Wednesday, June 26, 2013

NASI GORENG TERBAKAR.

Semalam encik suami ajak makan kat luar. Daku follow sahaja. Bagus. Kurang sikit kerja aku- memasak untuk dua orang je makan tapi dapur je sepah lebih. So makan la kitorang dekat restoren remaja classis BBU tuh, tak pernah try pun-selalu makan dekat remaja area masjid. Tapi kali ni makan dekat area desa rahmat pulak. Phuiii nampak luaran je cantik. Tapi servis slow sangat- pada aku. Ada ke patut kerang bakar yang kitorang order tak sampai2 pun sampaikan kitorang da habis makan nasi. Sebut pasal nasi, lagi la buat hati aku terbakar- ada ke patut nasi goreng dia bubuh bawang besar potong ketui2! Daku ni tak la makan sayur, segala mak nenek bawang ke memang le tak makan-tapi time masak sendiri ada la guna bawang.. Bayang la macam mana nak makan. Dari lapar terus jadi kurang lapar. Walau akhirnya agak habis juga nasi aku makan, pilih2 la.. buang bawang.

Di kala itu terbayang la, lauk masakan sendiri lagi sedap dan menyelerakan. Masak bukan susah pun, tak reti masak macam aku- blaja dari buku atau internet. Yang menyusahkan tu nak membasuh segala periuk mangkuk la sudip la. Itu yang malas. Hahaha

Layan picture lauk aku yang masak bila tah.. Belom upload dalam blog lagi pun.

p/s: Tak sure la kenapa picture upload pakai blogger thru hp ni asik la ke tengah. Walhal kalau upload pakai draftcraft dok tepi pulak.. Hmmm



Monday, June 24, 2013

KURANG KUALITI?

Barang murah low quality??? Aku ada satu perangai- aku kurang suka guna kemudahan yang disediakan. Macam contoh: dekat opis ada disediakan kemudahan stationary macam pen, pemadam dan sebagainya. Tapi aku lebih suka beli sendiri pen aku. Ok cukup bagi satu contoh, kang cakap banyak kang ada yang kata aku angkuh plak. hmm..

Baru2 ni aku kehabisan sticky notes. Ok iye sticky notes pun sama- aku beli sendiri pastu bawak pegi opis. Kali ni aku beli dekat ***** tet tet... harga pun ok, bole la. sekali mana tau rupanya adhesive dia tak kuat, cett .. senang je nak floating.. Alamak.. quality out la macam ni.. Tapi nak buat macam mana, guna saja lah.

Betulke barang murah selalu low quality?

AYAM GORENG BERMADU.

Ni nak share resepi ayam goreng bermadu..erks bermadu yer.. ha ha ha

Minggu ni aku tak beli pun sotong dengan udang kat pasar...Adoi ai... jemu gak- asik2 sotong masak kunyit, masak black pepper, kalo rajin sikit sotong sambal. Sekali je aku makan sotong goreng tepung, tu pun encik suami yang buat, hehehe, dasar bini dot dot dot..kuikuikui

Udang pulak biasa aku campak la 5 ketui dalam sayur goreng ker, sayur air ker..Pusing2 begitu lah, belom pernah aku masak sambal or goreng nestum.. Opsss goreng nestum yerk...isk2..

Maka memang minggu ni kita makan daging dengan ayam saja lah.. Amik ko.. aku dah siap2 packing daging, bole makan untuk 3 hari, ayam bole makan untuk 4 hari. Total seminggu, ok cukup..

Balik pada resepi ayam goreng bermadu ni, aku belajar dari you tube.. Sungguh bagus teknologi zaman sekarang ni. Tapi aku tak la follow 100%. Ada bahan yang aku tak de, so tak payah letak. Tak nak susah kan kepala.


Cara masak: ayam yang dah dibersihkan, gaulkan dengan serbuk kunyit, garam, sos tiram dan juga serbuk lada hitam. Perapkan dalam masa 10 minit. Lagi lama lagi bagusnyer..Kemudian, panaskan minyak- goreng macam biasa. Dah masak, ketepikan.

Kuah pulak: kisarkan cili kering dengan bawang putih..panaskan minyak, kemudian tumis sampai naik bau. Bila da pecah minyak, masukkan sos tiram sikit, madu 2 sudu, gula sesudu..Kacau rata.. Aku tambah air sikit nak kasi kuah cair.. Pastu adjust la rasa dia..

Ok da ready semua, masukkan balik ayam yang dah digoreng tadi.. siap pun.. Baru aku tau- mudah je rupanya.. kuikuikui Lain kali boleh buat lagi...

Sunday, June 23, 2013

PERIA GORENG DAGING CINCANG.

Selalu aku hanya masak peria goreng telur. Lepas tu kalo rajin sikit aku bubuh la suhun sekali..Banyak kali juga rasanya aku masak style macam ni. Ok jadi kali ni aku nak buat kelainan sikit. Terjumpa resepi ni dalam majalah saji yang edisi ramadan tu..

Peria goreng daging cincang.. Nampak gambar macam sedap-walapun aku tak la makan peria pun, encik suami yang makan. So apa kata kita try....


Bahan2:
Peria yang dipotong dan rendam dalam air garam untuk seketika, ini nak hilangkan or kurangkan rasa pahit.
Daging kisar- aku guna jenama ramli
Lobak merah- ni aku tambah sendiri, saja buat nak nampak warna warni..kuikuikui
Bahan tumis: bawang merah, bawang putih, aku tambah sikit serbuk knorr pasti sedap.

Cara2:
Panaskan minyak, tumis bawang sampai wangi, letak sikit serbuk pasti sedap tuh.. Agak2 da wangi, masukkan daging kisar...Goreng sampai daging tu masak, kemudian masukkan peria dan lobak merah. Kacau lagi sampai peria tu layu..
Da siap semua bole la di angkat...

Sesuai di makan dengan nasi panas.. wow..

Saturday, June 22, 2013

BELACAN DAN PAPADOM.

Rutin biasa aku setiap sabtu- pergi pasar untuk restock barang2 dapur. Ok hari ni ada satu benda yang mengejutkan aku! Aku boleh terjumpa satu perempuan yang tak reti bezakan belacan dengan papadom! Adoi la.. Aku sempat tengok muka dia tadi.. kuikuikui..Aku terdengar dia jawab pada laki dia(time ni laki dia tanya- barang apa yang tak de lagi kat rumah?) Bole dia jawab, nanti kene tanya bibik.. Habis ko pegi pasar buat apa? Takde tujuan tak tahu nak beli apa? Grrrr.... Kepada insan2 yang bernama perempuan, belajar2 la sikit hal2 dapur yer, zaman sekarang ni ada banyak sumber..dengan satu klik saja- bole tanya pakcik google. Takpun, ko belajar la dari emak ko.. Jangan la sampai tak boleh bezakan belacan dengan papadom.. Fuh.. pengalaman baru bagi aku- jumpa dengan orang macam ni..

Aku, walaupun tak la berapa expert, tapi sekurang2 nya aku tau mana satu belacan, mana satu papadom. Hehehe..
Ok layan picture lauk hari ni...


Sayur air tauge dengan tahu- ada aku tambah telur puyuh sikit..saja nak bagi banyak2 bahan..
Pinggan sebelah tu ialah ikan goreng kicap berempah.. Aku dapat resepi ni dari blog mana tah.. Lupa lak..

Patut nampak la ikan dia tu kan, tapi aku buat ni terbanyak pulak kuahnya atau boleh aku cakap- ianya seakan2 sambal? Errr mungkin kot...Ni resepi first time aku cuba ni..

Bahan2: ikan kembung yang dilumur kunyit dan garam, pastu digoreng.. Fuh.. meletop2 wooo, tu pasal aku jarang nak goreng2 ikan ni, kalo aku beli ikan tu, biasa aku masak sup atau kari jer.. Malas nak layan letup2 dia tuh..err sebenarnya takut kene percik minyak.. Haha...Lepastu amik satu sudu kecil, jintan manis, ketumbar dengan lada hitam, goreng tanpa minyak, lepas tu kisar halus. Haa yang ni aku rasa pun ada letup2 juga, sebab aku goreng kejap jer lepastu terus matikan api.. hmm.. again...(lap peluh)

Ok, bahan tumis yang dikisar juga- bawang merah, bawang putih, halia, cili kering..dah siap semua, mari kita mulakan masak.

Lepas panaskan minyak, tumis bahan tumis dan masukkan juga bahan kisar- rempah jintan tadi tu.. bila da sebati, masukkan gula, kacau lagi sampai rasa tu da ok, baru masukkan kicap manis, gaul sebati.. Da puas hati dengan rasanya, baru masukkan ikan yang da digoreng tuh..Begitu la caranya..

Rasanya? hmm ada pedas2 manis, nak tau lebih sila buat sendiri yer.. Daaa...Lepas ni aku nak try guna ayam pulak..

Monday, June 17, 2013

BEBELAN PAGI HARI.

Apabila kita berasa tertekan atau runsing, banyak banyak la membaca "Hasbunallah wa ni'mal wakiil" dengan keyakinan Allah pasti menolong, memenuhi keperluan dan merungkaikan kesempitan di dada kita. Insya Allah.

Bagi menguatkan hati pula, perbanyakkan membaca doa "Laa haula wala quwwata illa billah"..

Ok sekian motivasi pagi..
Ada satu hari aku tak tahu kenapa aku masak lauk sampai 3 jenis. Padahal makan berdua saja...


Lepas tu style kering semua, padahal encik suami suka kan lauk berkuah2 sikit.. Hmm layankan saja lah...Aku rasa mungkin aku nak habiskan barang dalam peti ais kot, tu yang habis masak semua.. Sebab senang nanti hujung minggu nak topup baru.. kuikuikui..

Ok pagi isnin, start minggu baru, bersemangat woo.. (sambil menunggu bila lagi nak hujung minggu, ha ha ha) Daaa...

Sunday, June 16, 2013

TIADA INSAN YANG SEMPURNA.

Aku pernah nasihatkan seseorang- kalau kita sakit hati dengan seseorang, jangan la kita hanya pandang keburukan dia sahaja, pandang la juga pada kebaikan yang dia telah buat, sedang buat dan akan buat untuk kita... Think positive.. Mesti. Iye, memang kita sakit hati tapi, untuk keuntungan jangka panjang, untuk kebaikan kedua dua pihak, jangan la nak panjangkan lagi masalah.. Belajar untuk terima kekurangan dan kelebihan pasangan. Tengok aku tulis kekurangan dulu, baru kelebihan.. Sebab apa? sebab menurut logik akal, tiada manusia yang sempurna di dunia ni, setiap orang pun pernah melakukan kesilapan, dan juga berharap untuk diberi peluang kedua nak tebus kesilapan.. So.. bagi saja lah.. they deserve it..

Tapi macam biasa la, aku pun tak sempurna, tak berapa pandai nak bagi nasihat, nasihat aku ni tak dapat diterima seseorang itu..niat aku baik, tapi seseorang tu still nak pertahankan prinsip dia, still nak ikut kata hati dia(ikut rasa, binasa, ikut hati, mati) maka teruskanlah.. Aku pun da tak boleh nak cakap apa lagi.. Diam saja lah aku disitu.

Ok tayang picture lauk hari ni...isi ayam masak sweet sour, dengan sayur air.. Itu ada balance begedil satu dengan sup daging semalam sikit..


Sekali makan saja(lunch), licin habis.. haha aku memang masak cukup2 untuk sekali makan saja, so malam ni memang kene makan yang ringan2 saja, tapau luar sudah..kuikuikui..

Ok bersiap nak keluar. Duduk rumah, asyik la tido saja, hai la..Meh kita berjalan2 keluarkan peluh.

Saturday, June 15, 2013

RESEPI BEGEDIL DAGING.

Hari tu aku beli begedil daging dekat pasar...Yang frozen tu, skang kan banyak orang buat macam ni, eheheh.. Uiiii kecik2 sizenya. Lepas tu kurang rasa dagingnya. Hmm lepas ni memang tak akan beli lagi la..Buat sendiri lagi puas hati.

Ok maka dah berapa hari dok pendam hasrat nak buat, aku pun start beli daging kisar ramli, dan kentang.. Begedil versi aku ni mudah je nak buat, haha aku kan memang semua nak mudah saja, senang.

Bahan2 yang diperlukan: 5biji kentang, serbuk lada sulah, daging kisar, tepung jagung satu sudu makan.
Cara2: Kentang dibasuh, potong kecik2 dan digoreng...Biarkan sejuk seketika. Daging kisar digoreng separuh masak(idea encik suami). Lepas kentang sejuk, lenyek2 atau hancurkan kentang, masukkan serbuk lada sulah, daging kisar dan tepung jagung. Gaul rata.. Bentuk2 kan bulat2 macam dalam gambar ni...


Ok cara nak goreng, salutkan begedil dengan telur yang dipukul, kemudian boleh la goreng dengn minyak banyak..Hasilnya seperti dibawah..


Ok sekian itu saja, menu aku - sup daging, begedil, sambal kicap.. Hmm nyam2..

Wednesday, June 12, 2013

HARI NI: NOTA 1

Pagi je masuk opis kerja aku yang mula2 lepas on komputer adalah baca metro online dekat hp. Kuikuikui Rutin ni dari kat tempat kerja lama lagi aku da apply. Rasa start aku pakai smartphone kot. Apa sebab aku tergerak nak pakai smartphone? Macam pernah tulis dulu tapi tak pe, bole je tulis lagi-imbau kenangan lama. Sebab company lama aku sudah block semua internet access yang non-related business.

Betapa kesakitan hati aku dibuatnya-hukhukhuk maka setuju lah aku untuk beralih kepada smartphone. Ok end of story. Walaupun nampak macam aku ada je masa untuk selalu online time bekerja, bukan bermakna aku ni main2 ya..Sebab aku online hanya pada waktu menunggu. Tunggu nak loading drawing, nak loading system, tambah pulak system selalu slow! Tu la buat aku ada masa nk godek2 sikit blog ker, internet ker..Kene manfaatkan masa yang ada yo.

Tapi aku waktu2 bekerja sambil2 juga berfikir- hari ni nak masak apa, nak basuh baju ke tak malam ni, nak tengok cerita apa malam ni. Uiks sebut pasal cerita, sekarang ni aku perasan aku da mula layan balik drama korea. Aiseh. Seingat aku last time aku layan drama ni dengan bersungguh, masa aku blaja dekat universiti dulu. Lepas tu bila masuk kerja,
busy da memang langsung tak sempat nak follow.

Sejak dua menjak ni, aku macam suka plak layan oneHD kat astro tuh. ahahah Bole tahan juga drama2 nya. Asal ada waktu terluang je layan oneHD. Drama korea of coz.. Apa dah jadi ni.. Tapi kadang yang yak best tu bila ada konflik mana satu cerita nak tengok. Dua cerita tayang pada waktu sama. Nasib la astro ni ada siaran ulang2. Pelik juga aku bila ulang siaran pun kadang aku rasa aku belom tonton episod ni. Kadang macam dah pulak. Lupa sikit. hehee

Cuaca hari ni elok saja. Tak panas tak la hujan. Sedang2.. Sambung buat kerja- tetiba rindu opis lama, opss.. Daaa

p/s: tajuk entah apa2- takde idea

Monday, June 10, 2013

KAU ADA BLOG?

Bila ada orang personal tanya aku- ko ada blogspot?/ ko ada blog? Serius aku rasa gugup gagap juga nak menjawab. Tak tahu sebab apa. Teringat dulu apa sebab2 aku terjun dalam dunia blog ni. Motif utama hanyalah suka2. Saja nak habiskan masa dengan menulis. Da alang2 selalu baca blog orang, bagus juga kalau dapat tulis blog sendiri.

Dulu ingat aku tak nak dedahkan apa2 profile picture or gambar yang boleh menunjukkan ooo itu aku. Tapi sedikit sebanyak aku berani juga upload gambar tentang aku-wedding, honeymoon, jalan2...Dan juga bagitahu kawan terdekat pasal blog aku. Dari mana keberanian datang, tak sure tapi sekadar suka2 aku nak share.

Lepas tu bila aku tengok follower yang makin bertambah, aku jadi seronok dan semangat nak blog berkobar2. Blog aku ni pun sekadar cerita tentang aku. Tapi cerita pun tak de lah berlebihan sangat. Kene jaga batasan. Tak kan la semua cerita nak tulis kot. Hanya yang bersesuaian la. Some stories better left untold. hukhukhuk.

Tapi aku sebenarnya tetap ada sikit(banyak juga la kot) rasa malu dan segan bila dapat tau kawan2 baca blog aku. hahaha Encik suami baca lagi la segan, tapi buat tak tahu saja sudah lah. Asalkan hati gembira. Bole macam tu? Pentingkan diri sendiri.

Jadi in future kalau ada orang tanya aku lagi, aku mau jawab apa ya? Err apa yang buatkan orang terfikir nak tanya aku soalan tuh? adakah dia pun blogger juga? atau nampak sangat kah aku ni asyik la blogwalking guna hp? Sekarang pun update guna hp sahaja, malam baru uodate pakai ipad.. Time kerja sempat lagi curi masa, ahaks...pening kepala.

Sunday, June 9, 2013

CAKAP MELAYU GUNA AYAT DAN PERKATAAN YANG BETUL, BOLEH TAK?

Hari sabtu, balik dari pasar, aku singgah kedai dekat2 dengan rumah, plan nak masak sup ikan, jadinya aku kene beli sup bunjut adabi. Biasa sup bunjut ni aku memang beli lebih, supaya lain kali kalo nak masak, aku tinggal guna saja, haha masak sup la yang paling senang woi... masuk kan semua bahan, pastu renehkan dengan api kecik..kuikuikui tapi kan aku adalah pemalas nak buat sambal kicap. Jadi kuah sup tu aku tabur lada sulah siap2. Supaya ada rasa pedas2 sikit hujung lidah..

Kedai yang aku singgah ni, nampak nama kedai melayu. Tapi yang jaga pastinya bukan melayu. Style india muslim kot. Atau mamak. Sebab cakap melayu kurang fasih. Habis kira semua barang aku. Mamak tu cakap total harga- sebelas setengah empat puluh sen. Aku tanya lagi sekali, jawapan yang sama dia ulang. Lagi sekali aku tanya- sambil ulang balik ayat dia, baru die betulkn balik: sebelas ringgit empat puluh sen, phui... Nak ada setengah kebenda.. Tiba2 ter bengang pulak aku nih.. Ko cakap jangn putar belit boleh tak?

Kadang tak paham la.. Aku bukan nak cakap apa, duduk kat negara malaysia, tapi kurang fasih berbahasa malaysia, adalah tak logik ok. Bahasa malaysia bahasa kebangsaan negara, itu pun ko tak pandai, layak ke ko nak duduk malaysia? Ceh semangat kenegaraan la pulak. Bukan kedai ni je, semua kedai2 yang orang style mamak jaga, memang bahasa semua tunggang langgang. Kadang dorang sebenarnya ni, import dari india, labour cost murah ma.. Tu pasal hampir kesemua kedai ala2 mamak ni, kaum dia saja yang jaga..Bersepah..Tu pasal juga aku memang tak lalu nak makan kat kedai mamak nih. gulp..Cerita apakah ini?? Haha

Ok layan picture lauk aku :sup ikan dengan fishball dan popia goreng..


Lauk yang ikut plan hanyalah sup ikan. Ingatkan petang sikit, nak la goreng sayur untuk encik suami, sekali aku dah siap2 kemas dapur kilat2 bersih2, jadi malas pulak nak menumis bagai.. So jalan mudah, goreng popia, buat ada2 saja.. kuikuikui.. Fishball tu pulak, aku nak habiskan stok, kang simpan lama2 sampai da expired tak guna juga. Macam semalam time aku 5S peti ais, banyak juga buang serbuk2- serbuk ketumbar, jintan manis, serbuk kayu manis, hahah tu aku beli time mula2 masuk rumah baru-time ni kurang pandai, semua benda nak beli. Last2 tak guna pun..Masuk ke tong sampah.. So jangan jadi macam aku eh, ko beli barang yang ko nak guna saja, agak2 ko tak reti guna-sila lah jangan beli..

Ok nak stop dulu la.. Kene publish cepat entry ni, pagi2 line internet laju sikit, kalo peram entry sampai tengah hari, alamatnya memang berbulu la aku dengan line internet nih.. Slow melow..
Daaa...

p/s: entrynni still tak boleh publish pagi2.. arggghhhh....

Saturday, June 8, 2013

BERNIAGA JANGAN LOKEK,TERUTAMA PENIAGA MAKANAN.

Aku kan pernah tulis pasal makanan kantin kilang aku. Tak kene langsung dengan selera aku, mula2 aku masuk kerja, bole le telan rasa lauknya kat tekak aku ni, tapi lama kelamaan aku jadi malas nak turun ke kantin. Tu baru bab rasa, belom lagi bab lauknya yang tak pelbagai.. Ish2 banyak komplen btol kan aku ni...Ingat aku ni special sangat ke, ha ha ha

Ok baru2 ni kantin aku dengarnya da tukar tender, bagus juga tu. Jadi sekali sekala aku try makan.. Rasa?? bole la tahan, ada perubahan, lauk yang di jual pun pelbagai..Cuma ada satu je yang bermasalah. Bab harga.

Aku rasa pengusaha kantin yang dulu tu, harganya bole berlebih kurang. Sebab aku pun jarang makan, jadi kadang aku kurang amik perhatian bab harga ni, tapi dengan pengusaha kantin yang baru ni, aku rasa harga dia tak reasonable. Agak mahal. Sebenarnya. kalau nak beli makanan, pada aku, jangan la berkira sangat bab mahal ke murah.

Tapi peniaga pun, kene la berpada2 letak harga makanan. Memang kita pun faham la, maybe harga barang basah mahal. Peniaga kalau berorientasikan keuntungan semata2, memang akan berkira. Untung rugi dalam perniagaan ni kan rezeki, kalau kita tak berkira sangat, makin murah rezeki kita, pelanggan pun suka..hukhukhuk

Ok ni cerita lain pulak, selingan yer..minggu ni aku rasa aku masak makan malam tiap2 hari.. Sebab setiapkali aku plan nak makan luar, cuaca buruk pulak, hujan turun lebat, jadi membantutkan hasrat nak keluar saja, Tambah pulak encik suami balik lewat, busy katanya...Jadi decide masak saja lah bahan yang ada..
Nah layan picure lauk khamis malam yang lepas...


Walaupun asik repeat lauk yang sama saja, tapi ketahuilah, ini je lauk yang sempat aku nak masak malam2, balik kerja da lewat+penat banyak kerja kat opis+stress jalan jem+ngantuk...zzzzzz

Friday, June 7, 2013

UPDATE.

Sekarang adalah waktu kurang busy sebab macam biasa la kerja aku semua pending section lain. Begitu la yer kalao kerja. Saling bergantung satu sama lain. So kalo kerja delay, jangan hanya salahkan satu pihak saja ok.

Semalam balik kerja, cuaca nampak mendung jer kat area senai ni. Aku pun balik bole la bergembira, konon nak ajak encik suami makan luar. Sekali stuck delat area kipmart sana, hujan punya la lebat lepas tu jalan kiri kanan naik air. Grrr semua bawak kereta slow-safety first ok. Tu belom lagi had penglihatan terbatas memang la susah nak agak. Jadi memang terpaksa berhati2.. Pengakhirannya masak je la tomyam pakai pes adabi.. Makan je la lauk yang ada.

Hari ni entah kenapa aku asyik kira waktu bila nak balik jer.. Tak sabar nak cuti kot esok.. Tambah pulak hari jumaat biasa la..hahaha

Monday, June 3, 2013

CUTI-CUTI.

Hari ni kilang aku bercuti.. Cuti ganti katanya sempena birthday agong. Ok so cuti2 duduk la rumah..Tapi, takde makna sangat la duduk rumah aku ni,elok lagi kita keluar berjalan mencuci mata kan...

Hari sabtu lepas aku g membeli belah sorang2 sebab encik suami kan kerja. Sebut je membeli belah, bukan la beli untuk aku- lebih kepada barang rumah. Tup2 tengah hari encik suami balik, eh bukan kata balik petang terus ker, aku pulak baru je lepas makan nasi bungkus, plan nak masak petang sekali. Dah jadi macam tu, encik suami beli rojak asma saja, (banyak pulak tu) makan kenyang sampai malam.

Hari ahad pulak, plan nak balik kampung tak jadi, sebab ada kawan encik suami kahwin dekat kota. So kitorang pergi wedding tu.. Sampai2 sana je around 1230 da bunyi kompang nak sanding.. Cepat btol aturcara majlis.. hehehe Salam kaut, dapat la berkat nasi dengan lauk... Tak masak lai.. makan lauk kenduri la malam semalam.. kuikuikui.. Tapi goreng begedil sikit untuk encik suami.. Nak makan begedil katanya.. layankan saja lah...

Hari ni aku nak masak sup ayam la. Dari hari sabtu nak masak sup ayam, sampai kesudah tak masak2. ish2 Aku taip entry ni sambil layan astro kat tv.. Adoi la.. asik2 hang jer.. tak paham la astro ni.. Encik suami cakap dekoder astro ni ada problem, Tak paham la aku apa prolem dia nih.. huuiiiii...

Ok banyak lagi nak taip, tapi sambung nanti la.. Daaa...