Wednesday, July 24, 2013

BURUNG.

Kat rumah mak aku dulu2 ada pokok besar. Memang sejak pindah situ, kitorang tak potong pun pokok tu. Bole la jadi tempat burung bertenggek. Lama2 jadi jinak pulak burung2 tu semua sebab ayah aku rajin bagi makan..

Bila ada jiran baru nak masuk, decide potong terus pokok besar tu. Kalau tak silap sebab tuan rumah sebelah tu nak renovate rumah jadikan rumah sewa. Bila takde pokok, terasa panas depan rumah. Burung2 pun tak tahu nak tenggek mana.

Tapi cuba tengok picture yang adik aku baru whatapps tadi... Selamba je burung tu parking kat hangar bulat mak aku.. kuikuikui muka mintak makanan la tu..



Sunday, July 21, 2013

BAZAR RAMADAN.

Tayang menu lauk berbuka puasa hari ni. Nasi goreng, ayam panggang dengan roti telur. Minggu ni dalam sejarah, aku tak pergi pasar!! Apakan daya, terasa malas nak bersiap2 pagi2 (malas lagi- haish buruk perangai btol la) Sudahnya masa aku ke giant tampoi tadi, sempat juga jeling2 kot2 ada ke udang atau sotong yang berkenan..

Tapi setakat pandang saja la. Mungkin sebab aku dah biasa membeli dekat pasar. Kat giant tu, nampak banyak jual kuih raya, tapi mood nak membeli tak de. Ha ha mungkin belum nak dekat2 raya kot. Takpun tunggu gaji. kuikuikui

Hmm hari ni aku tak membeli makanan kat bazar. Nak tulis sikit pasal gelagat orang2 kat bazar ni. Bab peniaga- jual makanan, rasa tak seindah rupa. Aku pernah beli sekali kek choc moist. Ceh time nak berbuka time tu la teringin nak makan choc moist. Kek yang aku beli tu, rupanya nampak menarik dengan toping coklat ganache yang berkilat2.. Bila makan... hmm kering je rasa kek tu. Mana choc moist nyer???

Bab pengunjung pulak, hai la.. tengah jalan2 kalo tiba2 terjumpa geng, bole le pulak berhenti nak borak2 kononnya... adoi adoi... Tu belom lagi tengah2 jalan tiba2 ada kereta nak lalu tengah. Bayangkan la dengan sesak2 orang ramai, ada pulak kereta sebijik nak lalu tengah2 bazar.. Hoi la. kau turun jalan kaki bole x? Grrrrr...

Opps.. ter membebel pulak. Ok stop dulu la. Mataku sudah mengantuk ni. Esok nak bangun pagi- siapkan sahur encik suami. Pastu aku kan masuk keje kol 7.. Hmm sabar je la..

Friday, July 19, 2013

MENU BUKA PUASA.

Hari ni, akhirnya berjaya juga aku gagahkan diri untuk memasak, ehehe gaya macam apa je kan.. Orang lain puasa juga, tapi bole je memasak bagai.. Ni la padahnya akibat manjakan diri sangat...Kuikuikui. Kalao aku tak memasak, kerja encik suami la kan yang akan beli makanan kat bazar tu...


Mana boleh tahan beb makan beli saja, walapun makan berdua, duit keluar macam air. Padahal bukan tak de stok barang basah kat peti ais, kedai bawah tu pun ada je jual sayur, bole je beli.. Pengakhirannya macam yang aku katakan- kemalasan melampau huhu..

Menu ramadan aku sehingga hari ni:

1. ikan bakar, sambal kicap limau, sayur air sawi
2. ayam bakar, sayur kobis goreng
3. sotong masak blackpepper,kacang buncis goreng
4. beli nasi ambang kat bazar
5. beli meggi goreng, rojak asma kat bazar
6. beli mee goreng, bakar ikan caru, goreng sayur
7. beli megi goreng,roti john
8. nasi goreng, beli rojak asma
9. nasi ambang beli kat bazar
10. sambal bilis telur, sayur air sawi, ayam goreng ayamas

Ok, itu je nak tulis. Bye..

Sunday, July 14, 2013

KISAH SAHUR.

Sambil2 bersahur, (tgu encik suami bangun) aku biasa makan kurma sambil minum esp dan pd shaklee. Dekat luar tu bole dengar, entah manusia mana tah tengah test enjin kereta! Race kat jalan raya, tau la pagi2 ni jalan lengang, tapi aku memang bengang, pagi2 da memekak... huh.

Ni lauk sahur aku. Opss bukan aku yer tapi encik suami. Da janji semalam nak buatkan ayam sweet sour.. tergoda plak tengok lauk ni. Ada juga kang aku makan nasi sekali nih.. kuikuikui Selamat bersahur!

Saturday, July 13, 2013

KREATIF DAN INOVATIF.

Tiga perkara yang membuktikan anda kreatif dan inovatif:

1. Efisien mengurus masa
2. Ada aktiviti lain yang tiada kaitan dengan rutin
3. Cara fikir pelik sedikit atau adjust cara anda melihat

(petikan kata dari buku Tuah al Haj)

Habis.. saja nak share petikan kata tuh.. Sebenarnya untuk diri aku juga, bila menulis akan lebih mudah kita nak ingat or terkesan kat hati.. Eh, adakah ini dikira menulis? Menaip? Sama saja kot...

Ok ni cerita lauk buka puasa. Hari pertama, masak ikan bakar dengan sayur air. Tapi kelam kabut sikit sebab first day, tak reti nak adjust time, maka gambar lauk adalah tak sempat amik..

Hari kedua pulak, makan ayam panggang,sayur kobis goreng.. Yang lain2 tu makanan beli.. Maklum la aku mana reti nak masak roti jala ke kuih keria ke roti goreng ker.. Aku rasa sepanjang puasa ni memang aku x masak la masakan berlemak ni, tak reti.. Ada kang yang ter rasa tawar pulak kang.. Daripada bunuh mood, elok tak payah masak terus.. Tengok lauk saja tau, background belakang tak payah amik pot..dengan periuk nasi la, bantal tulang la, tuala la.. hoih.. pening kepala aku nih...


Hari ketiga pulak lauk kacang buncis goreng dengan sotong masak blackpepper.. Ni semua style masakan nak habiskan stok makanan kat rumah.. eheheh..Kari tu macam biasa- kari roti jala yang dibeli kat bazar ramadan..Uhuk uhuk..


Ok petang ni nak masak apa yer. Cuma ada daging dengan sayur kobis saja.. Kalau aku bole je nak masak lauk daging kicap dengan goreng kobis.. Tapi rasanya encik suami mesti nak membeli makanan lain kat bazar.. Kuikuikui Layan saja lah...

p/s: Tajuk takde kene mengena dengan gambar.. Ayoyoyo

Thursday, July 11, 2013

KERJA AWAL.

Hari pertama kerja bulan ramadan, masuk pukul 7 pagi.. Fuh.. balik awal punya pasal.. Parking pun kosong jer.. Boleh pilih petak mana nak masuk...



Semoga bersemangat kerja hari ni..

Wednesday, July 10, 2013

HARI MEMBELI SAKAN.

Takde benda buat pun. Aku cuti tapi encik suami kerja. Makanya aku berjalan2 shopping sakan sambil bayar duit kereta. Hasilnya 3 helai seluar slack/jeans dengan benda kat bawah ni: hasrat hati nak beli perfume strawberry jer, sebab perfume ni limited edition, beli 3 sekaligus. Aku tambah body scrub, tolak diskaun 20% katanya pastu hanya dengan tambah 2.80 aku dapat 2 shower gel.. fuh.. best2.. hehe

Tuesday, July 9, 2013

PERSEDIAAN BERPUASA DENGAN SHAKLEE.

Sempena ramadan yang bakal menjelma ni, aku dah siap2 plan apa makanan untuk aku bersahur. Biasanya aku akan makan cornflke susu, tapi sekarang aku da prepare esp shaklee dengan performance drink untuk bersahur.. Tak lupa juga kurma.. Selalu aku tak makan kurma ni, tahun ni terbuka hati untuk makan kurma.


Tak lupa juga vitamin2 wajib aku: vitalea, b complex,vita c, ostematrix. Dah 3 tahun aku amalkan vitamin shaklee, dan ianya memang sesuai untuk aku. Sebenarnya banyak kelebihan shaklee ni.. Boleh google search yer.. kuikuikui


Tahun ni pertama berpuasa dengan encik suami, jadi tetap kene masak bersahur, sebab encik suami bersahur nasi. Hehe Layan saja lah.

p/s: tak tahu nak describe perasaan pertama berpuasa dengan encik suami.. ahaks..

Monday, July 8, 2013

DRAMA RAMADAN.

Ramadan dah nak dekat. Aku tengok stesen tv semua berlumba2 nak tayang cerita yang ala2 tangkap leleh, insaf2 gitu.. Entah kenapa paling pelik aku rasa,cerita yang di tayang waktu2 ni memang mudah terusik kat jiwa. Adakah sebab Ramadan?? oooh...
Apakah cerita diwaktu selain ramadan tak berkesan kat hati?

Aku jarang dapat layan drama Ramadan Yang Hilang ni pada waktu siaran, jadi aku layan kat opis jer, waktu rehat.. Sedih la pulak drama ni.. Adoi aii...


p/s: sentiasa tak sabar nak tunggu next episod.

Sunday, July 7, 2013

AYAM PANGGANG MAYONIS.

Sebenarnya aku ada baca komen positif tentang pemanggang ajaib ni. Dan2 juga aku teringin nak beli. Lama dah simpan impian.. Pastu dok fikir2 lagi. Kira2 budget lagi.. Akhirnya terjumpa blog kak atie. Maaf la yer, tak pandai pulak nak letak link blog akak bila update guna ipad ni. kuikuikui.. Ada promosi pemanggang, terus decide nak beli..

Gembira bila nampak barang dah sampai kat tangan.. ha ha Sebab aku mintak kak atie pos ke rumah mak aku, kalo pos ke rumah aku alamatnya memang tak sampai la- tak de orang kat rumah pun di siang hari..


Bila dikeluarkan wow...


Sekali rupanya mak aku pun berkenan juga daa.. takpe, order satu lagi untuk mak aku..ehehehe

Tak sabar nak rasmikan pemanggang ni, gigih google resepi.. Jumpa satu resepi ayam panggang mayonis. Ok meh kita cuba. Layan dulu gambar ayam yang dah siap dipanggang..Tak tahu kenapa setiap kali aku panggang ayam, kulitnya mesti hangus.. haih...


Resepi: Dua bahagian ayam yang dah dibersihkan, kisarkan bawang merah, bawang putih, halia.. Campurkan dalam satu bekas- satu sudu lada hitam, satu sudu madu,satu sudu lada sulah, satu sudu mayonis,satu sudu kicap manis, satu sudu sos tiram,satu sudu gula, dan juga bahan kisar. Bila dah sebati, gaulkan dengan ayam, lepas tu perap seberapa lama.

Ok, amik pemanggang, bersihkan, letak minyak sikit, masukkan ayam, kemudian tutup pemanggang. Lepastu biarkan. Pastikan api sederhana kecik yer.. Kemudian balik kan ayam, untuk pastikan dia masak di kedua2 belah. Dah agak2 puashati, boleh matikan api, mudah kan? hehe

Jadi lauk aku hari tu adalah:


Ayam panggang dengan sayur air tauge plus tahu..
Hmm dalam pack pemanggang ni ada disertakan buku resepi kecik. Resepi nampak macam mudah. Nanti bole try. Ok stop dulu.. Daaa...

Thursday, July 4, 2013

MENULIS DARI HATI.

Dah berapa kali aku ingatkan diri, jangan terlalu lihat apa yang orang lain ada sampaikan kita tak nampak apa yang kita ada. Apa kekuatan kita. Owh.. manusia memang lemah hati dan perasaan. Mudah terusik sikit. Ada orang pernah bagitahu aku- aku membosankan, ok fine aku memang membosankan. Puas hati? Kenal aku sekejap saja da pandai jatuh hukum kata aku membosankan. Tapi kalau benar aku membosankan, siapa dia nak sibuk2 urusan aku?Dan aku tak ada masa nk amik peduli segala komen ko. Ok habis satu cerita.

Hari ni rasa macam free saja- padahal kerja semua pending dan tak boleh nak start. adoi la. Rasa teringin sangat ni nak keluarkn ipad, lepastu layan cerita. Bole? Kalau kilang ni aku yang punya- jawabnya boleh. Tapi permasalahan sekarang ni, aku pekerja saja, sila ikut peraturan yer.

Dari dalam kilang nampak cuaca ala2 mendung, kantin da la tak buka hari ni, kalau tak kuat iman, memang nak saja aku cabut hapday. Plan nak jumpa bestfriend aku sampai skang tak jadi lagi ni. Hai la ikin oit, bila mau jumpa ni.. sebelom terlewat.. Hmmm...Ramadan da dekat nih..

Tulis sesuatu dekat blog, bagi aku kepuasan. Biar ada sikit memori aku dekat blog ni. Macam mana aku enjoy reading blog orang. Harapnya orang juga enjoy kalau baca blog aku. Tu pun kalau ada yang sudi nak baca. Tunggang langgang sikit la pasal gambar ada ketengah ada ketepi. Aku tak pandai nak adjust. Sebab update kadang guna blogger kat iphone, kadang guna draftcraft kat ipad. Tapi aku lagi selesa update via ipad sebab bole masukkan gambar, cerita, gambar, cerita. Ni update guna iphone, habis la.. sila baca cerita, cerita sampai habis baru gambar, gambar dan gambar. Paham2 la kalo aku update guna iphone- aku kat opis, sambil buat kerja sambil menaip entry. Multitasking. Kuikuikui

Ok stop taip dulu. Nak follow up kerja sikit. Daaa

PERMAINAN ALAF BARU.

Lama tak update blog. Sampai hampir terlupa yang aku ni ada blog.. ahaa, tipu ok, aku tak pernah lupa. kuikuikui. Sibuk sangat rasa, banyak kerja- mana nak layan kerja opis lagi, buat kerja rumah lagi. adeh..

Baru2 ni sempat la aku ke kedai permainan toysrus. Entah betol eja ke tak. Bantai saja. Tengok punya tengok memang banyak la mainan- untuk budak2. Ha ha encik suami berkenan beli monopoly.. Meh le kita beli.

Sekarang monopoly ni dah ada kemajuan. Connect saja dengan iphone atau ipad, bole main. Hmm macam2. Semua urusniaga pakai touch screen saja. Enjoy main dua malam berturut2..lepas tu tak larat- asik la kalah saja. haih...

Ok layan picture monopoly alaf baru ni.

p/s: untung jadi budak2 zaman sekarang. teknologi makin maju..