Wednesday, February 26, 2014

SELAMAT HARI LAHIR.

Ok masa untuk membebel.. Nak hilangkan tekanan- elok membebel kat blog. Bercerita seumpama ada orang dengar. Tapi tak pun.. Siapala yang nak dengar jeritan hati ni. Hahaha melankolik kan?.. 

Hari ni harijadi kakak angkat aku..kakct..lama dah aku kenal dia ni.. Sejak dari sekolah rendah lagi.. Banyak la kenangan membesar bersama. Tapi time sekolah je la. Dulu kecik2 darjah satu kat sekolah agama, main kejar2.. Erk tu je yang aku ingat..yang lain da lost.. hahaha 

Skang ni kitorang da jarang jumpa. Masing2 da ada tanggungjawab masing2. Jadi kitorang selalu whatapps.. Zaman teknologi kan...

Sooo untuk kakct, (aku pernah bagi link blog ni kat dia- tak tahu la dia bukak ke tak blog aku ni) 

Nani ucapkan selamat hari lahir yang ke 32tahun.. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki.. dan semoga semua urusan kehidupan seharian dipermudahkan dan dalam lindungan Allah swt.. Senyum selalu.. Meh layan gambar2 kitorang yang ada dalam handphone aku:



Rasa ni la gambar last yang kitorang amik bersama. Heheh ok

Sekarang nak sambung buat kerja pulak. 
Ingat kerja- STRESS bye bye.

Tuesday, February 25, 2014

KETIKA INI...

Time rehat macam ni baru la aku rasa ok sikit nak update post. Aduhai busy bukan main. 

Sabtu lepas pertama kali datang OT kerja. Sepanjang keje sini baru pertama kali OT. Oooh my.. Ni kira memang da terdesak sangat- bukan terdesak nak kejarkan duit OT, tapi sebab da tak tahan mimpi ngeri bab kerja yang tak putus2. Huh.. Gagahkan diri juga datang keje, siapkan mana yang bole. Ingatkan bila OT sabtu, kurang la sikit keje hari isnin, tapi rupanya sama je. Kesimpulannya: takde beza pun dari segi kerja.. how to reduce work??

Hari ahad lepas, aku dengan encik suami pergi cat rumah. Cat sikit je bahagian yang nak pasang kabinet dapur. Aku macam biasa la, lebih kepada meneman encik suami, sebab nak cat pun, tak tahu  area mana. Pendek. Tak sampai. Jadi biar orang yang tinggi2 buat kerja. Orang pendek tengok2 saja..


Tu bahagian dinding yang dicat warna putih. Final decision: Cat putih saja lah. Nampak moden katanya. So, sekarang tunggu pasang gril tingkap belakang, pasang window blind, pasang downlight, pastu cat rumah- hall-dining-dapur- hall atas- masterbedroom.. Wowo nak terkeluar biji mata nih.. duit duit duit.. Bagaikan air.. Harap2 semua ok dan still in budget..

Malam tadi encik suami kata nak pergi bayar duit kereta- aku ambil kesempatan makan luar.. 

Ingat nak makan sate.. Terliur tengok gambar hari tuh..


Tapi macam takde mood pulak.. Order nasi goreng ayam kunyit, sirap ais dengan jemput2 ikan bilis.. hahahaha. Side order tak boleh tinggal..

Hmm lambatnya waktu berlalu hari ni. Hari ni aku datang lambat lagi. Entah mana la motivasi aku nak keje sini.. Hohohoi.. Ok stop bebel dulu..

Kesian kat blog ni sebab lama tak de entry baru..

Saturday, February 15, 2014

BILA TIDUR TAK LENA.

Mata tak bole nak lelap sekarang ni. Tadi dah lena sekejap. Bila terjaga, terus tak bole lelap. Sesekali terfikir hal kerja. Yeah itu satu2 hal yang memang tengah menghantui hidup skang.. Ooooh how to get rid from it? Stress..

Sambil2 dok fikir apa aktiviti yang nak dibuat esok.. Esok nak masak apa.. Hmm rasa nak kurangkan makan malam kat luar. Lately ni asik beli makanan luar je as dinner. Delivery itu, delivery ini.. Tak bole selalu amalkan.. Check2 budget diri sendiri... Alamak.... tapi macam mana nak gagahkan diri untuk masak dinner lepas balik kerja? Even masak lauk simple pun tapi kalau dah selalu, jemu juga.. Hohoho Tu reason kedua ok, reason pertama adalah penat. Penat hati penat badan dan penat otak. Umpama berjuang... hmmm

Hari ni terperasan ada satu group whatsapp budak skolah menengah rendah.. Form 1-3... Soo sweet bila dapat berchit chat balik. Back to the memories.. Betul la zaman sekarang ni, tipu la kalau nak kata lost contact.. teknologi memudahkan. Semua dihujung jari. So sekarang aku ada group whatsapp budak menengah rendah- form 1 to 3, budak menengah tinggi- form 4 to 5, budak degree, budak sekolah rendah.. Ooh mai..panas handphone bila semua aktif.. hahaha
Tu belom campur dengan whatsapp perseorangan ni..

Dan tiba2 perut lapar pulak. Adoi time2 macam ni bole lapar ye..
Bila tengah susah hati.. fikir yang baik2 dan happy saja.. Ni progress rumah aku: kornis dan plaster ceiling dah siap..tinggal nak pasang lampu dengan kipas saja..

Ni area hall dengan dining.


Ni pulak area dapur. 


Ni bilik air master bedroom.


Master bedroom rasa aku takde picture. Ni pun ihsan encik suami. Dia yang rajin check progress..
Eeh kejap.. ni area master bedroom..ada picture. Baru jumpa..



Hari ni kalo tak silap aku cina kabinet dapur nak datang ukur saiz kabinet. Sekali dengan window blind.. Tunggu je la nanti.. Ok la.. da banyak sangat bebel ni.. Stop dulu.. Sambung nanti.. Daa...

Monday, February 3, 2014

KEK CHOC MOIST.

Ni kek baru amik dari cousin aku tadi. Kek choc moist.


Berangan2 nak buat sendiri, sampai ke sudah. Akhirnya beli je. 

Agak2 ada x resepi yang paling mudah antara yang mudah? hehe

BILA TAK KEJE-SHOPPING.

Hari ni aku still cuti. Ok perkara utama nak buat hari ni- bayar duit kereta. Kedua -beli kain baju kurung. Teringin nak pakai baju kurung baru. Lokasi yang aku dah aim sedari hari jumaat lagi.. mesti lah Plaza Angsana. 

Sebab minda aku da set dua benda penting kat atas tuh, jadi memang terus je aku pegi kedai kain- pilih2 kain.. Budget dalam rm200 je, nak tengok berapa pasang kain boleh dapat. Pilih2 punya pilih, amik 4 pasang baju, setiap satu rm70. Total rm280. Memang over budget la kan. Mintak diskaun. Uncle tu pun bagi rm260 je.. Sempena tahun baru katanya. Bole la..

Aku bab memilih kain dan tona warna memang cerewet. Kalao boleh aku tak nak beli kain yang background dia warna terang. Sebab nampak jarang. Sebolehnya aku juga elak beli kain yang corak2 nya ada kaki. Pernah beli dulu dan baju tu aku pakai sekali dua je. Lepas tu memang tak de mood nak pakai. 

Satu benda yang aku belajar dalam membeli kain ni. Aku tak sesuai beli online. Aku jenis yang kene pergi kedai, tengok2. Pegang2. Rasa2 kain dia. Sampai la aku puas hati. Opps terasa sangat macam lama dah aku tak beli kain baju baru.. Kedekut di situ yer. Soo mood adalah happy bila dapat beli kain2 ni.

Selesai beli kain, aku masuk UO saja nak tengok ada sale ke apa. Ooh handbag ada sale juga. Belek2 tengok2 pegang2.. Hati kecik berkata2 juga. Tapi dorongan tak kuat. Asyik2 terfikir beg sekarang ni masih elok lagi. Lama juga aku da pakai handbag sekarang ni. Sedari belom kahwin lagi kot..Dua tiga kali pusing, diri masih tak cukup gagah nak amik satu handbag dan bayar. So aku tak nak buang masa, terus keluar dari area handbag, pergi area pakaian perempuan.    Nampak cardigan murah rm20 je sehelai.  Terus beli dua helai. Perempuan kalao membeli memang tak hingat..

Tengah syok2 cuba cardigan, adik aku call. Konon nak suprise kan aku. Datang rumah tak bagitahu. Rupanya dia yang suprise tengok aku takde kat rumah. Hahaha Siapa suruh datang tak bagitahu kan? Terus decide jumpa kat angsana.

Adik aku ni satu peel dia, asal kuar dengan aku je, mesti nak makan.. So kitorang decide nak cuba makan kat Tesconi Pizza. Entah betul atau tak ejaan nya aku tak pasti.

Kitorang order cuppocino ice which is tak sedap langsung!! Geram sekejap aku ni..


Aku dengan adik aku geleng kepala je tengok. Bagi aku servis kat sini lambat. Macam dorang tak ready. Macam mana nak layan customer. Gap masa antara amik order dengan makanan sampai sangat lambat. Aku cuba untuk bersabar dan fikir positif. 


Makanan yang di pesan dah sampai. Baked macaroni dan baked lasagna..Hmm layan jer la. Kitorang tak order pizza pun. Sebab macam tak menarik je choice. Dan harga yang tertera kat menu, pada aku adalah mahal.


Total rm58.95 untuk dua orang makan.. Hmm confirm ini kali pertama dan terakhir aku masuk kedai ni. 
Ok bye. Nak layan tv jap. Sambil tunggu encik suami balik.

Sunday, February 2, 2014

SHAKLEE: SET CADANGAN BERSAMA OMEGA GUARD.

Lama tak share tentang shaklee..
Kali ni cadangan kombinasi set bajet- omega guard..



Macam biasa, jika berminat bole sms/whatApp.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Saturday, February 1, 2014

DAGING MASAK MERAH YANG SIMPLE.

Hari ni macam nak kene sakit tekak. Jalan selamat cuba telan strepsil seberapa banyak dan juga minum air masak banyak2. Lepas tu aku ingat nak kene minum performance drink dan makan vitamin c juga..

Hari ni pun still banyak kedai yang tutup. Pergi pasar pun, orang tak ramai macam selalu. 

Ok jadi lauk hari ni simple saja- sayur air macam biasa, dengan daging masak merah yang simple.



Meh ni ada resepi:
Bahan2: bawang merah bawang putih cili kering kisar. Daging batang pinang yang dihiris2. Sos cili, sos tiram dengan sos tomato dua sudu setiap satu. Sebatang serai yang dititik. Gula. Garam aku tak letak pun. 

Cara2: 
Goreng daging dalam minyak. Aku guna minyak zaitun. Goreng separuh masak. Lepas tu ketepikan. Tumis bahan kisar sampai garing. Masukkan sos yang tiga jenis tuh, masukkan serai. Tambah gula sikit. Lepas tu rasa. Kalau kuah kering sangat, sila lah tambah air. Bila rasa da ok, masukkan daging. Masak sekejap..

Kemudian siap.. yeay bole makan sekarang. Ok bye.