Sunday, October 27, 2013

PERKONGSIAN INFO TENTANG KOLAGEN.

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
1. Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
2. Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
3. Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
4. Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
5. Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

FUNGSI KOLAGEN
  • menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan  tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

TANDA TANDA PENUAAN
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit 
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan
KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN
  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya meleMbabkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

BELI RUMAH MAHAL, TAK SEMESTINYA PAKAI BARANG RUMAH YANG MAHAL2.

Ada seseorang tanya aku, berapa harga rumah yang aku beli. Jujur je aku jawab, total harga. Orang sebelah sana pun-wow rumah mahal, mampu beli.. So barang2 dalam rumah kene la pakai yang mahal2 baru lah meletop.

Persoalannya apa pengertian mahal pada kau? Aku rasa mentaliti yang sebegini memang harus dihapuskan dari minda orang2 kita. Sebab orang yang macam ni, seperti tak bersyukur dengan apa yang ada. Rezeki dan nikmat yang diterima depan mata, dia tak nampak. Sibuk nak tengok apa yang orang lain ada.

Memang mahal harga rumah yang aku beli- ini pendapat aku sendiri. Kalau ada pilihan lain, andai ada rumah yang jauh lebih murah, lokasi yang sesuai, memang aku akan pilih rumah murah. Tapi apakan daya, memang tak ada. Malah sepanjang proses pencarian rumah (sebelom aku kahwin dulu) harga rumah memang dalam range harga yang aku beli sekarang. Dan berita mengejutkan yang aku terima dari staf developer, harga sekarang untuk lot bumi memang lebih tinggi, malah tinggi dari rumah aku!! (rumah aku international lot)

Aku macam tak boleh terima (sampai saat ni) bila mana dia describe, rumah mahal, takkan la nak pakai barang murah.. Eh eh eh ada aku kisah ke pakai barang mahal ke murah?? Asalkan boleh guna, selesa dan aku suka. Aku dah cakap, kalao ada pilihan rumah yang lebih murah, memang aku beli saja yang murah, kurang sikit beban kewangan. Tak dek takde pilihan, sebab rumah adalah keperluan, pejamkan mata saja lah membayar ansuran tiap2 bulan.

Tahu tak betapa aku gigih tahan sabar bekerja untuk dapat gaji nak bayar hutang rumah tiap2 bulan? Jadi tak perlu la nak judge aku- compare harga rumah dengan barang yang aku pakai. Ini tak adil ok. Kalau sesekali ternampak aku pakai barang mahal- which is impossible sebab semua barang kegunaan aku memang style yang murah jer..anggap la tu satu reward pada diri aku sendiri atas apa yang aku dah kerjakan.. Aku pun perlu manjakan diri dengan beli barang sebegitu, sekali sekala ok la kan...Asalkan tak mengganggu monthly expenses aku. 

Lumrah dunia, manusia ni ada macam2 ragam. Silap cakap boleh terjadi silap tanggapan pulak pada aku. Moral of the story, jangan jadi jujur sangat. Diam ada lah  lebih baik dari bercakap. 

Ok, panjang da luahan aku hari ni, sekian..

MOTIVASI HARI NI.

Kata2 motivasi,copy dari fb Freedom Ladies..


SHAKLEE: LAGI TENTANG ESP

Lagi kebaikan Shaklee ESP..









Saturday, October 26, 2013

SHAKLEE: KEISTIMEWAAN ESP DAN SIAPA YANG PERLUKAN NYA.

Antara keistimewaan ESP Shaklee adalah
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Ia di proses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.
Siapa yang perlukan ESP?
1. Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : Sebagai energy booster jika diminum pagi2 terasa energetic dan tak rasa lapar sangat. Ini pengalaman aku sendiri. Setiaphari aku akan bancuh dua sudu ESP shaklee dengan ribena, kemudian minum serta makan 2 keping roti kosong. Consider breakfast la tu. Time start buat kerja, memang rasa energetic, takde lapar sampai la ke waktu lunch. Hari aku memang tak akan lengkap kalao tak minum ESP pagi2.
2. Lelaki : Melindungi daripada penyakit
3. Ibu mengandung : For a healthier pregnancy, membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil.
4. Ibu yang menyusu : Membantu menggalakkan dan mengekalkan pengeluaran susu. Pengambilan ESP secara konsisten sepanjang penyusuan susu ibu dapat membantu perkembangan fizikal bayi secara sihat.
5. Wanita : Untuk mengekalkan keanjalan kulit. Lebih elok kalau add in kolagen.. hehe awet muda..

Ok setakat tu saja perkongsian kali ni.. 

BEBEL LAGI.

Lama sudah rasanya tak update blog. Baru2 ni aku sempat la karang satu entry. Sekali entah macam mana, entry tu hilang tanpa sempat di publish.. Ok.. tu memang malang. Kuikuikuikui

Hari tu aku repeat order shawl hana bella.. Sekali waktu barang sampai, tak de orang pulak kat rumah mak aku. Makanya kene amik dekat pejabat pos laju la jawabnya. Terfikir nak wakil kan adik aku.. Busy kerja kan, tak ada masa nak pergi sendiri.. Pelik juga sebab aku repeat order shawl ni, tetiba aku rasa ooh mudahnya pakai shawl, lilit2 pin kan saja.. (baru la terasa mudah kan) Sebelom ni dok fikir, alahai susahnya nak pakai.. Tapi sekali cuba, rasa ok jer rupanya.

Baru berapa hari bulan, adoi lambatnya nak gaji nih.. Apa la kilang aku ni, bayar gaji ngam2 hujung bulan, kilang dulu, 25hb je gaji dah masuk, lepas tengah bulan pokai balik, hahahah..Dalam fikiran dah terbayang list barang2 yang nak dibeli.. Opps tapi sekarang ni kene utama kan keperluan untuk rumah baru..Hmm pening2.. Fikir positif.. harap2 semua urusan dipermudahkan nanti..

Bajet 2014 yang baru2 ni, aku tak dapat dengar keseluruhan. So aku download teks ucapan bajet, sekarang tengah gigih baca.. Nak check ada tak benefit untuk aku.. Kalo tak ada... haaa memang la....ceh..

Ok stop sini dulu. Next time aku bebel lagi. Daa..

Sunday, October 20, 2013

BEBELAN BILA DITINGGAL PERGI.

Encik suami pergi training dekat Melaka 3 hari, jadi aku balik rumah mak aku. Tdo sana terus, tak nak la kan aku tinggal rumah sorang.. Duduk rumah mak adalah lebih baik, makan senang, ada orang bole ajak borak2..Lepas tu tak de la sunyi sangat. Ni paling best aku rasa, dapat tidur balik atas katil dalam bilik sebelum aku kahwin dulu..wowo..Adik aku siap cakap- tak bole blah bila nampak aku datang sambil angkut 4 biji bantal!! (2 besar 2 kecik).

Tapi miss encik suami, ha ha kawan borak, kawan berangan, kawan mengusik..kuikuikui.. Oooh cepat la hari rabu...

Aku dah dapat kunci rumah, dah masuk tengok2 rumah. So far, syukur akhirnya dapat juga kitorang pegang kunci rumah sendiri, selama ni dok pegang kunci rumah sewa jek..uikuikui.. Tapi banyak urusan yang kene selesaikan sebelum dapat pindah rumah baru ni.. Target: tahun depan mesti da pindah.. So skang ada masa dalam 2 bulan gitu kalau nak renovate apa yang patut...Harap2 semua berjalan lancar nanti...InsyaAllah..

Esok da hari Isnin. 3 hari dalam minggu ni nampaknya aku berbaju kurung la. Sebab aku malas nak angkut banyak2 baju balik rumah mak ni. Kang satu hal pulak nak berangkut balik rumah sewa..Kene tahan sikit je sejuk aircond tuh..Kasut pun da prepare siap2.

Ooh lupa, balik rumah mak ni, makan sedap kan.. hari ni mak masak laksa penang.. Terbaik la.. memang sedap... Kenyang perut, mata pun ngantok.. baring2 ni, kang mesti tertdo.. Nasib baik dalam bilik ni ada tv adik aku- siap astro lagi.. Ok waktu nak layan tv sambil berangan rumah baru.. yuhuuu...zzzz... Daaa....

Monday, October 14, 2013

SATU HARI SEBELUM AIDILADHA 2013.

Pagi ni sesampai je kat parking ofis- wow lapang nya. Mungkin juga sebab esok hari raya aidiladha. So ramai la yang ambil kesempatan nak cuti balik kampung kan.. Orang yang kampung dekat macam aku ni- sila pura2 gigih bekerja yer...uhuk uhuk uhuk

Tapi tak pe la.. Minggu ni dengan minggu lepas seems special to me..sebabnya pertama: company revise gaji, so dapat la kenaikan sikit.. sekarang semua harga barang kan da mahal.. so bila ada kenaikan gaji ni, dapat la kurangkan beban sikit.. kuikuikuikui rezeki. Syukur sangat2.

Yang kedua pulak: aku da dapat surat dari pemaju perumahan- rumah dah siap.. yeay...Khamis ni aku dgn encik suami pergi pejabat pemaju untuk selesaikan apa yang patut.. Bahagia je rasa.. kuikuikuikui yer la rumah sewa manakan nak sama dengan rumah sendiri... Serius memang tak sabar. 

Kat opis, nampak gaya ramai je yang amik hapday... Makin sunyi la opis ni nanti.. Menu raya haji tahun ni aku tak sure la nak masak apa. Mak aku cadangkan bihun sup jer senang dan mudah.. Sebenarnya aku pun setuju je dengan cadangan mak aku tuh.. Maknanya malam ni kene start masak la. Takkan nak masak esok kot..Kang tak sempat pulak. Tapi esok motif pergi rumah mak aku adalah nak makan laksa.. hahaha laksa buat sendiri jangan harap la- sebab encik suami tak makan laksa. Ini bukan alasan aku tak nak masak tapi elok la aku masak menu yang kitorang laki bini makan. Jadi takde la aku kene masak dua tiga kali... hohoho jimat masa dan tenaga. Jimat segala2 nya.


Tengok cuaca kat luar tu macam nak hujan je.. Plus bangunan ni punya aircond yang teramat la sejuk.. Rasa nak tidur je bagai..

p/s: harap2 hari ni boleh balik awal. Tapi kerja banyak. khamis ni nak cuti. siapkan apa yang mampu..

SHAKLEE: VITALEA.

Multivitamin vitalea iron formula shaklee merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains shaklee yang mampu dimiliki. Vitalea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Penggunaan harian vitalea boleh:

- meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
- menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
- meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
- memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas



Keunikan vitalea shaklee

- disokong oleh tujuh kajian klinikal
- teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel2 baru.
- vitalea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk.

Berminat nak cuba vitalea shaklee bole sms/whatapps: 0197627358 atau email: Myvi1230@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Sunday, October 13, 2013

SHAWL.

Ooh baru2 ni aku teringin le nak pakai shawl. tengok orang pakai, cantik je terletak.. walaupun muka aku kategori bulat, haha gigih juga nak try..Check2 fb, berkenan dengan corak shawl ni. Rupanya kawan sekolah aku jual. Buat dropship katanya.Tak kisah la apa2 pun kan.. janji aku bole beli..

Untuk inner plak..aku cari inner magic yang boleh bentuk muncung sikit kat muka aku ni..jumpa juga dari blog kak filla( sori ye tak bole pulak nak link, update guna iphone je). So aku beli warna yang selamat- hitam, dark grey dengan dark brown.. Tapi dark brown mak aku da rembat daa.. kuikuikui

Akhir nya shawl yg ditunggu sampai jua...


Shawl dari hana bella.. Material kain nampak ok, tak mudah renyuk.. dan2 nak try.. tengok la hasilnya..


Yang ni aku try pakai yang cotton punya. 
Bawah ni pulak aku try shawl chiffon..


Ko tengok sampai senget2 inner dia time aku nak adjust.. Macam mokcik2 pulak rasanya.. haih....

Yang chiffon ni lebar sikit dari cotton. So bole pakai labuh tutup dada. Tapi yang cotton tu pun bole tutup dada juga.. Opps macam promoter la pulak.. Bukan yer, just nak share je..

Sebab aku belum pernah pakai shawl ni, aku banyak refer pada tutorial kat blog2. Tak pun dari you tube. Satu masalah yang aku jumpa time nak pakai shawl ni, aku belum pandai nak lilit2 (sampai terbelit). Jadi setiapkali pun aku rasa belakang aku tak tutup dengan betul atau pendek..mungkin kene praktis lagi kot.. Oh ye satu benda yang aku perasan, shawl ni kain dia tak mudah renyuk dan tak yah gosok pun tak pe.. This one I like.. hahahah

Kesimpulannya - kene praktis lagi ni kalao nak pakai shawl. Nanti raya aidiladha try pakai dengan baju kurung sekali.. Kalau selesa, bole la borong shawl banyak2. Senang sikit kerja aku- kurang gosok tudung waktu pagi2.. Hihihi

SHAKLEE: B-COMPLEX.

Vitamin B penting untuk kesihatan.


Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, dan ubat2 preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada dari segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisma.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa vitamin B berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik.

Shaklee B complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ2 penting yang lain.

Setiap tablet mengandungi
- vitamin B1: Thiamin (as Thiamin Mononitrate)
- vitamin B2: Riboflavin
- vitamin B3: Niacin (as Niacinamide)
- vitamin B6: (as Pyridoxine Hydrochlorice)
- Folate (as Folic Asid)
- vitamin B12: (as Cyanocobalamin)
- Biontin (as d-Biontin)
- Pantothenic Acid (as d-Calcium Pantothenate)

Keunikan vitamin B-complex shaklee: ia mempunyai saluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folik. Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.

Berminat nak cuba vitamin B-complex shaklee bole sms/whatapps: 0197627358 atau email: Myvi1230@gmail.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Sunday, October 6, 2013

AKTIVITI AHAD.

Minggu ni ada home fair dekat persada, sempat la aku dengan encik suami pergi. Saja kot survey2 apa yang patut sambil merangka budget bila masuk rumah baru nanti.. Ooooh bila la agaknya nak dapat kunci yer.. Priority adalah gril pintu dengan tingkap.. Lepas tu kabinet dapur. Kemudian mungkin cornice.. Yang selebihnya slow2 buat yer..

So dapat la jenguk2 booth yang ada..Promoter bagi pamplet, aku amik saja, simpan. Mana tahu satu hari nanti aku perlu..Cantik2 nampaknya display kabinet dapur.. Harga pun bole tahan.. Ada duit, semua boleh buat kan? Custom made lagi..Ok no worries.. Aku buat saja apa yang aku boleh dulu..

Keluar dari homefair, singgah Plaza Angsana- Planet gempak katanya.. Nak tengok apa yang gempak sangat tuh...Cuaca panas, gigih juga menapak..Dari satu booth ke satu booth, nampak la juga (dari jauh je) artis2: azwan ali, so winci, nabil, azri iskandar dan elli suriati,elfira loy.. Aku setakat jalan2 touch n go je la.. Tak kuasa nak singgah setiap booth, bergambar bagai,. eheheh

Dalam Angsana pun ada pameran makanan, satu daerah satu makanan ke hapa.. Aku lupa pulak. Tapi lebih kurang macam tu le.. Ada booth makanan, perusahaaan desa kot.. Beli la juga sos cili, keropok ikan parang.. (jangan tak beli pulak kan). Sebelah malam kan ada konsert live AF..Aku tengok dari rumah je, sebab dari rumah aku pun boleh dengar konsert tuh.. Pertama kali aku tengok konsert AF dari mula sampai habis.. Kali ni je aku tengok, sebab live dari Angsana- lepas ni memang tak akan tengok lagi la...Tak faham la apa tujuan ada lagi AF ni.. Makin tak berkualiti penyanyi AF nih..Publisiti je lebih..

Macam2 hal kan.. Ok itu je aktiviti hari ni.. Nak tdo la ni, esok kerja.. hmm.. zzzzzzz

Friday, October 4, 2013

BEBELAN HARI JUMAAT.

Jumaat hari last day bekerja untuk minggu ni... yeay.. (mode: happy la la la)..Hari sabtu ahad paling aku suka ok.. Boleh lepak2 kat rumah.. boleh jalan2 beli barang...Walau beli barang rumah je tetap suka eh.. 

Start hari ni sampai ahad ada planet gempak astro dekat Plaza Angsana tuh. Hari2 aku lalu waktu nak pergi keje, memang nampak la persiapan yang tengah dibuat. Dengan kanopi la booth la.. Dapat aku bayangkan mesti sesak dengan orang ramai. Lepas tu kalao tak silap aku konsert AF2013 pun akan di buat live dari Angsana.. Hmm lagi la bertambah sesak.

So conclusion aku dalam sehari dua ni, elak lalu jalan yang menuju Plaza Angsana. Kalao tak, memang akan stuck la dalam jem. Tapi fikir gak jalan mana lagi aku nak lalu kan.. Duduk pun area2 Angsana.. hmmm..

Oh hujung minggu ni ada homefair dekat persada, kunci rumah blom dapat lagi tapi bole je nak survey apa yang patut.. kuikuikui...best2(semua benda pun best).

Aduhai lambatnya waktu berlalu.. Menunggu masa nak balik saja ni. Sebab tahap ke'boring'an yang tinggi.... Cepat la pukul 5... Nak balik...

SHAKLEE: ENERGIZING SOY PROTEIN.

Energuzing soy protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.

- tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan.

- membantu mengekalkan kepejalan otot

- glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.Indeks glisemik menetapkan tahap karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang cepat dicernakan mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi manakala tahap glisemik indeks yang rendah melepaskan gula ke dalam sistem secara perlahan. Mengekalkan tahap gula dalam darah yang rendah amat penting bagi mengurangkan berat badan dan kesihatan dalan jangka masa panjang.

- membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.


Berminat nak cuba, bole sms/whatapps 0197627358, atau email Myvi1230@gmail.com.
Ada harga istimewa ok...

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Wednesday, October 2, 2013

MOTIVASI: APA YANG MASUK, ITULAH YANG KELUAR

Kualiti yang keluar bergantung kepada kualiti yang masuk ke dalam jiwa dan pemikiran.

Seorang wania super adalah hasil daripada apa yang beliau fikirkan, apa yang beliau baca, apa yang beliau makan dan dengan siapa beliau berkawan. Seorang wanita yang hebat dan bijak pasti memikirkan kebaikan dan sesuatu yang positif dalam kehidupan. Ini kerana pemikiran mempengaruhi emosi dan peribadi.

Apa yang di baca?
Jenia bacaan yang di baca pasti membentuk karakter dan peribadi seseorang. Sekiranya beliau suka membaca sesuatu yang bersifat gossip,merosakkan motivasi diri, cerita yang tidak berfaedah, maka jadilah ia seorang penggossip, kekurangan motivasi diri, dan tak nampak tujuan dan hala tuju diri. Sebaliknya jika beliau menghabiskan masanya dengan membaca bahan yang meningkatkan kualiti diri, baik dari segi agama, ekonomi , bisnes atau pun kehidupan, bahan bacaan ini lah yang akan mempengaruhi pemikiran dan seterusnya membentuk karakter dan peribadi.

Apa yang dilihat dan di dengar?
Wania bijak pasti memilih program televisyen yang akan ditonton. Bahkan turut memilih yang hanya baik bagi didengar. Ini kerana setiap yang didengar  itu meresap masuk ke dalam minda seterusnya mempengruhi peribadi.
Selain itu pilihan tempat yang selalu dikunjungi dan dilihat selain jenis individu yang beliau kerap bergaul di tempat yang dituju itu juga memainkan peranan. Sekiranya beliau ke tempat2 ilmu, jadikan beliau seorang yang berilmu.

Apa yang di makan?
Pemakanan mempengaruhi jiwa dan peribadi seseorang. Wanita yang bijak pasti memilih makanan yang halal suci lagi bersih. Sekiranya dimasak sendiri adalah lebih baik. Sebaliknya jika makan di luar, wanita yang bijak akan berhati2 dengan kedai yang dituju.

Siapa rakan2 nya?
Wanita yang bijak tidak ingin bersahabat dengan mereka yang merosakkan dirinya dan tidak membawa kepada kebaikan sama ada kebaikan di dunia atau di akhirat. Wanita yang bijak hanya akan menyibukkan diri dengan urusan yang boleh meningkatkan kualiti dirinya, kerjaya,dan rumah tangga.

Petikan artikel dari buku Super Woman..
Ok sekian motivasi hari ni..
Have a nice day.