Monday, November 2, 2015

RAGAM CUSTOMER.

Mata belum mengantuk lagi.
Jadi meh la kita menulis sikit dekat blog.

Bulan november baru start.
Jadi untuk biz, mesti la kene set target baru.
So far aku happy sejak terjebak ke dunia biz online ni.
Cumanya kene tahan tak tahan dan rajin tak rajin je nak buat.

Bila terkenang ragam customer haih.
Boleh tersenyum simpul dibuatnya.
Antara ragamnya:

1. Customer yang suka tanya benda sama setiapkali pun. Harga.
Contoh nya ada je iklan yang aku dah letak harga siap-siap. Tapi customer minta pm sekali lagi.
Haih fening akak. Aku buat je skrip harga yang standard. Copy paste je untuk semua orang. Amik kau. Bacalah di situ.

2. Customer yang style tak sabar.
Aku pos banyak parcel. So memang take time la nak check satu-satu punya consignment notes.
Biasanya aku akan bagi tracking number malam-malam. Lepas aku settle semua kerja- masak, makan,   kemas dapur, basuh pinggan bagai. Ada customer tu, bank in pukul 130 petang, Pukul 6 petang dah mintak tracking number. Tak sabau nau. Kihkihkih.. Sabar yea.. Aku paham, dorang mesti risau. Insya Allah. Aku bagi service terbaik punya.

3. Customer tanya macam la aku ni lulusan perubatan.
Okey ni sejak aku jadi Forever Business Owner yang mana hot item dia Aloe Vera Gel, banyak la sangat soalan yang pelik-pelik dari customer. Ada pulak tu siap tanya details, penyakit itu, penyakit ini.
Seperti yang sedia maklum, alovera gel ni cumalah supplement yang boleh membantu. Bukan confirm oh ini ubat untuk sembuhkan penyakit. Kita cuma ikhtiar dengan alternative way, cuba makan supplement. Habis group wassap diskas pasal penyakit. Or if kritikal sangat, boleh (digalakkan) email kepada nutritionis FLP.

4. Customer yang mintak murah.
Ni pun ada beberapa senario:

Mintak murah dengan tak nak bayar postage cost.
Yang ni, depends, kalau total harga yang aku quote termasuk postage RM272, ok bayar RM270 sajalah. Aku boleh absorp sikit kos postage. Tapi kalau absorp semua.. hmmm tak boleh. Noktah. Kene la win-win situation.

Mintak nak belli dengan harga murah sebab pernah beli dengan seller lain, dapat harga murah.
Ok jadi silakan kau beli dengan seller yang dulu. Sebab aku tak nak main harga. Nanti market terjejas.
Orang lain, pi lantak la kan. But not me.

Ha macam tu la serba sikit ragam customer.
Ada lagi beberapa contoh. Tapi aku dah lupa. Hi hi.
Bila ingat kang tulis next entry.

Ok sempena JDT menang piala AFC, tak sure la esok kerja ke tak ni. 
Semua da tertanya-tanya. Tak de ke cuti ganti??
Mode mengantuk da tiba ni. Stop dulu. Daa..

1 comment:

  1. uhuhu... mmg kena banyak sabar kan... asam garam berniaga nani :-)

    ReplyDelete