Friday, March 27, 2015

TIPS MENJADI PENDENGAR YANG BAIK.

Satu bahagian dalam buku Teori Adam dan Hawa, menarik untuk aku kongsikan kat sini, bagaimana untuk jadi pendengar terbaik. Langkah-langkahnya adalah:

1. Berikan perhatian penuh kepada orang yang sedang bercakap.

Apabila seseorang sedang bercakap dengan kita, tumpukan perhatian kepadanya. Berhentilah dari melakukan sesuatu dan dengar dengan teliti apa yang ingin dikatakan.

2. Fokus pada matanya.

Semasa si dia bercakap, pandang matanya. Fokus, renung dan dengar dengan teliti cerita yang ingin disampaikan. Ini akan membuatkan dia lebih gembira untuk meneruskan cerita.

3. Jangan mencelah atau memberikan pendapat.

Elakkan mencelah atau memberi pendapat. Ini sangat-sangat mematikan mood dan semangat orang yang berbicara dengan kita. Mereka hanya ingin meluah perasaan dan bukannya meminta pendapat kita ketika itu. Jadi jangan sesekali memberikan pendapat kecuali apabila diminta berbuat demikian.

4. Bertanyakan soalan.

Tanya soalan yang berkaitan dengan apa yang diceritakan. Soalan mestila berbentuk open-ended question dan bukan nya close-ended question. Ini menunjukkan yang kita juga berminat dengan cerita yang dikongsikan.

5. Berikan sokongan kepadanya.

Sekiranya  si dia sedang marah-marah, dengarkan sahaja. Beri sokongan yang kita juga berpihak kepadanya.

6. Pengulangan sebagai penegasan kepada apa yang diperkatakan.

Kita juga boleh mengulang semula apa yang si dia katakan bagi menunjukkan kita ini mendengar ceritanya.

7. Diam dan jangan respon.

Jika si dia sedang berbicara tentang diri kita, adalah lebih baik kita berdiam diri dan jangan memberi sebarang respon. Bertahan telingan dan dengar sahaja apa yang dikatakan. Biar dia meluah apa yang terbuku di perasaan. Bila keadaan sudah reda, barulah kita bercakap.

Harap perkongsian ni membantu dan memberi manfaat untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment