Sunday, March 24, 2013

ULANG LAUK SAMA.

Hari sabtu, encik suami kerja setengah hari, makanya aku masak lunch and dinner sekali. Lepas pergi pasar, biasa aku dok layan internet dulu. haha.. susah la bila jadi pengguna internet tegar ni, dua puluh empat jam mau berkepit dengan ipad sahaja.. fuh...Tapi nasib aku sedar diri cepat... Nak sediakan makanan untuk encik suami, kang kesian pulak dia. Balik kerja penat2 (plus lapar lagi).. Tup tup bini belom masak lagi..

Jadi setelah pung pang pung pang kat dapur, inilah hasilnya.....


Goreng sayur buncis letak ayam, sotong goreng kunyit, dengan telur kicap. Lama da tak makan telur kicap.. Dulu2 seingat aku, telur kicap la yang paling sedap nak2 bila makan dengan sambal bilis.. gulp... lama tak makan sambal bilis...(nanti nak request mak buat la..hihi)

Ni semua lauk biasa jer, aku belom cuba lagi lauk luar biasa, hmm terasa malas. Kalo nak makan lauk yang kebabom tuh.. sila lah makan di luar.. bagus kan?
Daaa....

Ok tu lauk untuk lunch, dinner pulak, bantai makan chicken chop. Nak habiskan stok chicken chop yang belom digoreng.. Lepas tu stop sekejap frozen food.. Cuba2....

No comments:

Post a Comment