, handphone android, dan harga murah, kurang RM600.. Tinggal nak survey dan pilih jer...

BAru aku perasan, zaman sekarang, semua handphone touch screen..Dah kurang handphone guna button2 ni..He he Teknologi dah makin maju kedepan.

Saturday, February 11, 2012

MARATON UPDATE

Malam ni aku tak boleh tidur pulak.
Tv pun macam tak ada cerita best.
So time2 macam ni, apa yang boleh dibuat eh...
Turun dapur, minum susu...

Aku ada download movie, twilight 4,tower heist dan baru je habis download bujang terlajak.
Ingat nak layan movie la..
Encik tunang pun da tertdo rasanya..
Aku msg2 tak de pun reply..
Memang dah sah tertdo la tu..

Haa kau tengok la time aku boring2 aku maraton update satu hari empat entry sekaligus..
Kalau nak harap aku update hari2..
Tak de nyer....
Selalu BW jer...
Nak menulis, payah..

Ok aku nak layan movie dulu la..
Sambil2 BW lagi.

CELCOM NI TERDESAK KE HAPA? TAK SABAR BETUL

Time update blog ni, baru aku teringat nak tulis juga satu entry pasal celcom. Aku dah lama pakai celcom, sejak aku belajar lagi...Biasanya due date bill aku setiap 16hb. SO aku kene bayar bill aku sebelum 16hb tiap2 bulan.

Dan aku belum pernah sekalipun terlupa bayar..Ini menandakan aku memang sangat teliti bab hutang2 ni..Aku akan pastikan aku bayar siap2 sebelum due date.

Tapi tengok la apa celcom dah buat.


Mula2 dia siap hantar sms..Sekali dua kau...Suruh bayar bill..Padahal ada lagi 5 hari sebelum due date. Lepas tu, ada satu nombor KL call aku..Aku ingat siapa kan...Ragu2 juga aku nak jawab.Sekali bila aku jawab, operator machine cakap pasal bill aku tak bayar lagi..So aku kene bayar..Aku pun terus end call, langsung tak dengar sampai habis apa machine tu membebel...

Eeeee bengang la aku pulak...Ingat aku tak ada duit nak bayar ker??
Malam ni la aku bayar...Guna CIMB click..Huh

JUAL JUBAH

Ha ha mesti cik dayah bengang dengan aku kalo2 dia terbaca entry ni..
kuikuikui.. Time rehat jumaat hari tu, orang sebelah meja aku jual2 kain baju kurung ni...Termasuk la jubah ni..Lawa color dia..Combinasi color ni la yang aku impikan untuk wedding aku nanti.

Nah aku nak tepek gambar model tak berbayar pakai jubah ni.



Lawa kan?
he he.. aku memang ambil gambar ni, tak masuk muka dayah..model tak berbayar la katakan.
To Dayah: jangan bising2 pulak kat aku time kerja nanti eh..muka tak de...ok la kan, badan jer..

SUKA SEMUA COLOR

Aku sejak2 nak kawen ni..Ter'rajin' pulak beli majalah pesona pengantin..Ha ha Banyak info boleh dapat..Banyak tips & panduan..Sama juga macam blog...Kadang2 aku terjah blog2 bride to be...boleh tahu apa trend majlis perkahwinan 2012. Tapi majlis aku nanti tak de la ikut trend sangat, yang lebih penting meriah dan ikut budget..

Aku suka color baju aliyah ni dalam cover pesona pengantin februari 2012. Siap aku bagitahu orang butik, aku nak color ni time aku booking dulu...


Sekali tadi time aku jalan2 kat angsana, aku ternampak pesona pengantin edisi march 2012...


Pergh lawa juga combination color dark blue ni dengan hitam eh..Arrghhh...Semua color pun aku nak..Rambang mata betul...

Next month nak bawak encik tunang ke butik.. Nak discuss balik apa2 yang patut..And terus buat final decision..Kalau tak, nanti setiap kali beli pesona pengantin baru, hati aku tergugat dengan color2 lain pulak.

p/s: color yang aliyah pakai tu still first priority. ha ha

LAMPU PECAH

Beberapa hari lepas, mak aku terjerit2 panggil aku. Aku ingat kenapa la agaknya. Rupanya jiran aku beritahu ayah aku- lampu belakang gen2 pecah..

Alamak...Bila pula jadinya ni??


Aku tak perasan sebelum ni kalau2 dah lama pecah ker.. Lagipun sehari sebelum jiran aku perasan, aku satu family keluar pergi window shopping pakai gen2.

Last2 conclusion kitorang, maybe budak2 yang main basikal kat depan2 rumah..Kayuh laju2 lepas tu terlanggar secara tiba2..Tambah pulak ada sikit calar kat body tepi lampu tu.
Nak marah pun ada juga, tapi tak tahu nak marah siapa..

Nampaknya aku la yang kene beli cover lampu baru..hish...bukan aku yang pecahkan aku juga yang kene beli(ayat klise...) dah tu tak kan la nak mintak encik tunang belikan.betul tak..dah kereta ni aku yang guna, cuma aku memang sakit hati, bila terpaksa bertanggungjawab atas benda yang tak aku lakukan..menyampah.

Survey2 dekat RM150 juga melayang nak beli baru..Tu baru harga barang..Upah pasang macam mana pulak...Leceh betol la...

Sampai sekarang aku belum beli lagi cover lampu ni..Cuaca pun nampaknya panas...Aku cuma takut kalo2 hujan jer...Yer la..Aku tape jer bahagian yang pecah tu..Risau juga, kang hujan nanti bertakung air dalam lampu..Mentol tu entah hidup ke tak..

p/s: Tak suka la perasaan ni.Sakit hati tak hilang lagi..Bila nampak budak2 main basikal depan rumah, rasa macam nak jerit jer suruh main basikal kat playground.

Monday, February 6, 2012

BILA NAK ANGKUT SAMPAH NI.

Hal ni nak juga aku tulis kat blog, aku pelik dengan syarikat yang mengendalikan kutipan sampah kat taman2 perumahan ni terutamanya perumahan aku. Sampah dah berlonggok sampai berbau dan berulat...Tak juga dorang kutip2....Agak bengang disitu.

Dah berapa hari aku tengok, still juga tak de nampak lori2 angkut sampah lalu..Apa dah jadi ni? Tak sure la tanggungjawab siapa yang patut aware hal2 macam ni..Majlis bandaran? Majlis daerah? Tak kan sampai nak adu ke audan rakyat tv3 baru nak kutip??

Haish..Sunggung aku tak faham.

Sunday, February 5, 2012

PROGRESS MAJLIS & AKTIVITI HARI NI.

Dah 5hari masuk bulan February baru aku terkial2 nak update blog..Hmm pemalas betul aku lately ni..Klise. Bila nak jadi rajin ni..Ha ha ha

Banyak benda aku buat, banyak cerita nak update blog, tapi..nak menulis tu berat..Pemalas disitu.

So persiapan kawen, aku dah booking bridal, setelah aku survey sana survey sini...Last2 encik tunang biarkan aku decide sendiri..Ha ha Dah fikir masak2, tolak campur bahagi darab, aku decide booking Rozaini Bridal.

Gigih la semalam, aku pergi pameran pengantin sekali lagi dekat angsana tu..(hari ni kan last) So aku booking terus tarikh siap2. Hmm pekak telinga aku nak dengar explanation dari wakil bridal(aku dah dengar 3kali explanation termasuk kali ni) so aku dah faham serba sikit...Bayar terus la booking. Lagipun time tu, ada show apa tah dekat pentas utama, dah la booth bridal ni betul2 sebelah pentas utama. Ok selesai sudah satu perkara. Cuma aku kene confirmkan pasal color lagi sekali. Tunggu encik tunang punya reply sampai skang dia tak reply2 lagi checklist aku..Tak pe. Aku sabar. Ada masa lagi kan...

Photographer juga in progress.. Tengah survey, dan minta quotation, bila dah dapat harga, ingat nak booking terus juga..Senang.Tak payah pening kepala, nak fikir2 nanti..Sekali lagi, perangai malas aku terserlah..Ok habis cerita pasal kawin ni.

Hari ni aku pergi mydin anjung dekat nusajaya. Saja jalan2..Nak tengok2 apa yang ada..Aku pergi lalu highway nusajaya, maka lalu la aku dekat area puteri harbour, kota iskandar sana,ledang height...Masuk kawasan medini iskandar sana..Hmm Memang giat pembangunan kat sana. Bole maju kawasan tu..

Rupanya besar juga mydin anjung tu. Bila aku masuk dalam,rasa macam masuk pasaraya giant pulak..Hehe, dari segi harga, ada barang yang murah, ada juga yang mahal..Pro & cons la kan...Macam sabun,coklat,murah la...So memang aku tiga beradik, membeli sakan la..Conclusion kitroang, lain kali boleh datang beli kat mydin anjung lagi..

Dah puas berbelanja, time for makan2..Gila tak makan..Lapar betul..Sudah la time nak membeli, barang dah la banyak..Lepastu aku tak nampak pulak disediakan bakul...Yang ada bakul yang bole tarik2 tu..Aku pandang adik tengah aku, dia pandang aku..'Malu la nak tarik' dia cakap..Cis aku juga yang kene tarik.. Sampai nak terbalik bakul tu aku tarik..HA ha dasar jakun disitu..Hmm

Habis makan, perut kenyang..Balik la...Lalu jalan lima kedai...Tapi jalan tak elok sikit..Ala2 kampung...Elok lagi lalu highway..Condition jalan baik..hmm

Ok penat menulis dah. Mata pun da mengantukk ni..Tunggu masa jer nak melelapkan mata. Cuti ada lagi dua hari ni..Apa nak buat....