Sunday, April 28, 2013

MALAM.

Pagi ni saja, sedar2 nampak kilat- petanda nak hujan tuh, plan nak pergi tengok iron man3. Check untuk booking online, mana tahu, semua pawagam penuh.. cett... Postpone hari rabu. End of story.

Tapi tengah hari aku keluar juga, beli barang sikit, sekali lunch dekat luar. Pui..pemalas nak masak. Lagipun pagi dah breakfast nasi goreng... Untuk makan malam pulak, aku masak ni:


Lauk biasa jer. Makan laju2 kemas siap2 sebab nak tengok master chef selebriti malaysia.. Pergh, sejak kenal dengan astro, macam2 cerita aku tengok. Mana yang sempat layan, aku layan.. So lepak2 depan tv, sambil terfikir2 keadaan esok..Pasal kerja.. Gulp.. Jangan terlalu fikirkan hari yang belum tiba.. oooh kerja kerja kerja...

p/s: tajuk tak de kene mengena dengan entry.. hehe

Saturday, April 27, 2013

BURUKNYA PERANGAI KO!

Aku duduk menyewa rumah flat tingkat dua. Tingkat dua tu consider tinggi la kan.. Ok tak pe. Sejak duduk rumah ni, kepekaan aku terhadap bunyi bertambah, nak2 kalau aku tinggal rumah sorang2. Bunyi pelik sikit jer mata aku dah melilau dok cari dari mana sumber bunyi tu.. Hatta bunyi cicak pun aku sibuk nak cari location cicak tu. Ni baru rumah kecik, esok2 kalau da pindah rumah baru yang besar sikit, macam mana la agaknya, lagi haru aku rasa.

Hari ni macam biasa la, rutin aku ke pasar. Lepas tu, sambung kerja menyiang memotong daging, sotong, udang yang aku beli. Tengah2 dok potong daging, dengar bunyi orang pijak rumput, iyer pijak rumput pun bole dengar. Cuaca pulak tengah panas terik, ooh ya, dapur tempat aku memasak adalah menghadap tingkap so, memang nampak la pokok2 atau nak kata semak tak semak la, tapi macam kawasan rumput, selalu orang buat bakar2 dahan ke ranting ke kat area nih.

Sinki aku pulak special, mengadap dinding, tapi sebelah kanan dia hanya ada grill dan bidai. So bila angin sepoi2 jer memang boleh rasa, takpun kalau hujan, senang cerita, mudah tempias air, kadang ada daun kering la.. tu bila angin kuat..Fuh...

Mula2 nak masuk rumah ni, aku macam takut sikit la kalo nak basuh pinggan ke kat sinki, waktu malam, konon takut kene sergah benda la...isk2 sekarang alah bisa tegal biasa jer.. tak ada apa pun.. syukur, lagipun aku bole nampak parking, selalu jer ada kereta keluar masuk. Eh da melalut plak neh...

Aku nampak sorang lelaki jalan menuju ke sebatang pokok.. ceh ayat... skema tak tahan.. Ingatkan dia nak lalu jalan pencong dari semak tu. Rupanya dia stop kat pokok, lepastu bole kencing!!!! adoi mak, sakitnya hati aku... Tak senonoh punya jantan.. Rasa hati aku nak jer sumpit belakang dia.. huh...Teruk betul perangai. BURUKK!!

Aku bole cam muka dia kalau aku jumpa lagi, next time kalo aku terserempak dengan dia, aku nak pandang atas bawah, grrrrr geram aku. Masih ada lagi orang kurang pandai macam ni kat dunia.

SARAPAN.

Semalam aku ternampak kawan aku makan nasi lemak. Gulp. Teringat lama dah aku tak makan nasi lemak.. So pagi tadi lepas habis belanja dekat pasar, terus aku beli nasi lemak kukus ni.. Hmm sedap2...


Layan sekali dengan air teh bunga.. Alhamdulillah..kenyang.. baru ada rasa semangat nak kemas rumah, kemas bilik, kemas segala la..

Aku rasa gambar atas tu blur. Jangan salahkan aku, salahkan kamera ipad ni..kuikuikui...
Ok kenyang makan, rehat kejap, sebelum mula akiviti kemas.

Friday, April 26, 2013

HUJAN DI PAGI HARI.

Aku tersedar dari tido pukul 4 pagi. Dengar kat luar hujan turun mencurah2. Memang tersangat best kalao sambung tidur ni... dalam hati ada bisikan jahat-nak cuti kerja- uiksss jangan nani, sabar nani. satu je hari lagi. Ok fine. So aku gigih bangun macam biasa.

Nasib pukul 830 pagi hujan dah reda sikit. Sampai kat kereta tersenyum sendiri. Tengok plat kereta, encik suami dah siap tampalkan. Yeay..... happy sangat2. I like...

Kerja pun da kurang sikit. Aku biasa la kalo banyak kerja, memang kene fokus. Tapi ni kurang kerja sikit, mula la nak buat kerja merapu-update blog. Memang tak silap la aku instll blogger kat phone. Sambil menyelam minum air la orang kata gitu.

On the way pergi kerja, nampak ada satu accident dekat jalan sebelah. Maka jem la jalan tu, siap ada polis dengan tow truck lagi. Lepas tu boleh pulak ada satu taxi depan aku ni tiba2 slow konon nak juga tengok2 apa yang dah jadi!! Aish, mengada btol, terus aku high beam pastu potong taxi tu sambil aku pandang muka driver tu. Tambah malang lagi, taxi tu cermin gelap, grrr baru aku nak tengok muka driver huh.

Lambat masa berlalu hari ni- ayat klise bila kurang kerja. Time banyak kerja, rasa macam cepat sangat masa berlalu pulak. Nak buat macam mana. Putaran alam. Ok nak start sambung follow up kerja sikit.Kang belek iphone lama2 orang kata aku ngular pulak. kuikuikui

Thursday, April 25, 2013

TESTING.

Install blogger kat phone. Moga2 senang sikit nak update bila bila free. Selama ni pakai ipad jer. Tapi kalau kat meja opis tak kan la pula nak keluarkan ipad semata2 nak update blog.

Meh kita try dulu tengok hasil, cantik ke tak...

CERITA CAMPUR-CAMPUR.

Satu hari aku ditegur oleh pakcik guard- senyum la sikit pagi2 nih-
Gulp.. baru aku terperasan yang selama ni muka aku memang 'ketat' sepanjang perjalanan aku dari carpark ke dalam bangunan opis..Bila ditegur, jadi malu sendiri. Dan sejak dari itu, setiapkali lalu pondok guard, nampak je pakcik tu bertugas, terus aku senyum siap2. Start tanamkan dalam diri, mungkin senyuman kita bisa membahagiakan orang lain.. dan secara tak langsung pun diri kita terkena tempias bahagia juga...

Dinner malam semalami aku makan kat kedai saja, Kemalasan mengatasi segalanya. Walaupun sebelum balik kerja aku da text encik suami untuk rendam isi ayam dan udang.. Konon nak masak peria goreng telur, campak udang sikit. Dengan isi ayam masak kuah sos tiram...Rupanya masak dalam mimpi...Kebetulan encik suami nak keluar pegi bank, aku apa lagi, amik kesempatan la. -melonjak2 gembira-

Sabtu lepas waktu aku nak balik dari pasar, selang beberapa kereta dari aku, ada satu Saga BLM entah macam mana, silap masuk parking, terus sampai tayar termasuk longkang. Tengok2 rupanya driver dia macam makcik2. Bila aku tanya,dia pun macam terpinga2 tak tahu, katanya mungkin terlepas kedepan tak sempat nak brek waktu masuk parking tu. Ada satu lelaki, tengah cuba nak tolong angkat bahagian depan kereta sambil makcik tu cuba reverse.. tapi nampaknya tayar di still tak boleh keluar dari longkang.. Pengakhirannya aku nampak lelaki tu panggil beberapa lelaki lain, maybe nak mintak tolong sama angkat bahagian depan kereta.. Dan aku terus gerak balik, sebab tak ada apa yang boleh ditolong kan...

Semalam juga time aku nak balik, terperasan plat kereta aku tanggal.. Nasib tanggal waktu aku parking dekat kilang. Kalau tanggal time drive ker, tak ke naya. satu hal nak pergi tempah plat baru. Singgah la kedai hardware beli double side tape..Nak tampal balik plat tu.. Kang tak pasal2 polis ker JPJ ke tahan kereta aku pulak-mana no plat?-kuikuikui

Hmm tiap2 hari rasa berat nak pergi kerja, mungkin da boring kot jadi pekerja kilang. 5tahun banyak benda aku belajar.. Dari kilang jepun ke kilang UK. Dalam kepala bila la nak duduk rumah buat bisnes..uiks... bayang2 bisnes pun tak tahu lagi nih..Ok berangan saja.

Nak bersiap pergi kerja. Hari ni kene keluar awal, keretaku sudah kehabisan minyak.. Daaa...

Monday, April 22, 2013

KERANA LELAKI ITU.

Banyak benda nak tulis tapi masa selalu tak ada. Sekarang pun curi2 tulis sambil tengok drama 'kerana lelaki itu'.. selepas aku gigih siap memasak lauk makan malam..
Sayur air sawi letak fishcake dengan daging masak apa tah.. rasa macam sambal sikit.. tapi aku tak pakai cili kisar, haha aku pakai cili sos.. tak kisah la kan. Asal ada rasa..kuikuikui.. Tadi time drive teringin pulak nak memasak daging sweet sour. Google search, tengok resepi takde yng mudah pun.. Aku, biasa la kan... semua benda nak senang.. nak buat macam mana, time constraint. Makan malam, yang simple2 saja..


Encik suami belom balik kerja lagi.. Sekarang tengah on the way balik katanya..
Aku memang layan habis la drama 'kerana lelaki itu'

-kau takkan tahu, rasa hati ku, yang selalu derita kerna mu..dan kau tak kan rasa apa yang ku rasa semenjak kau hadir...hidupku sering saja untuk mu, tentang dirimu, tak pernah untuk ku-

Drama ni tentang kawan makan kawan. Itu yang aku nampak. Dek kerana hasad dengki... kawan tu sanggup buat apa saja untuk kepuasan hati dia..isk2.. Ok aku tak nak la cerita sinopsis drama ni, nak tahu sila tengok sendiri. Tak pun sila layan kat tonton.my

Aku nak sambung layan drama ni kejap. Daaa..

Saturday, April 20, 2013

MAGNUM CHOCO CAPPUCINO

Hari ni encik suami kerja balik petang lagi. Biasa kalao dia balik kerja petang, aku pun masak petang la.. Tak nak la aku tengah hari makan sorang. Makan roti, sudah...kuikuikui

Tiba2 teringat ada satu lagi magnum...


Magnum choco cappucino. Tapi terlalu manis aku rasa.. ish2


Dia macam ada gula2 caramel kat kepingan coklat tu.. hmm layan saja la.. tapi makan manis ni, sekali sekala saja bole, kalau selalu, boleh jadi kencing manis pula..gulp....

Monday, April 15, 2013

SHOPPING & KEDAI DOBI.

Semalam adalah keboringan yang amat sangat. Encik suami kerja. Even aku dah beli buku baru pun, tapi mood membaca tarak.. Makanya aku sms encik suami, bagitahu aku nak keluar jalan2- sebenarnya membeli barang.. ha ha jarang aku keluar tak membeli. Ok destinasi pertama aku mesti la yang dekat2 saja- angsana. Malas nak drive jauh2.

Masuk jer angsana, wow nampak comforter ada sales. Gulp... Best2...Tapi barang yang penting didahulukan. Aku pergi giant, cari minyak masak seri murni takde stok. Masuk uda ocean jer... amik ko.. satu rak penuh, dengan kotak2 lagi, maybe staff belom habis susun.. Nampak jer aku berlegar2, terus ditanya aku- nak amik minyak ker? Yes betul. mintak dia tolong amikkan satu botol-yang aku pilih. Bukan sebarang botol, ok..Ini belajar dari adik aku, kalau beli minyak, teliti betul2 pilih elok2: cari yang kuaniti dia banyak sikit.. Compare ler dengan botol sebelah. Mana yang aras minyak dia tinggi, hah amik yang tu.. Pening staf UO tu nak melayan aku.kuikuikui

Habis minyak, amik olive oil pulak, hmm berat2 dua2 ni, nak mengangkut sorang2. Tambah pulak aku nak beli tisu. Ok hantar barang ni semua masuk kereta, lepas tu tadaaaaa masuk balik UO nak beli comforter. Lama aku tak beli comforter baru. Hehehe boring gak pakai comforter sama neh.. Grab satu yang kaler2 sikit, bayar, kemudian balik...

Sampai rumah, terus tukar pakai cadar baru.. terus bungkus2 cadar yang lama, hantar pergi dobi, termasuk cadar2 yang memang dah siap2 bungkus nak hantar ke dobi. Selama ni asyik la lupa saja...cadar pengantin pun aku baru nak hantar dobi, belek punya belek, nampak macam ada kotor kuning2 sebab lama dok dalam plastik kan...berhabuk lagi.. fuh...

Siap2 semua aku packing,bergegas ke dobi. Seminggu nanti baru dapat balik..
Sampai kedai dobi: ting ting (bunyi bell)

Pembantu nya warga indonesia, perempuan datang dari belakang, terus ke kaunter.

Aku: saya nak hantar comforter nak cuci ni
Pembantu: ooo berapa kak? (sambil dia tulis buku resit)
Aku: ada tiga (sambil gigih aku angkat satu2 nak tunjuk ke dia.)
Pembantu: ok warna biru, putih, warna ungu kelabu, warna putih. Ni cadar pengantin ye kak?
Aku: aah..cadar ni cuci bersih2 eh.. ada habuk ni..
Pembantu: (sengih2 pandang aku- motif? aku tak tau) baru married ya kak?
Aku: aah baru 7 bulan...
Pembantu: ni cadarnya nak dipakai lagi?(merujuk pada cadar pengantin)
Aku: Tak lah, nak cuci jer... (hmm cadar ropol2 ni pening aku tengok..)
Pembantu: ok seminggu ye kak..
Aku: ok.

Terus aku keluar dari kedai, sampai kat kereta, rupanya kereta aku tak berkunci sepanjanh aku masuk kedai dobi tuh.. huh bahaya2 ni...Nasib tak jadi apa2..

Saturday, April 13, 2013

BUKU, IKAN BAKAR.

Semalam aku beli buku ni:


Plan nak beli buku tulisan Nazurah Aishah- Bukan Hanya Ada Kita. Tapi rupanya belom ada kat kedai lagi... cis.. aku excited terlebih.. suka sangat baca karya Nazurah ni.. Dia memng berbakat.

Pusing punya pusing, akhir sekali ternampak buku ni, macam menarik, moga2 ada manfaat aku membacanya.. hehehe baru baca beberapa muka surat..

Hari ni encik suami kerja, so adalah keboringan duduk kat rumah sorang2. Ok kalao ikut nafsu hati, memang aku nak jer keluar pergi jalan2: window shopping ker, tapi sekarang mood malas pulak.. Aku dah masak siap2.. so tunggu encik suami balik untuk makan sama.. Tadi encik suami cakap dia lunch makan roti jer sebab nak makan nasi dekat rumah.. hmmm i like... muah muah muah...ha ha ha

Lauk hari ni:


Ikan caru bakar jer.. dengan sayur sawi, tapi malas nak amik picture sayur.. hmm minggu ni aku tak beli daging pun sebab semalam aku buang daging.. gulp. Kisahnya, konon aku nak masak daging blackpepper. Aku letak luar untuk cairkan. Sekali bila tak jadi masak, aku lupa nak masukkan dalam freeze. So bangun pagi jer.. Arghhhh tension, campak jer la dalam tong sampah.. huhuhu..harap next time tak jadi macam ni..

Lepak2 depan tv ni sambil2 search resepi as usual. Yang senang dan mudah.. Sebenarnya ada hati nak masak rendang, tapi.. try survey resepi yang paling senang..huhu semua benda pun nak mudah.. alahai....

MAKAN LUAR VS MASAK SENDIRI.

Beberapa hari yang lepas, aku asyik makan kat kedai saja.. Makk aii, bole pokai kalao berterusan macam ni. gulp. Duit tu kene jimat2 yer. hahaha Masa whatapps dengan amal, dia bagitau dia tapau nasi ayam dekat pasar malam. hoih aku ni da berbulan nak makan nasi ayam tak dapat2. Encik suami balik kerja jer, laju2 aku bagitahu- hari ni kita makan luar, nak makan nasi ayam. Di bawak la wife dia ni ke kedai makan yang ada jual nasi ayam. Order nasi ayam special- RM13 untuk dua orang makan, tak termasuk air. Conclusion: nasi ayam nya biasa2 sajerk, yer la kalo nak sedap silakan masak sendiri..

Sambil tunggu order sampai, aku perhati sekeliling kedai makan tu. Dia satu kedai tapi dalamnya ada banyak stall kecil2. Strategi perniagaan yang bagus sebab ada pelbagai pilihan menu yang pelanggan boleh piih. Satu yang kurang bagus, bab facilities- kerusi meja dia macam tak terjaga. Bab ni, kene improve ok..

Keesokan hari nya aku plan nak masak lemak labu, gigih singgah kedai nk beli santan. Rupanya kedai ni hanya jual kelapa parut sahaja, cis..gaya mana nak perah santan ni. Sekali lagi talian hayat digunakan. Amal cakap blender dengan air suam then tapis. Masalahnya aku cuma ada tapis teh sahaja, so alasan ni digunakan untuk makan luar sekali lagi.. kuikuikui

Makan nasi goreng ayam thai sos dekat singgah selalu. Pergh memang terbaik la. Sodap2.Strongly recomended. Ok habis cerita makan luar.

Semalam aku just masak sardin dengan sayur kobis goreng sahaja. Kira ok la kan... asal boleh makan...kuikuikui pagi ni aku nak pergi pasar, nak beli stok makanan.. huhu Harap2 minggu depan rajin la aku nak masak...macam mana nak jimat ni kalau asyik makan luar...Daaaa..

Monday, April 8, 2013

LOSYEN MUSTAJAB.

Aku ada baca review pasal losyen mustajab ni. Macam yang semua tahu, losyen ni ada macam2 kegunaan termasuk la buang angin.. kuikuikui, tak pun kalau kita lenguh2 badan, haaa memang sesuai la sapu losyen ni, pada aku la... daripada gunakan minyak angin yang dah tentu2 berminyak, sapu jer losyen ni..kurang berminyak.. lepas tu sesuai la untuk orang yang macam aku ni- suka losyen...hmm bagus rasanya, berangin jer kat area yang disapu tu..

Dulu2 yang glamour pati halia,. so bau pun halia.. gulp.. macam orang tua lagaknya.. nak pakai pun segan.. Tapi aku tak beli.. Aku beli yang pati halia serai wangi tu.. Ada la bau serai sikit..Lepas tu mak aku pun berminat dengan losyen ni, terus dia pakai sampai sekarang..

So aku ada nampak losyen ni ada kuarkan produk baru. Baru tak baru la. Tapi aku baru tahu- consider baru la kan pada aku...


Amik kau, sekali tiga aku beli.. Macam takde perasaan time nak beli tu.. Yang penting aku nak juga.. kuikuikui..

Setakat ni, bau rose dengan delima tu sedap. Antara dua ni, aku rasa delima paling sedap...yang jasmin tu.. sebab aku baca kat web, dia boleh bertindak membantu menyembuh luka gigitan serangga..haa nyamuk kan selalu gigit aku, so aku nak pakai losyen ni nak elak nyamuk gigit.. tak tahu la nyamuk tu kategori serangga ke tak, nak juga aku pakai losyen ni. Tapi bau dia macam keras sikit. Tapi takpe asalkan nyamuk tak gigit..puiii...

Antara lain kegunaan losyen ni, mengurangkan selulit, mengurangkan kesakitan sendi dan otot, membakar lemak dan melangsingkan badan, membantu tidur lebih nyenyak...bla bla bla.. Nak tau lebih sila ke web dunia herbs..Penat taip..ha ha

Ok, semalam fius rumah sewa aku terbakar, gelabah kejap sebab tiba2 washing machine stop. pintu pun tak leh buka, takkan nka biar kain dalam tu, encik suami kerja pulak. Last2 sambung wayar extension. Kotak suis rumah ni masih style lama. Makanya terpaksa panggil orang kedai mintak tolon buat wiring baru. So sekarang dah ok sikit- boleh tahan 2-3 bulan katanya.. hmm..

Layan lauk aku semalam...


Beria2 jer siap beli ikan caru, beli daun pisang konon nak bakar ikan. Sampai daun pisang tu dah naik kuning, tak juga bakar.. hahaha bawak ke minggu depan la jawabnya... dah la siap pinjam kuali leper mak.. Lambat lagi la nampaknya kuali tu kat rumah aku..

Da banyak sangat membebel ni, time untuk bersiap pergi kerja pulak.. First day, malas2 sikit. Tapi aku bukan malas2 first day sahaja, hari2 pun malas, teruk kan.. slot kad kol 858/859 kadang2 kol 901, ish2.. kene berubah ni nani.... ok sambung nanti.. Daaaa....

Thursday, April 4, 2013

KISAH HUJAN, LAUK.

Mengadap waktu2 petang kat kilang adalah sangat boring.. hoiiii mood nak keje dah tak de dah ni... Tambah pulak meeting petang dengan UK dah dicepatkan waktunya. Terkejar2 la sikit...

Lepas tu hujan turun mencurah2 wowo sedap kalau tidur ni.. Kadang aku gembira sebab hujan, hujan turun sekali membersihkan kereta aku. Hari isnin yang kereta aku banyak tahi burung tu, sebelah petangnya hujan.. Bila aku sampai kat kereta...aik, segala tahi2 tu nan ado... jadinya terus tak singgah cuci kereta.. alasan kan....bagus la sangat.

Bila balik time hujan ni, jalan mesti jem.. banjir la.. Sistem perparitan yang tak bagus, buat aku sakit hati sahaja. Akhirnya sampai rumah lambat.. Nak senang, makan luar or order pizza. Tapi 70% hati aku berkeras nak aku masak... Ok jer kalao order pizza, seronok gak rasa hati bila encik suami suggest order piza.

Tapi lain kali saja lah.. Ni hasil lauk yang masak dengan tergesa2...Pukul 830 lebihkurang baru start makan... ish2


Sayur kacang buncis goreng dengan isi ayam dan udang, daging masak sos tiram dan lada hitam...
Whatapps dengan adik aku picture lauk ni, ada ker dia suruh aku masak rendang.. hmm Takde masa la....Hujung minggu bole ok...

Teringat banyak plan pulak hujung minggu ni. Kereta da patut hantar servis, boleh pulak aku terlupa. Selain tu, ada jemputan kahwin lagi... Kene arrange jadual ni.. Tengok la macam mana nanti...

Wednesday, April 3, 2013

SEPERTI BIASA.

Hari ni adalah hari yang menyesakkan.. sana sini orang bersembang cerita sama, ok this is sensitive issue, i'm not gonna to write it down here.. Better pendam sendiri.. ada telinga, dengar, mulut, lebih baik diam..walaupun hati aku......

Kerja berjalan seperti biasa, layan kan saja. Balik rumah jer, perut lapar... Adoi la...terus bersiap untuk masak. Tiba2 aku teringat cerita yang operator bualkan waktu kat surau.. Ni pasal memasak la. Kononnya lepas kahwin, dia kene uruskan semual hal, termasuk masak. ada kala sampai dia merungut- kenapa la dia kena buat benda ni semua, kalau tinggal dengan emak, semua dah tersedia.. gulp... sekali aku pandang, muda lagi budak ni aku rasa.. Pernah terdengar umurnya baru 26 ke 27 tahun, dia beritahu kawan dia.

Layan pic lauk aku hari ni...


Masak benda simple sahaja.
Ok dah takde apa nak update aku rasa. Masa untuk berehat walaupun mata tak mengantuk sangat...

p/s: entry ni patut up semalam, tapi aku terlupa tekan publish.. isk2....

Monday, April 1, 2013

KERETA AKU.

Hari pertama di bulan April, kejap sungguh masa berlalu. Da pun sampai bulan 4. Tak terasa pun. Hari ni pergi kerja dengan hati retak seribu.. hoi habis kereta aku tau, banyak betol tahi burung!! Ni la bahana, letak kereta bawah pokok, ingatkan, bole la bagi kereta berteduh dari panas matahari, rupanya tak guna, makin buat aku panas hati, ada...

Hari ni juga la minyak kereta aku da nak habis. Jadi nya aku perlu isi minyak sebelom sampai ofis. Kalau tak di isi, satu hari hati aku tak senang duduk.. Gigihla juga bersiap awal- tapi tak la awal sangat- konon nak singgah stesen minyak.

Sampai stesen minyak, lambai tangan dekat pekerja bangla kot, mintak dia sapukan air atas kereta pakai span, dengan harapan bole la tanggalkan tahi2 yang melekat tuh, harapan tinggal harapan saja, rupanya bangla yang lain baru nak pergi tukar air, baru nak bancuh air sabun, rasa macam nak jer cakap- apsal kau ni tak prepare awal2 air sabun tuh? nak mintak aku tunggu berapa lama lagi?- tetiba mood garang pulak pagi ni..

Terus aku kata, tak payah tunggu la, sebab aku pun nak pergi kerja ni, da lambat. sungguh berbudi bahasa plak bangla tu, siap say -sorry ye kak- terus tak jadi nak bebel..gulp..

Balik nanti kene tekad semangat nak singgah kedai cuci kereta, tak boleh tahan tengok kereta da macam sangkar burung da.. Ni cuaca panas terik lagi la, habis melekat kuat tahi2 tu ke body kereta aku..

Petang ni juga aku pergi basuh kereta.huh

p/s: tadi lalu area plaza angsana time nak pergi kerja, makk aii serupa ladang sampah aku rasa, sepah sana sini, orang malaysia, memang suka membuang merata2 eh... Balik kang aku nak lalu lagi, tengok dah bersih ke blom, kepoh kan?