Wednesday, January 28, 2015

TANDAS.

Baru-baru ni, tandas jadi satu issue untuk staff building aku.
Entah kenapa, tandas sekarang ni nampaknya macam kene kongsi dengan operator.
Hasilnya, masa menunggu untuk dapat masuk ke tandas, adalah terlalu lama dari kebiasaan!! 
Sampai pernah sekali aku pergi toilet dekat next building..sebab tak nak tunggu lama.
Cuba bayangkan...

Antara contoh keadaan yang salah seorang staff nyatakan dalam email aduan kepada property department, yang mana bila kau nampak or hadapi, memang geram je...

1. Operator suka duduk dalam tandas lama-lama. Kita pun paham la, kadang-kadang "urusan" tu boleh jadi amik masa juga, tapi, tak kan 4 bilik tandas fully occupied dalam satu-satu masa! Lepas tu boleh pulak dorang keluar dari bilik tandas seperti tak ada apa yg berlaku, sedangkan dorang patut nampak berapa ramai orang yang sedang tunggu turn.

2. Operator bunyikan lagu dari handphone dan nyanyi kuat-kuat. Ada ke patut?? Bayangkan la kau tengah duduk dalam bilik tandas, tiba-tiba ada suara menyanyi! Nak buat "urusan" pun terganggu!

3. Operator main game dalam handphone dengan bunyi yang kuat.. Tu sama la kes, mengganggu betul. Sikit pun tak fikir orang lain. Belum masuk dengan perangai dorang yang suka berborak-borak kuat-kuat!! 

4. Ada sesetengah operator, beberapa kali aku terserempak, sedang elok je mencuci muka ala facial wash dekat spa, ada yang bermekap-mekap, betulkan tudung, betulkan baju...dekat kawasan sinki dan cermin. Kadang-kadang aku nampak tisu basah dia tinggalkan jer tepi sinki, ingat ada bibik dia nak kutipkan ke apa! Ooh sebut pasal tisu, bukan tepi sinki saja, kadang dekat toilet bowl pun sama, atau dekat penutup toilet bowl, aiiyooo geli betul la.

Jadi sekarang, masa untuk aku ke tandas memang terganggu. Selain daripada perangai operator ni, building yang aku duduk sekarang ni pun banyak buat masalah. Kadang-kadang tandas, tak ada elektrik, so bila black out, totally memang gelap dan tak boleh masuk tandas la. Atau pun kadang-kadang, air kecik, kadang-kadang lampu ada, tapi pam tandas tak berfungsi. So tak boleh flush.. Haih, building baru, tapi banyak masalah. 

Pelik kan dengan attitude operator ni. Aku tengok dorang suka sangat melepak dalam tandas.
Kadang boleh borak-borak, bergurau senda, main handphone...

Aku cuba berfikir baik, mungkin itu je la area yang paling dekat dengan workshop dorang. Jadi sementara ada masa rehat sikit, lepak tandas saja. Mungkin. Tapi apa yang dorang buat tu, secara tak langsung menyusahkan orang lain. Tapi dorang tak faham. Tahap pemikiran lain, tak sama. Itu je yang aku boleh cakap. Paling tak syok, semua operator melayu.

Dulu kilang lama, operator warga indonesia. Hmm lagi la perangai. Tak sanggup nak tulis kat sini.
Aku bukan la jenis cerewet sangat. Tapi mana-mana aku pergi pun, aku memang mengharapkan tandas dalam keadaan elok dan bersih seolah-olah macam rumah.. Dan kalau nak tau, setiapkali aku terasa sakit perut, rasanya nak je aku cabut balik rumah sekejap..Ha ha ha Gigih tak gigih je la..Erk, tapi aku blom pernah buat lagi..

Dengarnya, property department akan buat sesuatu untuk atasi masalah ni. Buat masa sekarang ni, dia just minta operations leader untuk educate operator semua. Tak pe, kita tengok nanti ada improvement ke tidak. Ok bye.

Tuesday, January 27, 2015

JANGAN LA JADI RAJA DI JALAN RAYA.

Lama tak menulis, bukan apa, lately minda macam slow nak taip entry. Plus, taip entry nak kene ada mood, as usual.. Mood aku mana tah, asik lari jer.. Meh tangkap meh.

Pagi ni aku pergi kerja macam biasa. Dekat highway, nampak ada dua trailer bawak barang.
Lepas tol je, dah nampak trailer ni dipandu laju, seolah berlumba-lumba. Tengok sekali lagi, lori memang sarat dengan muatan barang. Biasanya lori yang dipandu laju, lori kosong. Tanpa muatan barang. 

Sudah la jalan tu ditutup jadi satu lane, lori tu kenderaan besar, lepas tu boleh bawak laju lagi?
Serius aku nampak memang lori B nak kejar lori A, lepas tu dorang tunda dekat antara satu sama lain. Apakah kau ingat jalan raya ni padang permainan??

Nyawa bukan taruhan ok, bukan sesuatu yang kita boleh tukar ganti, atau beli kat mana-mana.
Sekali melayang, memang terus jalan.. Takde nak balik-balik.
Aku yg naik kereta biasa pun dah kecut bila jalan saing dengan lori, apatah lagi driver kereta kecik macam kancil atau viva.. Lagi la kecut perut..

Sebelum apa-apa yang buruk berlaku, sila la berhati-hati..
p/s: even though aku kadangkala drive sampai 130km/j dekat highway, tapi biasanya cepat-cepat aku kene sedar diri... kereta atas nama encik suami, kang kalo kene speed trap.. tak ke kantoi disitu.
Berhati-hati di jalan raya, hargai nyawa. Sayang diri, sayang keluarga.

Sunday, January 18, 2015

RESEPI: DAGING MASAK PEDAS.

Aku nampak kawan aku share resepi dekat facebook. Sekarang ni apa pun semua dari facebook. Tapi pandai-pandai la pilih. Ada buruk baiknya.

Ok lauk hari ni daging masak pedas.
(Gigih upload entry lepas habis masak)


Cara masak:
1. Rebus daging sampai empuk. Terpulang la daging untuk berapa orang makan. 
2. Kisar sebiji bawang merah, 4 ulas bawang putih, halia, kunyit, cili padi (aku pakai 10 batang-pedas woo) dan setengah sudu serbuk ketumbar. Resepi suruh tumbuk. Aku takde lesung. Pakai blender kisar saja sudah.
3. Tumis bahan kisar tadi sampai wangi. Letak garam gula secukup rasa. Tambah air sikit buat kuah. Kalau nak.
4. Rasa dah sedang elok, masukkan daging yang direbus tadi. Gaul sekata dan hidangkan. Yeay siap.

Ok tu kisah lauk hari ni. Aku hidangkan dengan lemak labu. Tu tak payah letak kat blog la. Lauk biasa masak je pun.

Dah jom makan..

Friday, January 9, 2015

MAKAN MALAM.

Agak lama juga aku tak masak nasi berlauk untuk makan malam. Serius. Sejak akhir-akhir ni, menu mee mihun mee mihun spageti. Jadi malam ni kita ubah selera. Meh makan nasi..


Nasi putih + sotong masak kicap + sayur sawi goreng. Bole lah.. Syukur dengan apa yang ada yer.. Hihihi. 

Jadual menu mingguan dah siap. Cuma tak pasti boleh follow ke tak. Tengok nanti macam mana.

Tuesday, January 6, 2015

KELEBIHAN DATANG KERJA AWAL.

Tak pasti la aku nak sekadar cakap-cakap kosong atau apa.
Azam setiap hari nak datang awal.
Tapi awal entah kemana.

Hari ni aku datang lambat. Keluar rumah lambat, pengakhirannya masuk parking kilang pun lambat. Bestnya kilang aku sediakan parking untuk staff begitu banyak lot parking. Jadi tak ada masalah parking kalau lambat masuk. Cuma yang tak sedap tu. Kena parking belakang la. Hari ni aku parking lane 5!!! Yang mana lead to risiko aku kene lari atau jalan cepat-cepat kalau hujan. 

On the way jalan kali masuk kilang. Hati membebel.
Datang awal, parking depan.
Datang awal, parking depan.
Datang awal, parking depan.

Jadi kalau nak selamat, nak parking area depan-depan.. SILA DATANG AWAL. Hmm...

Monday, January 5, 2015

PERSONALITI DIRI

Walaupun aku tak tahu benda ni betul ke tidak.
Aku suka je nak try.
Macam ala- ala additional tools untuk lebih kenal diri.
Bukan apa, kadang tu kita ni senang nak over react terhadap sesuatu.
So meh layan, kenal siapa diri aku..Ha ha suka-suka je kan..
Bila aku buat, saja je aku memang tak share dekat fb. Fb pun macam hidup segan mati tak mahu.
Suam-suam kuku.


Antara dua, paling aku suka, age test.
Kalau ikut tahun, 2015 umur aku 31 tahun.
Tapi ikut tarikh lahir, aku baru je genap 30 tahun bulan disember yang lalu.
Nampak kan? Lepas jawab semua soalan, nampak sangat aku ni betul-betul setahun lebih muda.. 
Ayat nak sedapkan hati. 

Am I easy going person? 
Aku rasa yes. In terms of friendship. Sekali lagi puji diri sendiri. Aku harap orang yang kenal dengan aku pun bersetuju dengan statement ni la kan.. Erk..

Personality test yang pertama tu. Aku tak sure dah pernah share dalam blog atau belum. 
Lama dulu aku buat. Aku huraikan..

1. Jealous.
Dulu kala, aku memang kuat jeles, ha ha kisah dulu-dulu kan.
Contoh yang paling aku ingat: takde siapa pun boleh usik hak aku. Makk aii, ego tinggi melangit.
Bila masa berlalu, umur pun dah meningkat. Aku pun da belajar kawal diri. Sekarang ni, redha je la dengan apa yang ada. Kita terapkan konsep bersyukur..Ubah diri.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu adalah yang terbaik,bagi kamu"
Pegang ayat tu.
Agaknya sebab tu jealous cuma 47% je sekarang. 

2. Creative.
Ooooh ni entah la, sebab aku akui, aku memang tak kreatif langsung.
Orang kata tak seni. Aku minat seni, tapi bidang muzik. Aku suka lagu-lagu. Tradisional, Balada, Rock.
Bab seni kreatif yang macam lukis-lukis, buat-buat...Tak reti.
Aku tak pandai hias-hias, buat apa-apa art. Tengok je la rumah aku ni, hambar je. Ha ha
Tapi aku kreatif selesaikan masalah. Aku kreatif dengan fakta. Tapi tak bermaksud aku pandai menipu yer. 

3. Intelligent.
Hmm pada aku, sederhana.
Zaman belajar aku bukan la cemerlang bijak pandai, tapi tak bermakna aku ni bodoh-bodoh alang.
Sederhana je.. Nasib ada kerjaya yang boleh dikatakan bagus. Walaupun keje kat kilang je.
Tapi gaji ok la, boleh bagi mak ayah sikit, lepas hutang-hutang semua. Syukur..

4. Attractive.
Tak pasti apa yang buat aku attractive.
Tiba-tiba teringat, someone pernah kata kat aku, bunyi ketawa aku menarik.
Huiiii someone tu ialah encik suami..So bajet aku kene ketawa hari-hari la untuk nampak menarik. 
Memang tak. Aku cepat hot temper, tu masalah.

5. Trustworthy.
Yes. This is me. Bukan puji diri sendiri. InsyaAllah, aku boleh dipercayai. Tak nak la tulis lebih lagi. Kang kata aku up diri sendiri.

Dah. Tulis entry pagi-pagi hari.
Sambil layan tv. Rasa da nak kene tidur ni, nak charge diri untuk kerja pulak..
Awal tahun 2015, mentaliti kene ubah.
Ok semoga kebaikan sentiasa mengiringi diri kita sentiasa yer..
Sekian.