Wednesday, April 22, 2015

KENAPA AKU BELI HANDPHONE BARU.

Ini bukan entry menunjuk-nunjuk. Ini sekadar pendapat aku sahaja. Takde kene mengena dengan sesiapa pun. Setelah sekian lama aku memendam hasrat.. Nak beli handphone baru. Kali terakhir aku beli handphone baru masa masih kerja kat kilang lama kot. Lepastu bila kahwin, encik suami beli handphone baru, then handphone dia pass kat aku. sampai la aku decide agree nak beli handphone baru aku sendiri baru-baru ni.

Iphone 6+. Ni handphone terbaru. Nangis tengok duit nak bayar. Habis-duit-bonus-campur-duit-claim-lhdn-aku. Tapi sekurang-kurangnya aku puas hati. 

Aku bukan la peminat Apple. Rasa aku pernah bagitahu dulu, terpengaruh dengan encik suami. Dia memang pengguna iphone tegar. Dari 4, sampai 5, kemudian 6+. Kecik, kecik, ke besar punya skrin.

Barang Apple pertama aku beli ialah Ipad mini. Tu-pun-habis-gaji-ke-13. Reason beli: untuk membolehkan aku online dimana-mana berbanding desktop. Oooh terabai desktop aku. Padahal dulu kau banyak jasa. Erk. Sampai sekarang ok. Terabai. Dengan ipad mini la aku buat update blog, shopping online. Internet banking bagai. Sebab aku da terbiasa dengan panel dia, skrin dia.. Aku jadi makin suka. 

Jadi aku senarai kan kriteria handphone yang aku cari:
1. Skrin kene besar. Macam Samsung punya range handphone semua skrin besar. I like. Tapi encik suami tak suka. Kebetulan Apple release Iphone 6 dengan Iphone 6+, jadi kitorang survey dulu.
2. Kalau bole aku nak display dia sama macam ipad mini. Jadi bila aku survey Iphone 6 dekat kedai, belek punya belek, Iphone 6+ seumpama ipad mini yang sudah dimini kan lagi. I really like. Paling penting, ia lagi ringan berbanding ipad mini. Itu sudah tentu lah kan. 

Setelah aku beli dan guna iphone 6+, satu advantage yang paling aku terasa ialah beg sofina3 aku semakin ringan. Haha Sebab sekarang aku bole online guna iphone 6+ je disebabkan skrinnya besar. Mudah nak baca blog. Berbanding kalau dulu, aku kene bawak ipad mini. Iphone 4 skrin kecik oiii, tak puas nak surf internet. Kadang-kadang bawak power bank. Haih. Beg bawa batu ke apa. Patah bahu aku.

Dengan adanya iphone 6+ ni, mula-mula ipad mini terabai la juga. Ye la, mudah nak online guna handphone. Eleh barang baru mesti la kene excited kan. Konon. Tapi kebiasaannya aku online juga guna ipad. Tak nak la buat dia terabai. Sobs sobs..Kau pun banyak jasa juga.

Masa aku beli iphone ni. Merata kedai Apple aku cari. Call sana sini. Akhirnya ada rezeki dekat "Machine". 

Apa yang aku nampak, zaman sekarang
ni, iphone bukan la handphone jenama mewah dah. Sebab ada juga budak-budak muda dari aku beli iphone 6 sama macam aku. Hah muda-muda da mampu. Aku ni kerja bertahun-tahun baru la terbuka hati nak beli. Bak kata akak senior aku : tak sampai hati nak bayar harga mahal-mahal. Tapi dek kerana minat, tutup sebelah mata saja lah. Ada satu chinese girl, beli iphone siap bayar cash dengan note rm100 ikat dengan getah! Kagum sungguh.

Apa pun terpulang la pada keinginan dan pendapat masing-masing. Cuma macam aku cakap, pakai iphone bukan lambang kemewahan. Ia sebab pengguna suka dengan Apple punya security dan ciri handphone yang ditawarkan. Aku adalah salah satu dari pengguna tu. Disebabkan itu juga, aku harap handphone kali ni aku boleh pakai sehingga 3-4 tahun lagi. Macam handphone aku yang sebelum-sebelum ni.

2 comments:

  1. i luv iphone. Akak pakai iphone4 since 2011 sampai skang masih ok lagi. akak suka features dia yg user friendly. Ari tu usha2 gak iphone6, tapi x sampai hati nk beli pasal iphone4 ni elok lagi... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Suami Yani baru beli iphone5 aritu, before ni dia pakai android sama dengan Yani so senang mobile data sharing/hotspot dengan dia. Tapi lepas pakai iphone, macam renyah je setting iphone dengan android.....me don't like it. Abis dia kena kutuk dengan Yani pasal kes ni. Sampai ngajuk2 bini sebab tak leh guna internet. Hahaha....

    ReplyDelete