Saturday, March 28, 2015

MASALAH.

"Masalah tidak akan membiarkan anda dalam keadaan yang ada, ia akan membawa anda pada keadaan yang lebih buruk atau lebih baik. Apa yang terjadi pada anda tidak penting. Yang penting adalah apa yang anda lakukan terhadap apa yang terjadi kepada anda"

Semua orang ada masalah. Siapa yang tak ada? Amboi selesa sangat la kehidupan. 
Bohong. Aku percaya cara kita tangani masalah boleh mematangkan diri kita. Dari segi pemikiran, tingkahlaku dan emosi.

Tak kira lah apa juga jenis masalah, peribadi, keluarga, kerjaya, semuanya harus ditangani dengan waras. Sebab pemikiran yang waras, akan menghasilkan tindakan yang logik dan efektif. 

Jadi, bila berhadapan dengan masalah, cuba bertenang. Kawal emosi. Emosi yang berlebihan boleh mengganggu pemikiran.

Stay cool. Calm down.
Be happy..Sayangi diri sendiri. 

Friday, March 27, 2015

TIPS MENJADI PENDENGAR YANG BAIK.

Satu bahagian dalam buku Teori Adam dan Hawa, menarik untuk aku kongsikan kat sini, bagaimana untuk jadi pendengar terbaik. Langkah-langkahnya adalah:

1. Berikan perhatian penuh kepada orang yang sedang bercakap.

Apabila seseorang sedang bercakap dengan kita, tumpukan perhatian kepadanya. Berhentilah dari melakukan sesuatu dan dengar dengan teliti apa yang ingin dikatakan.

2. Fokus pada matanya.

Semasa si dia bercakap, pandang matanya. Fokus, renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Ini akan membuatkan dia lebih gembira untuk meneruskan cerita.

3. Jangan mencelah atau memberikan pendapat.

Elakkan mencelah atau memberi pendapat. Ini sangat-sangat mematikan mood dan semangat orang yang berbicara dengan kita. Mereka hanya ingin meluah perasaan dan bukannya meminta pendapat kita ketika itu. Jadi jangan sesekali memberikan pendapat kecuali apabila diminta berbuat demikian.

4. Bertanyakan soalan.

Tanya soalan yang berkaitan dengan apa yang diceritakan. Soalan mestila berbentuk open-ended question dan bukan nya close-ended question. Ini menunjukkan yang kita juga berminat dengan cerita yang dikongsikan.

5. Berikan sokongan kepadanya.

Sekiranya  si dia sedang marah-marah, dengarkan sahaja. Beri sokongan yang kita juga berpihak kepadanya.

6. Pengulangan sebagai penegasan kepada apa yang diperkatakan.

Kita juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan kita ini mendengar ceritanya.

7. Diam dan jangan respon.

Jika si dia sedang berbicara tentang diri kita, adalah lebih baik kita berdiam diri dan jangan memberi sebarang respon. Bertahan telingan dan dengar sahaja apa yang dikatakan. Biar dia meluah apa yang terbuku di perasaan. Bila keadaan sudah reda, barulah kita bercakap.

Harap perkongsian ni membantu dan memberi manfaat untuk kita semua.

Monday, March 23, 2015

MENU.

Menu yang sentiasa ada dalam list: mee goreng dengan isi ayam goreng.
Sepinggan tu share dua orang. Jimat pinggan, jimat glo. Semua pun edisi serba jimat.


Kalau makan luar pun, order mee goreng juga. Isi ayam takde la kan.. 
Jadi masak sendiri je la, selagi boleh..selagi mampu.
Bab rasa?? Setiapkali masak pun masih cuba perbaiki.
Alhamdulillah, belom pernah sakit perut teruk bila makan makanan yang dimasak sendiri.
Hehehhe

Hari ni cuti sempena Istiadat Kesultanan Sultan Johor.
Encik suami pergi kerja kejap katanya. Waktu sibuk sekarang ni..

Jadi untuk breakfast..
Cekodok pisang..Makin improve nampaknya. 
Dulu leper-leper. Sekarang nampak la bentuk nya..
Baru ku tahu cara sebenar membuatnya.
Practise makes perfect.
Cuba banyak kali. Tak apa.
Akhirnya mesti berjaya.


Makan sebiji dua la. Balance makan sama dengan encik suami bila dia balik nanti. Tak syok la makan sorang!

Monday, March 16, 2015

MANA LEBIH SEDAP, BUATAN SENDIRI ATAU ORDER DELIVERY?

Tadi dinner aku makan : pizza buatan sendiri.


Sebelum membakar, sapu sos prego dekat roti gardenia, letak pepperoni, kemudian tabur la mozarella cheese atasnya..


Masuk oven, set 180degree, bakar 10 minit, tapi aku baru je 9 minit da sibuk nak off oven. Tak sabar nak makan. Konon. Padahal lapar. 


Amboi cheese hampir menutupi beef pepperoni. Macam sedap je..Tunggu sejuk kejap.


Ok siap hidang. Masa untuk makan.. Banyak sangat aku buat rupanya. Sampai ada balance dua keping lagi. Makan esok la nampaknya.

Rasanya? Sedap la. Nak kene pukul kalao tak puji makanan sendiri??  Ha ha ha, jimat la sekejap. Daripada nak order delivery pizza. Elok la buat sendiri guna apa bahan yang ada kat rumah ni. Pengakhirannya, kenyang juga...Alhamdulillah..

DAH BERHAJAT SANGAT, ELOK LA DIBELI SAJA.

Ok kali ni betul-betul tak tahan. 
Aku dah ada sofina3 blue color. 
Kali ni nak aim warna nude or red or purple??? 
Rambang mata. Semua pun nak.
Kene kira budget dulu..
Macam ada sikit budget. So pilih satu color lagi yer.. 
1st choice macam nude, dari 1st launching lagi da aim nude.
Tapi hanya dapat beli blue. Nude cepat sangat sold out.
Nude macam warna kat bawah ni.


Masa dorang restock sofina3 hari tu, aku dalam dilema sama ada nak beli ke tak.
If beli pun, masih tak pasti nak pilih nude or purple or red, sekali lagi. Tiba-tiba je kan.. ha ha ha
Pengalaman sendiri pakai beg ni, ooohh sangat la best.. 
Selesa dan beg boleh sumbat macam-macam.
Selalu aku pakai gaya macam model ni. Bawak pergi ofis ke jalan-jalan shopping ker..


Kali ni dorang nak restock lagi. Pre order. Ok da tak tertahan, so mesti beli. 
Tambah pulak katanya ni last production sofina3 in its 6 colors.
Ada satu hari lagi nak fikir sama ada kekal nude atau pilih red atau purple.
Macam lebih berat kepada red. Tunggu je la. Nak usha-usha IG orang yang tag sofina3, cari idea, hihihi

Tuesday, March 10, 2015

TULISAN DI MALAM HARI.

Ini kisah lauk ahad lepas kot. Beli ikan siakap. Tak tahu nak masak apa. Asik la sweetsour jer. Boring ok. Decide goreng lepas tu makan dengan sambal. Sedap juga wei...


Hari ni penat sangat kerja. Mana ada kerja yang tak penat eh.. Ape daa..penat-penat pun sampai rumah kene juga memasak. Jimattt duit.. Kurangkan delivery yer.. Menu mingguan aku dah siapkan hari ni. Tapi lupa nak bawak balik rumah. Esok je la..

Rutin harian sebelum tidur. Makan sebiji b-complex dengan dua biji ostematrix.
InsyaAllah esok mudah bangun dari tidur.


Layan NCIS kat tv, sambil tunggu kain siap basuh. Mata da mengantuk ni..Oooh hari ni aku tengok sofina3 2nd batch semua da sold out. Akhirnya berjaya juga aku tahan diri dari membeli. Cukup la dulu pakai sofina3 blue padahal first aim dulu warna nude. Ok takpe. Kumpul duit lagi. Aku yakin nanti mesti ada restock kat sometimes bag tuh. SOHO pun restock banyak kali. If ada memang aku rembat nude and purple, eh red pun menggoda juga.. Zzzzzzzz

Thursday, March 5, 2015

PEMANDU YANG PENTINGKAN DIRI.

Setiapkali aku habis masak, aku suka sangat nak tangkap gambar masakan. Bukan bermaksud nak menunjuk-nunjuk. Tapi aku rasa lebih kepada kenangan. Bonus kalau aku dapat upload dalam blog. Tak kisah la berapa kali aku masak lauk sama pun. Asal ada kenangan. Update blog pun ikut kerajinan kan..

Hari ni aku masak daging halia bijan. Oooh semalam ayam bijan lepas tu cuba resepi guna daging pulak. Tapi lepas siap aku rasa macam lebih kepada daging kicap. Cuma tak ada la bawang semua.


Lawan dengan telur dadar jer. Ingat nak goreng sayur. Tapi konon malas nak banyak pakai kuali. Sekali bila nak goreng telur, tetap kene pakai kuali lain. Ok fine. Layan saja la.

Hari ni pagi lagi mood dah spoil. Dekat persimpangan rumah aku, ada satu simpang. Aku selalu jer bila sampai kat simpang ni, berhenti untuk bagi kereta masuk. Tambahan pulak traffic light lambat nak hijau. Jadi takde masalah bagi aku if nak tunggu. 

Tadi aku berniat la nak bagi laluan pada kereta yang masuk, sangat malang sekali kereta dekat lane kiri semua saja drive laju-laju. Sebab dorang semua laju, kereta tak boleh masuk simpang dan kereta belakang aku start hon. Geram betul, padahal trafic light merah lagi kot. Yang kau tak sabar-sabar dah kenapa. Memang bengang.

Time aku tulis entry ni aku tengah tunggu kek coklat masak. Dah sejam duduk dalam oven tapi bila cucuk, still tak masak-masak. Pengalaman aku buat kek ni, kene cuba berkali-kali baru jadi. Ni 1st time buat kek coklat guna adunan sendiri, kita tengok je la nanti.

Ada lagi, hari ni juga aku terkesan dengan sesuatu yang tak disangka-sangka. Nanti la, kalau ada kekuatan baru aku karang entry. Kalau tak, lebih baik simpan sendiri. Some stories better left untold.
Ok stop dulu, sambung next entry.

Monday, March 2, 2015

RESEPI: AYAM MASAK BIJAN.

Falsafah india kuno ada mengatakan:

Jika anda mendapatkan rumah sebagai tempat tinggal, anda beruntung.
Jika anda mendapatkan sesuatu yang dapat menampung hidup, anda cerdik.
Jika anda mendapatkan orang yang boleh hidup bersama dengan saling berkongsi cinta, anda bahagia.
Jika anda memiliki semua itu, bererti anda orang yang paling kaya.

Itu hanyalah falsafah ok. Kaya ni terpulang la pada definisi setiap individu. 
Ok tutup cerita falsafah. Semalam aku mencuba resepi baru. Sebelum lupa, baik la aku tulis siap-siap.


Ayam masak bijan.
Mudah dan senang saja rupanya.
Meh la kita kongsi resepi.

Bahan-bahan:
1. Ayam potong kecik-kecik
2. Minyak bijan
3. Halia hiris-hiris nipis
4. Air sikit
5. Garam jika perlu
6. Kicap

Cara masak:
Aku guna pemanggang ajaib. 
Tumis halia dengan minyak bijan.. Time ni da terbau-bau ala bubur ayam mcD.
Bila da harum, terus masukkan ayam.
Balik-balikkan ayam.
Tutup kuali. Lepas 15 minit, check ayam, tambahkan sikit air supaya ayam tak kering. Tutup kuali lagi. 10 minit kemudian check ayam. Tambah kicap. Kemudian masak la sampai ayam empuk sepenuhnya..Tambah garam bila perlu.


Aku lawan dengan sayur air sawi letak carrot. Sejak akhir-akhir ni, semua sayur pun aku campurkan dengan carrot. Tapi kene hiris nipis-nipis. Saja nak bagi warna. Bagi menarik sikit. Almaklum la, da tua baru nak berjinak-jinak makan sayur. Tahap kesedaran da makin tinggi, terhadap kesihatan. Jadi silalah makan sayuran dengan banyak.

Ok done, siap la satu entry. Jumpa lagi nanti.

Sunday, March 1, 2015

KELAM KABUT

Semalam mak aku call, bagitahu pakcik dengan makcik aku nak singgah rumah. Waktu dia call, aku dalam perjalanan balik dari cold storage. Ok fine. Sampai rumah, kelam kabut mengemas. Orang yang besarkan "M" macam tu lah.

Aku menyapu, encik suami mengemop lantai. Lap apa yang patut. Sembunyikan apa yang patut. Ha ha ha Ada baiknya juga tetamu nak datang, ada juga push factor aku nak mengemas rumah. Almaklum la. Dua minggu sekali baru terhegeh-hegeh kemas..

Ni lauk lunch semalam. Simple jer..


Malam pula, makan cekodok pisang. Pertama kali buat. Kurang tepung. So lembik. Tapi still manis.


Sedapkan diri sendiri. 
Weekend ni kurang best. Sebab aku selsema. Tengah cuba nak elak kan sakit tekak. Sekarang musim panas. So memang tak tahan. 

Hari ni masak kari daging dengan sayur air bayam. Sekali masak memang habis terus. Mak aku da bising banyak kali suruh masak sekali banyak. Jadi tak perlu aku masak berkali-kali. Tapi entah la. Da terbiasa masak sikit je kan..

Sekarang tengah tunggu mee goreng bungkus kat kedai. Ha ha bijak sangat kan.. Siang masak, malam makan kedai. Tang mana nak berjimat tuh.