Tuesday, June 30, 2015

OH KISAH BISKUT DAHLIA DAN AKU.

Aku kan berazam tahun ni nak raya serba jimat. So dengan gigihnya la kan aku belek-belek resepi biskut raya. Nak buat biskut raya sendiri. Begitu. Angan-angan.

Alkisah hari ahad lepas, aku terlajak tidur. Sedar-sedar pukul 525 pagi. Apa je yang sempat dimakan. Kebetulan roti pun takde. Nak minum soya shaklee, rasanya mood pun da takde. Jadi sempat makan kurma dan minum air masak je. Alhamdulilah itu la menu sahur laki
bini. Hari selepasnya terus insaf. Sebelum tidur, niat nak bangun sahur. Niat puasa pun jangan lupa baca juga. 

Masa tengah hari tu, rasa macam takde benda nak buat. Nak mengemas adalah malas. Nanti nak dekat raya barulah kemas rumah besar-besaran. Baru best. So golek sana golek sini depan tv, okey tak boleh jadi. Meh la kita bakar biskut raya. 1st time ni nak buat biskut raya. Rasa entry ni bergambar panjang ni. Sila bersabar ye.

Disebabkan aku ada pinjam acuan kawan aku, so okey la. Kita buat biskut dahlia. Excited wei nak tulis.. Selagi memori masih fresh. Step by step yang aku follow untuk biskut dahlia ni.


Pukul mentega 250g dengan 40g gula castor. Pukul sampai sebati.


Lepas tu campurkan 1/2 cawan susu pekat. Dan pukul sekejap.


Tu rupa dia.. Lepas masuk susu pekat.


400g tepung jagung di ayak sama dengan 1/4 cawan tepung custard. Kemudian dimasukkan ke dalam adunan tadi. Gaul rata sampai semuanya sebati.


Dah siap pun doh adunan.


Ini la rupa acuan yang aku pakai. So lepas doh da ready, aku amik sikit dan masukkan dalam acuan. Jangan lupa tutup doh dengan kain lembab, untuk elakkan doh cepat keras. Maka bermula la sesi terap menerap. Ooooh baru ku tahu.. 


Betapa susahnya terap dengan acuan tuh. Sampai tertunduk-tunduk ala-ala nak sujud aku dibuatnya. Berpeluh-peluh. Muka-mula buat, asik lah tak jadi. Lepas tu sorak kat diri sendiri, okey boleh, sikit lagi, bertahan.. Hah macam tu sekali tau. 

Lama- lama, cannot tahan okey.. setelah berpeluh- peluh, lepas tu siap ketawa sorang-sorang, bayangkan adakah orang lain pun hadapi benda sama, aku give up.


Bentuk kan doh jadi bulat-bulat jer!!! Tuh nampak 3 ketui dah bentuk bulat-bulat. Next dulang pun aku buat cara sama. Hahahaha.


Memang gelak gila-gila. Tengok hasil. Daripada doh terbuang dan membazir, kira halal la. Bakar dalam suhu 170c, 25-30minit, bergantung pada oven masing-masing.

Hasil lepas bakar??? Kelopak dahlia semua penyek. Entah kat mana silapnya. Kene cuba lagi la nampak gaya.


Buat seketika, kecewa gak. Tapi mana ada percubaan kali pertama yang sempurna. Kene cuba lagi. Okey bye.

p/s: Nasib la biskut yang bentuk bulat tuh sedap rasanya. Rangup. Bulat pun bulat la. Ha ha.

Sunday, June 28, 2015

RUMAH BARU

Eh tajuk macam nak kata aku beli rumah baru. Tapi tak la. Adik aku yang plan nak beli rumah baru. 

Semalam sempat la aku pergi rumah contoh. Lama dah tak buat kerja ni. Seingat aku last time aku buat kerja ni masa aku nak beli rumah dulu. Dua tahun lepas. 

Jadi bila kata survey rumah ni, bab paling best ialah survey deko-deko. Oooh yeah. Jom layan gambar. 



Ini ruang tamu. So simple. 


Ini ruang bawah tangga. Ruang yang paling aku suka. Tengah fikir- fikir sama ada bole apply kat rumah aku atau tak.


Simple sangat. Perabot tak perlu sarat. 


Pandangan ke dapur.


Ruang dapur.


Ruang tangga.


Hall kat atas.


Masterbedroom.


Bilik belakang kat atas.


Bilik kedua kat atas.


Bilik kat bawah. Luas juga. 

Ok itu jer. 

Saturday, June 20, 2015

KETIGA RAMADAN.

Sekejap nau da rasa hari ketiga ramadan. Nanti kang tup tup eh dah dua puluh lima hari ramadan.. Lepas tu yeay.. raya raya raya..
Huh macam budak okey.

Disebabkan pertama ramadan jatuh pada hari khamis, maka aku buat keputusan nak amik cuti je hari jumaat (semalam). So cuti la sampai empat hari. Bulan ramadan, aku masuk kerja pukul 8. So nanti kene adjust timing nak bersiap bagai. Dua tahun berturut aku pilih masuk kerja pukul 7. Tahun ni masuk pukul 8. Masuk pukul 7 memang syok, sebab balik awal pukul 4, tapi stress sebab awal sangat. ha ha ha. Tahun ni masuk pukul 8 tak pasti lagi macam mana. Ada yang kata, nanti jalan sesak sebab most of the kilang-kilang area situ pun masuk kerja pukul 8. Entah la.. Kita tengok next monday nanti.

So semalam aku pergi servis kereta. Siap dah terlajak lebih 4ribu km. Nak masuk next servis da. Rajin sangat, macam tu la, terus insaf ok.. Kereta nak pakai lama, so sila lah jaga. Walaupun kereta proton jer..Sentap juga dengar stesen tv kutuk-kutuk proton. Tapi ai is okey jer... Sukahati la nak cakap apa.

Lepas tu pergi pos barang customer.. Alhamdulillah, produk seqy beauty makin diterima ramai. Makin ramai customer yang beli, by pos atau cod. 

Settle semua kerja, balik rumah lepak. Hohoho gaya macam orang kerja kebun.
Dari pertama ramadan, asal masuk zuhur je, mata mengantok, asal zuhur, mata mengantok. 
Mana boleh tahan, nanti bila kat opis, macam mana nak tidur??

So cuti-cuti ni, aku memang akan terlelap sejam lepas waktu zuhur. Lepas tu bila terjaga, tengok jam, aiii tak tahu nak buat apa. hahahah 

Jadi semalam aku gigihkan juga kemas-kemas rumah, almaklumla rajin sangat mengemas, lepas tu sapu halaman rumah, kasi bersih-bersih.

Memang tak boleh la duduk rumah takde benda buat, mesti mata mudah terlelap.. Ooh no no no no.
Jangan dibiasakan.

So hari ni aku plan nak basuh shawl yang berlambak tu, masih belom basuh-basuh lagi.
Jangan malas-malas okey.. Nak pergi jalan-jalan shopping raya, rasa macam awal lagi. 
Tambah pulak, baju raya kitorang dah siap, so macam takde apa nak dibeli sangat.
Encik suami pun lately busy kemain, kerja banyak katanya. Sabar je la.

Ok masa untuk mengemas, tadi lepas hantar encik suami pergi kerja, terlelap lagi.. Hukhukhuk
Skang masa untuk bangun, segarkan diri dan fikir kuat-kuat apakah menu berbuka dan sahur nanti.

Ingatkan aku nak buat entry menu berbuka dan sahur, tapi tak sempat rupanya, siap masak je memang ngam-ngam waktu nak berbuka. Takde maknanya kau nak susun makanan dan amik gambar. Dah lapar. Ok bye. 

Thursday, June 18, 2015

KISAH RAMADAN 1-SAHUR

Hari ni pertama hari berpuasa. Selamat berpuasa kepada semua. Semalam aku tidur awal. Supaya semangat sikit nak masak sahur pagi nanti. Pukul 430 terjaga sebab encik suami kejut. Ha ha nama nak bangun sendiri. Susah kot. Padahal jam da set pukul 430 juga. Dasar... 

Bangun-bangun terus kelentang-kelentung dekat dapur. Masak daging kicap je untuk suami. 


Isterinya pulak hanya makan roti dengan ESP plus PD shaklee. 


Jadi lah kan..Hari ni cuti lepak rumah saja. Haii tak efisien betul, lepak-lepak. Takde buat apa. Study biz sikit ye la. Biz online ke offline ke kene buat marketing so kene study la kan. 

Ok sambil-sambil fikir apa menu berbuka. Layan cerita tv dulu la. 
Ooh esok aku cuti nak pergi servis kereta. Semalam dah la terlanggar divider dekat tol. Habis calar rim kereta aku. Sabar jer la. 

Stop sini dulu. Nanti sambung. Mata mengantuk la pulak. 

Sunday, June 14, 2015

DURIAN CREPE.

Lama tak update blog. 
Hari ni nak update satu kisah yang kurang enak. 

Aku beli durian crepe. Nampak iklan dekat fb macam menarik. 


Dah terbayang-bayang rasa durian. 
Order 2 bungkus. 

Bila makan, rasa kecewa sebab durian dia sikit sangat letaknya. Penuh cream jer.. Durian crepe ke nih?? 


Semua 6pcs aku check, sama je. 
Sedih pulak rasa, terus pergi mengadu dekat semua orang hehehe

Lepas ni dah memang tak akan beli lagi dah. Taubat. 

Ok sekian.

Tuesday, June 2, 2015

MOP DULU, MOP SEKARANG.

Dulu-dulu kan, aku tak bape suka keje mengemop ni. Penat hoi. Nak tadah air sabun dalam baldi, lepas tu nak rendam batang mop, lepas tu nak perah lagi... Hoiii memang penat. Aku selalu tengok adik aku (yang nombor dua) mop rumah. Biar la. Lelaki, kerja lebih sikit. Ha ha

Now bila ada rumah sendiri, alahai lagi la malas. Kang kekadang nak mop je.. Datang kat encik suami, lepas tu dia akan tolong aku mop lantai. Kenapa la lantai perlu di mop yer. Hahaha. 
Agaknya bila dah rasa penat nak perah mop tu.. Dia pun pergi beli mop yang style baru punya. Ha ha


Mop zaman moden. Dua dalam satu. Siap boleh perah sekali. Nampak tak kat bahagian tepi tuh ada pemijak kaki. So pijak je situ, automatik dia perah kain mop tuh.


Barulah rasa happy sikit nak mengemop rumah. Cuma kekurangan dia, patut buat la roda siap-siap. Jadi aku tinggal tarik jer kan.. Ni still kene angkat lagi untuk kemana-mana. Haih.. Masih nak komplen kan.. Ada je tak kene. Kerja nak senang jer. Susah sikit dah bising.

Ni lauk hari ahad. Sayur sawi goreng dengan daging masak kicap. Masa ni aku rebus je daging dengan lemak-lemak sekali. Selama ni aku gigih la membuang segala lemak daging. Jadi lauk aku- kau memang makan daging betul-betul. No lemak okey.. 
Sedap juga rupanya bila masak daging dengan lemak-lemak dia. Lembut je aku rasa.. Oooh baru ku tahu..


Semalam balik kerja, sementara nak tunggu rebus cili kering, aku makan la puding kastard jagung.. 


Special buat untuk Nadlene. Sampai lupa aku nak bagi sebekas. Last-last masuk mukut aku jer. Tu ada lagi sebekas kat dalam peti ais. 

Ok la. Curi-curi masa update blog ni. Lepas ni nak update kedai online pulak. Jemput singgah yer.. 

Ops promote sikit. Promosi kombo seqybeauty.. Whatsapp 0197627358 untuk detail. Ok bye..