Thursday, July 31, 2014

JUADAH RAYA

Ini menu raya tahun ni. Nasi tomato (lagi), ayam masak merah (biasa), rendang daging (baru try). Tu da siap2 packing nak bagi family dan mertua rasa sikit. 


Sebelum terlupa, meh la kita share resepi. Kang bila2 masa nak masak lagi bole la check balik. 

Resepi Rendang Daging.
Bahan- daging setengah kilo, potong kecil. Bahan kisar- bawang merah, bawang putih, halia, serai. Rempah rendang adabi, santan, garam dan gula. Daun kunyit dan daun limau purut di hiris halus.

Cara masak- masukkan daging dalam kuali. Masak sampai airnya kering. Bila dah kering, masukkan minyak sikit, dan bahan tumis. Tumis bahan, sekali gaul dengan daging yang dah kering airnya tu. Bila da sebati dan naik bau, masukkan rempah rendang. Kacau2 lagi.. lepas tu masukkan santan, garam gula dan daun yang di hiris. Kemudian biar dan tunggu sampai airnya kering. Bila da kering, bole la angkat dan makan. he he

Resepi ayam masak merah- ini da pernah buat dulu, tapi kali ni resepi lain sket.
Bahan- kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia, tomato, cili kering secukupnya. Ayam potong kecil2 ikut suka, gaul dengan garam dan kunyit. 

Cara masak- senang je. Goreng ayam hingga setengah masak. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Masukkan gula dan garam. Kalau suka, bole tambah sos cili. Bila rasa dah ok, masukkan ayam yang di goreng tadi. Gaul rata. Siap. 

Resepi nasi tomato.
Sila lah beli perencah segera. Masak ikut arahan yang diberikan. Ha ha. Sampai hari ni aku fail kalo masak guna rempah. Tapi ni bila masak pakai perencah.. so-so la ha ha. 

Ok itu je nak tulis.
Hari ni patut hari gaji. Sob sob sob..baru nak dapat gaji kan.. Sabar je la.

Thursday, July 24, 2014

RESEPI: TOMYAM CAMPUR

Ni cerita bape hari lepas. Lately ni da makin kurang idea nak masak apa untuk berbuka puasa. Selalu singgah kedai time balik rumah, berfikir banyak kali. Apa menu nak masak. Yang ni, aku decide masak tomyam dengan telur dadar jer. Take note that itu telur dadar encik suami yang masak. Hehe aku? Scramble egg je jadinya nanti. 

Aku baru try resepi tomyam yang rasanya ok setakat ni.. Hasil dari search kat pakcik google, resepi as below:

Bawang putih 3 biji diketuk, bawang holland setengah biji dihiris. Cili padi 5 biji, daun limau purut, serai 2 batang di ketuk. Kiub tomyam 2 biji. 

Sotong, udang or isi ayam. Ini terpulang bape banyak. 

Cara nak masak sangatlah simple. Tumis bawang putih sampai naik bau. Lepas tu masukkan serai. Masukkan air secukupnya, tambah kiub tomyam 2. Masukkan cili padi, daun limau purut. Tunggu sekejap agak2 kiub semua da hancur, masukkan seafood. Tapi sebelom tu masukkan garam sikit, gula sikit. Biar je sampai mendidih. Kemudian siap. Boleh makan panas2. Nah layan gambar sket:

 
Siap beli karipap giant lagi. Ha ha. Ok bye.

Tuesday, July 22, 2014

SUNAN-NANGGROE SANG KEMBARA

Bila tertengok drama adaptasi novel- rindu awak 200%. Teringin nak beli novel dia. Sebab drama slow sangat la. Encik suami rajin melayan aku pergi kedai buku. Meh jalan kat plaza angsana. 

Tup2 beli buku ni:

Lama da usha buku ni. Dulu masa mula2 keluar edisi hard cover. Alahai terasa mahal la pulak bila nak membeli. Tunggu punya tunggu sampai lupa. Jadi tadi bila da jumpa cover biasa. Belek harga. Ok mampu milik. Jom beli. Novel adaptasi drama, lupakan saja. 

Sinopsis cerita: nah baca belakang buku saja. 

Ok bole plan bila masa free nak allocate untuk baca novel.. Lama da tak baca buku.. Isk isk. Last time aku baca- satu buku amik masa berminggu baru habis. Harap kali ni tak la macam tu.Tips dia. Jangan beli buku baru selagi buku yang ada tak habis di baca. Memang berkesan  tips ni.. Cuba ok. Daaa. Nak tidur ni. Esok kene bangun sahur.

Sunday, July 13, 2014

AIR.

Bulan ramadan ni, sedia maklum- agak susah nak maintain minum air masak sekurang2nya dua liter per day. Siang hari berpuasa. Masa berbuka da terfikir macam2. Nafsu melebih2. Isk2. 

Untung aku ada beli benda ni..


Botol tupperware ni. Jadi aku pastikan setiap kali lepas sahur dan lepas buka- aku akan minum sekurang2nya 500ml plus 700ml air. Botol favourite- purple and pink. Senang kan? 

Aku bukan la pengumpul tupperware tegar. Tapi bila tengok katalog dia kadang2 tergugat juga iman ni. Bijak strategi marketing dia- keluarkan plastic ada design sikit2, lepas tu warna pelbagai. Limited edition.. Tapi aku kene sedar diri la. Beli sebab keperluan atau kehendak. Duit bole pakai untuk part lain yang lebih memerlukan. Ok bye.

Wednesday, July 9, 2014

RESEPI: SPAGETI AGLIO OLIO & ROTI SARDIN.

Aku kan dari sebelum puasa lagi teringin nak makan spageti aglio olio. Sebelum ni tak pernah order lagi kat mana2 restoren. Jadi decide nak buat sendiri. Gigih cari resepi- padahal pilih resepi yang mudah je. Risiko juga masak benda ni dalam bulan puasa. Sebab biasa kalau aku masak spageti. Aku mesti test rasa 2-3 kali nak make sure mee tu da betul2 masak ke belum. Bulan ramadan ni agak2 saja le. Tips dia: pastikan air betul2 mendidih baru masukkan spageti dalam periuk.

Ok bahan2 spageti aglio olio:
Spageti yang direbus dan di toskan.
Bawang putih yang di cincang2. Aku pakai 4 biji. Cincang halus ok.
Serbuk lada hitam yang kasar2 tu.
Minyak zaitun.
Serbuk paprika. Nak pakai cajun pun bole. Ataupun lada kering yang digunting2 nak bagi rasa pedas2 sikit. Stok cajun kat rumah aku expired bulan 8 this year. Hmm sebulan lagi- ke tong sampah la jawabnya.
Udang sikit, sotong sikit.

Cara2:
Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih yang dicincang halus tadi. Jangan biar sampai garing pulak. Letak garam sikit. Masukkan seafood- dalam kes aku ni, udang dengan sotong la. Beli udang besar2 10 ekor je aku amik. Mahal. RM35/kg. Demi spageti aglio olio. kuikuikui
Lepas tu da agak2 masak, masukkan spageti, gaul rata. Kemudian tabur la lada hitam dan paprika. Gaul semua terus gaul sampai sekata. Siap la. Bole hidang.. 


Side order kene ada ok. Kat kedai ke kat rumah ke tetap sama- kene ada. Mula2 aku fikir nak buat roti telur je. Lama dah tak makan. Tup2 encik suami nak roti sardin pulak. So tu roti sardin encik suami yang buat. Nak resepi juga?

Ni dari google search. 
Sardin tu masak dulu. Hancurkan semua
isi ikan sardin tu.
Roti leperkan sikit.. kemudian letak inti sardin tadi dan gulung.
Buat bancuhan: tepung gandum 4 sudu, tepung jagung 1 sudu, garam sikit, dan telur sebiji.. Kacau2 letak air. 
Salutkan roti dengan bancuhan tu tadi. Kemudian goreng.. Goreng sampai kekuningan. kuikuikui Sedap juga rasanya. Lain kali bole buat lagi. Ok. 
Kat opis ni, tadi pagi hujan. Rasa sedap je kalau tidur ni. Kerja kerja kerja. 

Monday, July 7, 2014

SAH W.

Kat opis ni aku ada cari orang. Sejak minggu lepas lagi. Cari2 tak jumpa. Tengok2 nama da tak de dalam list employee. Pelik ni. Tanya teammate dia. Rupanya da resign. Ini kekurangan kilang ni. Hanya orang tertentu tahu kalao ada staff resign. Dulu kilang lama aku, bole email satu kilang untuk beritahu kita nak resign..

Risik2 reason resign. Team mate dia kata  budak tu nak duduk rumah. Nak buat home tuition. Tak pastila sahih ke tak. Tapi budak tu baru je register wedding. Maybe future husband dia bole support life lepas kawen kot. Ok fine.. best2.. Duduk rumah. Keje pun kalao asik berulang benda sama- hilang efficiency aku ni. Da tak efektif. kuikuikui

Normally orang biasa dengar SAH M- stay at home mother. Tapi kalo aku SAH W- stay at home wife... bole tak? hahahah Nanti duduk rumah bole buat macam2.. (ye ke bole?? mata ke atas)
Hahahha belom bole nak berhenti keje ni.. Kene tunggu atleast 4-5 tahun lagi. Tu pun tak pasti lagi. Yang penting sekarang kene kerja kasi settle bayar kereta sampai habis. Niat ke arah itu - SAH W tetap ada. Selalu ada. Ok meh sambung kerja..

Thursday, July 3, 2014

BANTUAN LAGI.

Kadang2 muak pulak rasa bila baca berita macam ni: Seriously MUAK.

 
Dorang ni selalu sangat dapat bantuan. Banyak sangat duit kerajaan ni?? Aku keje kilang je. Memang takde bantuan apa pun. Hidup seadanya dengan apa yang ada.

Apa pun rezeki masing2 kan.. Rezeki tak semestinya dalam bentuk kewangan.. Ok itu je nak tulis.

RESEPI: MEE GORENG MAMAK

Semalam teringin makan mee goreng mamak. Nak keluar beli kat bazar, agak susah sikit. Jadi decide to cook. Google search resepi. Jumpa. Nak kata mudah, tak mudah. Nak kata susah, tak susah. So-so je.. 

Ok meh share resepi. 

Bahan2: mee kuning, daging hiris nipis, sosej hiris nipis, udang. Sawi sikit, telur dua biji, serbuk maggi cukup rasa, air sikit. Sos tiram, sos cili, kicap.

Bahan tumis: bawang merah sebiji, bawang putih 3 biji, lada kering 6 tangkai yang di rebus. Semua ni di kisar lumat.

Cara memasak:
Tumis bahan kisar, sampai garing, lepas tu masukkan daging. Masak sampai air kering. Lepas tu masukkan udang, sosej.. masukkan maggi cukup rasa. Tambah air sikit kalau terlalu kering..Kacau2 lagi.. lepas tu masukan sos tiram sos cili kicap. kacau lagi.. kemudian masukkan sayur..

Sekarang bole la masukkan mee. Kacau rata. Da agak2 sebati. Ketepikan mee, tuang telur dalam kuali. Kacau sampai agak2 separuh masak, terus gaul bersama mee tadi.. Haaa senang je rupanya ni..

Next time bole la cuba buat lagi.. Rasanya? Cuba sendiri baru tau.. ha ha
Nah tepek gambar...


Itu je nak share. Ok bye. 

Tuesday, July 1, 2014

PAGI INI.

Datang kerja pagi2. Suasana segar je. Awal pagi kan.. Jalan lengang, parking kosong.. Aku drive pun 90km/h je.. percaya tak? Sila lah percaya. Agak2 kalau hari2 macam ni kan best. Ok bersyukur. Setahun sekali masuk keje awal balik keje awal. Doa2 la moga management company bagi flexible working hour in future. Heheheh

Semalam buka hanya beli kat bazar je. Rasa boring sangat2. Gigih la juga berjalan2 ke plaza angsana. Sempat rembat set teko. Aku takde pun set teko selama ni. Ni baru terkial2 nak beli. Kot2 ada tetamu datang bole la hidang air teh.

Tengok2 sekarang da banyak kedai start jual baju raya. Macam2 gaya macam2 warna. Rambang mata. Tak tahu nak decide warna apa. Fesyen pun da pelbagai. Aku tengok je la. Sebab aku kan old school. Beli kain, buat baju kurung biasa je. Siap ada kocek! hahahahah I like. Aku selesa macam ni. Kalau ada yang bercakap belakang. Pedulikan lah.

Ooooh baru pukul 730 rupanya.. Aduhai.. mata da start zzzzz.. Kene tampar muka sendiri kejap ni. Ok la fokus kerja dulu. Ada masa kang bebel lagi. Daa..