Friday, September 25, 2015

BARU.

Ok baru lepas basuh toilet. Berpeluh-peluh. Penat woi.

Aku beli buku note baru. Ala-ala planner. Senang nanti nak catit apa-apa ker kan.


Abaikan background.

Yeah. I am so productive.


Okey tadi keluar pergi banyak tempat.
Pakai shawl baru- printed shawl.
Beli dari fleurbymrshim.

Ni la satu-satunya shawl yang aku pakai, bole bentuk bucu kat muka. Lain-lain shawl, semua tak boleh. Sebab material kot.


Entah la. Tapi happy la. Shawl baru, semangat pun baru.
Okey la bye. Nak mandi pulak ni. Ingat nak makan luar. Amik mood.
Sebelum on laptop. Siapkan kerja.
Fuh.

Sunday, September 13, 2015

SANTAI

Lama tak menulis lagi.
Sebab busy lah sangat.
Okey terpaksa akui, masa memang sangat limited.
Keja opis, keje rumah, online biz.

Semalam pun sempat pergi registerkan satu ahli baru, untuk Forever Living company.
Lepas tu bergegas COD seqybeauty dekat taman u. Repeat customer, syukur.

Pagi ni tengah tunggu tukang rumah datang melawat. Lately ni kan bil air rumah mencanak naik, lepas tu encik suami detect tangki atas bocor. Now tak sure lagi nak tampal or tukar tangki baru. Kene mintak advise yang lagi pakar. 

Hari juga aku breakfast nasi lemak, kuih pisang bom dengan pau sambal. Wowowow sedap tau makcik ni punya masakan. Dulu kat rumah sewa, selalu je beli. Now paksa encik suami pergi beli. Ha ha ha. Macam lama sangat rasa tak makan.

Petang ni pulak, dengar encik suami nak pergi kedai telepon, nak tukar screen protector katanya. Okey jalan jalan cuci mata.

Aku bawak balik laptop. Ingat nak on semalam. Tapi tak berjaya. Hari ni kot nanti. Lepas settle kerja rumah. Eh apa kerja pending lagi nih??? Hmmm...

Sunday, September 6, 2015

BIADAP

Scrol fb jumpa orang share benda ni:


Tu dekat tesco. Dekat pasar pulak, aku notice beberapa kali. Ada bangsa cina yang datang pasar bawak anjing. Dia letak dalam bag, atau dia dukung anjing masa jalan-jalan cari sayur.

Biadap.
Tolong la hormat sikit bangsa melayu.
Jangan tuduh aku ni rasis bila aku kata macam ni.

Rentetan kes dekat tesco, khabarnya AJK masjid plentong dah selamat sertu semua 500 biji troli. Syukur.

Yang dekat pasar pulak, aku cukup kesal. Let say kita tak perasan masa lalu sebelah tersentuh ke hapa ke. Aku sekarang nak jalan, memang atas bawah aku tengok orang depan. Nampak dari belakang macam dukung sesuatu, ingatkan anak ke, rupanya anjing.

Tak tahu macam mana nak fahamkan manusia biadap ni. Setelah sekian lama duduk malaysia, masih tak tahu apa yang tak patut dibuat dan masih juga nak buat dan mencabar. Allah.

Thursday, September 3, 2015

POYO TAK?

Ok bulan september dah. Blog makin jauh. Hari-hari FB IG FB IG FB IG.
Begitu lah. Lumrah. 

Ni aku jumpa post ni. Masa scroll newsfeed. 


Aku la tu wei.. Ini semua poyo je rasa.
Dulu masa belajar, sebab aku ni belajar dekat je. Rumah mak ayah pun dekat jer. Tu yang banyak sangat datang mengada dia tuh. Sikit-sikit cabut balik. Sikit-sikit cabut balik. Ayah aku pun asal aku call je nak balik, tak pernah kata tak boleh. Ha ha okey balik balik.

Kadang- kadang ada la assignment ke or apa-apa benda nak kene study ker, hah berangkut la bagai. Semua buku la, nota la, semua bawak balik. 

Tapi nanti sampai rumah, aktiviti aku makan tido tengok tv, macam tu je la. Bila nya nak bukak notes buat assignment bagai. So memang poyo.

Bukan time belajar jer kan, time kerja pun ada juga aku bawak balik kerja ke rumah.  Kadang gagah juga aku lawan perasaan nk buat kerja ni. Tapi kebanyakan masa tak boleh tahan sebab layan tv lah. Banyak nau cerita best-best. Walau dah tengok berulang-ulang.

Okey jadi bila aku nampak post tuh, senyum sendiri dibuatnya. Terkenang zaman muda dulu. Dah, nak post iklan jap. Sambung entry lain nanti. Okey bye.