Monday, June 30, 2014

RAMADAN KEDUA.

Hari kedua berpuasa. Kilang aku cuti. So duduk rumah je, tak pergi mana2. 

Encik suami pulak kerja. Katanya nak balik awal. Aku duduk2 tengok tv skang ni. Layan saja cerita apa yang ada. 

Esok da start keje balik. Ramadan special sebab aku pilih masuk kerja pukul 7 balik pukul 4 petang. Maknanya aku keluar rumah pukul 630 pagi. Sekali dengan encik suami. Tapi tak pe. Balik awal punya pasal. Sanggup. Arrgh esok kat opis mesti mengantuk time skang ni.. Kuikuikui

Semalam aku bangun sahur pukul 430. Masak2 semua pukul 5 baru siap. Tak boleh jadi. Hari ni bangun awal sikit. Pukul 4 pagi alarm da bunyi. Memandangkan aku kene masak menu sahur supaya nampak selera makan, jadi aku kene pikir menu lain2 setiapkali.

Semalam sahur nasi, isi ayam goreng, sayur goreng. Hari ni nasi, daging kicap, sayur goreng. Esok tak pasti lagi. Malam ni baru fikir.

Menu berbuka puasa pulak, encik suami prefer yang goreng2. Mee goreng la mihun goreng la, tapi kalau masak nasi pun, ok jer. Bagus tak cerewet haha. Semalam da masak mihun hari ni belom fikir lagi. Ingat nak goreng la mee ke kue teow ke.. Tapi barang takde. Kang kalau rajin bole pergi cari.

Area rumah baru ni, lokasi bazar ramadan tak dapat dikenalpasti. Ahahahha mana nak cari, tak tahu la. Jadi memang kene gigih masak sendiri.

Ok la. stop tulis. Nak fokus kat cerita. Lepas tu kemas rumah sikit2. Kemalasan melanda.

Wednesday, June 25, 2014

TIGA SITUASI

Kes malam tadi: 

Aku malas masak. Ikutkan sangat kata hati. Sampai rumah je mesti la badan penat. Jadi decide makan luar. Walaupun da rendam sotong nak buat lauk tu.

Makan kat restoren XXX. Aku order mee bandung, sate, encik suami mee goreng mamak, minum air sirap. Semua makanan da sampai kecuali mee bandung aku. Lepas tu tengok2 makanan yang keluar semua bukan hala ke meja aku. Da tanya dekat pelayan pun still lambat juga. Last2 aku decide cancel order. Tak kuasa aku nak tunggu. Hilang lapar aku dah.

Moral of the story- Bukan semua kedai makan servis cepat. And bukan selalu terjadi pun kes ni kat aku. Tapi ada la 2-3 kali. Normally bila ada isu macam ni kat kedai makan, aku akan banned kedai ni selama beberapa bulan. Sampai la aku sendiri da bole lupa. Baru aku pergi balik. Jadi mulai hari ni, nyah kau sifat malas dari diri aku. Hehehe

Kes pagi tadi:

Ada hari aku datang awal. Ada hari aku datang lewat. Ikut suka hati aku. Memang parah la kan.. 

Hari ni aku gerak awal. Jadi masuk je parking nampak banyak parking kosong. Dapat parking depan. Line 1. Semalam line 1. Hari ni line 1 juga. Bagus. Tak lama kemudian, ada satu kereta nak masuk parking sebelah aku- kereta A. Time dia nak reverse masuk, datang pulak kereta B. Juga nak reverse masuk parking sebelah kereta A. Jadi dua2 reverse parking sama2. 

Kelur je kereta aku dengar pemandu kereta A sapa pemandu kereta B. Aku ingat dorang ni kawan. Rupanya pemandu kereta A bising2 dekat pemandu kereta B. Katanya tak boleh sabar dulu ke sebelom masuk parking? Tak boleh tunggu?? Aku... pandang saja sambil dengar apa yang dikata. Pemandu B kata tak salah sebab bukan sama2 berebut parking...Pemandu A terus jalan laju2 malas nak berbalas cakap lagi. isk2.

Moral of the story- If confident, bole je nak masuk parking serentak. Takde masalah pun. Dua dua still dapat parking. Tapi kalau aku- memang aku pilih untuk tunggu je. Lepas tu baru masuk. Jadi sikap bersabar amatlah diperlukan kat sini. Oh ya. Pemandu A adalah perempuan. Pemandu B adalah lelaki.

Kes sekarang:

Da beberapa hari aku perasan ada seekor lalat berterbangan kat opis aku ni. Time2 aku buat kerja, time tu la nak lalu2 depan mata aku la. Terbang sana sini. Geram betul tengok. Semak. Tak faham sungguh macam mana ada seekor lalat sesat dalam opis? Ini bukan kedai makan. Ini opis tempat bekerja. 

Kalau ada penyapu kat sebelah aku ni, memang dah lama aku buat pukul lalat..

Moral of the story- Jangan buat opis macam kedai makan. Makan bole tapi berpada2 la. Sedang fikirkan macam mana cara nak halau lalat ni. Bunuh?

Monday, June 23, 2014

CUACA PANAS

Cuaca sekarang panas.. Ada angin bertiup pun rasa angin kering. Kene sentiasa duduk bawah kipas. Kat rumah, buat kerja sikit pun berpeluh2 macam hapa. Kene banyak minum air. Supaya badan tak kehilangan air. 

Macam aku. Solutionnya: minum performance drink (PD) shaklee. Cuaca panas, tekak haus, minum PD yang dibancuh sejuk2.. Heaven..PD ni antara fungsinya untuk elakkan kehilangan bendalir dari badan.

Lepas tu aku ada berkenalan dengan satu produk: Bio essence miracle bio water.


Spray air. Ada banyak kelebihan. Semua peringkat usia boleh guna spray ni. Aku guna bila time panas2, badan penat2, spray je satu badan dengan miracle bio water ni. Membantu menyejukkan badan. Lebihkurang macam kita basuh muka la time panas2. Cuma beza miracle water ni membantu dari segi penjagaan kulit.

Miracle water ni juga bantu make up untuk tahan lama. Cara nak guna, after pakai foundation spray kat muka. Lepas tu biarkan dia kering sendiri. Tapi aku nak cepat, after 2-3 minit aku lap2 sikit pakai tisu. Lepas kering baru pakai bedak muka. Sapu nipis je..Tak perlu tebal2. Jadi muka tak la nampak berminyak. Bole tahan sampai pukul 2-3 waktu aku zuhur kat opis biasanya sebelum aku cuci muka balik. Best2.

Cuaca panas ni sila lah kurangkan aktiviti luar. Macan aku sekarang rasa malas nak pergi jalan2 time siang hari. Nak jalan ke apa, tunggu malam. Syok sikit sejuk je rasa. Ok hari baru semangat baru- kerja melambak pending. Nak start bersiap pergi kerja. Daaa..

Sunday, June 22, 2014

MASAK.

Pagi tadi aku bfast: mihun goreng dengan cucur bilis.


Syukur la.Dari tak ada langsung.
Lunch pulak makan nasi putih plus ayam panggang serai dengan sayur kobis goreng. Konon nak cuba bakar guna oven, sampai la ni tak tertunai lagi. Pakai je pemanggang ajaib..Ni gambar sebelom masak:


Lepas masak, pandai2 imagine la. Ayam aku terhangus ok. Leka sekejap tadi, tambah pulak pasang api besar, memang MASAK.

Malam ni, aku pun da buntu nak masak apa- tunggu encik suami beli hot burger a.k.a burger leleh. Rasa burger ok tapi sos terlampau banyak sampai meleleh2. Tu yang melekat nama burger leleh. 

Nak dekat ramadan ni, antara aktiviti aku: study balik buku2 resepi, nak plan menu untuk sahur dan berbuka puasa. Ooo banyak kali masak dalam bulan ni. Tak apa la. Sebulan saja dalam setahun. Be prepared. Ok itu je nak tulis. Bye

Tuesday, June 17, 2014

PIN TUDUNG.

Sejak2 aku pandai sket pakai shawl ni, mula la aku nak cari peniti tudung. Aku perlu peniti untuk pin kan lilitan selendang dekat atas kepala. Biasanya aku pakai pin peniti yang buat jahit tu.

Tapi banyak kali aku perasan pin tu kadang ada masalah- eh atau aku yang masalah? ha ha ha Kadang2 aku pakai, ada ke dia bole tembus ke kain shawl aku. Lepas tu ada hari yang lilitan belakang tu jatuh sebab tak kene pin pun. Haih, google nak search peniti baru. Nak pergi kedai beli memang tak ada masa. Sebab nak stop satu kedai, belek2 barang. Meh beli online..


Pin2it by Neena Anuar. Barang baru dapat hari ni.. Yeay tak sabar nak pakai.. kuikuikui.. Aku memang suka beli berpasang2an. Supaya bila hilang ada ganti. Opss tapi setakat ni barang aku jarang hilang. Harap2 la.. Ok tunggu hujung minggu bergaya dengan pin tudung baru.. Daa

Saturday, June 14, 2014

RESEPI: ISI AYAM MASAK BLACKPEPPER.

Ada orang kata- makan berdua, lebih baik masak jer. JIMAT.
Ada juga orang kata- makan berdua, beli je la. JIMAT.

Tengok keadaan, jimat yang macam mana. Kalau masak sendiri, jimat duit. Daripada membayar sejumlah harga, kalau dibandingkan dengan kos raw material untuk memasak, berapa je kan..Dan kalau makan luar pulak, jimat tenaga, jimat masa. Daripada kelentang kelentung kat dapur, lepas tu nak mengemas membasuh segala periuk pinggan, cepat lagi kalau kita start enjin kereta, parking, order makanan.

Kata kunci sebenarnya rajin atau malas.
Ada hari kalau aku rajin, penat ke tak penat, aku masak sendiri. Ada juga hari kalau aku penat sangat, kita makan luar je. Tak pun order. Bak kata encik suami, aku atleast sekali seminggu mesti nak makan luar. Eheheh sentap I tau, bila nak tercapai hasrat untuk hari2 masak ni..uhuhuh

Nadlene, ko tanya aku napa aku lama tak up resepi baru kan? Sebeb aku lama dah tak cuba sangat resepi baru. Biasa pakai resepi recycle je.. Ulang2. 

Ni menu aku malam tadi. Masak weii tak larat kerja mengorder je..


Kali nak share resepi isi ayam masak black pepper. Tu yang kaler macam gelap2 tu..

BAHAN2: Isi ayam potong kecik2, bawang merah bawang putih, lada merah lada hijau, hiris halus2, sos blackpepper, sedikit air.

Bahan2 nak salut dengan ayam: dua sudu tepung gandum, dua sude tepung beras, garam sikit, lada sulah sikit. Gaul semua campuran sampai sebati. Isi ayam tu salut telur kemudian salut campurang tepung ni. Panaskan dua cawan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Kemudian ketepikan. 

Tumis bahan hirisan, bila dah naik bau, masukkan serbuk maggi cukup rasa, lepas tu tuang sos blackpepper. kemudian kacau.. Tambah sikit air.. Adjust rasa. Bila da ok, masukkan balik isi ayam yang dah digoreng tadi.. Gaul sebati. Bole la dihidangkan. Makan dengan nasi panas.

Ok tu je. Senang kan. Lauk satu lagi tu sayur goreng style campak2 jer. Asal ada. Heheh 

Aku sebenarnya baru balik dari pasar ni. Hujan lebat kat rumah- tido best. Nak start masak lunch. Encik suami kerja hari ni. Halfday katanya. Aku masak dulu. Ok Bye.

Thursday, June 12, 2014

LAGU HINDUSTANI

Aku bukan la peminat hindustan tegar. Tapi ada beberapa lagu dia, filem dia aku layan. Dan ada satu filem yang jadi favourite aku. Erk bukan peminat tegar eh.. Konfius sekejap. Ehehehe

Tiap2 hari pukul 830 pagi aku biasa nya samaada baru nak drive kerete atau dah memang on the way pergi kerja. Dan waktu ni juga biasanya radio malaysia johor ada siarkan lagu hindustani. Kuikuikui

Memang syok la melayan lagu joget2 ni. Guling2 gitu kan..Bole senyum sorang2 dibuatnya. 

Kenapa yer.. Aku rasa lagu hindustan ni walaupun lirik dia tak paham. Tapi keunikan dia, gesekan biola tu..Memang asyik la kalo dengar.. Lagu melayu ada tak yang masukkan bunyi biola dalam muzik? Teringin nak belajar main alatan muzik pulak dah..

Dulu aku ingat masa sekolah rendah- pendidikan muzik belajar tiup seruling. Hohoho best sangat le tu. Seruling je pun kan. Lepas tu kat rumah ayah aku ada la ajar2 aku sikit2 main keyboard.. Tapi lama dah.. Sampai lupa sekarang.. Kalao  tengok kat tv tu, tengok ramli ms conduct orkestra, huh cemana la perasaan dia yer.. 

Ok waktu rehat da habis. Meh la kita sambung kerja. Hmm layan

Wednesday, June 11, 2014

KERJA, HANDPHONE, INTERNET

Aku ni pekerja biasa je. Bukan bos. Tapi kadang2 time buat kerja terfikir- senangnya jadi bos: bole minta itu ini. Arah itu ini. Sebagai orang yang kuat protes, aku kene faham sesuatu dengan lebih mendalam sebelom accept kerja. Makin lama aku kerja makin cepat fikiran aku kata jangan buat double work kerja. Jangan buat benda yang tak kritikal related to one issue. Jangan buat benda yang bukan2.. Sebab apa aku terfikir benda ni- sebab aku rasa makin lama aku di bidang ni, jobskop aku tak lari ke mana. Buat benda sama- cuma terms saja yang beza. Jadi bila aku rasa aku kene buat kerja yang bukan2, aku rasa menyampah. Siap salahkan procedure.

Macam aku sorang saja yang bagus la kan.. Tapi sebenarnya procedure ni menyusahkan. Membebankan.. Aduhai sampai bila aku nak terbelenggu dengan rasa ni, betul2 kene keluar tengok benda lain. Bidang lain. Sekurang2nya lega sikit hati dan perasaan aku. Ok habis bab kerja. Sebenarnya tak berapa selesa nak tulis hal kerja kat sini. Tapi sikit2 ok la kot.. Release tension sekejap.

Hari ni internet connection dekat ipad aku too slow! Aku rasa better lagi iphone. Kenapa dengan line celcom ni? Atau memang patut line ok dekat telefon, ipad kan mana bole buat call. Tetiba teringin nak beli handohone baru. Survey2 jenama Sony. Teringin nak pakai handphone yang screen besar. Samsung awal2 da reject sebab tak tahan nanti asyik kene kutuk dengan encik suami. Tunggu la. Saja survey2 dulu. Lagipun lama dah rasa tak beli handphone baru. Tambah plak, pengaruh drama korea la ni. Semua pakai handphone besar2. Hihihi

Last beli 2012- Sony experia. Lepas kahwin terus pakai iphone, tu pun encik suami punya. Dia beli iphone baru, iphone lama bagi wife pakai. Ikut saja la. Tapi kali ni memang teringin tahap da nak pakai handphone baru. Lepas raya kang baru decide. Lately ni duit mengalir macam air. Sejak masuk rumah baru- ada je benda nak dibeli. Tak pe. Pelan2 kayuh.

Set in mind, tahun ni raya: edisi jimat. Ok sambung kerja dulu. Daa 

p/s: Teringin nak buat spageti aglio olio. Tapi tak pernah makan kat mana2 pun. Macam mana nak tau rasa yang kita masak tu sedap ke tak?

Tuesday, June 10, 2014

MAKAN DAN JALAN.

Line internet macam siput. Jadi aku draft entry so bila ada line nanti senang la aku tinggal publish jer. Aku kan old school sket. 

Siapa peminat durian. Ahad lepas sempat la aku merasa durian cheesecake . Beli dekat secret resepi. Sedap sangat. Terasa duriannya.. durian kan buah bermusim jadi aku kurang pasti selamanya ada menu ni ke atau ikut musim juga. Next time kalao terasa nak makan, bole cepat2 pergi beli. 

Semalam petang hujan lebat. Nasib aku da balik rumah awal. Jadi takde la aku nak menghadap kilat guruh petir kat luar. Atleast bila da masuk rumah terasa selamat sikit. Takde pergi mana pun cuti- encik suami kerja. Jadi aku heret la adik aku kuar sama. 

Makan lunch kat secret resepi.

Chicken mushroom kot. Amik lunch set. Bole tahan la rasa dia. Bila makanan ada depan mata- sedap tak sedap sila makan saja. Sebab kita kene bayar. Jadi terus makan je. Tengok2 area kek- ada durian cheesecake, hmm tapi tak beli. Sebab masih kenyang. Bila perut kenyang automatically nafsu membeli especially makanan- kurang. Ni tips: Elakkan shopping waktu kita lapar. Nanti habis semua benda tak perlu pun kita beli. Membazir. Sebelom shopping - makan kenyang2. 

Masuk jusco beli rak sangkut baju. Nak kurangkan kerja aku melipat kain- elok beli rak banyak2 so baju gantung je. Memudahkan kerja. Ini je cara yang aku nampak. Sebab biasanya lepas baju kering aku letak dalam bakul sebelom dilipat. Lepas tu kain dalam bakul tak juga lipat2 jadi bila nak pakai dah renyuk2.. Sedih je tengok. Skang biar je kat rak sidai baju tu. Kang bila da baju lain nak sidai, guna rak sebelah dia. Murah je single rak rm22.90 aka rm23.
Kalau tak cukup memang bole je beli lagi. Hahahah.

Ok la waktu rehat da nak habis. Sambung nanti.

p/s: Lambatnya masa berlalu. Isk2..

Saturday, June 7, 2014

BIG BAD WOLF JB, DEFECT RUMAH

Pertama kali pegi. Selama ni baca review blogger saja. Macam2 buku murah katanya. Aku tadi hanya beli satu buku jer. RM8. Memang murah.


Novel2 melayu kurang pilihan. Nasib la kurang lagipun sekarang aku jarang baca novel. Beli pun bila penulis favourite ada kuar buku baru.

Hari ni pekerja kontraktor developer datang rumah aku. Bilik air masterbedroom bocor. Rembes air..


Teruk kan? Ini kali kedua. Kali pertama dia cuma letak satu chemical untuk halang air meresap masuk lagi. Hari ni kali kedua pun sama. Letak chemical sampai air tak meresap. Jadi bahagian bawah ni kene double triple cat untuk hilangkan warna kuning2 tuh. Ooooh. sakit betul hati. Tak pasti macam mana kontraktor developer buat kerja. Nak cepat punya pasal sampai kerja tak ikut spesifikasi. Mungkin.

Ini first masalah pertama lepas sebulan duduk sini. Kita tengok la nanti apa lagi lepas ni.

Friday, June 6, 2014

IDEA

Hoorey Isnin cuti ganti. So sekarang mood nak bekerja biasa2 juga. Ingat nak cuti saja. I like.. hihihi

Hujan lebat kat kilang aku ni.. Hujan rahmat. Nampaknya angin pun kuat kat luar tu...Nasib la aku tak ada plan nak keluar pergi supplier ke. Kalau ada, risau juga.. Kesian juga pada supplier yang kene deliver barang kat aku. Tengah2 hujan ni kan.. Harap2 tunggu hujan teduh baru gerak yer..

Kerja? Static je.. Semua kerja aku pending. Pending confirmation la pending submission la. Jadi di hari2 terakhir kerja minggu ni meh la kita bersenang lenang. Lalalalaalala

Malam ni nak masak apa yer... 

Thursday, June 5, 2014

KUCING OOO KUCING

Macam mana cara nak elakkan kucing dari membuang najis kat rumah kita? Alahai rumah aku ni cuma ada tanah seciput jer.. Mula2 ingatkan nak simen habis. Tapi sebab encik suami plan nak tampal rumput hiasan tu, sementara nak survey2 harga rumput dengan pasir, kucing da selamat membuang najis. Cis..

Pagi tadi sebelom aku pergi kerja. Time drive keluar kereta aku nampak kucing berlegar2 kat depan pagar rumah. Nak keluar dari kereta- halau. Aku malas lagipun hari ni aku saja test keluar rumah lewat, pukul 830. Sampai parking kilang 850. Ok la tu kan.. Tambah pulak sejak pakai autogate ni. Memudahkan kerja. Alhamdulillah.. Hujan tak risau lagi.. Yeay... Cuma kalo ada rezeki lebih sikit lagi, plan nak tukar gate terus. Ini perancangan tahun tahun tahun depan..Tak pasti bila. Rezeki Allah nak bagi- mana tau kan?.

Ramadan da nak dekat.. be prepared. Kene masak sahur hari2- encik suami sahur nasi. Lepas tu fikir menu nak berbuka puasa. Lepas tu fikir preparation nak sambut hari raya. Aku- bersederhana saja lah. Takde nya nak beli macam2...

Ok sambil buat kerja sambil post blog. Multi tasking konon.