Sunday, October 6, 2013

AKTIVITI AHAD.

Minggu ni ada home fair dekat persada, sempat la aku dengan encik suami pergi. Saja kot survey2 apa yang patut sambil merangka budget bila masuk rumah baru nanti.. Ooooh bila la agaknya nak dapat kunci yer.. Priority adalah gril pintu dengan tingkap.. Lepas tu kabinet dapur. Kemudian mungkin cornice.. Yang selebihnya slow2 buat yer..

So dapat la jenguk2 booth yang ada..Promoter bagi pamplet, aku amik saja, simpan. Mana tahu satu hari nanti aku perlu..Cantik2 nampaknya display kabinet dapur.. Harga pun bole tahan.. Ada duit, semua boleh buat kan? Custom made lagi..Ok no worries.. Aku buat saja apa yang aku boleh dulu..

Keluar dari homefair, singgah Plaza Angsana- Planet gempak katanya.. Nak tengok apa yang gempak sangat tuh...Cuaca panas, gigih juga menapak..Dari satu booth ke satu booth, nampak la juga (dari jauh je) artis2: azwan ali, so winci, nabil, azri iskandar dan elli suriati,elfira loy.. Aku setakat jalan2 touch n go je la.. Tak kuasa nak singgah setiap booth, bergambar bagai,. eheheh

Dalam Angsana pun ada pameran makanan, satu daerah satu makanan ke hapa.. Aku lupa pulak. Tapi lebih kurang macam tu le.. Ada booth makanan, perusahaaan desa kot.. Beli la juga sos cili, keropok ikan parang.. (jangan tak beli pulak kan). Sebelah malam kan ada konsert live AF..Aku tengok dari rumah je, sebab dari rumah aku pun boleh dengar konsert tuh.. Pertama kali aku tengok konsert AF dari mula sampai habis.. Kali ni je aku tengok, sebab live dari Angsana- lepas ni memang tak akan tengok lagi la...Tak faham la apa tujuan ada lagi AF ni.. Makin tak berkualiti penyanyi AF nih..Publisiti je lebih..

Macam2 hal kan.. Ok itu je aktiviti hari ni.. Nak tdo la ni, esok kerja.. hmm.. zzzzzzz

2 comments: