Saturday, May 30, 2015

ENTRY HUJUNG BULAN.

Eh sekejap je dah nak masuk bulan 6. Pertengahan tahun. Cepatnya masa berlalu. Baru ada masa nak update blog, sementara tengah rebus spageti ni..

Banyak benda nak tulis dekat blog. Tapi tu la. Kekangan masa. Aku yang tak pandai curi masa. Ok sila mengaku kesalahan sendiri. 

Ni lauk dua minggu lepas kot. Nak juga upload kat blog. 


Tak sah katanya. Jadi meh la gila glamer sikit- tayang hasil masakan. Kadang-kadang, memasak pun boleh hilang stress tau. Apa taknya. Lepas masak, makan. Hilang stress. Lepas tu gemuk. Bulan ramadan nanti nak diet. Baru terkial-kial.

Dinner malam ni spageti. Dengan sos prego yang ni:


Macam biasa la, suamiku itu sangat suka mencuba benda baru. Dia nak cuba makan sos variant ni. Layankan jer..Lepas gaul dengan spageti jadi la macam ni- lebih kurang carbonara gamaknya..


Satu pinggan makan la dua orang. Romantika okey. Padahal malas basuh banyak pinggan. Boleh jimat sabun. Eh...

Oh aku ada berita gembira. Sofina3 blue dah selamat disatukan dengan adik dia-Sofina3 nude.. So bags.. Sila berkhidmat untuk aku selama dua tahun lagi. Jangkahayat sorang setahun. Kuikuikui


Confirm, lepas ni boikot web sometimes. Selama dua tahun. Pakai sofina3 sampai lunyai.

Hari tu encik suami pergi outstation kat Labuan. 4 hari boring betul hidup rasanya.. 4 hari juga la makan luar dengan adik aku. Kopak kopak. Sempat la pau dia perfume. Muka kemain happy pertama kali pakai incanto charms..


Ok sambung next entry. 
Masa untuk makan.. Bye.

No comments:

Post a Comment