Saturday, November 30, 2013

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE.

Aku selalu risau bila aku ada tanda2 nak selsema. Time tu la cepat2 aku standby vita c plus shaklee. Waktu vita c plus ni blom ada kat pasaran, aku makan vitamin c cosway. Satu lagi yang penting yang mesti ada pada aku- performance drink shaklee. Meh aku share info pasal performance drink shaklee.

Performance drink shaklee ni ialah minuman hidrasi, membantu bendalir dalam tubuh kita supaya tidak hidrat (kering) dengan terlalu banyak. Selain bantu mengelakkan dehidrasi, dalam masa yang sama ia juga membantu mengawal paras cecair dalam badan, sekaligus mengelakkan masalah badan kurang air.

Fakta nutrisi:
1. tidak mengandungi lemak atau kolestrol
2. hanya mengandungi sodium, potassium, karbohidrat
3. tidak mengandungi bahan tiruan, pewarna dan pengawet tambahan

Antara kebaikan Performance Drink
1. meningkatkan daya ketahanan badan
- beri tenaga kepada otot dan sel dengan cepat
- gantikan air yang hilang
- meningkatkan daya tahan otot, membantu memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh (khususnya atlet sukan)

2. mencegah penyahidratan
- kurangkan rasa haus
- elak hidrasi
- melembabkan kulit
- membuat kita rasa kurang penat

3. mengekalkan paras gula.
- memelihara paras gula dalam darah, penting bagi tenaga otot
- kekal stabil paras gula untuk mempercepatkan proses penyembuhan akibat kecederaan otot

4. membekal tenaga dan daya ketahanan fizikal.
- mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh
- mengimbangi metabolism dalam tubuh untuk kekal sihat cergas seharian

Performance drink ni sesuai untuk:
• mereka yang aktif bersukan
• mereka yang berpuasa, di ambil semasa sahur dan berbuka.
• ibu yang menyusukan anak
• ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat morning sickness dan tiada selera makan
• mereka yang kurang minum air
• mereka yang kerap sakit kepala
• bila rasa nak demam atau sedang demam
• mereka yang menghidap gout


Aku biasa minum performance drink dengan ESP pagi2 tiap2 hari. Kekal bertenaga sampai waktu lunch. Tapi bila waktu demam atau selsema, just bancuh dengan air sejuk saja. Memang sedap. 

Ok itu je perkongsian. Kalao nak cuba, pm/whatapps. Daa..
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

PELANGI, BUBUR KACANG, PAMERAN HARTANAH & AYAM BAKAR.

Semalam balik kerja hujan panas. Tiba2 jer.. Separuh perjalanan nak balik rumah. Lepas je tol skudai, aku ternampak pelangi. Eh eh cantiknya. Jakun sekejap. Lama aku tak nampak pelangi.. Kagum betul. Ingat nak berhenti kereta, tangkap gambar. Tapi bahaya ok. Sebab kereta banyak... Jadi sambil drive sambil aku jeling2 tengok. Suka pulak rasa. Malam tu, kakak aku whatapps gambar pelangi dari area rumah dia.


Serius cantiknya.. wow...Ciptaan Allah.. jarang nampak.. ok tutup cerita pelangi.

Aku sebenarnya tengah fikir. Tau tak, setelah setahun lebih aku dok rumah sewa ni, pertama kali jiran sebelah pintu bagi makanan- bubur kacang dengan durian.


Siap bagi pakai mangkuk kaca lagi. Nampaknya aku kene fikir hidangan untuk membalas. Dah la aku jarang jumpa jiran ni. Sebab kebanyakan masa dia macam tak ada rumah saja. Mungkin kalo nak bagi, kene tunggu waktu malam or hujung minggu.. Isk2..

Ooh ye. Start semalam, ada pameran hartanah bumiputera dekat persada.


So kepada warga johor yang masih tercari2 rumah, bole la datang pameran ni..Harga rumah pun makin lama makin mahal skang. Moga2 ada la rumah mampu milik untuk golongan pertengahan(pada pendapat aku rata2 golongan bumiputera ni adalah golongan pertengahan). Kaya sangat pun tidak, miskin tegar pun tidak. Cukup2 makan saja. Struggle untuk cari duit nak beli rumah.

Hari ni aku tak de idea nak masak apa. Jadi aku just panaskan lauk sambal tumis  semalam. Lepas tu bakar ayam.


Ada juga aku masak lauk tauge tumis air letak telur puyuh dengan tahu. Ni update blog sambil tunggu encik suami balik nak makan. Hihihi

Gaji da masuk. I like.. Tapi bila buat kira2 budget bulanan terus jadi I don't like.. haih.. sabar je.. Ok stop dulu. sambung next entry. Layan cerita P. Ramlee jap- Masam2 manis.. Daa

Thursday, November 28, 2013

CHECKLIST RUMAH BARU.

Lama tak update blog. Macam tak guna je nak salahkan konon takde masa. Sedangkan masa tu cukup je 24 jam sehari, cuma nak tak nak saja..

Ok lately ni fokus memang lari sikit, sejak dapat kunci rumah baru, weekend memang busy. Pergi survey sana sini, baca review blogger..konon nak yang terbaik utk rumah la kan.. memang patut pun. Kitorang pun dah check condition rumah, mana yang boleh kita highlight and complain, kita buat la. Just tanda that area guna marker and masking tape. After one week, developer akan betulkan or perbaiki defect tu semua. 

Sampai hari ni, meter api dengan air blom pasang lagi. Tapi tak sure la minggu macam mana,sebab kitorang belum sempat tengok lagi. Bila datang rumah sana, tengok ada beberapa rumah pun da start renovate, buat beranda la, pecah tingkap la...Oooooo tambah2 tak sabar rasanya. Ceh.

Ada banyak checklist yang aku da prepare untuk rumah baru:
1. Grill- da confirm. Aku minta dia pasang bulan 12.. hehe
2. Kornice hall, dining, master bedroom dengan bilik air master bedroom - da confirm. Dorang akan start keje bulan 1 tahun depan. 
3. Kipas - untuk hall, dining dengan master bedroom, kitorang survey kipas panasonic. Nami series.. Encik suami yang gigih survey. Aku layan saja lah. Tapi aku yakin kualiti panasonic. Ex-employee, memang da faham sangat kualiti or standard jepun nih.
4. Pecah dinding dapur, pasang tingkap,buat table top..Yang ni da survey2 tukang rumah yang diyakini boleh buat..Kitorang pun da ukur2 dimension table top.. 
5. Kitchen kabinet- Mula2 plan dulu, lepas masuk rumah baru buat kitchen kabinet. Tapi rasa tak bole tahan maa.. sudah alang2 renovate, buat sekali one shot..Setelah amik kira idea encik suami dengan aku, bentuk dapur kitorang nanti lebihkurang macam nih..


Gigih ok encik suami dok buat sketch ni. Nampak lagi konfident dari pada sketch aku yang hanya guna pensil dengan kertas. Hmm..Harap2 la dapat buat design macam ni. Ooh satu tips, kebaikan kalau kita ada lakaran design yang kita nak, kita boleh try mintak quotation and compare harga. Kebanyakan kedai boleh bagi free quotation. Info yang dorang perlukan adalah lakaran design dan juga ukuran. Tapi kena juga amik tau apa material pilihan. Sebab tu akan effect pada harga. 
6. Hood, hob dengan oven. Sekarang tengah pening, brand apa jadi pilihan. Review banyak blogger, kata Rubine ok. Check kat kedai, katanya Leben dengan Rubine adalah brand yang customer selalu cari. Dua2 pun ok. Haih... Leben ada promosi sekarang.. Takpe, tunggu nanti homefair 6-8Dis kat Persada. Kita survey habis- habisan.
7. Plaster ceiling dapur dengan bilik air - ini pun akan double confirm again dengan kontraktor yang buat kornice hall, dining dan master bedroom.

Itu adalah checklist yang dah ada progress, maksudnya da start survey, da allocate budget (hopefully).
Still ada lagi checklist yang kitorang belom start apa pun.
1. Langsir, rail langsing, kain langsir - yang ni belom pergi ukur tingkap sana. Maybe hujung minggu ni kot. Kedai langsir pun tak terjah lagi.
2. Window blind untuk tingkap dapur - pun pending, tak survey kedai sebab nak tunggu tingkap belakang siap.
3. Gril tingkap belakang - pun pending sebab nak tunggu tingkap belakang siap.
4. Untuk area yang belom confirm nak renovate macam bilik2 lain tuh, plan just pakai lampu kalimantang dulu, so tak confirm lagi berapa biji lampu kene beli.. 

Eheh cerita pasal progress rumah baru, excited.. Harap2 semua berjalan lancar. Sambung nanti next entry. Daaa...

Sunday, November 17, 2013

RUMAH BARU & LAUK.

Sejak dua minggu ni aku busy uruskan rumah baru. Ooh aku da dapat kunci rumah dan sijil layak duduk. Maksud dah bole masuk rumah lepas TNB dan SAJ pasang meter. Sampai hari ni belom pasang lagi dua2 meter tuh. Tak pe mungkin amik masa sikit. 

Setakat ni aku dah buat checklist rumah baru- apa benda yang perlu diselesaikan sebelom masuk rumah. Tapi tu pun bergantung kepada bajet.. kuikuikui. Grill pintu tingkap da settle. Dan mungkin wiring kornice hall dining serta masterbedroom pun akan settle by today. InsyaAllah. Booking dulu harga, bila da ready, bole terus buat. 

Ok tayang lauk sepanjang dua hari ni. Motif amik gambar sebenarnya nk share dekat adik2 aku. Dah alang2 tu, masuk blog juga la. hihi.

Hari sabtu: daging goreng, sayur air, sambal tumis bilis.


Hari ni: popia otak2 (pun bole jadi lauk),peria goreng telur, fish cocktail sweet sour


Entah kenapa hari ni bole kene selsema pulak. Banyak kali juga minum performance drink shaklee. Ni mata pun da ngantuk sambil melayan pendekar bujang lapok kat astro prima... Ok la stop sini dulu. Sambung bebel nanti..

Tuesday, November 12, 2013

BERFIKIR DAN MENERIMA SECARA POSITIF.

Beberapa panduan berguna bagi meningkatkan motivasi diri:

1. Berterima kasih kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dia lah yang membuatkan kita rasa tabah. Apabila orang sakitkan hati kita dengan tidak bertegur sapa, maka kita patut berdyukur kerana sikapnya mengajar kita erti ketabahan.

2. Berterima kasih kepada orang yang pernah menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita supaya lebih berwaspada pada masa akan datang.

3. Berterima kasih kepada orang yang tidak mengendahkan diri kita, kerana dia lah yang memupuk diri dan jiwa kita supaya berdikari.

Pupuk la rasa bahagia dengan berfikiran positif. Apabila kita fokus mencari keredhaan Allah, jika tiada ramai kawan sekalipun, kita tidak akan berasa tertekan kerana kita yakin, cukuplah Allah SWT bersama kita..

Ok sekian perkongsian hari ni.

Friday, November 8, 2013

ISTERI BANTAI SUAMI.

Aku terbaca berita ni kat metro online..


Isteri bantai suami lupa beli sarapan. Tak faham ini berita kah atau cerita. Aku baca lagi, si suami memang terlupa nak beli sarapan walaupun dah di pesan isteri. Lepas tu agaknya bila tunggu2 sarapan tak juga sampai. Si isteri bole pulak datang dekat pondok keselamatan tempat suami bekerja naik motosikal, marah2 dan pukul suami. Apa la yang si isteri tu fikir agaknya.

Kalau ikut fikiran logik, suami tak beli sarapan atau lupa, call saja la untuk ingatkan atau bertanya. Dan kalao suami memang tak sempat nak beli (dalam kes ni mungkin suami da sampai ke tempat kerja- jadi agak menyusahkan kalao nak ulang alik rumah semata2 hantar sarapan) Pergi saja lah beli sendiri. Daripada marah2 suami depan orang ramai, pukul2 lagi...perempuan sekarang... ish2...

Apa pun ni pendapat aku jer.. Cuma kita jangan la bertindak melebihi batas. Masing2 ada masalah tersendiri.. Fikir la dua tiga kali, berkali2 pun tak pe sebelom buat sesuatu. Takut nanti mudarat diri sendiri pulak..

Thursday, November 7, 2013

KEMPEN GALAKAN MEMBACA.

Aku kan suka buku. Cinta kepada ilmu. hehehe Walaupun macam geli2 je nak sebut. Tapi aku tetap jalankan kempen galakan membaca pada diri sendiri. Jadi aku reward diri sendiri dengan membeli buku2 ni:


Dan juga buku ini:


Satu buku sengaja aku tinggalkan kat opis supaya aku boleh baca waktu rehat... Wah best2.. 

Ok sekian saja update entry ni sambil tunggu remote desktop loading untuk open outlook!!! Stress hari2 macam nih.

Wednesday, November 6, 2013

LAUK SEMALAM.

Oleh sebab server slow kat kilang nih, maka aku pun amik kesempatan nak update blog.. Lama sangat masa menunggu untuk open satu file!!

Semalam aku balik dah la lambat, hujan renyai2 pulak tuh. Hari cuti umum pun banyak kereta- aku rasa semua orang da start balik rumah sendiri sebab nak kerja hari ni kan...

Ok meh aku share apa lauk aku masak malam tadi.

Ini adalah daging goreng..


Senang je caranya: daging gaul dengan kunyit dan garam. Pastu goreng sampai airnya kering. Da agak2 kering, daging da empuk, masukkan bawang dan lada..Goreng seminit dua. Ok siap..

Sayur pulak dalam peti ais ada kobis dengan cendawan. Kobis tu biasa aku goreng jer tapi nanti kalau goreng tak de la lauk berkuah. So aku decide masak cendawan la. Tak tau nama apa. Cendawan goreng mungkin.. atau sayur air cendawan. hahaha


Bantai saja asalkan boleh di makan..Caranya: tumis bawang merah bawang putih, letak sikit serbuk maggi cukup rasa, lepas tu letak la secawan air. Dah mendidih, masukkan cendawan tadi. Kacau rata seminit dua gak.. Pastu siap..

Tapi macam boring gak lauk ni kan, haha  teringat ada lebihan nugget- maka goreng la nugget buat tambahan lauk..

 
Tu dia lauk aku semalam. Tengah2 makan, bole pulak adik aku send whatapps- pergh rupanya dorang membakar otak2 kat rumah mak. Sedapnya...




Pergh memang sedap, tetiba terasa nak makan otak2 kempas pulak!! Daaaa

Sunday, November 3, 2013

CADANGAN WAKTU MINUM ESP & RESEPI ESP SEDAP.

Bilakah Waktu yang sesuai utk minum ESP?

Sebenarnya waktu bila2 pun sesuai je.
* Waktu minum pagi
* Waktu minum petang
* Sebelum tidur

Notes :
1. 3 sudu besar je sehari. Jangan ambil lebih kerana bole membebankan buah pinggang untuk proses protein yg berlebihan.
2. JANGAN BANCUH protein dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi


Di bawah ni pula antara resepi bancuhan ESP. Boleh try mengikut citarasa sendiri..
ESP + Air suam
ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
ESP + SusuAnmum
ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
ESP + Nesvita 3in1
ESP + jus twister tropicana
ESP + Ribena (paling aku suka.)
ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
ESP + Milo/Horlicks
ESP + sirap bandung
ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
ESP + KOKO + OAT
ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL

Sekian perkongsian info.. Daaa..
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK KICAP.

Alkisahnya ikan tenggiri ni lama dah aku beli. Tapi baru sempat masak hari ni. Itu pun masak lewat sebab breakfast makan nasi lemak, menu berat kan so bajet nak lunch lambat la konon.. kekekeke


Ikan tenggiri masak kicap jer dah la. Selain mudah, encik suami pun macam ada bunyi2 nak makan ikan tenggiri ni.. eh lama dah la bape hari yang lepas tah aku pun lupa.. Ok la sebab waktu aku taip entry ni hujan lebat kat rumah aku.. meh aku share resepi ikan tenggiri masak  kicap versi aku yang mudah je.. Rasa pun ok kot. hahahah

1. Ikan tenggiri potong kecik2, basuh bersih, sapu serbuk kunyit dan garam lepas tu goreng kasi garing.
2. Tumis bahan yang dihiris halus- bawang merah bawang putih, halia.. Tumis sampai wangi dan garing pastu naik bau. 
3. Masukkan maggi cukup rasa sikit.. kacau lagi...Masukkan air satu cawan.. Kacau sikit lagi..
4. Masukkan kicap ikut banyak mana suka. Aku guna kicap manis sebab aku takde pun kicap masin heheh
5. Masukkan lada hijau yang di hiris2. Masak sampai kuah mendidih dan agak2 pekat. Pastu check rasa dia.
6. Bila rasa dah ok, masukkan ikan yang dah di goreng tadi pastu kacau bagi sebati.. siap..

Senang je kan? Selamat mencuba Daaa..