Monday, April 30, 2012

BERSIH 3.0

Aku sebenarnya kurang jelas apa motif perhimpunan bersih dari bersih 1.0 sampai la sekarang heboh bersih 3.0. Tapi berdasarkan apa yang dilapor kat tv,paper, sebagai rakyat malaysia, aku malu tengok orang merusuh,lawan polis,terbalik kan kereta polis,ketuk cermin semua. Tindakan yang macam ni seolah2 macam dorang ni dirasuk. Dah tak ada langsung akal pertimbangan yang waras. Macam bukan manusia.

Bersih menuntut pilihanraya yang adil. Tapi perhimpunan yang dianjurkan tu adil ker? Sampai menjejaskan perniagaan pusat membeli belah,pemandu2 teksi,kedai2 kecik kat jalan TAR sana.

Kita negara ada undang2. Kalau kita menuntut sesuatu,guna la cara yang betul. Saluran yang betul. Jumpa pihak yang berkenaan,dan berbincang. Bincang sehabis baik. Bukan dengan cara demonstrasi(udah macam negara jiran pulak aku tengok) merusuh kepungan polis,mengeji,provokasi..orang yang buat atau join bersih ni,orang yang tak hormat pada undang2. Polis pun dorang boleh perlekehkan.

Ni pihak pembangkang la punya agenda. Nak buruk2 kan kat media luar pasal keadaan politik semasa malaysia. Oppss aku dah tercerita bab politik pulak. Tapi seriously aku muak dengan politik ni. Masing2 ada kepentingan masing2.

Da jadi macam ni,siapa yang nak bertanggungjawab atas kerosakan dan kecederaan anggota polis?? Paling aku tak boleh blah,bila nampak golongan perempuam berpurdah duduk join sekali perhimpunan tu. Korang semua paham ker apa yang diperjuangkan?? Itu ke wanita muslimah? Ada lagi. Aku juga nampak kanak2 siap pakai baju kuning ada tulis 'bersih' lagi. Simpati betul aku. Dorang semua mangsa ibu bapa yang terikut2 untuk mencari publisiti murahan.

Kesian aku. Entah2 lepas ni ada sambungan bersih 4.0 5.0 seterusnya.

Lepas ni kalau ada perhimpunan haram lagi,cadangan aku,panggil angkatan tentera suruh jaga dan bersiap sedia. Orang yang buta undang2 ni takpayah kita nak layan baik2. Lawan cara keras.

Oh lupa nak cakap, kat berita melaporkan mereka2 yang ditahan polis tu semua dibebaskab atas jaminan polis. Satu lagi,sepanjang tempoh tahanan polis,mereka2 tu diberi makanan dua kali!!!!! Korang2 yang makan tu. Ahli bersih tak nak persoalkan ke 'keBERSIHan' makanan yang korang makan?? Menyampah aku. Kalau aku,tak payah diberi makan lansung. Biar kebulur. Heh.


Published with Blogger-droid v2.0.4

JALAN2 TENGOK WAYANG

Semalam sempat aku pergi tengok movie ni kat TGV tebrau. Kalau sebelum ni kat sana tengah construction time aku pegi dulu2, tapi sekarang dah berwajah baru. Lebih elegan gitu..haha

Cerita the avenger ni pada aku memang best. Banyak aksi. Genre macam ni la yang aku suka. Lepastu dia kumpulkan hero2 macam iron man,hulk,captain amerika,thor plus dua agen yang hebat.

Dorang semua ni bersatu menentang Loki, abang Thor..kat sini memang terserlah la..teamwork is important. Serius. Sebab loki tu dia pegi bawak askar2 dari dunia dia semua. So semua hero2 ni kena fight bersama2.

Hmm susah nak cerita la. Elok tengok sendiri filem ni kat wayang.hehe

Aku bagi 4 setengah bintang daripada 5 bintang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 27, 2012

ISU PTPTN-HAPUSKAN CAJ PENTADBIRAN

Yang lepas2 heboh isu PTPTN. Aku tak sure sangat la siapa yang mula2 timbulkan isu ni. Tapi tengok macam ini salah satu idea pembangkang nak raih undi rakyat untuk next pilihan raya. Ok aku malas nak amik pot pasal hal2 politik ker, pasal undi ker, pasal kerajaan or pasal pembangkang.

Yang nak aku amik kisah kat sini. Aku peminjam PTPTN. Tiap2 bulan aku bayar PTPTN ikut schedule bayaran yang dia beri macam kat bawah ni.



Aku terima surat ni genap2 enam bulan selepas aku tamatkan pengajian. Dan aku baru je start kerja. (Aku menganggur lama sebelum dapat kerja)
Tengok kat situ jumlah pinjaman aku selama 5tahun aku belajar RM31500, plus kos pentadbiran RM8402.96, total aku kene bayar RM39902.96...Tengok angka memang banyak. Boleh beli Kereta Viva sebijik.

Tengok2 balik dekat schedule tu, sehingga ke hari ni, aku bayar kos pentadbiran tak sudah2. Aku hanya start bayar pinjaman sebenarnya start bulan disember 2012.


Tu dia baki pinjaman aku setakat ni (bila aku check dekat web PTPTN)
Aku rasa pressure bila tengok2 dan check2 yang aku bayar selama ni hanya lah kos pentadbiran yang RM8 ribu tuh. Bila nya nak habis hutang aku ni?? Setiap bulan memang aku akan spend duit untuk bayar tapi lama2 jadi muak pulak aku sebab tak nampak macam aku da start bayar pun hutang.

Kos pentadbiran sangat mahal. Mungkin ini kiraan masa caj pentadbiran 3%. Lepas tu ada pulak sistem ujrah katanya yang mana boleh kurangkan caj pentadbiran. Tapi bila aku semak selidik, kalau aku sign form ujrah tu, macam2 dokumen macam2 benda dia nak, siap ada potongan gaji la, LHDN la, lepas tu nak selaraskan balik bayaran. Fix amount selama beberapa tahun.. Habis macam mana dengan bayaran yang aku dah buat sebelum2 ni?? Terus aku tolak sistem ujrah tu.

Kadang aku tak faham la. Kalau macam ni dari dulu aku apply JPA- tapi nak menyesal time ni dah tak berguna dah. Setiap pelajar yang amik PTPTN memang lepas grad jer..cepat miskin la korang. Sebab korang nak kene keje untuk hidup dan bayar hutang plus kos pentadbiran yang macam tak logik.

Aku rasa sesuai sangat la kerajaan ubah cara kiraan ni. Kalao kita bayar jumlah apa yang kita pinjam its ok. Aku boleh terima. Kerajaan buat bermacam2 cara, melalui iklan nak sedarkan peminjam supaya bayar, siap tunjuk orang yang hati tak tenang kalau tak bayar hutang. Itu memang betul. Selagi hutang tak settle, memang hati tak tenang. Bukan budak2 nk tak nak bayar, tapi kos pentadbiran yang tinggi buat budak2 ni meluat nak bayar (macam apa yang aku rasa sekarang) Tensi tau tengok hutang ni macam tak kurang2 jer nilainya.

Bengang pulak aku hari ni. PTPTN jangan dihapuskan. Tapi CAJ PENTADBIRAN yang patut dihapuskan.
Sekian.

BUTIK ANDAMAN

Kali ni aku nak tulis cerita pasal peraiapan kahwin aku tu..Ish3.. Da akhir bulan 4, kejap lagi bulan 5 tapi persiapan still biasa2..Yang luar biasa tu macam mana eh.. entah la..
So semalam aku sempat la pergi butik jap. Nak bayar sikit duit.. Sambil2 dalam hati nak juga la tengok baju2 yang ada, walaupun 2nd visit dah tengok, tapi tak puas pulak.. sebab banyak pilihan..tengok la gambar ni...



Haa bayangkan, boleh berpinar mata aku tengok kesemua cokor..haish...
So sempat la aku try gaun2.. ye ye jekk wedding nanti nak pakai gaun, bak kata kak zai, sekali seumur hidup jer nak pakai gaun, time wedding..apalah salahnya.. Tapi aku tak decide lagi, kene tanya encik tunang dulu..he he So bulan depan aku datang lagi untuk fitting baju dan tetapkan color.. Setakat ni color macam tak confirm sangat..sebab aku rambang mata..ha ha tengok la antara koleksi baju dengan warna dekat butik ni..


Baju warna peach...Dulu2 aku suka warna peach. Dan teringin sangat nak pakai.. Hmm Siap berangan lagi nak buat majlis warna peach..


Gabungan merah hitam ni nampak eksklusif. Aku suka juga.


Dark grey..cantik juga,.baju ala2 jubah...


Light grey.. Bila sekali pandang macam nampak warna putih pulak..
Kain yang ropol2 kat bawah tu yang aku suka...


Gaun warna grey ni..cantik juga..he he
Ok sudah2 la tu aku tepek gambar.. Tak nak la syok sendiri dan termuntah bila baca balik..huhu
Tapi yang pasti semua baju2 kat bridal ni cantik2.. dan aku suka..Staf2 termasuk owner juga sangat peramah dan senang nak bekerjasama..he he Tak sabar nak tunggu majlis..ha ha memang dah sah mengada2 ni..
Stop dulu..next time aku tulis lagi..

CERITA BURUNG LAGI



Patut entry ni aku nak post semalam. Tapi entah kenapa blogger droid tu tak boleh publish pula. Setiapkali pun ada error..Last2 putus asa.
Tapi still juga aku nak upload gambar ni dalam blog.. Mengada2 eh..
Burung2 tekukur ni tengah mencekik kat depan pintu rumah aku..Ish3..Lama2 boleh gemuk burung2 ni..huhu

Thursday, April 26, 2012

BURUNG NI DA MAKIN BERANI.

Aku perasan juga burung ni semua da berani masuk smpai ke depan pintu. Selalu time aku nampak,aku biarkan saja. Walaupun aku tau dorang cari makanan dorang. Ala kadang aku tabur juga makanan depan pintu. Tapi seekor pun tak nak makan.

Singgah pun tak. Tapi tadi aku kesian pulak. Dah la kecik2.. Tengok gaya pun macam lapar jer... Last2 aku tabur juga makanan..

Lepas tu aku duduk diam kejap. Alih2 dia turun makan daa.. Ha ha layan gambar..


Sila abaikan kain yang tergantung2 tu. Sejak kes baju hilang, memang aku da tak berani sidai baju belakang.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

JALAN2 HIBURKAN HATI..

Aku memang pantang cuti. Sebab selalu time cuti2 ni aku tak ada benda nak buat. So hari ni aku plan nak jalan2 habiskan balance gaji bulan lepas..wow cakap macam banyak jer...erk tapi hari ni aku tengok..mcm banyak jer duit yang keluar..hmm tak apa lah. Aku tak kisah sangat.. Untuk bulan ni. Tapi start bulan depan...duit kene fokus benda lain yer...

Pergi plaza angsana. Tempat wajib. Badan cemerlang. Uii serius aku cakap..boring sey duduk rumah time weekdays. Siaran tv pun..bukan aku folo sangat. Jadi aku memerlukan sesuatu untuk dibaca.. Maka aku pun beli la buku2 tu.. Ada juga faedahnya...

Lepastu aku tengok kat UO ada sales lagi. Maka aku beli la handbag yang aku idam2 kan tu...dah lama aim ni..sekarang baru bole beli.. Syukur dan gembira. Aku bukan la style orang yang beli banyak2 bag buat stock. Pilih jer mana nak pakai. Bukan. Aku bukan macam tu. Aku style, beli satu pakai sampai koyak or rosak or jemu. Tapi biasanya aku pakai beg,bole tahan 6 bulan...tanpa jemu. Lepas 6 bulan start jemu sket2. Time ni la baru gatal nak tukar beg baru. Lepass tu kadang beg ni,ada rosak..terutama tali.. Sebab aku kan jenis nak sumbat segala macam benda. So beg berat dah tak mampu tanggung beban...haa tika dan saat ni la tali dia ko bole tengok ala2 nak putus gitu.. Sebelum putus,elok aku beli baru siap2 ha ha.. Tak de la keje aku nak belek2 beg jer tiap2 malam..hmm

Sebenarnya plan asal aku nak belikan mak aku purse. Cari punya cari..nasib baik ada yang aku berkenan. Kalao tak, terpaksa la aku sambung jalan ke jusco pulak.

Habis beli semua barang. Aku decide terus balik..ceh konon bagitahu ayah aku aku nak beli buah kat @mart kempas...sekali tak jadi. Sebab perut aku lapar.. Dan aku dah tak larat nak jalan sorang2 angkut bnyak barang.. Ooh lupa nk cerita aku beli sandal baru juga. Fabiano ricco. Macam tu kot ejaan. Selalu memang aku beli brand ni.. Nak gantikan selipar lama aku. Sama macam beg, aku pakai sampai dan buruk baru tukar. He he fuh...

So gedebak gedebuk hari ni total lost lebihkurang rm300. What??? OMG... Tadi aku cakap nak jalan2 habiskan balance gaji bulan lepas kan... RM 300 eh...fuh konpius aku.. Asal banyak sangat balance ni.. Ni mesti ada udang sebalik mee.. Ahaks..


Moral of the story: jangan biarkan aku duduk sorang2. Nanti lagi banyak duit yang keluar..hmm encik tunang...sila amik perhatian yer... Ok layan gambar buku yang aku beli tadi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 21, 2012

HARI2 TERAKHIR PART 3

Ok ni sambungan last entry.. Preparing last speech untuk aku dan kawan2 yang tinggal..huhu Tak tahu nak tulis apa..layan jer la gambar...





Ok tu jer gambar yang sempat aku ambil dari kamera aku..yang dari kamera cik dayah, aku belum sempat dapat lagi..
Last day aku kat Panasonic..Perasaan aku bercampur baur, balik jer rumah, malam tu badan aku terus rasa panas, seram sejuk bagai nak demam...mujur tak demam...Perasaan aku masih belum stabil kot..(ha ha ni kalau cik dayah dan khaire terbaca ni, maunya dorang gelak2 kan aku...cis...) Macam belom boleh adapt dengan kenyataan, yang aku dah berhenti dan tak akan datang sini lagi...ha ha
Tapi adat kehidupan memang macam tu la..Bertemu dan berpisah...Take it positive, ok...Kene move on.

Itu jer la kisahnya aku di Panasonic..Start bulan may, aku lapor diri di kilang baru..Hmm nanti aku tulis lagi suasana kerja di tempat baru..Doa yang baik2 saja..ok...bye.

HARI2 TERAKHIR PART 2

Entry ni akan penuh dengan gambar..Biasala orang last day, mesti la kene tangkap gambar kenangan..Lagipun, rasanya aku jarang ada bergambar sakan dengan budak2 ni..Nak2 gambar beruniform keje..ha ha ok meh layan..Dan juga aku memang tak letak kat blog pun...apa2 hal yang berkaitan kerja..Tapi untuk kali ni, aku nak tepek juga gambar2 ni...Sebab aku pun dah berhenti dari panasonic..ha ha


Kawan chit chat aku....ha ha Cik Hidayah dan Encik Khaire..


Lunch dengan makan pizza...nyam nyam...gegurl makan dulu...boboy makan lepas solat jumaat eh..ha ha


Team mate aku...ITS DECT Mechanical..


DPE & Electrical team..Time ni dekat lab...Aku tengah nak bergambar sakan, sibuk jer dorang call2 tanya nak packing barang macam mana..hmm


Carton Box & OI/Manual member..


Geng2 campur2..He he Fax/MFP


Gambar ramai2...


Lagi bergambar sakan...ha ha


Geng2 Technical Admin...

Ok itu jer dulu...Sambung lagi nanti...Muah...


HARI2 TERAKHIR PART 1

Semalam 20hb April, hari terakhir aku kerja kat Panasonic System Networks Malaysia. Busy sket semalam, settlekan hal nak pulang barang..kene isi form bagai..Lepas tu nak kene settlekan kerja sikit..Tak pe la..Consider last contribution aku to team..Last day aku kat meja ni...ok aku mengaku, aku akan rindukan tempat ni..ahaks...Aku serius ni...hmm.



Tak sangka ada orang nak bagi aku hadiah..ha ha shidah2...terharu beb..coklat besar tu...



Souvenir dari teammate...Thank you geng...aku akan ingat korang sampai bila2...Muah....

MEMANG PENING


Aku lama dah tak update blog guna komputer.. Selalu guna handphone jer.. Sekali bila aku nak update guna komputer, memang pening...

 
Sebab dah tuka baru...Bak kata Mama Maszull...pening pening....Sejak bila jadi macam ni eh??

Thursday, April 19, 2012

HUJAN

Aduh hujan pulak dekat kilang nih.. Hmm sejuk jer rasa...luar pun nampak gelap.. Alangkah bestnya kalau ada bantal dan katil..wow..syoknya tdo..ha ha

Biasa time2 hujan macam ni, yang aku risaukan ialah macam mana nak drive balik nanti. Yer la..cuaca hujan,so mmg tak clear la pemandangan.. Jadi kena lebih berhati2. Lagi satu bila hujan ni,aku risau juga dengan kilat dan petir yang secara tiba2.. Kalau dekat rumah, sampai off suis utama,bila ada petir..uiii bahaya. Serius risau..

Apapun hujan ni kan rahmat.. Patut bersyukur..nak bandingkn dengan tempat2 yang langsung tak ada hujan...hmm..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

MENGHITUNG HARI

Adoi penatnya keje hari ni... Tapi kan aku bukan buat kerja sangat sebenarnya pun.. Menghitung hari jek. Lasy day aku kat sini 20 hb. Jumaat ni..hmm terasa teramat2 suka dan tak sabar2. Haha bole macam tu? Berbulu jek kalo ada kawan aku yang baca.

Aku tak nak la perihal kan dengan terperinci reason sebenar aku nak tukar company ni. Amik general conclusion sudah. Offer tempat baru adalah baik sikit dari sekarang. Mana bole lepas macam tu jer. Harus lah aku amik. In future kalau tak ada rezeki tempat lain,macam mana. So better amik siap2. Ada orang cakap, rezeki kawen.. Alhamdulillah.. Syukur...doa aku dimakbulkan- dapat kerja baru.

Life is full of challenge. Antara kuat dengan tidak jer kita untuk tempuh. Apapun.. Nasihat aku pada diri,be positif always..lain tempat lain cara. Harap2 aku dapat adapt dengan suasana keje yang baru ni.hmm.


Published with Blogger-droid v2.0.4

MINIATURE PERFUME.

Tergerak pulak aku nak beli miniature perfume incanto charms ni. Hajat nak membeli yang besar terpaksa dipendamkan sebab perfume dapat time tunang hari tu belum habis..so beli juga yang kecik ni...

Haha agak2 membazir tak? Redah jer la.. Perfume favourite...charms...

Hmm layan gambar perfume kesukaan... Comel jer...kecik...hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 15, 2012

KENDURI KAWEN LAGI

Cuaca panas terik btol hari ni. Beza sangat dari semalam. Semalam lebih sejam aku duduk dalam @mart kempas. Apa taknya. Hujan turun dengan lebatnya.. Siap ada kilat sabung menyabung lagi. Angin pun kuat. Sudahnya sambil2 aku duduk tunggu hujan teduh,aku beli buah mangga 4 biji RM12. Mahal ker murah? Alang2 nak makan.. Nasib baik manis dan sedap rasanya.  Kalau tak, memang kene banned kedai tu dengan aku. Oo kau tipu aku yer...mujur manis.

Hari ni aku ikut mak ayah aku pegi kenduri lagi. Kenduri kawen. Sedara jauh katanya. So sampai sana memang peak time la. Orang berpusu2 datang. Majlis ni berlangsung dekat dewan. Pakai meja bulat. Aku rasa tak sampai 10 orang semeja. Mungkin 8 orang jer. Yang tak bestnya.. Tetamu da ramai yang datang. Tapi tak ada tempat nak makan! Kene tunggu turn. Haish..memang tak best. Terpaksa la aku sekeluarga makan cepat2. Nak bagi tetamu lain duduk.

Tema warna pengantin..pelamin warna kuning..baju pengantin warna merah. Hmm rasa aku nk pilih tema ni juga kot.. Confirm.. Hujung bulan ni seriously aku kene double confirm dengan bridal.

Makanan yang disediakan...bole la tahan. Hmm kitorang satu family pergi awal2. Konon takut hujan macam semalam. Tapi nampaknya cuaca elok.. Syukur...cuma bahang sikit. Hmm ok makan sudah, baca paper sudah.. Masa untuk tdo pulak. Tak de benda buat.. Hehe


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 11, 2012

SALE SAMPAI BILA AGAKNYA?

Mood malas sudah kembali..haha macam mana nak ubat nih. Hmm terasa aman betul,cuti2 duduk rumah ni.. Kaki pun gatal nak merayap. So aktivitu wajib aku. Time cuti2 tak kira la cuti public holiday or weekends,adalah window shopping. Ceh bajet macam orang banyak duit. Padahal...haha

Hari ahad hari tu,sempat la aku lepak kat angsana. Plan asal nak cari sandal baru. Tapi sampai sekarang aku tak beli. Alasan: sandal sekarang masih bole pakai dan tak putus pun talinya. Heh tunggu sampai da tak bole pakai baru beli. Tapi mak aku da sound banyak kali suruh beli sandal baru..buruk sangat kot di matanya..haha.

Aku kalau bab2 bershopping ni, suka nak tengok handbag...purse...kasut...ish...bab baju...memang aku kureng..fesyen2 lagi la...out habis..gaya simple konon...asyik2 jeans plus tshirt. Tak pun blouse plus slack..hmm. Kadang aku bosan juga. Tapi nak buat macam mana.. Ni nanti masuk kerja baru, tak ada uniform bagai... Bebas pakai apa saja. Lagi la aku pening. Company lama provide uniform.. So tak de la kau botak kepala hari2 nak memikir soal pakaian.. Takpe. Aku dah nekad. Memang tshirt jer hari2. Da muak, baru tukar style lain. Zass..

Hah, sebut pasal handbag.. Ada yang aku berkenan.. Dari hari ahad lagi...diskaun sampai 70% tu.. Mana mau cari neh. Tapi aku, belek punya belek..pegang2... Fikir2... Aku hold dulu niat nk beli..tambah pulak bila aku tanya budak cashier,katanya diskaun tu hanya untuk pemegang UO card jer..cess...aku memang takde card tu. Terbenam terus angan2 nak beli handbag baru.

Sekali semalam- aku cuti kerja lagi. Aku masuk angsana lagi. Tengok2 still ada diskaun 70%. Aikkk hari tu kata ahad last day. Pergh.. Bila aku tanya balik salesgirl tu katanya mmg ada diskaun pada semua orang. Bukan hanya pemegang card sahaja. Huhuhu geram btol aku. Tertipu...nasib aku tak tergesa2 beli..hmm agak2 sempat tak tunggu gaji baru pegi beli handbag?

Alahai....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 8, 2012

SAMSENG JALAN RAYA??

Tadi time aku nak drive balik ke rumah, kat depan kereta aku ada teksi lorong kanan dan wira kat lorong kiri. Hujan renyai2 time ni. Masa nak masuk selekoh,teksi tu termakan jalan sikit ke kiri..hampir nak touch body wira tu.. Tapi belom touch lagi pun.

Dan2 tu juga aku nampak driver wira tu angkat tgn macam marah2 ke maki hamun ke aku tak la tau. Benda ni tak habis kat situ..terus teksi tu macam tak berpuas hati,dia terus halang wira tu jalan n berhenti tepi.. Pergh. Apa punya orang la. Aku terus potong,terus jalan balik. Dari cermin pandang belakang, aku nampak dorang sambung bertekak. Entah apa yang tak puashati sangat pun aku tak tahu.

Kadang aku tak faham juga. Teksi,memang sinonim pada aku lazimnya driver teksi akan bawa slow tak kira lorong mana dia duduk. Tension juga dibuatnya bila aku ter'follow' belakang teksi. Sepatutnya,driver teksi ni kena la pandai2 agak...area mana nak duduk,kalau nak bawak slow pun..

Aku akui juga. Sesetengah orang memang cepat marah bila drive. Aku pun macam tu.. Orang bawa slow,nak marah. Orang bawa laju,pun nak marah. Tapi kau berpada2 la...jangan main ikut suka perasaan marah kau sampai orang lain pun naik marah sama...menyusahkan la. Berwaspada di jalan raya. Jangan jadi samseng.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 6, 2012

LUNCH HARI NI

Dulu2 kata nak stop makan fastfood. Tapi cannot tahan maaa..  Haha dasar mengada2 disitu. Last sekali..secara spontan,bgtau cik dayah- aku nak makan pizza. Terus order.. Haa saja aku tak nak amik gambar pizza sebelum makan. Kalau korang nak,korang order la sendiri. Tu dia gambar lepas habis makan. Opps makan berempat yer..dekat stor.. Setengah jam before rehat. Against the rule. Berani x?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

Wednesday, April 4, 2012

MAKANAN MALAM INI

Malam ni makan bubur nasi je. Sebab mak aku kata dia da tak tahu nak masak apa. Bersyukur la... Sampai je rumah,makanan da terhidang. Tinggal makan jer... Kalau duduk rumah sendiri,macam mana la agaknya..hmm..

Renung2 kan....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 3, 2012

KITA DAN ORANG ITU

Pelik manusia ni.

Kita kadang2 tak sedar kita melakukan kesilapan. Dan kadang2 orang yang terguris hatinya dek perbuatan kita tu, langsung tak beritahu kita. Secara perlahan2 mendiamkan diri dan terus jauh dari kita.

Tapi kita yang tak tahu apa2 hanya berlagak biasa. Melayan seumpama tiada apa2. Padahal orang tu da kecik berkurun lamanya..

Persoalannya adil kah? Tak tahu nak salahkan siapa. Kita atau orang tu. Kita tak tahu apa2. Orang tu memang langsung tak beritahu apa2. Kenapa? Juga tak tahu apa jawapannya.


p/s: kita adalah unknown dan orang tu adalah aku.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 2, 2012

TIPS UNTUK ATTEND INTERVIEW

Haa sambil2 aku layan siri NCIS kat 8tv ni, nak la juga aku tulis2 sesuatu dekat blog ni. Ada orang baca ke tak ada orang baca, itu belakang kira. Yang penting aku guna internet semaksimum mungkin..pasal apa..pasal adik tengah aku dah langgan pakej 4mb katanya..so tak guna termasuk dalam kategori rugi. Kemudian celcom aku langgan internet yang pakej yang monthly rm68 tu...dapat 3gb..tambah lagi handphone sudah android..confirm memang kena optimumkan penggunaan.. Ok aku da start melalut.

Aku nk list kan tips untuk datang interview.

Pertama: pakaian mesti kemas dan sesuai dengan jawatan yang dipohon. Pakai kasut atau sandal yang tutup kaki. Muka kene konfiden...dan bersih..jangan datang interview muka busuk..haha confim out

Kedua: study sikit background company dan jawatan yang nk dipohon. So korang ada better knowledge and understand apa yang employer looking for.

Ketiga: buat rehearsal agak apa soalan yang bakal ditanya. Kalau fresh graduate,biasa akan ditanya soalan pasal final project. Kalau yang dah ada experience,ditanya pasal current job,weakness,strength etc.

Keempat: jawab soalan dengan konfiden. Jangan teragak2. Yakin dan jujur.

Kelima: jika diberi peluang,tanya seberapa banyak soalan pada interviewer sebagai tanda korang betul2 berminat nak kerja.

Ok itu saja tips yang dapat aku fikir..

Selebihnya usaha sendiri dan berdoa. Ok.


Published with Blogger-droid v2.0.4

EMOSI

Tak tahu macam mana nak mulakan entry blog di bulan april ni. Aku pun tak ada cerita sangat nak ditulis. Busy? Tak juga. Rasa kat ofis kerja aku cuma siapkan sikit2. Aku just tak nak susahkan sesiapa yang takeover kerja aku. Itu aja. Ok fine.

Memang aku nak resign. Sangat2. Terutama bila aku tengok sorang2 member pergi tinggalkan aku dulu. Aku survive ok. Kalo aku tak survive,takkan aku dapat bertahan lebih empat tahun kat sana. Empat tahun bukan jangkamasa yang singkat. So please..jangan pandang rendah pada aku. Eventhough beza salary sikit pada pandangan mata orang,tapi pada aku.. Itu dah kira bersyukur. Lebih baik ada daripada tak ada..

Ok. Lupakan saja hal tu. Tutup buku,buka buku baru.


Published with Blogger-droid v2.0.4