Friday, May 31, 2013

HARI TERAKHIR BULAN MEI.

Rasa lama dah tak update blog. Sekejap saja da sampai akhir bulan 5. Eh cepat masa berlalu eh...Kehidupan aku hari2 pun macam biasa jer, kerja, balik kerja, buat kerja rumah.. eheheh..

Lately ni aku jarang sikit masak, sebab malas kot.. Grrrr.. Ada hari aku makan luar, ada hari aku makan buah jer.. Oppss encik suami pun sama, layan saja..

Tu dia lauk aku masak tadi...
Goreng sayur je dengan sambal sotong..


Masak jer la apa yang ada dalam peti ais tu, kopak le duit kalao aku makan kedai hari2.. Kalau aku cop duit tak apa la kan..

Dah siap makan, kemas semua, lepak depan tv sambil tengok rancangan primadona. Tajuknya kali ni, kahwin campur..

Sambil2 terfikir aktiviti esok hari.. Yang bestnya aku cuti sampai hari isnin..Best2... Daa...

Tuesday, May 28, 2013

CANDY CRUSH.

Haih... kadang time ada masa, aku suka jer layan game ni...
Tapi skang ni aku memang betol2 geram sebab oiiii da bape lama aku dok level ni..


Level 29...banyak kali cuba main tapi tak lepas2! huhuhu


Geram memang geram.. Argh.....

Sunday, May 26, 2013

ROJAK ASMA.

Semalam, lunch terasa nak makan rojak asma. Terus beli..


Nama nak buat sendiri, agak malas. Renyah la.. banyak bahan nak kene sediakan.. Tapi kalo beli pun, bergantung pada nasib, kadang ada yang kuahnya sedap, ada yang kurang sedap..

Makan sekali sekala, ok la kan.. kalao selalu, mau lingkup.. Yang kat atas tu yang aku beli dah RM7 harganya.. fuh... Makan sorang2 sebab encik suami kerja.. Daaa...

Friday, May 24, 2013

SUP AYAM.

Gara2 semalam kene selsema kuat, hari ni aku lepak rumah saja.. fuh.. dalam sejarah btol. Nasib juga selsema da makin kurang.. Syukur juga, setiapkali aku kene selsema, mesti hujung minggu. Kalau kene hari bekerja, hoi la macam mana aku nak tahan bersin, hahaha aku ni kan bersin style sopan.. kuang3...

Cuti duduk rumah ni, macam biasa la, kemas apa yang patut.. kuikuikui, semalam lagi aku siap buat to do list.. Supaya senang aku nak track kerja apa yang belom dibereskan lagi. hmm..Choi betol la adik aku, tetiba whatapps konon nak datang breakfast kat rumah aku, ni breakfast dalam mimpi jer la.. Kalo kol 8 baru nak bangun.. huhu

Hari ni masak lauk sup ayam saja. Aku time selsema or batuk, memang lapar berganda. Pelik, nak makan je, semalam sebelom tidur sempat bantai roti gardenia dengan cheese tart, hohoho..geleng kepala kejap.

Teringat ada ayam, buat sup saja lah, lagipun aku malas nak keluar, guna je la bahan apa yan ada.. Ooh ya,. syukur juga dapur memberi kerjasama, terhasil la lauk sup ayam tu dengan sayur kobis goreng.. Gulp, makan kobis lagi yer hari ni. (malam tadi da goreng separuh, hari ni goreng lagi separuh)

Ok meh aku share resepi sup ayam versi aku yang pastinya mudah.. kuikuikui

Bahan2: beberapa potong ayam, rempah tiga sekawan- kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, kentang yang dipotong2, air secukupnya, sup bunjut adabi

Bahan kisar: bawang merah, bawang putih, halia

Cara: Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai wangi, masukkan rempah tiga sekawan tu, masukkan air, masukkan ayam, kentang, renehkan sup sampai ayam dengan kentang empuk, sila la rasa kuah tu yer, kalao tawar, masukkan garam dan sebuk perasa.. Dah siap semua, boleh hidangkan. Makan dengan nasi putih panas2 mesti terangkat.. kuikuikui

Oooh sambal kicap, aku malas buat yer, penat pulak.. Harap2 encik suami tak tanya nanti..
p/s: tengah menunggun encik suami balik kerja untuk makan sama.. daaa...

Thursday, May 23, 2013

DELETE COMMENT:SENGAJA vs TAK SENGAJA.

Aku lama da tak check comment dalam blog ni. Ok walaupun blog ni tak la popular, tapi aku appreciate siapa yang sudi nak comment entry aku.

Jadi pagi ni, àku nampak ada comment yang dari anoymous tu, yang langsung tak de kene mengena dengan entry aku. So decide nak delete..

Malangnya dek kerana aku agak tergesa2 nak klik delete, aku terdelete comment somebody! Aduss... Tak sangka, lain pula yang terdelete. Kalau ada reader yang terperasan comment dia has been removed by author, mintak maaf la yer.. Hamba tidak sengaja ter delete comment tuan hamba.. Ahaks...

Ok mood pagi ni, kurang baik sikit, sebab aku dijangkiti selsema... Ooooh harap2 sangat tak la batuk.. Malas nak melayan sakit tekak bagai. Nasib la hari ni last day kerja, esok public holiday, sabtu ahad pun cuti.. Tapi apalah gunanya kalao sakit2 diwaktu cuti? Ohoi...encik suami pun kerja, skedul kapal busy katanya..

Hari ni nak pergi kerja pun malas, nasib la fikir, ni hari last kerja sebelom cuti, lepastu hari ni juga balik pukul 5, yeay bole berjimba2. Opps semoga aku cepat baik dari selsema untuk aku bergembira cuti 3 hari ni.. Daaaa

WISHLIST HARI RAYA.

Tahun ni, first time beraya sebagai isteri.. Gulp entah macam mana la agaknya ya...Takpe. Tunggu bila tiba hari raya, baru boleh cerita. Ok sebenarnya aku da plan awal.. The next step, selepas kahwin ni.. Masa itu harapnya semua akan berjalan lancar.. Contoh, selepas kahwin, aku nak tuka kerja lain.. Alhamdulillah, ada rezeki aku, sebelom kahwin lagi da dapat offer kerja kilang lain.. Selamat satu cerita..

Kemudian, bila dah kahwin, cerita pasal rumah pula. Ini pun aku bersyukur dipermudahkan urusan, dapat beli rumah sebelom kitorang kahwin. Dan harap2nya aku dapat masuk rumah sebelum hari raya. Tapi tak semua yang kita plan akan jadi.. Ok penguat hati- boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya adalah terbaik untuk kamu-

Confirm aku tak akan dapat kunci rumah baru sebelom raya. Walaupun rumah dah siap, cuma tinggal nak turap jalan saja.. Developer dah confirm dengan aku, maybe fasa aku akan dapat kunci around bulan 8. Sekarang baru bulan 5, fuh.... Makanya aku akan beraya kat rumah sewa. Stress ok.. Duduk rumah sewa stress, apatah lagi nak beraya kat sini.. double stress..
Hoi nani, asik stress je ko yer, darah tinggi kang...Bertenang...

Berfikir dari sudut positif, heheh sebenarnya excited juga aku nak beraya ni, dengan encik suami.. Dah terfikir2 nak beli baju raya, kuih raya, persiapan raya.. kuikuikui.. Tema warna raya tahun ni, tak sure lagi.. Maybe warna like coklat2 muda kot.. Hari tu ada juga try survey kain dekat jakel bandar baru uda.. Makkk aiii, ramai bebenor orang, poning kopalo dibueknyo..

Tapi sempat juga tengok2, ada warna yang berkenan, hmm kene cepat2 beli ni.. Nanti kalao lewat, tukang jahit dah tak terima tempahan da... Bab kuih raya, kalau tahun lepas aku memborong kuih dengan adik2 aku, tahun ni, rasanya aku tak lalu kot nak beli biskut2 bagai.. Mungkin hanya beli kerepek...atau kek.. Encik suami awal2 bagitahu, dia kurang minat biskut2 semua, jadi kalao aku beli, memang takde sambutan elok la tak payah.. kuikuikui

Langsir raya pulak, ahahaha.. Recycle je langsir yang sekarang ni, aku pun memang ada satu je langsir ni, tu pun langsir sedekah dari mak aku masa aku pindah dulu...kuikuikui..pakai saja la.. Nanti basuh2 pastu gantung balik.. Opps idea siapakah ini..hahahah

Biasa kan hari raya, ada masak2..hai bab ni aku blur, aku nak masak apa ni.. hahaha bukan mantap pun skill memasak. Untuk makan sendiri, bole la.. Start dari sekarang, kene gigih check resepi ni..

Ok. Panjang pulak dah menulis ni.. Time2 takde benda nak buat, ngadap internet & blogging la jawabnya.. sekali membebel... stop dulu, puasa pun belom da berangan nak raya.. chow....

Tuesday, May 21, 2013

RESEPI: IKAN BAWAL MASAK MERAH.

Ni kisah hari ahad lepas. Encik suami kerja, jadi duduk la aku sorang2 kat rumah. Tapi sebab boring sangat, aku keluar juga berjalan2 kat plaza angsana sorang2. Sempat juga la beli tudung dengan kasut.. Dah boring, shopping la jawabnya.. kan kan kan???

Ok balik tu macam biasa la. Sudah la tengah hari panas2, tambah pulak lapar lagi.. Masuk rumah, berehat kejap, sambil makan ice cream magnum, konon boleh hilangkan dahaga la.. makan benda sejuk2 tapi akhirnya minum juga air kosong banyak2 oooh hausnya...

Siap2 nak masak.. Aku bab masak ni, rasa aku pernah tulis kot.. aku bermasalah dengan dapur gas tuh.. Sampai geram aku dibuatnya.. Serius.. Tapi akhirnya setelah bersusah payah, terhasil la lauk ni:


Sayur bayam tumis air, telur goreng kicap, ikan bawak masak merah..(encik suami kata rasa nya macam ayam masak merah) hehe aku pun tak tahu.. iyer la tu kot...

Ni nak share resepi ikan bawal masak merah ni, tapi versi aku la yang semua benda nak senang ni kan...

Seekor ikan bawal atau ikan apa2 jer
Sikit serbuk kunyit
sikit garam...
minyak untuk menggoreng

Lumurkan serbuk kunyit, garam pada ikan, panaskan minyak, kemudian goreng sampai masak.

Bawang merah, bawang putih, halia, dikisar halus,
sos cili,
kicap manis,
serbuk pasti sedap knor,
sedikit gula..
sedikit air untuk buat kuah

Ok, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus tadi.. sampai naik bau,
Masukkan serbuk pasti sedap knor, kacau rata
Lepas tu masukkan cili sos secukup rasa,
Kemudian masukkan kicap manis..
Tambah sikit air, supaya sambal ni berkuah
Kacau rata, masukkan sikit gula..
Kacau lagi lepas tu rasa. Agak2 ok, masukkan ikan yang dah siap digoreng tadi.
Gaul rata.. Siap boleh hidangkan, makan dengan nasi panas.. Hehehehe

Sebenarnya aku nak buat sambal pakai cili kering kisar, tapi memandangkan dapur tak memberi kerjasama, buat letih aku jer petik api sampai 20 kali baru nak ada api.. huh, layan jer la sambal guna cili sos.. hmmm..daaaa....

Monday, May 20, 2013

RESEPI: ISI AYAM MASAK HALIA.

Ini adalah resepi isi ayam masak halia versi aku. Selain ayam, boleh juga gunakan daging atau sotong. Cara masak sama saja. Simple saja. Untuk orang yang macam aku- masak guna resepi sesenang yang boleh...di persilakan cuba yer...


Bahan2:

Isi ayam yang di potong kecik2
serbuk pasti sedap knor/ maggi cukup rasa
bawang merah di hiris2
bawang putih di hiris2
lada merah di hiris2
halia di hiris2
sos tiram sikit
serbuk blackpepper sikit
minyak untuk menggoreng

Cara2:
Isi ayam dibersihkan dan di potong kecik2
panas kan minyak dalam kuali
tumis bawang merah, bawang putih, halia, lada merah yang dah dihiris2 sampai naik bau
masukkan serbuk pasti sedap knor/ maggi cukup rasa
masukkan isi ayam, kacau rata,
masukkan sos tiram, kacau rata
masukkan air sikit untuk buat kuah..
gaul lagi, lepas tu masukkan serbuk black pepper.
kacau lagi, rasa.. kalao dah ok sila lah matikan api..

Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih panas.. nyam nyam..

Friday, May 17, 2013

SOTONG GORENG TEPUNG & KACANG BUNCIS GORENG.

Sambil2 sarapan, sempat lagi nak update blog, walaupun da lambat..haha sukahati aku saja.
Inii adalah lauk hari apa tah, aku pun dah lupa. Lately ni pun aku masak style hapa2 tah..Pening dibuatnya.


Sotong goreng tepung dengan sayur kacang buncis goreng.. Special sotong goreng tepung ni, ha ha encik suami yang buat. Walaupun dia patut tos kan sotong tu, jadi takde la nampak tisu tu berminyak-tapi good effort.. i love my husband very much...

So aku balik kerja je, cuma masak nasi dengan goreng kacang buncis saja. Reduce time for dinner preparation, tapi ye ke reduce? Sebab sekarang slot akasia tu yang start pukul 7 malam cerita macam best sikit.. Jadi kaki macam di paut2 nak duduk depan tv dan tonton. Maka pukul 730 baru aku start masak. Fuh...

Hari esok memang kene restock barang dalam peti ais. Nak kene budget betul2. Kalao tak, jadi la macam minggu ni...Lauk2 entah apa2 tah...kuikuikui.

Ok nak bersiap pergi kerja.. Harap2 hari ni tak la slot kad lambat lagi macam semalam, kol 904 pagi.. Choi betul la..

Wednesday, May 15, 2013

BUKU BARU.

Hari tu pergi plaza angsana, apa lagi...beli buku baru..


Aku beli buku ni juga:


Tapi kalau diberi pilihan, aku lagi suka kedai MPH kat jusco taman u, sebab dia terusun sikit compare dengan badan cemerlang angsana ni.. Buku bersepah2 Pening tiapkali aku nak belek2 or cari...Kedai buku kat airport pun ok juga, lupa nama kedai. Rasa MPH kot..

Ok ada stok buku kat rumah ni, nanti kalo encik suami busy kerja, tak de la aku boring sangat kat rumah... kuikuikui

Monday, May 13, 2013

KEK.

Setiapkali anniversary wedding, tekak gatal nak makan kek. Hahaha.. bulan lepas beli cheesecake, cett rupanya takde sambutan. Encik suami kureng sket bab cheesecake ni, kalau satu slice maybe ok. Tapi kalao sebiji cheesecake, pui.. makan sikit jer la..Selebihnya memang hala ke tong sampah.

Makanya kali ni awal2 lagi dia da kata- no cheesecake, baiklah abang. Kita beli kek biasa saja yer.


Aku beli kek buttercream jer, perisa vanila.. layan saja lah asalkan dapat makan kek.. kuikuikui.
Kek ni kat kedai tu ada penanda happy mothers day. Tapi aku minta buang sebab purpose beli pun nak makan sendiri saja.

Ni baru makan dua slice.. Bole la telan rasa dia.. Tapi aku tetap teringin nak makan choc moist cake.. Tengah berkira2 ni, nak order dari siapa.. hmmm..Agak2 order dari siapa yer...

Sunday, May 12, 2013

AYAM GORENG BEREMPAH.

Ini adalah menu lunch aku semalam. Sayur bayam tumis air dengan ayam goreng berempah.
Sayur tumis air adalah menu biasa. Tapi ayam goreng berempah adalah first time aku buat. Itu pun requested from encik suami. Gigih la bini dia ni dok google resepi yang senang..


Banyak juga jumpa resepi, tapi bila check, bahan pulak tak cukup. Last decide guna resepi yang ni:

Ayam potong kecik2 ikut sukahati.
Garam, serbuk kunyit, sedikit serbuk kari.

Bahan kisar: bawang merah, bawang putih,serai, halia.

Ok da siap bersihkan ayam, gaul semua bahan dengan ayam. Lepastu perapkan. Aku letak dalam peti ais, nak tunggu bahan perapan sebati dengan ayam.

Agak2 nak start goreng, panaskan minyak. Lepas tu goreng ayam macam biasa.. Hmm.. hasilnya seperti di atas.. Bole la di makan..Daaa...

Saturday, May 11, 2013

DINNER DI MALAY VILLAGE.

Semalam aku makan luar. hehe bagus juga cadangan encik suami, kononnya dia nak makan ikan. So decide nak makan dekat malay village. Dekat jalan kolam air tu. Jadi lepas magrib terus la bergegas ke sana.

Kitorang order salad thai manggo- sedap betul rasanya, kene belajar buat ni...


Order juga ikan siakap sweet sour- tapi malangnya nampak je sedap, bila makan memang tak sedap. Arghhh ikan dia tak fresh.. Aku rasa pilihan terbaik, kalau nak pergi makan ikan, elok makan kat senibong saja.


Air pulak, order ice lemon tea dengan honey lemon tea..


Yang honey lemon tu, kene kacau habis2 supaya honey dia bersatu dengan air..
Ok lepas tu makan dengan nasi putih, aku tak snap pulak picture nasi dia.
Kitorang tak order pun tomyam campur ke sotong goreng tepung ke.. Sebab macam tak habis nanti kalao still order juga. Elak kan pembaziran yer...

Habis makan, terus balik. Sebab perut masing2 da kenyang kan... jadi mata pun da berat... zzzz sekian cerita dinner malam tadi.

Friday, May 10, 2013

BORONG DI BODY SHOP.

Aku ada dapat satu email dari body shop, pasal promotian gift set sempena mother's day dan teacher's day. Sebenarnya selalu je aku dapat email, pasal promotion itu promotion ini dari body shop. Tapi kali ni aku tergerak nak baca, sebab strawberry perfume aku dah nak habis. Tu hantaran kawen dulu. Baru nak habis guna. Sebab time tu ada banyak perfume tengah tunggu turn, hahaha, gila tamak, semua benda nak beli walaupun belom habis lagi.. Susa la nak buang tabiat ni.

Jadi semalam bila aku cuti, memang dah aim untuk singgah body shop, beli set strawberry yang diidamkan sangat tuh.Tanpa buang masa lagi, aku terus beli yang ni...


Sebiji macam dalam email tu, hehehe..Yang paling sedih sales girl tu bagitahu perfume dah discontinue. Tak tahu bila ada balik, sebab kegeraman yang amat sangat, terus aku grab sampai dua botol benda ni pulak...


Body mist.. ada la dapat diskaun... kira ok la kan..Body mist apply sekali lepas guna body butter, memang bau dia akan long lasting sampai petang.. segar jer... Bau pun manis...

Ok cerita tak habis lagi, tangan gatal pergi belek2 benda lain, sekali aku pun nak grab juga starter kit facial foam , toner, day and night vita e cream ni... fuh...


Konon nak try la.. walaupun aku still rasa loreal hydrafresh yang aku pakai skang memang bagus sangat-gatal juga nak try yang ni.. isk3...layan saja lah..

Ok itu saja yang sempat diborong.. Kumpul duit lagi untuk borong lain kali.. Daaaa..

p/s: semangat hari ni- bau strawberry... hahaha

Thursday, May 9, 2013

SERVIS KERETA & PIZZA HUT.

Hari ni pergi servis kereta. Lama da plan tapi pergi tak juga. Last2 decide nak pergi hari ni. Tiba2 jer idea datang. Sambil2 tu berangan kejap, konon nak shopping. Ha ha.. Ok hari ni aku amik annual leave. Unplanned annual leave.

Layan saja lah.. Terus whatapps adik aku, cakap nak ajak dia pergi jalan2. Ok. Kita pergi jusco tebrau city. Kereta tinggal dekat proton servis. Terkejut juga sebab service advisor tu cakap boleh siap dalam masa satu jam setengah. Tapi nak buat macam mana, sebab da berjanji dengan adik aku. Tinggal jer la kereta. Sebelum tu dah kira2 total cost. Lebihkurang RM245. Lepas tu dorang cakap, akan check overall, then kalau jumpa apa2 nanti dorang akan inform aku..

Macam yang dijangka, tak lama kemudian, 2-3 kali juga la dapat call. Bagitau rosak itu, rosak ini. Semua benda pun kene tukar. So final total cost dalam RM403, tapi aku bayar RM400 saja. Diskaun la tuh.Begini la nasib orang pakai kereta, bila tiba time servis, ada je yang nak kene tukar la apa la.. Ni pun, door handle pintu belakang driver patah. Sudahnya aku hold dulu nak tukar, sebab stok yang ada adalah warna hitam sahaja. Kalau nak sama color dengan body kereta, sila lah kau pergi kedai spray sendiri! Boleh gitu?

Lunch hari ni makan fastfood. Yang boleh diterima tekak-pizza hut. Amik yang personal sahaja, meat lover...share makan dua orang.


Aku order meatball spagetti..


Adik aku order meatball peperoni spagetti..


Air pulak kitorang order ice lemon tea, dengan wild berry twist..


Masa kitorang masuk pizza hut tu, orang belom ramai lagi. Tengah2 makan, tengok2 hampir semua meja penuh.. Time lunch kan.. memang semua orang berpusu2.

Habis makan da pukul 1 lebih, terus decide ajak adik aku pergi amik kereta terus kat proton edar. On the way tu sempat lagi singgah area rumah baru aku tu.. Alahai.. macam tak ada progress pun, jalan still tak turap lagi..Adoi baru berangan2 nak raya kat rumah baru. Nampak gaya tahun depan la kita beraya kat sana..

Ok. hari ni da lunch fastfood. Esok pulak dengarnya bos nak belanja makan dekat lavender airport. Tetiba terfikir nak try menu apa. Pernah makan nasi ayam dekat situ. Tapi tadi kat rumah mak, baru je makan nasi ayam, siap tapau untuk encik suami lagi, tak kan la esok pun nak makan nasi ayam? gulp... Cari idea dulu la.. Daaaa...

Wednesday, May 8, 2013

NILAI DUIT.

Hari ni aku singgah kedai beli makanan. Ni cerita pagi tadi. Sebelom pergi kerja. Dah la pergi kerja lambat. Masih sempat nak menyinggah kedai lagi. Ha ha. Macam aku tuan punya kilang. huihui

Masuk je kedai terus amik roti. Lepas tu berhajat nak beli gula2 hacks. Punya la lama aku tak beli gula2- sekarang harga dia da dah jadi dua puluh sen untuk tiga biji! Dulu kan dua puluh sen boleh dapat empai biji. Makk aiii tersedar sekejap. Zaman dah berlalu begitu pantasnya.

Nilai duit da semakin... arghhh tak tahu nak cakap macam mana. Kalau aku pun boleh terasa, bayangkan la zaman atuk nenek kita dulu-kuih boleh dibeli dengan harga lima sen sebiji, gulp. Sekarang tiga biji harga satu ringgit. Hoih. Kalo dapat makcik yang baik hati sikit- dapat la empat biji harga satu ringgit. Eh eh eh pening la pulak aku menulis setiap satu perkataan. Malas nak taip nombor, boleh macam tuh?

Sudah la sekarang susah nk cari duit. uhuk2. Yer. Kerja susah nak dapat zaman sekarang. Nak kene compete dengan others yang kita pun tak tahu- maybe lagi bagus dari kita atau kurang bagus dari kita. Eh ni topik apa ni tetiba je kan.

Ok sekarang tengah tunggu masa nak balik jer, padahal kerja ada la nak kene buat nih. Nampak gaya macam nak hujan. Nasib teringat bawak payung masuk ofis. Hmm. Penat merepek kat sini, sambung kerja la. Daaa..

p/s: sambil2 fikir hari ni nak masak p agaknya.

Wednesday, May 1, 2013

1 MEI.

Hari pekerja, encik suami terpaksa kerja. Jadi aku adalah boring duduk kat rumah sorang2. Decide nak pergi jalan2. Ok destinasi jusco taman universiti. Lama dah tak jejak kaki ke situ, tanda-lama juga tak balik skudai. Tempat pertama aku masuk jusco pergi cari MPH.. Dann terjumpa ini:


Wowowow buku yang aku nanti2 BHAK-Nazurah Aishah. Terus rasa gembira. Memang tak sia2 aku datang jusco.Aku beli juga buku ini:


Baca sinopsis macam best. Layan saja lah.. Gian nak beli dan baca novel da menjadi2 ni... kuikuikui Cukup dua saja buku beli.. walau hajat di hati nak beli lagi. Tapi jangan tamak ok...

Lepas dapat buku, as usual, aku terus da tak ingat benda lain dah. Singgah dulu rumah mak, layan budak2 ni makan KFC, walaupun adik2 aku da besar, aku still anggap dorang budak2 cis... Sebenarnya aku bukan bole sangat makan ayam KFC. Tapi aku nak juga makan.. Stress.. hak hak hak..

Sebelum balik, sempat lagi tapau lauk dari rumah mak:


Ayam masak kicap dengan sayur kailan goreng..Tengok mak aku kalau tapaukan lauk, makan berdua macam makan berlima.. layan saja la.. Orang nak bagi, kita terima jer.


Ada juga ikan masin, tapi aku malas lak nak snap picture. So malam ni, aku masak nasi saja yer.. dasar pemalas.. kuikuikui...

Aku amik juga buku nindari rak buku aku kat rumah mak:


Antara buku kesayangan aku... Teringat zaman study dulu..ohoi...
Ok da banyak sangat picture dalam entry ni..

1 Mei, hari pekerja, selamat hari pekerja untuk aku.. teringat 1 Mei tahun lepas, aku tengah berdebar2 nak siapkan diri untuk report kat tempat kerja baru..uhuk.. Esok setahun da aku kat kilang baru.. huhu harap2 aku ada kekuatan nak move on.. Aku nak bertahan atleast sampai 4 tahun macam aku kat kilang lama dulu sebelum aku decide nak stay or nak jump company. Orait.. Nak layan TV pulak sekarang.. Daaa...