Thursday, May 23, 2013

WISHLIST HARI RAYA.

Tahun ni, first time beraya sebagai isteri.. Gulp entah macam mana la agaknya ya...Takpe. Tunggu bila tiba hari raya, baru boleh cerita. Ok sebenarnya aku da plan awal.. The next step, selepas kahwin ni.. Masa itu harapnya semua akan berjalan lancar.. Contoh, selepas kahwin, aku nak tuka kerja lain.. Alhamdulillah, ada rezeki aku, sebelom kahwin lagi da dapat offer kerja kilang lain.. Selamat satu cerita..

Kemudian, bila dah kahwin, cerita pasal rumah pula. Ini pun aku bersyukur dipermudahkan urusan, dapat beli rumah sebelom kitorang kahwin. Dan harap2nya aku dapat masuk rumah sebelum hari raya. Tapi tak semua yang kita plan akan jadi.. Ok penguat hati- boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya adalah terbaik untuk kamu-

Confirm aku tak akan dapat kunci rumah baru sebelom raya. Walaupun rumah dah siap, cuma tinggal nak turap jalan saja.. Developer dah confirm dengan aku, maybe fasa aku akan dapat kunci around bulan 8. Sekarang baru bulan 5, fuh.... Makanya aku akan beraya kat rumah sewa. Stress ok.. Duduk rumah sewa stress, apatah lagi nak beraya kat sini.. double stress..
Hoi nani, asik stress je ko yer, darah tinggi kang...Bertenang...

Berfikir dari sudut positif, heheh sebenarnya excited juga aku nak beraya ni, dengan encik suami.. Dah terfikir2 nak beli baju raya, kuih raya, persiapan raya.. kuikuikui.. Tema warna raya tahun ni, tak sure lagi.. Maybe warna like coklat2 muda kot.. Hari tu ada juga try survey kain dekat jakel bandar baru uda.. Makkk aiii, ramai bebenor orang, poning kopalo dibueknyo..

Tapi sempat juga tengok2, ada warna yang berkenan, hmm kene cepat2 beli ni.. Nanti kalao lewat, tukang jahit dah tak terima tempahan da... Bab kuih raya, kalau tahun lepas aku memborong kuih dengan adik2 aku, tahun ni, rasanya aku tak lalu kot nak beli biskut2 bagai.. Mungkin hanya beli kerepek...atau kek.. Encik suami awal2 bagitahu, dia kurang minat biskut2 semua, jadi kalao aku beli, memang takde sambutan elok la tak payah.. kuikuikui

Langsir raya pulak, ahahaha.. Recycle je langsir yang sekarang ni, aku pun memang ada satu je langsir ni, tu pun langsir sedekah dari mak aku masa aku pindah dulu...kuikuikui..pakai saja la.. Nanti basuh2 pastu gantung balik.. Opps idea siapakah ini..hahahah

Biasa kan hari raya, ada masak2..hai bab ni aku blur, aku nak masak apa ni.. hahaha bukan mantap pun skill memasak. Untuk makan sendiri, bole la.. Start dari sekarang, kene gigih check resepi ni..

Ok. Panjang pulak dah menulis ni.. Time2 takde benda nak buat, ngadap internet & blogging la jawabnya.. sekali membebel... stop dulu, puasa pun belom da berangan nak raya.. chow....

No comments:

Post a Comment