Tuesday, January 29, 2013

MAKAN LUAR, SATE GORENG, BUKU RESEPI

Malam tadi tidur bukan la lena sangat, sebab rasa macam nak selsema. Tapi bila bangun tidur je, aikk takde pulak selsema ni.. musykil2 padahal semalam time tidur berapa kali terjaga siap amik tisu letak sebelah bantal lagi..

Lifestyle aku memang totally changed ar.. adus... sudah la balik kerja lambat, dekat kol 730 sampai rumah, lepas tu memang flat la, nak masak pun rasa da takde mood. Terus ajak encik suami makan luar.

Tapi disebabkan encik suami dah siap masak nasi, takkan nak buang saja kot nasi tuh.. Ok decide buat nasi goreng. Makanya semalam, disaat jam dibawah


Gigih la aku buat perencah nasi goreng.. Dengan alasan bangun pagi jer, dah siap tinggal tumis jer.. Lupa pulak aku nak snap picture.

Dan tiba2 aku terlebih rajin- bukan la rajin sangat sebenarnya. Petang semalam, aku ada pesan dekat encik suami, minta dia rendam apa2 la, konon nanti nak buat masak dinner. Lalu encik suami memilih daging. Kan ke semalam aku makan luar, so takkan nak masukkan balik daging dalam peti.. dah alang2... Perap sekali la, untuk buat sate goreng.. layan...


Hasil perapan, ni dah siap gaul semua, tinggal nak simpan dalam peti sejuk jer...


Aku kalau waktu memasak, tak de buku memang tak sah. Bukan apa, saja nak double confirm resepi, kang durhaka resepi jadi lain pulak rasanya.. hahaha

Ok la.. nak bersiap pergi kerja ni.. Konon hari ni nak datang awal, entah bole ke tidak ni.. Daaa..

Posted via DraftCraft app

Monday, January 28, 2013

LUNCH WITH NESTLE FITNESS

Sejak akhir2 ni, aku suka lak membeli nestle fitness, konon ar kan.. makan ni boleh kurus.. ha ha ha takde makna nye.. dah malam pun makan nasi juga, opss tapi portion nasi tu dikurangkan..

Mula2 aku try dengan almond honey ke apa nama dia...


Yang ni aku rasa tak boleh beli selalu, sebab emping ni disalut madu. Manyak manis wooo.. Nak kunyah banyak2 kali pun kadang terasa ngilu dekat gigi..tapi dia ada masukkan kacang almond.. macam balance juga rasa dia.

Lepas tu weekend lepas, aku pergi belanja barang dapur, sekali beli nestle fitness lagi. Kali ni aku nak try yang ada banana cluster pulak..



Yang ni emping dia, memang tawar habis lar...Tapi syok juga sebab ada kepingan2 pisang ala2 keropok gitu.Bole la buat kunyah2 time kat opis ni.. Kene makan sikit jer sebab kat opis ni dah la keje duduk jer mengadap pc, paham2 jela kan.. hak hak hak...

Hari ni kan banyak company cuti, sempena thaipusam semalam, malang sekali company aku tak amik cuti ganti. Makanya disini lah aku- di opis bertungkuslumus menyiapkan kerja yang datelinenya semua dekat2... Layan jer sudah, tak payah pening kepala. Whatapps dengan adik aku tadi, ditanya aku- kenapa tak amik annual leave? Erk.. yer lo, tahun depan, memang akan aku amik annual leave disaat2 begini.. hmm tahun depan ada lagi ke takaku kat sini??

Haha kalo encik suami baca perenggan ni mesti dia gelak punya. Semalam time aku pergi angsana, ada nash dengan ramli sarip buat promosi konsert dia 9/2/2013 dekat stadium mbjb. Aku lupa lak nama konsert dia tu.. So dapat la juga tengok live persembahan dorang.. wow terasa macam pergi konsert pulak. Memang layan habis... Rock beb.. ha ha

Ok rasa macam nak sambung buat kerja la.. Aku nak update blog ni, waktu lunch kat opis ni adalah yang paling afdal. Sebabnya kat rumah, macam tak de masa.. heheheh ayat klise kan?? Nampak sangat aku belom pandai urus masa.. ye ye jekk.. Ok da... stop dulu..

Posted via DraftCraft app

Saturday, January 26, 2013

KERJAYA DAN REZEKI

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya,nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan2 liar durjana) Akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata : Asy-Syura 42:27"

Setelah lima tahun lebih aku bergelar seorang pekerja, kat sini aku rasa aku boleh senaraikan beberapa panduan yang dalam memilih kerjaya.

1. Minat- pilihlah kerjaya yang diminati. Bila ada minat, kita tak akan rasa terbeban kerananya. Malah kita akan rasa seronok walaupun terpaksa bekerja lebih masa.

2. Bakat- sesetengah kerjaya memerlukan bakat semulajadi. Tapi, bakat boleh diasah jika adanya minat dan kesungguhan.

3. Kemahiran- pilihlan kerjaya yang sesuai dengan kemahiran yang kita ada supaya kerja kita bertambah lancar. Kita juga akan rasa lebih yakin bila membuat keputusan.

4. Sifat semulajadi dan nilai diri- mesti sesuai dengan kerjaya yang dipilih. Jika kita pemalu dan pendiam, jangan la pilih kerjaya yang buat kita perlu berkomunikasi dengan orang ramai setiap masa. Nanti pekerjaan ni bukan hanya menyusahkan kita saja, malah menyusahkan orang lain juga.

Akan tetapi jika ada orang yang sampai sekarang masih tak jumpa kerjaya yang diminati dan sesuai dengan jiwa, sentiasa ingat mungkin rezeki belum ada lagi..
Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Bole jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu adalah yang terbaik untuk kamu. Sesunggahnya Allah lebih Mengetahui"

Posted via DraftCraft app

BUKU OH BUKU

Aku baru je selesai baca buku Aku Bercerita tulisan Ramlee Awang Murshid. Punya lah lama dah beli tapi baru hari ni dapat habiskan. isk2.. Lepas ni ada lagi dua buku menunggu.


Tiba2 gambar jadi kelam pulak...ahhh tak kisah la kan..still nampak juga...
Ok time for bersiap untuk jalan2. Malam kang baru sambung baca buku balik.. Daaaa...

Posted via DraftCraft app

Wednesday, January 23, 2013

ADA LAGI URUSAN TERTANGGUH

Arrrrgh, gara2 tertdo....

Waktu macam ni....


Masih ada lagi urusan tertangguh.... lipat kain semalam/kelmarin...sidai kain yang baru je keluar dari mesin basuh...


Tunggang langgang nya hidup.
Tu la, siapa suruh tertdo....
Moral of the story: sila tahan mata untuk siapkan segala urusan agar ianya tidak tertangguh..sekian..

Posted via DraftCraft app

Tuesday, January 22, 2013

AYAM PANGGANG MADU

Patut aku tulis cerita ni malam tadi. Tapi aku terlena, biasa la jenis mengantuk awal. Tapi encik suami bagitau sejak adanya ipad mini ni aku da jarang ngantukk awal. Ha ha entah ye entah tidak. Kan aku ada cakap aku dah bosan memasak lauk sama, makanya malam tadi aku plan nak masak ayam panggang madu dengan sos mayonis madu. Tapi last2 ayam je yang sempat dipanggang, lambat rupanya. Kalau tau, memang buat hujung minggu je menu ni...

Entah sedap entahkan tidak, bantai saja lah. Yang penting perut kenyang makan. Bole macam tu? Tapi rasanya aku kene improve lagi menu ni..Mungkin kene perap lebih lama untuk rasa lebih sedap.. Erk adakah tak sedap?? Ok fine, percubaan pertama memang la tak selalu menjadi. Tak pe, next time ada lagi.. Mana tau kot2 aku boleh try perap ayam ni guna resepi sate goreng tu ker...

Atau aku rasa aku memang perlu grill pan ar... Tak pun oven eh.. hmm kene consider balik ni. Sebab kalau nak beli sekarang memang tak muat ar dapur rumah aku tu.. Condition sekarang pun aku dah rasa sempit sangat2. Nanti bila dah masuk rumah baru, baru boleh arrange balik.. Woo serius aku tak sabar.

Ni gambar ayam setelah diperap.


Senang jer, aku kisar halia, bawang putih, pastu campurkan madu, garam sikit dengan sos cili sikit... pastu sapu2 dekat ayam... kelar2 sikit daging ayam tu, bagi bahan perapan meresap dalam daging ayam. Bole la perap dalam 15 ke satu jam ker...Orang cakap elok perap semalaman dalam peti ais. Tapi aku buat dalam setengah jam je lebihkurang sebab masa tak cukup...Ooo semalam makan malam lambat oooo... tak bagus untuk kesihatan dan sistem pencernaan. Jaga kesihatan sangat la kan... hahaha...


Ini rupa ayam yang dah dipanggang. Encik suami yang tolong panggang.. Baik btol hati dia... ha ha (puji ada makna ni)

Aku masak sekali dengan sayur air sawi. Encik suami makan kene la ada sayur.. Tak kisah la kan.. masak sayur senang jer.. Main campak2...ok la, time rehat dah nak habis ni.. Aku nak sambung buat kerja.. Huhu.. sambil2 berfikir menu apa nak maska malam ni.. Daaaa...

Sunday, January 20, 2013

SATE GORENG

Sejak kahwin ni, aku memang selalu memasak dinner. Tapi kadang2 ada juga terlajak makan kat luar. Pelik juga setiapkali bila ditanya- malam lepas balik kerja, memasak ker? And when i say yes, semua akan reply...tak penat ker...

Penat memang la penat beb. Tapi aku nak juga memasak untuk encik suami. Lagipun teringat la pesan mak aku.. Masak sendiri lagi bagus..Ok sebagai anak yang baik, aku ikut la pesanan dia tuh.. ha ha ha

Aku ni kan bukan la terrror sangat memasak pun. Asalkan boleh telan.. memang ngap jer la..Balik2 asik lauk yang sama, memang boring. Jadi aku pun survey resepi2 baru konon untuk dicuba la. Macam hari ni. Aku decide nak masak sayur air bayam dengan sate goreng. haaa Sayur air bayam tu macam biasa la, senang je main campak2. Makanya aku malas nak tepek gambar.

Tu dia sate goreng....


Aku suka makan sate, tapi kalao asik nak membeli jer, memang kopak la kan...Elok juga aku try resepi ni. Mana tau kot2 boleh cuba lagi in future.

Senang rupanya resepi sate goreng ni. Mula2 mesti ada daging. Lepastu sediakan gula pasir, gula merah, madu, garam secukup rasa. Ok kemudian sila lah kisarkan, jintan,ketumbar, bawang putih, serai, lengkuas, halia,kunyit. Sukatan ikut suka hati ko. hehe

Dah siap semua, letak dalam satu bekas, gaul rata, lepastu campurkan la dengan bahan2 yang first tadi, gaul sikit, letak la serbuk lada sulah sikit...Dah rata semua,perapkan daging, gaul2. Macam aku simpan dalam peti ais selama satu jam, lebihkurang la..

Bila nak masak, panaskan minyak, terus goreng macam biasa...Lepas tu bole la makan...
Ok habis cerita pasal lunch. Semalam dekat JB satu hari hujan, habis tempat rendah semua naik air.. Nasib la hari ni cuaca elok sikit.. Petang ni ingat nak membeli barang sikit.. Sekarang nak rehat2 sambil tengok tv dulu. Daa...

Monday, January 14, 2013

JALAN2 CARI MAKAN DI FISH MANHATTAN TEBRAU CITY

Ni semua gara2 ternampak gambar makanan kat facebook si rashidah la, buatkan aku pun sibuk nak makan kat fish manhattan ni. Dan nak juga try makanan yang sama! huhuhu
Semalam decide pergi makan lunch dekat fish manhattan jusco tebrau city. Kitorang order minuman cala-cala, dengan tropical breeze ke brech aku lupa la ejaan dia, tapi bunyi lebih kurang la.


Tu dia gambar airnya.. menyelerakan, cala-cala ni memang best. Sebab best la. tak tau nak cakap macam mana. lepas tu makanan, kitorang order seafood platter kot. Ni nama aku main agak je la sebab memang aku tak ingat sangat nama2 makanan ni, lagipun dekat menu, dia siap ada picture sekali, so style tunjuk2 jer la..

Opps nak membebel sikit, tu pasal kadang dalam berjualan ni, picture ni penting. Nak2 bab makanan ni.. sebab biasanya dari mata turun ke hati...Orang nampak dalam gambar macam sedap, tu yang kebanyakan terus order tuh. Dan majoriti orang juga berharap yang rasanya pun sedap la kan.. kalo sedap garenti datang berkali2. Ok cukup membebel.


Tu dia makanan, nasib baik ada disediakan nasi sekali. Aku kan tekak melayu sikit. So haruslah ada nasi.. kalo tak memang lapar lagi la..walaupun da makan. Erk, bole ke macam tuh? Konpius dibuatnya. Nafsu nafsu tuh...fuh

Set ni ada udang, ikan, sotong, kentang dengn nasi. So far bole tahan la kan... Da try sekali cukup la. harga pun bole tahan wooo... satu set tu je dah lebih rm50.. sekali sekala ok. kalo selalu, bole kopak dibuatnya. haha...

Tengah2 makan, terjumpa pulak ex-pcm dulu. Si Agnes, baru la tahu rupanya Agnes pun dah resign... hmmm banyak la orang yang resign nampaknya..Tak pe, setiap orang kan jalan dia lain2...
Ok stop dulu la. Ada benda penting yang aku nak kene buat ni. Hmm untuk dapatkan sesuatu, kene la berkorban kan. harapnya berbaloi... Daaaa...

p/s: da makin serasa update guna ipad mini ni.. tapi software dia ada problem pulak, aku memang nak kene kaji lebih dalam ni.. apa software untuk update blog dari ipad mini, software yang user friendly. Yang boleh buat arrangement macam style dalam pc, picture-text-picture-text, kalau macam update using blogdroid dari handphone, picture-picture baru bole text-text, erk betul ke ayat aku ni... aaah tak kisah la... yang penting aku dapat tulis apa je yang aku suka, nama pun blog suka2. hehe

Sunday, January 13, 2013

LAUK SEMALAM.

Lama da tak letak entry pasal lauk. Ok ni cerita lauk semalam. Encik suami kerja semalam. So aku pergi pasar sendiri la kan.. Malas nak tunggu hari ahad. Barang basah rasanya ada lagi dalam peti, macam daging, ayam, sotong sikit, termasuk la si sotong kembang ni. Sekarang aku macam da bijak sikit la, da bole agak or senang cakap, aku memang style asing2 kan siap2 lauk yang nak dimasak berhari2. Practise make perfect..kuikuikui

Fikir punya fikir, aku beli udang jer la.. buat tabur2 sikit time goreng sayur gitu. Lepastu sayur pulak, aku just amik sikit kobis,kacang buncis, bayam. Basically apa yang encik sumi makan la.. wife kesayangan dia ni mana la telan sayur sangat.


Sayur bayam tumis air, letak la fishball and fishcake. Buat ada2... aku makan juga sayur bayam ni.. makan sesikit jer..haha


Ok, ni kali terakhir aku masak sambal sotong kembang ni. Encik suami kata lauk ni ada air.. erk.. double confirm dengan mak aku, memang sambal ni ada air pun. Jadi bil encik suami da cakap macam tu, lainkali memang takkan masak lagi la sambal ni. Nak makan, sila berkunjung ke rumah mak. haha

Setakat ni, aku belom la pro masak lauk pelbagai, lauk aku semua style campak2 jer, senang masak and makan.. ok itu je nak tulis. Ada keje buat ni, nanti kang aku sambung lagi.Daaa...

Saturday, January 12, 2013

PERCUBAAN UPDATE GUNA IPAD MINI.


Bak kata adik aku, pagi2 lagi dah tengok ipad. Biasa la benda baru kan.. Sambil landing2 dekat tilam, tunggu waktu nak pegi pasar... Mesti la dok belek2 dulu.. Ok ni benda paling mahal aku beli tahun ni. Lepas ni kene ikat perut daa...

Kisahnya lama dah aku berkenan dengan ipad mini ni. Actually memang nk beli tab satu. Tapi dok fikir nak beli ke tak, alih2 kuar model ipad mini kat pasaran. Google la sikit... Sebab aku bukan pengguna barangan apple pun. Lain la encik husband. Nampak macam ok, jadi apa kata kita try.


Mula2 aku booking ipad mini ni dekat Sen Q jusco bukit indah. Sampai dua minggu aku tunggu, tak de pun call update kat kitorang apa status. Last2 encik suami pegi call untuk follow up, katanya barang tak de lagi. So cancel terus la..

Malam tadi pergi la sutera mall. Keboringan tak tau nak buat apa, decide jalan2. Kebetulan encik suami kata tak payah masak...huuuu pucuk dicita ulam mendatang...best kan...hahaha. Sampai kat sutera mall, masuk kedai Sen Q, hmm salesman tu suggest kitorang pegi kedai satu lagi yang jual banyak barangan apple...

Sampai je kedai tu, berlambak stok dia.. Best2. Mula2 memang dah berangan nak amik 16GB jer, tapi last minute tuka pulak. Amik 32GB terus la.. Beza berapa ratus jer... (Habis la, kejap lagi encik suami mesti installl macam2 game..fuh....)


Ni yang try post blog pkai ipad mini ni.. Post yang pertama tu- testing.. Encik suami yang berjaya publish, entah kenapa aku buat tak bole pulak.. Cis....tak pe.. Boleh belajar lagi yer...

Ok aku nak bersiap pegi pasar ni.. Encik suami kerja hari ni. Lunch nanti nak masak apa yer.. Hmm..stop dulu.. Daaaa...

TESTING

Testing update blog via ipad mini.

Wednesday, January 9, 2013

UPDATE LAJU2.

Entri bulan januari baru satu je.. Sedangkan da sembilan hari dalam bulan januari. Dah sah, busy. Niat tu memang ada nak tulis2 tapi tu la.. Masa yang tak de. Plus tension dok tunggu ipad mini yang dah place order tapi tak sampai2.

Ok. Bulan januari eh. Serius busy dengan kerja. Ingat akhir tahun bole dok rilek2 lagi. Rupanya kerja membawak ke awal tahun ni.. Bersambung2. Adus2.. Kalo ikut rasa hati yang mati tu memang lama dah aku amik cuti. Sukahati aku eh..

Memang tak ada masa nak online blog sangat. Buat blogwalking pun time pagi2 bangun tido. Tu pun roughly jer.. Waaaa rutin harian aku... Totally changed!!!. Entri ni pun curi2 taip kat opis time rehat.. Aku dah sah2 malas nak turun makan, minum cinch shake shaklee jer.. Encik suami le yang ajar... Takpe.. Rasa sedap juga.. Shaklee.. I like...
Atleast bole le bertahan gigih kerja sampai ke petang.. Waaa bila nak dpt ipad mini ni...tetiba aku rasa kecik pulak taip pakai hp. Memang dah sah ni. Kene beli dekat celcom juga. Langgan pelan data sekali.

Jalan2 dekat giant tampoi hari tu, terjumpa la buku baru ramlee awang murshid. Wah, ketinggalan betul aku ni...smpai ramlee da keluarkan novel baru pun aku tak tahu. Tajuknya: aku bercerita. Aku baru baca sikit, cerita ramlee of course memang best. Balik kang aku sambung baca lagi...

Ok. Stop tulis dulu. Nak sambung kerja.  Kasi habis baru kita online puas2.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, January 1, 2013

DURIAN CREPE

Setelah sekian lama, berfikir nak order ke tak...akhirnya dapat juga merasa durian crepe ni.. Ye la, sekarang ni musim crepe.. Semua pun nak crepe, durian la, coklat la,mango la.. Macam2 lagi..

Durian crepe ni kebetulan ada orang jual time aku makan kat senibong.. 6 biji RM10.. Standard la kan....

Kesimpulan nya..memang sedap woooo. Patut la yang jual tu semua tak menang tangan...hmm sedap2...

Published with Blogger-droid v2.0.9