Monday, March 31, 2014

KHIDMAT MENCUCI RUMAH.

Aku dah dua kali basuh rumah. Kali pertama basuh dengan sabun- ajax la harpic la. Kali kedua basuh pakai asid pencuci lantai.. Ohoi time ni sakit betul hidung sebab kuat juga bau asid ni rupanya. 

The next week after basuh tu, bila kitorang datang jenguk rumah lagi, lantai still rasa berdebu. Lepas tu aku putus asa dah. Cakap kat mak aku- mak aku advise rumah baru memang kene basuh banyak kali. Whatt?? banyak kali, dua kali tu pun da nak patah pinggang. Putus asa, time tu juga search kat mudah kot2 ada cleaning service ke..

Ada jumpa dua orang yang bole dipercayai la. Try send msg kepada dua2. Tak sangka encik suami da call siap2 tanya. Buat decision dalam keadaan penat, putus asa dan lapar kot. Basuh rumah guna banyak tenaga oii.. Terus aku deal dengan satu cleaner ni. Dia pun ok, letak harga rm350 satu rumah bersih termasuk grill pintu tingkap lap cermin, dinding..Semalam dorang start keje. Kat dalam rumah tu ada la beberapa barang yang belom aku pasang- kipas yang dapat free, lepastu ada hob and hood yang belum sempat install... hmm fikiran jahat ada la sikit dalam hati aku ni- memang tak baik, tapi ada rasa tak sedap hati. 

Pagi dalam pukul 10 aku tinggalkan dorang berdua kemas basuh rumah. Aku dengan encik suami pergi memborong barang2 aksesori toilet kat jualan gudang. Ehehe.. Sampai dekat pukul 6, cleaner tak call pun, janji kalao dorang da nak siap, atleast setengah jam awal, dorang akan call. Ini tak. Risau la pulak. Aku msg dan call baru dorang kata ok boleh datang, sudah hampir siap. Sebenarnya lebih risau pasal cooker hood and hob tu la, hahaha.

Sampai2 dorang tengah kemas laman.. Tapi dorang bagi masuk la untuk check bahagian atas kan da kering. Excited tengok semua cermin tingkap dah bersih.. Pegang gril sampai ati sekali, memang bersih. Should be ok. Bila check area dapur pula, time ni belom kering lagi lantai. So far semua bersih la. Tapi ada satu kejadian yang tak best. Bila aku nak turunkan blind dapur, dengan tak sangka blind tu jatuh!! Aduiii pehal ni.. 

Ok balik cerita pasal service ni.. So far dia bersihkan sampai laman sekali dia tolong sental. Hmm service dia ok. Apa yang diharapkan memang dapat. Semua tempat yang di minta cuci, da bersih. RM350 tu pada aku- ok la rate dia walaupun ada yang bagitau aku mahal sangat bayaran ni. Tapi aku jenis yang da tak peduli orang kata. Yang penting aku tau apa yang aku buat.

Ops lupa nak cerita- aku sempat juga check bahagian stor: tempat aku simpan barang2.. Aku da teringat2 filem
alibaba tu, yang dia panggil lori pergi angkut semua barang. ha ha ha.. Tapi barang tu semua ada lagi... 

Jadi semalam: rumah da bersih, tapi blind jatuh so kene mintak kedai tuka some parts. Lepas tu cleaner ada bagitahu yang ada air menitis dari toilet masterbedroom, so kene call developer untuk datang dan recheck.. Harap2 tak la kritikal sangat.

Friday, March 28, 2014

BILA TAK DAPAT APA YANG DIINGINKAN.

Memang berdebar2 tahun ni ingatkan bonus dapat penuh. Hahaha meh kita cerita pasal bonus. Sebenarnya aku masih terkesima lagi.. wah bahasa, hahaha.. Time da nak balik tadi, kawan aku tunjuk satu email pasal pengumuman bonus. Akhirnya confirm bonus tahun 2013, hanya 45% je dari monthly salary. Tak dapat full pun. Tahun 2012 aku pun tak dapat penuh sebab aku belom cukup setahun kerja.

Tak ada perkataan nak cakap. Sebab aku da plan macam mana nak gayakan  duit bonus tu. Allocate untuk itu sikit ini sikit dan akhirnya amaun yang dapat pun betul2 sikit. Aduhai..Tapi tak apa. Fikir dari sisi positif:

1. Bersyukur ada merasa juga duit bonus walaupun sikit je.
2. Bersyukur sebab kita masih merasa gaji tetiap bulan. Kalau nak dibanding kan dengan bonus yang setahun sekali. 

Jadi tak payah la nak serabutkan fikiran nak memikirkan. Bukan masalah besar sangat pun. Happy happy sendiri sudah..

Mungkin tak ada rezeki bonus tapi ada rezeki lain barangkali.. Tunggu je la..

Thursday, March 27, 2014

TERJAGA..JALAN BERLIKU UNTUK BALIK RUMAH.

Ambil kesempatan untuk update blog.. Sebenarnya aku terjaga dari tidur. Teringat kain yang patut disidai... Tengok2 jam...Argh lambatnya waktu berlalu...

Semalam aku sampai rumah kurang lebih pukul 9 malam. Khabarnya ada kemalangan maut berlaku dekat jalan senai-skudai. Sehingga papan tanda jatuh merentangi jalan. Maka jalan jem. Sesak. Semua kereta hala ke JB dah dilencongkan lalu tol kempas. 

Mulanya aku plan nak turun tol skudai. Tapi dek kerana aku dah duduk lane kanan dan kenderaan berderet beratur kat lane kiri. Aku tak bole langsung tukar haluan masuk lane kiri! Terpaksa juga teruskan perjalanan sampai tol kempas.. Part ni yang paling seksa, lebih satu jam stuck dengan kereta bergerak slow sangat2. Menderitanya kaki kiri aku sakit tekan clutch sampai rasanya aku betul2 perlu tukar kereta gear automatik! Nasib la perut tak meragam nak terasa pergi toilet ke apa..

Lepas je tol kempas, rasa lega yang amat sangat. Oooh lupa nak cerita lagi. Time2 macam ni juga la hp battery aku habis. Selalu ada la tinggal beberapa percent waktu aku balik petang. Kali ni memang flat terus. Terpaksa communicate dengan encik suami via msg guna ipad. Tapi lost contact dengan adik aku- adik aku follow decision aku untuk lalu tol kempas. Tapi sebab dia tak familiar jalan turun dari tol kempas ni, since aku lost contact dengan dia, terpaksa minta bantuan encik suami. Sekali lagi, time2 macam ni baru lah terasa perlunya powerbank atau beli hp satu lagi! Sebab ipad tak boleh guna untuk call.. Nasib juga bole msg encik suami untuk maklumkan status. huh..End up bila aku da sampai rumah, adik aku sesat masuk jalan entah pegi mana. Terpaksa bagi dia direction untuk keluar dan cari jalan balik rumah. Total perjalanan balik rumah aku: 2jam. Adik aku: 3jam setengah plus sesat. Eheheh
Nasib la bukan jem hari2. Still acceptable sekali sekala, kasi adventure sket. Kalau selalu macam ni- memang bunuh mood la balik rumah setiapkali pun...

Sampai ke rumah- big box menanti.. Ok masa untuk makan dan zzzzz... Argh penatnya....

Monday, March 24, 2014

RM1 PUN KEDEKUT NAK BAYAR.

Banyak kali juga mata aku sakit bila pandang spesis manusia yang kedekut nak bayar parking charges rm1 je!

Sanggup nak berhentikan kereta kat tempat yang tak dibenarkan dengan muka tak malu nya. Kemudian menyusahkan pengguna jalan raya lain..Grrr.. 

Kenapa ada orang yang kedekut sangat ni.... 

LELAKI... BERHENTI LAH MEROKOK

Hari ni aku perasan dua kejadian yang melibatkan benda sama- rokok.

Pagi tadi waktu aku balik dari pasar, dengan tak sengaja aku ter'follow' belakang satu kereta yang jalan slow saja.. Tup2 nampak dari cermin sisi, lelaki tu tengah merokok, sambil memandu..impaknya: drive kereta pun slow.. macam siput..Aku pun nampak driver tu...sambil pegang stereng sambil tangan hulur keluar untuk buang abu rokok.. aduhai

Waktu tengah hari tadi.. aku keluar dengan encik suami- cari asid pencuci tiles. Konon nak sambung basuh rumah baru. Masuk satu kedai, lelaki yang jual tu sibuk merokok. Bila kita tanya barang, time dia nak amik tu, sibuk hisap rokok buat kali terakhir, hisap lepastu buang campak je puntung rokok ke kaki lima kedai.. Adakah.... hish geram betul la..

Lelaki2 semua, bila anda nak berhenti morokok?

Wednesday, March 19, 2014

HAPPY LAGI.

Ada masa sikit mari lah kita update blog.. Sekarang ni adalah waktu kurang busy. Bukan sebab waktu aku taip entry ni waktu lunch, tapi sebab aku rasa boring da kurang keje. Jadi waktu rehat main game... Ada la juga new score walaupun sikit hahaha.. Flappy Tom.. 

Asyik fail je main benda ni..


Hari ni cuaca nampak elok, tak hujan dan  tak la panas sangat.. Kene bersyukur..

Haih nak menghabiskan satu minggu ni lambatnya- excited terlebih sebab 
1. Hari sabtu- kedai pasang kabinet dapur dan hantar set dapur idaman
2. Hari ahad- jalan2 tempah langsir..

Berangan jap.. Daaa..

Sunday, March 16, 2014

WINDOW BLIND- TINGKAP.

Syukur setelah lama tak hujan, akhirnya hari ni hujan turun... tetiba rindu bau hujan.... Plan hari ni nak basuh rumah baru.. Kitorang basuh dalam hujan.. erk hanya basuh bahagian dalam saja. Sebab target sebelom install kitchen cabinet, kene bersihkan apa yang patut.
Baru perasan penatnya kemas rumah. Basuh dari atas ke bawah.. fuh.. geleng2..

Tingkap dapur sudah selamat pasang blind semalam..Bawah ni gambar semua semalam punya. Hari ni semua lantai da bersih.


Ni gambar blind penuh..


Ditambah dengan pencahayaan lampu sket..


Hehe excited sangat.. rumah sendiri tak sama dengan rumah sewa.. (semua gambar nak letak kat blog.. nanti bila2 ada masa, mesti aku senyum2 bila baca balik entry)

Blind ni nampak ok. Tapi pada aku kalao pilih warna putih mesti akan nampak lagi ok. Sekarang ni dah tak payah nak ber "kalau2" sebab benda da siap pasang. Sebenarnya color ni aku yang pilih. Sebab aku nak matchingkan dengan warna cat yang lama. Aku tak sedar pulak yang bahagian dapur ada plan nak cat warna putih. So bila proceed warna cream ni, bila pasang baru nampak kontra warna... Tak apa la.. Blind je pun kan.. (saja nak sedapkan hati sendiri)

Bahagian tingkap atas juga aku letak blind.


Tingkap ni dekat area hall atas. Pilih material yang transparent sebab tak nak nampak gelap.Kalau tak letak blind, nanti bole nampak tangki air. So better letak.

Sekarang bahagian dalam rumah dah settle bersihkan, cuma tunggu kedai install kitchen cabinet dan pasang hood hob dengan oven..yeay...

Friday, March 14, 2014

LAMPU DAH SIAP..

Lama tak menulis, kali ni nak update progress rumah.. 

Lampu dah siap pasang.. Dinding semua dah siap cat warna putih. Warna biasa je, tapi bila dah siap, nampak luas. 

Ni lampu area hall dengan dining..



Ni pulak bahagian dapur..


Ada cerita tak best sikit pasal lampu ni. Dulu2 masa booking, mulutnya manis berkata2. Tapi sebenarnya hmm...

1. Kerja start lambat
2. Lampu pulak di pasang salah. 
3. Nak tuka pasang lampu yang betul pun ambil masa sampai seminggu, macam2 alasan.

Aku call berkali2, jawapan klise, barang tak ada, tak pun pekerja dia busy. Ni, lampu baru je tuka. Semalam malam aku pergi check. Sebab bukan boleh percaya dorang ni. Kejap kata dah, kejap kata belom. Apa yang dorang cakap tak sama dengan tindakan. Tak seiring. 

Nasib malam tadi bila check, nampak lampu yang di pasang tu ok. So boleh proceed last payment kemudian, tak nak lagi deal dengan kedai ni!!

Apa pun, hasilnya tak de la teruk sangat. Kemas kerja nya. Plaster ceiling, cat pun elok.. cuma tu la... L.A.M.B.A.T

Ok makanya pending item untuk rumah baru ialah: 
- Beli lampu kalimantang biasa untuk area2 yang tertentu
- Upah orang untuk pasang lampu termasuk kipas sekali
- Survey langsir 
- Pasang window blind dapur.. Ohoho ni tingkap dapur aku...


Dua kali pasang nampak macam besar pulak.. hmm tak pe kita tunggu saja lah lepas pasang blind nanti....

Ok stop sini dulu. Sambung next entry...Daaa 

Thursday, March 6, 2014

ENERGIZING SOY PROTEIN SHAKLEE.

Bulan ni special sebab ada promosi ESP SHAKLEE..
Penat nak tulis panjang lebar.. Layan picture sudah.. 


Kombinasi set bajet ESP seperti dibawah.. Bole SMS/WhatApps kalo berminat.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
 These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Tuesday, March 4, 2014

POLIS DAN LORI.

Oooh hari ni ada story mory aku nak cite kat blog. Ni semua ada sangkut paut dengan emosi aku. Bercampur baur.

Pagi2 masa nak pergi keje, bersiap macam biasa, lambat tetap lambat. Tapi aku still maintain hahaha..Tengah drive tiba2 nampak polis trafik elok je sandar kat pokok sambil tembak!! Selalu aku aim polis trafik tu sandar kat bawah tiang jambatan, hari ni elok je sandar kat pokok. 
Masalahnya: kat situ laju max adalah 70kmj dan aku selalu drive area situ dalam 80kmj.. Mana bole nak drive 70kmj je kan.. fuh.. kebetulan pulak aku dari awal lagi memang dok line kanan lepas tu baru aku masuk line tengah( jalan ni ada 3 line). Ngam2 masuk line tengah, baru nampak polis tengah tembak, agak2 kene saman tak? Akan ku ingat tarikh ni selamanya.. 

Tu kejadian pertama. 
Ada kejadian kedua. Kilang aku start keje kol 9 pagi. So area kol 855/901 pagi tu memang sesak la kereta nak masuk ke parking kilang. Hari ni ada satu lori panjang- trailer yang nak cuba masuk kilang depan. Ok aku slow kan kereta. Nampak kereta depan aku still lepas lagi. Tak nak la amik risiko sebab dulu pernah kene sekali. Tapi bila aku stop kereta, lori tu nampak gaya nak juga terus reverse.. Makk aiiii... Dia macam langsung tak nampak aku..Apa lagi tekan hon bertalu2 la.. Sampai la guard kilang tu keluar dan tengok, then arahkan aku jalan dulu.. Kereta da panjang beratur belakang aku..memang teruk la driver lori tuh. Guard kilang pun sama teruk!!! Tapi bersyukur juga sebab lori tu tak terus reverse. Kalau tak, memang hancur la kereta aku- sejarah lama berulang kembali.. 

Haizzz macam2 hal berlaku hari ni..
Ok sambung buat keje..

Monday, March 3, 2014

PERANCANGAN DALAM KEHIDUPAN.

Dalam hidup ni bukan saja waktu bekerja kita perlukan perancangan, kehidupan seharian kita juga perlukan perancangan rapi.

Selain waktu kerja, (aktiviti aku kat rumah) aku akan buat ikut suka. Bila free, aku buat, bila aku rasa aku busy-penat, nak rehat2 sambil layan internet or tv, aku akan delay siapkan sampai aku kadang2 terkejar2.. hahahah buruk perangai ok..

Start bulan march ni, aku ada buat satu rules baru pada diri aku.
Matlamat utama ialah: perasaan mesti lebih bagus dari bulan sebelom ni, dan juga cara nak jimat duit belanja. Perasaan ni adalah subjektif kan, so.. fokus utama dah jadi cara nak kurangkan duit belanja.

Bab pertama yang aku nak cuba adalah: bab memasak..hohoho doa la moga2 aku diberi kekuatan.. Ini cara yang paling mudah wei nak jimat duit...

Minggu ni aku sediakan menu satu minggu terus.. 

1/3: isi ayam goreng, sayur goreng : ok done
2/3: ayam masak merah, sayur goreng : ok done
3/3: meehon goreng, fish fillet : ok done
4/3: daging goreng, sayur air kobis
5/3: meehon goreng, ayam goreng
6/3: spageti, nuget
7/3: ayam masak merah, sayur air

Setakat ni aku ontrack lagi, still follow menu2 ni..Makanya, carta perbelanjaan mingguan kat pasar pun da berubah, beli barang apa yang nak digunakan saja...Haaa bagus kan? tak la membazir kalau ada lebihan..Begitu juga bila beli kat pasar raya, aku akan listkan siap2 apa barang yang betul2 da habis atau dah nak habis..Baru cari dan letak dalam troli.

Bab kedua adalah: tabahkan hati dari godaan nafsu membeli barang tak perlu.. Haha baru2 ni aku tdo sampai termimpi2 nak pakai kereta baru. Nak myvi nak myvi.. kereta yang pertama aku beli- kancil, tu pun pakai duit ptptn, hahah pastu bulanan ayah aku bayar, aku bayar start aku keje sampai la aku beli kereta kedua- myvi. Lepastu kancil bagi kat adik kedua aku, myvi bagi kat adik bongsu aku- aku pakai kereta gen2 encik suami.. Dan lately ni teringin nak pakai myvi balik!!! Apa punya perasaan da... Nak amik balik myvi lama aku memang tak boleh la kan... Dulu pakai verbal agreement, keta tu akan jadi hak adik aku.. So terbayang2 la kereta baru.. Jangan nani... nafsu tuh..

Sama juga dengan jam tangan... Jam sekarang ni, asik mati2 je.. Bateri dah pun tukar, tapi still tak ada perubahan.. Jam baru dah menari2 depan mata ni.. Ohoi.. setakat ni ok lagi, berjaya kawal nafsu lagi..
Hmmm macam2 la kan...

Ok tu saja lah nak membebel. Sambung lain kali. Semoga misi aku kali ni tercapai. 
Bye.