Saturday, September 14, 2013

KESAN AKTIVITI PENGURANGAN KOS.

Lately ni aku nampak kilang aku ni da start buat aktiviti yang kurangkan kos. Teringat dulu aku kat kilang lama, dok perah idea nak bagi cadangan area mana yang bole di"cost down" kan. Ayoyo leceh tau.. Ingat banyak sangat idea yang bole dikeluarkan ke. huh

Kilang baru ni dia takde la request kita suruh bagi suggestion nak cost down ke hapa, tup tup da apply new method or new thing. Err tak tau la aku yang ketinggalan zaman, entah2 kat sini pun ada minta cadangan dari pekerja untuk cost down tapi aku yang tak tau (maklum la- benda selain keja memang aku tak amik pot) 

Paling ketara bab tisu toilet.. Dulu2 pakai tisu toilet yang roll by roll tuh. Tapi sekarang tengok dia pakai tisu style yang macam ni: 


Takde makna nya roll by roll tisu. Sebab bila pakai roll by roll tisu tu, cepat betul habis, siap ada pekerja yang sempat amik satu gulung simpan dalam laci meja untuk kegunaan sendiri! 

Sabun cuci tangan pun macam tu juga. Dulu2 letak dalam botol sebelah sinki. Sekarang pakai style:

 
Jenis yang picit keluar buih tu.. Adoi la..ni betul2 cost down nih.. Tak pe, terima saja lah daripada tak ada langsung kan. 

p/s: Belajar guna apa yang ada- tak perlu nak bayangkan apa yang tiada.

No comments:

Post a Comment