Thursday, August 28, 2014

ENGINEER.

Ada masa lagi nak update blog.Masa balik tadi aku berselisih jalan dengan orang yang baru balik dari supplier. Aku syak dia mesti budak design or manufacturing team. Tapi gaya memang nampak macam manufacturing. Entah la tak kisah pun sebenarnya.

Yang aku kisahkan ialah perasaan dia tatkala naik tangga menuju ke opis sedangkan waktu tu ramai orang berpusu-pusu turun tangga nak balik rumah. Ouch touching betul.. Aku pernah rasa perasaan tu. Cukup la sekali. Sejak tu bila kata aku kene keluar pergi supplier, sebolehnya aku terus arrange sebelah petang- after lunch, habis urusan terus balik rumah.. Nak masuk opis balik? Petang-petang? Oooh tidak..ha ha ha

Banyak perkara yang 'mengajar' aku sepanjang jadi engineer ni. Position je gah, tapi kerja.. Fuhh.. pejam mata buat pelan-pelan sudah. Opps tiba tiba jadi sesi luahan hati pulak..

Ok bersiap nak pergi beli barang ni. Sambung nanti..

TOM YAM KUNG

Semalam dinner aku masak tom yam kung.. Sempat la borong sotong dengan udang dekat @mart kempas. Kuikuikui

 
Tu dia barang2 untuk masak tom yam kung ni. Pakai pes adabi jer. Aku suka masak2 style senang macam ni. Jimat masa dan tenaga. So campak semua dalam periuk- follow instruction dekat paket. Kemudian tunggu sampai mendidih. Sambil tu masak nasi. Bila encik suami balik kerja, dia kene goreng telur dadar. Manja kan. Goreng telur pun harapkan suami. Ahahah bukan apa. Telur dadar nanti jadi telur hancur je nanti.


Tom yam kung siap.... Yeay boleh makan..Semalam makan awal.. Lepas tu malam sikit makan lagi puding custard..


Ok duduk rumah kerja makan saja. Tak boleh jadi. 
Moral of story: Elok bekerja.
Bye.

Wednesday, August 27, 2014

RESEPI: PUDING CUSTARD JAGUNG.

Ini barang lama dah aku beli. Sejak ramadan lagi. Konon nak buat dessert makanan raya. Sekali tak dak. Tak buat. Hari ni baru buat. Aku cuti. Reason... la la la la

Ok bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung custard
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin jagung creamy
1 tin susu cair
3 cawan air

Cara masak: Satu kan semua bahan dalam kuali.


Masak atas api sederhana. Kacau hingga likat. Lepas tu masukkan dalam bekas. 


Ini je bekas yang aku ada. Bantai je. Asal ada bekas. Tengok la surface dia. Senget-senget. Aku main tuang je. Sejuk kan sekejap. Dah sejuk baru masuk freeze. Lepas tu bole makan.. Ok senang je kan, lain kali boleh buat lagi. Daaa..

Monday, August 25, 2014

RESEPI: NASI AYAM LAGI.

Hari isnin sinonim dengan Monday Blues. .. Opss da janji dengan diri sendiri untuk elakkan bercakap perkara negative. Ok banyak benda nak kene follow up hari ni. Hampir kesemua urgent.. 

Ni ha nak juga letak gambar nasi ayam tak seberapa aku tu. Ha ha ha


Resepi meh aku tulis lagi. Nak kuatkan ingatan katanya. Nanti takde la lupa.

1. Tumis bawang merah bawang putih halia sampai naik bau. Masukkan rempah sekawan- kayu manis, buah pelaga, bunga lawang. Masukkan air. Biar sampai mendidih.
2. Masukkan garam gula, serbuk kunyit.. Lepas tu kacau sikit. Masukkan ayam. Rebus sampai empuk.
3. Bila ayam dah empuk, keluarkan ayam, sejukkan seketika kemudian sapu dengan sos tiram. Lepas tu goreng macam biasa.
4. Masak nasi macam biasa, guna air rebusan ayam. Tu aku tak pandai masak guna rice coocker, jadi masak pakai periuk jer. Opss ada hangus2 sket kat keliling tu..
5. Cara masak sambal pulak. Just blender saja cili merah dengan bawang putih, letak sikir air rebusan ayam. Kemudian masak atas api kecil. Sambil tu masukkan garam gula dengan cuka. Rasa sket, kalao ok, bole la matikan api.. He he yeay nasi ayam versi simple siap.

Sunday, August 24, 2014

RESEPI: IKAN SIAKAP SWEET SOUR.

Tayang-tayang lauk semalam. Ikan siakap masak sweet sour dengan sayur sawi tumis telur. 


Itu ikan siakap, encik suami yang goreng. Aku kan penakut goreng style letup-letup ni. Tapi ikan ni sebelom aku goreng, aku da salut tepung tebal-tebal. Tepung jagung dengan tepung gandum. Bantai je kan.. Asal salut tepung. Dan nampaknya takde de pun adegan letup bagai. I is penakut okey..

Resepi sweetsour dia pulak. Tumis bawang merah bawang putih, masukkan sayur campur, tumis lagi. Masukkan sos tomato dengan sos cili. Kacau lagi. Baru masukkan setin nenas. Termasuk airnya sekali. Siap. Jirus ke atas ikan. He he he
Meh close up lagi..


Semalam petang ada berita menyedihkan. Makcik aku meninggal dunia. Dia memang sakit. Dah sampai ajalnya. Jadi petang semalam bergegas la balik kampung. Tak dapat duduk lama kat sana, sebab ayah aku kene kerja hari ni. So kitorang gerak balik sebelum maghrib. Jenazah akan dikebumi hari ni. Sebab semalam nak tunggu adik beradiknya sampai. Apapun harap keluarga pakcik aku tabah. Alfatihah.

Ok menu hari ni ulang masak nasi ayam. Adik aku sampai tanya-sedap sangat ker? Ha ha ha resepi simple je kot. So rasa takde masalah nak repeat. Dah macam mak aku punya style- masak sampai jemu. Oh keh.. Jom la kita prepare barang. Cepat masak cepat la makan. hihihi Kalau sempat aku snap gambar. Nak ganti entry lepas yang tak bergambar tu... Ok sambung nanti.

Thursday, August 21, 2014

SKIM PELABURAN, JANGAN MUDAH TERPEDAYA.

Peringatan untuk diri sendiri juga. Berhati-hatilah bila memilih skim
pelaburan. Moga-moga kita tidak terpedaya. 

Aku printsecreen je- malas taip.




HUJAN RAHMAT.

Aku perasan lately ni musim hujan. Asal petang je hujan. Hujan bawa rahmat. 

Semalam aku notice ada sikit bocor kat hall atas dalam rumah aku. Betul-betul air menitik dekat depan pintu masterbedroom. Tak la banjir sampai melimpah or air mengalir, just macam air masuk tempis gitu. Kene call developer & request dorang fix the problem. Hari ni hujan agak lebat juga. Harap-harap jangan la air masuk lagi.

Semalam juga aku notice wiper belakang gen2 tu dah rosak. Drive dalam keadaan hujan, pemandangan terhad. So bila nak on wiper belakang. ehhhh tak naik-naik. Naik sikit je. Sikit sangat. Suku pun tak sampai. Kat rumah, aku try on lagi. Tengok-tengok memang patah dah loose. Kene tukar baru la jawabnya. Wow banyak nak di tukar kat gen2 ni. Dari sebelum raya lagi. Sampai sekarang belum tukar. Tunggu turn. Ha ha Kumpul dulu banyak2 baru tukar sekaligus. Jangan-jangan tukar kereta. Ok sila pasang niat dulu dan allocate wishlist ni nak duduk tangga berapa. Wishlist yang sedia ada pun belum tau bila nak tertunai. Angan-angan dulu.. I like....

Hari ni aku ada sikit masa nak membebel dekat blog sebab mood tak berapa nak ada untuk buat kerja. Kalau diturut rasa hati nak je halfday. Tapi memikirkan itu dan ini. Terus tak jadi- banyak sangat fikir, end up tak buat apa-apa la. Tak ada hasil.

Lambat lagi nak sampai waktu balik.  Hmm apa lagi nak cerita.. Oooh apa agaknya menu malam ni yer. Minggu ni aku banyak makan mee. Mee goreng, spagetti goreng, spagetti bolognese, semalam repeat mee goreng lagi. Ok fine. Jemu sudah. Apa boleh buat. Itu menu yang paling simple dan cepat. Cepat tu penting ok sebab balik rumah petang-petang..ooooh alangkah best nya kalau tinggal makan jer(dalam mimpi) ha ha ha

This weekend nak masak nasi ayam lagi dengan ikan siakap sweet sour. Sabtu dan ahad. Tapi ikan da order siap-siap dekat mak aku. Tengok dulu ada stok ke tak.

Ok banyak cerita dah. Stop entry dulu. Next time kita story mory lagi.

Sunday, August 17, 2014

RESEPI: NASI AYAM.

Entry kali ni tak bergambar, tapi aku tetap nak tulis juga, untuk rujukan di kemudian hari. Mana la tau kan.. Ada masa kita ni boleh jadi pelupa sikit. Hari ni masak nasi ayam. Refer dekat youtube saja. Tapi bila kita dah buat dan terus tulis, akan bertambah la ingatan. Tak bole jadi, lain kali aku kene juga letak gambar.

Ok bahan yang diperlukan: ayam, bawang merah, bawanh putih, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, garam,gula, serbuk kunyit, daun pandan, beras, sos tiram, lada merah, cuka

Cara membuat: ni aku tulis step yang paling mudah.
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, diikuti bawang merah, halia. Bila naik bau, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang.
2. Masukkan air.. Kacau rata. biarkan sampai mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan garam, gula, serbuk kunyit, kacau lagi- kemudian masukkan ayam, Masak sehingga ayam empuk,
4. Bila ayam da empuk, keluarkan dari sup tadi.
5. Masak nasi macam biasa, tapi campurkan dengan sup rebusan ayam dan daun pandan.
6. Ayam di sapu dengan sos tiram. Kemudian goreng macam biasa. Berhati-hati sebab ayam ni meletup bila digoreng. Goreng sekejap je, ayam pun da masak bila direbus tadi.
7. Kisar lada merah, bawang putih bersama air rebusan ayam tadi, masak atas kuali, sehingga pekat. Jangan lupa campurkan garam, gula, dan cuka. 

Ok siap.. yeay bole makan.. he he

Wednesday, August 13, 2014

DUIT ROSAK.

Pagi ni, aku check duit dalam purse. Jumpa duit macam ni..


Serius aku pelik. Kertas duit ni rapuh sangat ke sampai banyak kali aku dapat duit cacat macam ni?

Tak faham..Aku tak sampai hati nak guna duit kalo keadaannya macam ni. Alamatnya duduk dalam laci saja la ye.. Syukur bukan nilai besar.

Tuesday, August 12, 2014

HANDBAG

Update blog asik la bertangguh. Sampai ke sudah tak update. Mana bole macam tu kan.. Ada je masa lapang, taip je la sikit-sikit. Sibuk macam mana sekalipun kene cari masa juga. he he

Ni kisah beberapa hari lepas. Aku ni suka la survey2 online seller handbag. Walaupun aku jarang membeli. Sebab aku style pakai beg sampai lunyai. Da koyak-koyak baru terhegeh-hegeh nak cari beg baru. Kadang sakit hati juga tapi apakan daya. Perasaan kalau aku ada dua handbag aku akan jadi confuse- mana satu nak guna. Ha ha ha

Survey punya survey jumpa gambar
handbag ni: 


Oooooohhh my.....design lebih kurang sama dengan bag yang aku beli hari tuh: Beg aku ni murah jer... (abaikan background cadar)

Inspired by.. heheheh
p/s: dua tahun lagi baru beli beg baru. sekarang berangan-angan dulu.

Friday, August 8, 2014

RESEPI: SPAGETTI GORENG

Pernah mencuba masak spagetti goreng sebelum ni, kali ni aku buat lagi tapi guna resepi lain. Rasanya, ini lah resepi yang paling ok.


Bahan- bahan kisar: bawang merah, bawang putih, lada kering yang direbus.

Spageti direbus untuk dua orang makan. Udang dan sotong sikit. Garam, gula, sos tomato sikit.

Cara masak yang sangat la senang.
Tumis bahan kisar, sampai garing. Masukkan garam, gula dan sos tomato. Bila rasa dah ok, masukkan udang dan sotong. Biarkan seketika. Kemudian barulah masukkan spageti yang da direbus. Gaul rata. Yeay siap. hehe

Tuesday, August 5, 2014

SUAMI BUKAN HAK KITA.

Aku dapat post ni dari group whatsApp. Tak pasti la betul ke tak. Aku upload takde nak padam nama ke apa ke. Satu pun tak. Ni sebijik dengan apa yang aku dapat. Tapi jangan la pulak lepas ni pergi search nama orang ni kat facebook sana. Tak ada masa ok, dan jangan buang masa. Tertarik dengan apa yang ditulis, meh la aku mengulas sikit. 

Oooh perlu diberitahu ni adalah pendapat aku saja. Berdasarkan interpretasi aku kepada apa yang aku baca, apa yang aku dengar dan apa yang aku lihat. Ni pendapat aku semata2. Personal opinion. Jangan nak macam2 kat sini. Ha ha ha.


Memang benar, suami bukan hak milik kita sepenuhnya. Suami hak milik Allah- sebagai hamba-Nya. Interaksi suami dengan orang sekeliling juga menunjukkan dia bukan hak kita sorang. So bertoleransi la. Nama pun hidup bermasyarakat, dan ada tujuan tertentu. 

Yang jadi tak sedapnya tu bila ayat seterusnya: 

KALAU ADA ORANG LAIN NAK BERLAKIKAN SUAMI KITA, BAGI JER LA. BUKAN LUAK PUN.

Statement ni jangan buat main2. Ada lelaki yang kurang sikit akal tapi banyak sangat nafsu, memang suka putar belit ayat2 macam ni. Bila cakap perkataan poligami, memang semua perempuan mata besar. Terketap2 bibir. Hmm..

Dalam islam, poligami dibolehkan. Tapi disertai dengan syarat2 tertentu. Sebagai contoh: Mampu, adil, dan juga kene ada strong reason mengapa nak buka cawangan baru. Bukan suka2. Sebab perkahwinan mestilah disertai dengan tanggungjawab. Ok ni semua orang faham. Aku pun tak nak la jadi ustazah segera kat sini. 

Orang yang nak bersuamikan laki orang juga kene paham. Hak dia, kat mana kedudukan dia. Jangan la nak melebih2. Banyak kes yang jadi hari ni, lelaki bila da beristeri baru, lupa tanggungjawab. Lupa isteri pertama. Anak dibiarkan sengsara. Tak bagi nafkah padahal itu tanggungjawab. Senang kata tak faham langsung erti tanggungjawab.Sebab tu orang perempuan kurang suka bab2 berkongsi ni. Nanti ada je yang tak kena. 
Sebab satu perkataan- tanggungjawab. 

Aku rasa kalau lelaki mampu, bertanggungjawab dan adil, poligami tak akan jadi nightmare pada seorang isteri. Tapi hari ni banyak yang sebaliknya berlaku. Banyak sangat contoh.  Nak kupas kat sini sampai esok pun tak habis.

Jadi bab2 sensitif macam ni.. jangan lah nak di jadikan isu. Untuk lelaki yang ada memasang niat. Sila cermin diri dulu. Ada sebab kenapa isteri meroyan mati-mati tak bagi suami kahwin lain. Sebab dia isteri, duduk serumah tidur sekatil dengan anda. Dia tahu siapa diri anda in and out.  Untuk perempuan yang berhajat nak bersuamikan laki orang. Sila bersedia. Bersedia mental dan fizikal. Dan tolong sedar diri anda. Jangan nak mencabar kedudukan isteri pertama. Kalau anda berniat jahat, tak mustahil satu hari nanti kejahatan akan berpaling kepada anda. Ok sekian.

Sunday, August 3, 2014

KERJA LEPAS RAYA.

Da tujuh syawal. Maksud cuti da habis. Cuti raya. Esok masa untuk start kerja. Antara benda yang paling aku rindu dalam bulan ramadan ialah: waktu kerja awal. Pukul 7 masuk. Habis ramadan balik semula ke waktu asal, pukul 9. Sebenarnya tak kisah pun masuk kerja pukul 9 atau pukul 7. Sebab waktu balik kerja yang lebih penting. Jadi masuk lambat maka balik pun lambat la. Sedih.

Lama bercuti ni mental kene prepare. Da kene plan apa pending item nak kene follow up esok.. apa target.. Ohoi.. moga dipermudahkan urusan..

Oooh nak cerita sikit pasal hari raya. Mestila lebih bermakna sebab raya rumah baru.. yeay.. dan juga terima kasih la pada kawan2 sekolah/utm yang sudi singgah rumah yang tak seberapa ni.. Happy sangat dapat jumpa kawan2. he he

Ok malam ni ada program raya rumah abang ipar. Jalan2 terakhir sebelom start naik kerja esok. Woooo haa..