Friday, June 29, 2012

LAGU DULU VS LAGU SEKARANG

Aku balik kerja. Terserempak dengan kawan aku- pun baru balik kerja. The next day, dia tanya aku.. (tanya or perli,aku kurang pasti..ha ha) aku asik tersenyum jer waktu drive. Nampak happy.. Ha ha.. **luaran jer..dalaman ko ada tau ker**

Yang sebenarnya,antara kesukaan aku tiap2 petang dalam pukul 6, aku akan dengar siaran best 104. Time2 balik keje... Waktu ni, best 104, akan putarkan lagu2 berirama malaysia or etnik kreatif. Lagu tradisional la..zapin, joget...semua la...

Da aku memang suka lagu2 irama malaysia. Hmm siapa lagi yang nak suka kalau bukan kita.. Ye tak...

Lagu2 irama malaysia ni lirik dia punya maksud yang mendalam dan bersahaja. Ada lirik yang usik mengusik bole buat sampai tersenyum bila mendengarnya.

Bukan macam kebanyakan lagu sekarang..penuh dengan bait2 cinta luahan rasa..

Hmmm..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 27, 2012

RASA BERBEZA

Aku punya 3 jacket sama size,sama brand,sama spec. Tapi warna yang berbeza- hitam,kelabu,almond. Kan aku style suka beli barang berpasang-pasangan. Huh.

Yang aku pelik sampai ke hari ni, perasaan memakai ketiga2 jacket tu totally different. Warna kelabu..macam serba tak kena pulak. Kadang2 rasa macam kurang selesa,warna almond pulak..hmm kadang2 aku pening nak memikirkan padanan warna tshirt. Hanya warna hitam je yang aku betul2 rasa selesa nk pakai. Serius aku cakap.

Warna hitam adalah lembut sekali. Hati pun senang masa pakai. Nak padan dengan apa2 tshirt pun masuk. Tapi takkan la nak pakai jacket sama berhari2. Uish...

Kenapa yer..3 barang yang sama tapi punya rasa berbeza? Perasaan aku je kah? Hmm

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, June 24, 2012

.....KERJA..

Tengok rancangan jangan tidur lagi, abon bercakap "kalo kita tak berminat dengan kerja kita,lebih baik kita berhenti sebelum diberhentikan"

Adik aku cakap dengan aku "kalo kita dah lama bekerja di satu tempat, lama2 kita dah kurang efisien untuk buat kerja"

Statement adik aku memang betul.. Buktinya adalah aku. Bukan aku nak kata aku ni style cepat jemu..tapi bilamana aku dah lama bekerja dan repeat rutin sama..seriusly aku rasa bosan..hati aku dah tak de...

Nak buat apa pun terasa malas. **tambah pulak persekitaran yang tak memberansangkan** sampai kadang2 aku terdetik rasa kagum pada mereka2 yang berada di lapangan sama bertahun2.. **tak termasuk yang naik pangkat dalam kes ni**

Dari sini lah aku start setuju dengan apa yang abon cakap. Baik aku berhenti sebelum aku diberhentikan..supaya aku termotivasi untuk jadi lebih baik di tempat baru,persekitaran baru,kerja baru. Harap2 nya begitulah..janji aku- kalau tempat lama aku bole bertahan sampai 4 tahun..mesti aku boleh stay tempat baru sampai 4 tahun juga. Hmm ini cuma pendapat aku..orang lain mungkin punya pendapat lain.

Published with Blogger-droid v2.0.6

SEBELUM TIDUR

Minuman aku setiap malam sebelum tdo.. Susu plus esp shaklee. Hmm sedap2. Tambah pulak dengan ostematrix...hmm rasa bertenaga jer bila bangun pagi.

Banyak manfaat shaklee ni. Memang berbaloi2..

Published with Blogger-droid v2.0.6

LUNCH DI SINGGAH SELALU

Saja nk letak gambar lagi. Lunch aku tengah hari tadi.

Makan dekat restoran singgah selalu u mall. Last week aku pergi makan...servis dia ok jer. Order pun takde masalah.

Tapi tadi...nasi goreng ayam sos thai ni..dalam kertas tulis dua set. Tapi yang datang satu set jer. Bila aku tanya..katanya memang order satu set sahaja. Mau tak hangin aku disitu. Dah terang2 order tulis dua set...hish..

Nasib rasanya memang sedap..hmm...tapi lainkali..aku akan suruh waiter tu baca order aku untuk double confirm.huh.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, June 23, 2012

GAMBAR

Lama da tak update blog. Hmm nah nak tepek gambar gula2 akak senior aku bagi. Time boring2 kat opis,makan benda ni la..

Teringat zaman sekolah dulu. Famous gula2 ni.

Ok itu aja.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, June 18, 2012

MAKANAN KANTIN

Tadi time aku beratur ambil nasi...ada terdengar orang komplen:
Orang A: kalau tahu, aku makan luar je...
Orang B: ko kenapa?
Orang A: ko tengok la kuah lemak,atas cair bawah pekat.. Nasib baik aku da terambik.. Boleh aku tuang balik x?
Orang B: ko jangan la macam tu
Orang A: tak de la..nak bagi makan orang pun jangan la macam ni...

Aku yang mendengar ni,sempat menoleh muka lelaki yang bercakap tu.. Dalam hati,betul juga apa yang dikata tu.. Hari2 makan kat kantin..lauk yang sama. Bukan sedap sangat pun. Makan tu pun buat ada2 jer. Untuk elakkan lapar. Sebab aku kerja tempat sejuk. Jadi cepat lapar.

Kadang aku pun kurang paham. Tokey kantin ni...hanya nak kaut untung je ker atau memang ikhlas nk bagi orang makan?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, June 17, 2012

CONTENG CONTENG

Jumaat lepas ada budak resign dekat group aku. Maka dorang semua buat farewell lunch dekat kfc senai airport. Aku tak dapat nak join sebab..no no no no...aku da mengharamkan kfc dalam diri aku untuk makan kfc. Sebab nanti aku mesti cirit birit. Aha....
Jadi bila nampak dia berkemas2, terus aku teringat waktu aku berkemas2 kat opis lama dulu. Hehe
Hmm sensitip disitu. Tapi lupakan jer la..life must go on..kerja tempat baru pun ok juga...
Tak tahu apa motif entry ni ditulis.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 15, 2012

CINTA KERANA

Aku terdengar tajuk topik pagi kat stesen radio mana tah. Tak ingat pulak.
Tajuk nya CINTA KERANA. Terfikir aku,perlu ke cinta bersebab? Dan dan juga aku terfikir...tentang cinta. Segalanya tentang cinta. Apa itu cinta,bagaimana yang dikatakan cinta. Apa penyebab cinta. Ha balik semula kepada yang asal. Kita bercinta kerana??
Hmm aku rasa perasaan cinta ni memang fitrah semulajadi manusia. Ingin dicintai dan mencintai. Allah da terang,dalam al-Quran,kita dijadikan berpasang-pasangan,supaya saling kenal mengenal...jadi perasaan cinta tu memang ada pada diri setiap individu.
Cuma bila nak kata cinta tu kerana apa...perlu ke ada sebab..pada aku memang la perlu. Hanya jangan mengukur keikhlasan bercinta dengan sebab2 yang diperkatakan. Contoh. Bercinta kerana paras rupa yang cantik,tampan... Nanti bole jadi,bila satu masa kecantikan dan ketampanan tu hilang, maka cinta kita pun berkurang...logik ke macam tu?. Nampak sangat tak ikhlas.
Ok itu jer pendapat aku.
Sentiasa berdoa moga2 cinta aku ikhlas kepada encik tunang.
Cinta hakiki hanya lah pada Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.5

Tuesday, June 12, 2012

TAK ADA IDEA

Blog da makin terabai sekarang ni..

Sebab...hari2 keje. Bila balik rumah, da penat. Jengah2 blog orang..lepastu aku pun zzzzz. Ok ayat klise. Besar kan pemalas,memang macam ni ok.

Tambah pulak kenapa entah aku rasa aku macam takde idea nak tulis apa. Ceh,macam la blog aku ni banyak info yang nak dikongsikan.. Haha merepek lebih ada la.

Hmm ok tu jer nak tulis. Dasar pemalas nak fikir. Mata pun da ngantuk sangat2... Esok tulis lagi la.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 8, 2012

ADA YANG SAMA DAN ADA YANG TAK SAMA

Aku tengok drama Ameera yang sekarang ni tengah ditayangkan kat tv3... Teringat pula aku pada drama Isteri buat Suamiku yang pernah ditayangkan kat tv9 satu masa dulu. Sebab plot cerita dia lebihkurang sama.

Kisah pengorbanan isteri yang sanggup berkorban untuk suami. Sanggup mencarikan perempuan untuk suami kahwini semata2 nak lahirkan zuriat suami. Ini semua gara2 mak si suami yang terlalu mendesak nak kan cucu. Faham sangat...setiap pasangan yang berkahwin,pastinya inginkan zuriat. Tapi jikalau masih belum ada rezeki,walaupun pelbagai usaha dibuat...sabar sajalah. Teruskan berdoa..insyaAllah.

Ok berbalik pada cerita drama tv. Ada perbezaan sikit la.. He he nanti kalau sama jalan cerita bole jadi kene saman pulak. Sudah la drama isteri buat suamiku tu ada musim kedua pulak. Drama kalau panjang sangat cerita dia,makin mengarut jalan cerita dia. Letih emosi nak melayan.

Daripada sinopsis yang aku baca, drama Ameeraa ni macam ada pergolakan or konflik. Maybe perempuan yang diupah tu tamakkan harta or apa2 la..aku pun tak tahu. Nanti tengok jer la drama ni sampai habis. Drama isteri buat suamiku pulak..ala2 keislaman. So memang isteri dia redha..lepas tu akhirnya mereka hidup sebagai satu family. Aku pun tak berapa ingat sangat. Sebab da lama,dan aku tak layan sampai habis pun.

P/s: selalu tak sempat nak tengok drama Ameera kat tv. Balik kerja tiap2 hari terpaksa layan episod semalam kat tonton. Nasib baik internet aku laju..tak tersekat2.. I like..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, June 7, 2012

DAH BANYAK KES TERJADI PUN MASIH KITA TAK AMBIL IKTIBAR

Ada dua cerita yang aku nak tulis. Satu pasal kisah gadis remaja yang dirogol kenalan yang dikenali melalui facebook. Cinta mukabuku kononnya. Satu lagi pasal kes anak dilarikan penculik. Ibu tinggal anak dalam kereta,lepas tu penculik larikan kereta. Tinggal anak kat tepi jalan.

Pada aku ni semua sebab kecuaian diri sendiri. Sebelum ni pun dah banyak berlaku. Tapi masih juga tidak mengambil iktibar. Alasan apa...ah selagi belum kena pada diri kita..pedulikan jer la..

Tapi mungkin juga mereka2 semua tak terfikir yang kejadian ni boleh berlaku pada mereka. Kita bersangka positif saja sudah la. Sekarang si anak pun telah dikembalikan kepada keluarganya. Tapi maruah budak pompuan yang hilang tu memang tak boleh dapat balik la kan..tu la..lainkali jangan mudah percaya orang yang baru dikenali. Bab2 jenayah ni kita memang kene waspada.

Moral of the stort is: sentiasa berfikir kemungkinan yanh buruk dahulu sebelum melakukan sesuatu. Da yakin baru bole proceed. Kalau still ragu2.. Abaikn terus. Jangan buat. Jangan layan. Terus tinggalkan.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 6, 2012

GATAL-GATAL

Aku kan tak berapa suka pegi klinik. Dalam beberapa minggu lepas ada bintik2 kat kaki aku. Gatal lagi..so aku pun garu2 siap pecahkan lagi. Tak lama kemudian merebak la ke jari kaki yang lain.

Lepastu tiba2 ada bintik2 kat tangan pulak. Gatal tu memang gatal. Tapi aku tak berani nak pecahkan atau garu2. Sebab nanti err terkopek2 jadi tak cantik tangan aku. (macam la tangan tu cantik sangat) tambah pulak aku kan nak kahwin so kena jaga tangan la.. Adik tengah aku yang cakap...fuh...

Ahad lepas,time kuar dengan encik tunang..terus pegi klinik..masuk la bilik doktor..terus tunjuk2.. Tangan jari kaki.. Doktor cakap ni alergik pada hama...or benda2 berhabuk. Lepas tu,doktor bagi la ubat antibiotik,ubat gatal dan cream suh sapu. Cream is ok..untuk sapu2 jer kan..tapi pil2 antibiotik dengan gatal tu macam aku malas nak makan sikit. Aku makan beberapa biji je. Dulu aku kan penakut makan ubat. Konon ubat tu pahit. (ni time aku kecik2) tapi sejak aku consume shaklee..aku jadi boleh telan pulak pil2 or tablet or kapsul. Takde la rasa pahit mana- kalo ikut vitamin yang aku makan. Aku agak ubat pun macam tu juga la.

So pengakhirannya aku hanya pakai cream sapu kat tempat yang gatal time malam2 sebelom tidur. Dan nampaknya krim tu berkesan. Da makin hilang gatal2 tuh. Mungkin kuman dia da mati kot. Atau separa mati sebab aku skip2 antibiotik.

Hmm rugi betol. Da la kena bayar rm31. Lepastu terpaksa makan ubat. First time ni makan...uiikkk memang tak sedap rasanya.

Lainkali aku nak jaga diri. Supaya tak kena alergik lagi. Huh.


Published with Blogger-droid v2.0.4