Tuesday, November 13, 2012

CAT RUMAH

Rumah sewa yang aku dapat ni, penyewa lama cat warna yang pelbagai. Ruang tamu dan bilik kedua kombinasi biru purple, dapur dan bilik tidur utama kombinasi hijau kuning. Fuh...

Ok warna biru purple ni aku bole la terima. Kira2 warna sejuk juga. Tapi kuning hijau memang dah sah2 tak boleh. Silau.. Lepas tu warna panas aku rasa. Since encik suami da cakap dulu,dia nak tukar color cat ni. Aku ikut jer la..tapi tak nak la cat beriya2 kan. Nama pun rumah sewa. Sampai masa tinggalkan sudah..

Hari ni sempena cuti deepavali ni, harus wajib aku angkut kedua2 adik aku ni untuk tolong cat. Encik suami pulak katanya kena kerja. Kapal skedul tight.. Hmm...mula2 cat warna putih sebelum cat balik warna lavender white. Kedai cat tu ada juga bagi skim warna.. So dah terbayang kat mata aku ni warna yang bakal jadi pilihan untuk rumah sendiri nanti.. Ahaks... Kena kumpul duit ni.. Satu tin cat 5 liter je da lebih RM50 ikut kategori.. Ish2 mmg kna upah kontrak ni. Tapi rasanya aku kena compare harga kalau kita provide barang, kira bayar labour cost sahaja atau kita lump sum kan sekali bayar. Ok. Itu future plan.

Hmm aku kat sini cat sikit2 jer la.  Mana yang bole cat. Lepas je makan lunch..beli lunch kat kedai sampai RM21.. Tu belom masuk asma rojak RM12.. Nasib la air mak pesan suruh bawak dari rumah..da kenyang je, terus flat. Haha malas da buat kerja.. Serius mata mengantukk.

Sambil2 update blog ni, line tak berapa nak elok pulak kat sini. Kejap ada kejap takde. Tension ah kak.. Adoi la. Hmm ok nak stop bebel dulu. Chow.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment