Wednesday, February 25, 2015

NILAI YANG BAIK.

Hari ni aku dapat satu pengajaran. Sebenarnya yang kedua. Oleh orang yang sama. Tersentak, bila fikir dengan waras. Ada betul nya, jadi jangan nak banyak bunyi. Kene ubah sikap.

Latar persekitaran: di tempat kerja.
Seseorang telefon aku tanya bila masa lapang untuk berjumpa. Aku terdiam. Tangan masa tu sedang sibuk cari email sambil mata membaca sesuatu. Ditanya adakah aku sibuk? Ya. Jawapannya aku memang tengah sibuk sikit. 

Kemudian aku ditanya lagi, kenapa setiapkali semua orang pun akan kata dia sedang sibuk bila dicari??
Aku pun erkk... terkedu tak tahu nak kata apa.. Ketawa saja.

Dan disambung lagi. "Kalau orang lain cari saya, saya akan kata ok apa yang saya boleh bantu?"
Nampak tak nilai moral kat sini?

Di ketika yang lain. Dalam mesyuarat.. Aku bagitahu nak tamatkan perbincangan awal. Sebab aku belum solat zuhur. Aku ditanya "mengapa masih belum solat? saya dah solat awal-awal lagi." Masa tu jam pukul 3.30 petang. Hmm aku senyum-senyum saja.

Oooh apakah???
Pengajaran:
1. Solat sebolehnya di awal waktu.
2. Sila layan orang dengan sebaiknya, bila berkerjasama.

Ok itu jer nak cerita. Bye.

No comments:

Post a Comment