Monday, April 8, 2013

LOSYEN MUSTAJAB.

Aku ada baca review pasal losyen mustajab ni. Macam yang semua tahu, losyen ni ada macam2 kegunaan termasuk la buang angin.. kuikuikui, tak pun kalau kita lenguh2 badan, haaa memang sesuai la sapu losyen ni, pada aku la... daripada gunakan minyak angin yang dah tentu2 berminyak, sapu jer losyen ni..kurang berminyak.. lepas tu sesuai la untuk orang yang macam aku ni- suka losyen...hmm bagus rasanya, berangin jer kat area yang disapu tu..

Dulu2 yang glamour pati halia,. so bau pun halia.. gulp.. macam orang tua lagaknya.. nak pakai pun segan.. Tapi aku tak beli.. Aku beli yang pati halia serai wangi tu.. Ada la bau serai sikit..Lepas tu mak aku pun berminat dengan losyen ni, terus dia pakai sampai sekarang..

So aku ada nampak losyen ni ada kuarkan produk baru. Baru tak baru la. Tapi aku baru tahu- consider baru la kan pada aku...


Amik kau, sekali tiga aku beli.. Macam takde perasaan time nak beli tu.. Yang penting aku nak juga.. kuikuikui..

Setakat ni, bau rose dengan delima tu sedap. Antara dua ni, aku rasa delima paling sedap...yang jasmin tu.. sebab aku baca kat web, dia boleh bertindak membantu menyembuh luka gigitan serangga..haa nyamuk kan selalu gigit aku, so aku nak pakai losyen ni nak elak nyamuk gigit.. tak tahu la nyamuk tu kategori serangga ke tak, nak juga aku pakai losyen ni. Tapi bau dia macam keras sikit. Tapi takpe asalkan nyamuk tak gigit..puiii...

Antara lain kegunaan losyen ni, mengurangkan selulit, mengurangkan kesakitan sendi dan otot, membakar lemak dan melangsingkan badan, membantu tidur lebih nyenyak...bla bla bla.. Nak tau lebih sila ke web dunia herbs..Penat taip..ha ha

Ok, semalam fius rumah sewa aku terbakar, gelabah kejap sebab tiba2 washing machine stop. pintu pun tak leh buka, takkan nka biar kain dalam tu, encik suami kerja pulak. Last2 sambung wayar extension. Kotak suis rumah ni masih style lama. Makanya terpaksa panggil orang kedai mintak tolon buat wiring baru. So sekarang dah ok sikit- boleh tahan 2-3 bulan katanya.. hmm..

Layan lauk aku semalam...


Beria2 jer siap beli ikan caru, beli daun pisang konon nak bakar ikan. Sampai daun pisang tu dah naik kuning, tak juga bakar.. hahaha bawak ke minggu depan la jawabnya... dah la siap pinjam kuali leper mak.. Lambat lagi la nampaknya kuali tu kat rumah aku..

Da banyak sangat membebel ni, time untuk bersiap pergi kerja pulak.. First day, malas2 sikit. Tapi aku bukan malas2 first day sahaja, hari2 pun malas, teruk kan.. slot kad kol 858/859 kadang2 kol 901, ish2.. kene berubah ni nani.... ok sambung nanti.. Daaaa....

No comments:

Post a Comment