Thursday, April 30, 2015

MAKAN LUAR.

Ada beberapa kali aku ternampak post kat FB tentang makan luar. Makan di restoren atau kedai makan. Bukan istilah 'makan luar'. Kat paper pun pernah aku terbaca baru-baru ni kisah suami isteri yang terjumpa seekor lipas dalam mangkuk tomyam! Yerk.. Geli kalau nak dibayangkan. Lepas tu beberapa hari kemudian, aku pergi makan kat kedai, order tomyam. Tengah-tengah makan, terdetik juga hati ni. So cepat-cepat kaut kuah korek-korek lagi apa isi yang ada. Ha ha Gelabah. Nasib tomyam kau sedap. 

Nak kata makan luar tak berapa elok tu, memang betul. Tapi siapa lah kita nak judge orang kan. Aku pun walupun ada list menu masak hari-hari. Kita manusia biasa. Kadang-kadang malas juga. So memang pilihan terakhir adalah makan luar, selain dari order delivery-McD, Pizza Hut, Dominos. Itu pun kalau tekak kau boleh telan la kan..

Walaupun aku kadang cerewet juga bab pilih kedai atau makanan, tapi maafkan je la peniaga sekiranya keadaan macam ni berlaku:

1. Air yang kita pesan tu terlalu manis. Macam kau nak suruh aku potong kaki je bila minum. Mungkin budak pembuat air tu terlebih letak air gula. Tu la, buat kerja sambil mulut bercakap.

2. Makanan yang dipesan lambat sampai. Tak tahu la tukang masak silap kira timings ke atau budak pelayan lambat beritahu orang belakang. Memang boleh buat darah naik. Terutama bila tengah lapar sangat-sangat.

3. Makanan yang dipesan, hasilnya tak sama macam yang kita bayang kan. Tomyam campur, tapi udang 2 ekor, isi ayam sikit-tu pun potong kecil-kecil, sotong sikit. Banyak bawang, serai, daun limau purut jer. Dengan kuah. Oooh kesabaran sangat diperlukan. Masa ni tak  payah la nak sebut-sebut tentang harga. Kau dah order, lepas makan, silakan bayar. Siapa suruh malas masak? 

4. Bila sampai je kedai, dapat meja, tapi pelayan lambat ambil order. Even pekerjanya ramai. Hmm ramai-ramai pun tak guna juga rupanya. Tapi mungkin mereka semua tak perasan ada meja yang belum ambil order. So kita la yang kene lambai-lambai tangan untuk pesan makanan.

Hmm aku kira lepas ni, memang kene fikir dua tiga kali. Jadi, kesimpulannya. Lawan perasaan penat tu untuk masak hari-hari, ok bye.

No comments:

Post a Comment