Friday, April 27, 2012

ISU PTPTN-HAPUSKAN CAJ PENTADBIRAN

Yang lepas2 heboh isu PTPTN. Aku tak sure sangat la siapa yang mula2 timbulkan isu ni. Tapi tengok macam ini salah satu idea pembangkang nak raih undi rakyat untuk next pilihan raya. Ok aku malas nak amik pot pasal hal2 politik ker, pasal undi ker, pasal kerajaan or pasal pembangkang.

Yang nak aku amik kisah kat sini. Aku peminjam PTPTN. Tiap2 bulan aku bayar PTPTN ikut schedule bayaran yang dia beri macam kat bawah ni.



Aku terima surat ni genap2 enam bulan selepas aku tamatkan pengajian. Dan aku baru je start kerja. (Aku menganggur lama sebelum dapat kerja)
Tengok kat situ jumlah pinjaman aku selama 5tahun aku belajar RM31500, plus kos pentadbiran RM8402.96, total aku kene bayar RM39902.96...Tengok angka memang banyak. Boleh beli Kereta Viva sebijik.

Tengok2 balik dekat schedule tu, sehingga ke hari ni, aku bayar kos pentadbiran tak sudah2. Aku hanya start bayar pinjaman sebenarnya start bulan disember 2012.


Tu dia baki pinjaman aku setakat ni (bila aku check dekat web PTPTN)
Aku rasa pressure bila tengok2 dan check2 yang aku bayar selama ni hanya lah kos pentadbiran yang RM8 ribu tuh. Bila nya nak habis hutang aku ni?? Setiap bulan memang aku akan spend duit untuk bayar tapi lama2 jadi muak pulak aku sebab tak nampak macam aku da start bayar pun hutang.

Kos pentadbiran sangat mahal. Mungkin ini kiraan masa caj pentadbiran 3%. Lepas tu ada pulak sistem ujrah katanya yang mana boleh kurangkan caj pentadbiran. Tapi bila aku semak selidik, kalau aku sign form ujrah tu, macam2 dokumen macam2 benda dia nak, siap ada potongan gaji la, LHDN la, lepas tu nak selaraskan balik bayaran. Fix amount selama beberapa tahun.. Habis macam mana dengan bayaran yang aku dah buat sebelum2 ni?? Terus aku tolak sistem ujrah tu.

Kadang aku tak faham la. Kalau macam ni dari dulu aku apply JPA- tapi nak menyesal time ni dah tak berguna dah. Setiap pelajar yang amik PTPTN memang lepas grad jer..cepat miskin la korang. Sebab korang nak kene keje untuk hidup dan bayar hutang plus kos pentadbiran yang macam tak logik.

Aku rasa sesuai sangat la kerajaan ubah cara kiraan ni. Kalao kita bayar jumlah apa yang kita pinjam its ok. Aku boleh terima. Kerajaan buat bermacam2 cara, melalui iklan nak sedarkan peminjam supaya bayar, siap tunjuk orang yang hati tak tenang kalau tak bayar hutang. Itu memang betul. Selagi hutang tak settle, memang hati tak tenang. Bukan budak2 nk tak nak bayar, tapi kos pentadbiran yang tinggi buat budak2 ni meluat nak bayar (macam apa yang aku rasa sekarang) Tensi tau tengok hutang ni macam tak kurang2 jer nilainya.

Bengang pulak aku hari ni. PTPTN jangan dihapuskan. Tapi CAJ PENTADBIRAN yang patut dihapuskan.
Sekian.

2 comments:

  1. Betul tu, ptptn kos pentadbiran yg patut dihapuskan. Tensi tau..

    ReplyDelete
  2. hehe walau macam mana pun, tak mungkin kos pentadbiran ni nak dihapuskan... setakat ni tak nampak pun goverment nk buat macam tu, dorang still nak ada walaupun 1%... mmg tensi...

    ReplyDelete