Saturday, September 17, 2016

REVIEW FILEM 'TRAIN TO BUSAN'

Aku baru je habis tengok filem ni.
Tengok kat rumah je la. Tak tahu celah mana encik suami download. Memandangkan dah ada, kita layan saja lah.
Overall, cerita yang best dan mendebarkan. Zombie kot. Mayat hidup yang keje dia kejar orang, lepas tu jangkitkan orang lain melalui gigitan. Sapa tak dup dap dup dap.


Kisah macam mana penumpang train nak selamatkan diri dari zombie.
Pengorbanan seorang bapa yang sanggup terjun landasan semata-mata nak selamatkan anak dia, dia dah kene gigit masa bergaduh dengan satu zombie, jadi sebelum dia jadi zombie sepenuhnya, dia cepat-cepat letakkan anak dia kat tempat selamat, ajar perempuan mengandung tu cara nak handle train.
Pengorbanan seorang suami, rela digigit zombie semata-mata nak selamatkan isteri dia yang tengah mengandung tu. Kritikal sangat babak ni. Sikit lagi group dorang da nak sampai ke gerabak yang selamat, hanya satu pintu je yang memisahkan, tapi akhirnya si suami ni terpaksa berkorban.

Ada watak jahat. Nak kata jahat ke tak, tapi aku panggil jahat je la. Sebab sikap dia yang sangat pentingkan diri yang mana akhirnya memakan diri. Dah la tua. Siap kata dia manager apa tah. Haih orang macam ni pun ada yer. Tak guna sangat ditolong. Sebab dia akan amik kesempatan dekat kita yang ikhlas ni.

Ada babak sedih bila si anak menangis-nangis panggil bapa dia, ohoi mendayu-dayu ok. Walaupun tujuan utama si anak dengan si bapa ni, nak pergi ke Busan, nak bertemu emak dia, tapi sampai ke akhir cerita, kita tak tahu anak tadi tu dapat ke tak berjumpa dengan emak dia.
Aku macam ada pernah baca kat berita kononnya akan ada sekuel filem ni. Tunggu je la kalau ada.

Ok itu je nak tulis. Recomended la untuk korang tengok movie ni. 
Sampai jumpa lagi kat lain entry. Daa..

Wednesday, September 7, 2016

APA ERTI MESRA PELANGGAN UNTUK ORANG YANG KERJA FRONT DESK?

Kat mana-mana tempat kita pergi, mesti ada orang yang kerja bahagian front desk.
Umumnya orang yang keje front desk ni macam receptionist dan kaunter pertanyaan adalah tempat pertama sekali kita tuju bila kita ada persoalan nak tanya. So kita (biasanya) memang expect mereka ni serba tau la. Ikut logik, kita baru je sampai mesti la banyak benda tak familiar.

Lebih daripada tu, kita pun memang akan expect mereka ni MESRA pelanggan.
Sebab ada kemungkinan kita akan tanya pelbagai soalan. Dan jugak mungkin akan tanya soalan sama berulang-ulang kali. Cuma tukat ayat ke, tone suara ke. Lain orang lain gaya kan?

Tapi aku perhatikan, banyak orang yang keje front desk ni tak mesra.
Muka nak garang. Nada cakap nak mendatar je. Serius (konon).

Aku jenis orang yang serius juga. Tapi ikut keadaan la kan. Takkan ko nak tayang muka serius je sepanjang masa. Customer bosan ok.

Tak boleh ke bercakap dengan suara yang ada tone. Suara happy ke, suara senyum ke.
Raut muka, tak boleh ke nampak mesra, ceria.

Aku faham la beban KERJA mungkin banyak untuk mereka yang jadi front desk ni kan.
Tapi fikir la, awak tu mencerminkan organisasi awak bekerja, so muka kene manis sket yer..
Tolong lah MESRA pelanggan. Kerja dengan orang, bukan kerja dengan barang.

Sekian.

Tuesday, August 16, 2016

SET SKINCARE SEQYBEAUTY.

RM130? MAHAL?

Meh baca dulu.

Skincare Seqybeauty boleh tahan antara sebulan ke dua bulan. Bergantung banyak mana kita pakai.

Dua bulan = 60 hari
RM130 / 60 hari

So sehari hanya RM2.20 aje.

Sehari pakai 2 kali. Pagi dan malam

RM2.20 / 2 = RM1.10

Amboi apsal murah sangat ni...

Dengan RM1.10 ni apa yang kita dapat?

1. Menghilangkan jerawat, parut bekas jerawat dan JERAGAT
2. Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
3. Mengecilkan pori-pori
4. Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.
5. Menghilangkan parut di wajah
6. Menyegarkan kulit wajah.
7. Mengawal minyak
8. Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
9. Melicinkan tekstur kulit
10. Melindungi kulit dari sinaran UV

eh banyak sangat laaaaaaaaaa. Ni baru saya listkan sikit je ni

Kalau beli dua skincare? RM240 aje
Lagi jimatttttttttttttttt

#AgenCeera
Wassap 019 762 7358 skang tau.



Wednesday, August 10, 2016

DEMAM POKEMON GO.

Hari ni sampai dua kali update blog, dah kenapa pula?? Rajin nau.
Ok sebab da start gian menulis kot. Kita tengok sampai bila- sambil mata naik ke atas.

Baru je lagi, demam pokemon go melanda malaysia. Haih haih haih.
Sebal pulak hati aku ni bila di ingat-ingat.
Masa pertama kali encik suami download dekat handphone dia.
Pertama kali dia tunjuk dekat aku cara permainan.
Of course ini requested la. If not, takde nya dia suka suki nak tunjuk, dan aku pun memang tak berminat la dengan game-game yang dia layan.
Tapi pokemon go, disebabkan publisiti meluas, ok fine, show me now.
Aku takde la sampai nak download dekat handphone sendiri,
Sebab bagi aku, banyak keburukan dari kebaikan.
Tapi bagi kaki game, pokemon go ni adventure, sebab kita kene bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi semata-mata nak tangkap pokemon!!

Motif pergerakan tu dah nampak bagus lah.
Yang tak bagusnya, boleh jadi berbahaya untuk orang yang extreme main ni.
Ralit sangat nak check lokasi pokemon sampai tak sedari eh eh eh rupanya kita dekat laluan orang ramai. Rupanya kita da berdiri tepi jalan. Rupanya kita mundar mandir depan rumah orang!!! Yang ni memang cari nahas ok. Itu kalau berjalan kaki.
Belum lagi yang naik kenderaan macam kereta, motor. 

Semalam aku teman adik aku cari kasut dekat Johor Premium Outlet.
Dalam kedai ada ramai orang. Itu normal la. Cari kasut kan.
Then aku prasan, ada orang jalan sana jalan sini. Bila lalu sebelah aku..
Aku kerling handphone dia.. Ooooh ko main pokemon go..
Nasib agak baik la sebab, sekarang ni kan style handphone skrin besar.
Jadi bila dia on pokemon go tu, mudah la nampak.
Dekat kaunter pun sama, ada satu lelaki satu perempuan.
Yang perempuan sibuk nak bayar, dah beli kasut, mesti lah bayar.
Yang lelaki tu, on pokemon go????

Rasa nak lempang tak???
Tak boleh tahan ok...Seriously.
Sangat mengganggu konsentrasi dan menyemak kan pemandangan.
Bila la kerajaan nak haramkan terus permainan ni??
Agak-agak ramai tak orang yang sama pandangan macam aku?

MEE GORENG MUTTON.

Lama dah tak update blog.
Rasa lepas ni boleh jadi rajin sikit lah. Semangat. Konon.
Aku da up gambar ni dekat instagram. Tapi lagi best kot kalao coretkan sesuatu dekat blog. Tambah kenangan gitu.

Disebabkan menu malam aku asyik la makan mihun mihun dan mihun. Selera kitorang laki bini da bertukar la. Nak masak kue teow atau mee kuning goreng. Dan aku pun da cuba banyak resepi. Ini normal. Sebab terlalu banyak cuba, then bila da rasa sedap dekat tekak, nak repeat masak, confuse eh pakai resepi yang mana eh. Hah sampai macam tu sekali. Jadi sejak bape minggu lepas, aku suh encik suami pulak try masak.

Baru ku tahu, berbakat jugak dia.
Boleh tahan sedap. Erk lebih kepada manja kot. Sebab bahan semua aku sediakan, dia cuma tukang campak2 dan kacau, even aku jugak yang merasa makanan. Tapi tak kisah la kan. Janji dia masak. So selama dia boleh diharap bab-bab goreng mee or kue teow, aku memang tak pernah la nak tengok in details sangat-resepi apa dia guna. Yang aku tahu makanan da ready by the time nak makan. Divaa la pulak.

Encik suami pun lebih kurang aku je. Setiapkali masak, setiapkali tu la belek resepi. So semalam aku nampak la apa dia buat, jadi aku agak, baikla aku tulis siap-siap dekat blog. So nanti boleh buat reference, just in case dia balik lambat ke so aku boleh la masak. Tapi take note ya- air tangan suami tak sama air tangan ister. Mata naik ke atas. Bling bling bling.

Tayang gambar makanan dulu. Menu dinner semalam. Mee goreng mutton dengan popia.


So bahan-bahan:
Mee kuning.
Bawang besar hiris halus-halus.
Cili boh- cili kisar
Telur 1 biji
Taugeh, Sawi
Daging yang dah di rebus.
Gula dan garam.

Bahan sos pulak:
2 sudu sos cili, sos tiram, kicap manis
1 sudu sos tomato

Cara masak:
Panaskan minyak, tumis bawang merah sampai wangi.
Masukkan cili kisar, masak sampai garing.
Masukkan bahan sos, kacau sampai mendidih.
Masukkan daging. Tambah air rebusan sikit.
Rasa, kalao tawar, adjust guna garam dan gula.
Lepas dah ok, masukkan mee kuning, kacau sampai sebati.
Ketepikan mee, masukkan telur, bila da masak, gaul sebatikan dengan mee, lepas tu masuk taugeh, sawi, sebatikan lagi. Siap.. Yeay.

Rasanya sedap dan manis, maybe sebab aku nampak encik suami tambah lagi air rebusan daging.
Walaupun tak setanding mee goreng mutton dekat Skillet, tapi ada improvement dari previous rasa mee goreng yang aku masak dulu.

p/s: lepas ni kene standby daging untuk masak mee or kue teow.

Wednesday, July 20, 2016

DATANG AWAL.

Lama tak update blog.
Lepas cuti raya seminggu ni, konon berazam. Ini konon-konon ya. Entah istiqamah ke tak. 
Berazam nak datang kerja awal.
So kene adjust timing sikit. 
Mana-mana rutin yang aku boleh shorten, aku shorten. Gitu.
Baru hari ketiga weii hahahah. Serius, tak tau sampai bila bertahan. Harap lama lah.

Normally lepas encik suami pergi keje dalam 650-700 pagi.
Aku akan lepak-lepak sambil surf internet. Leka la surf sampai pukul 730 pagi. Hoi dunia tanpa sempadan sekarang. Apa pun kat hujung jadi. Tinggal rajin tak rajin je la nak cari dan baca. Kene baca okey. Setiap maklumat dekat internet bukan tepat sangat. So kerajinan membaca dan mentafsir serta menilai kebenaran amatlah diperlukan dekat sini. Jangan nak jadi keyboard warriors sangat lah.

Then bila tersedar jam dah 730, mula lah kelam kabut. Ooh nak mandi dan bersiap bagai. Iron tudung dan baju jugak. Selalu end up dekat pukul 810 la macam tuh. Dahsyat kan. Kang lepas turun bawah, nak minum air lagi la, makan roti lagi la, Tu yang jadi keluar rumah pukul 830, 840 hah begitu. Sampai parking kilang dah pukul 900 pagi. Ko nak jalan terkedek-kedek lagi. 910 gak duduk kat meja. Bos jeling okeeyy. Sebal jekk. Hahahah.

So now aku shorten time surf internet. Sampai pukul 715 jekk paling lambat. Then aku start siap- sama ada mandi dulu atau iron tudung. Pukul 800 mesti dah turun bawah. Sempat la minum air, makan roti dalam 10 minit macam tu. 815 or 820 mesti dah keluar.

Dah 3 hari aku apply rutin ni, aku masuk parking kilang dalam 845 or 850. Jalan kedek-kedek, sebelom pukul 900 da duduk dekat meja. Haa macam tu.
Sekali lagi. Kene istiqamah.

Sesungguhnya aku berharap benda ni berkekalan lah. Sama-sama lah kita doakan. Daaaa...

Wednesday, July 13, 2016

SAYA TAK TAWARKAN KHIDMAT CUCI RUMAH.

Ada beberapa kali aku dapat call bertanya sama ada aku ada buat khidmat cuci rumah.
Bila aku selidik, dari mana dapat nombor, katanya dari google.
Dan bila aku buat carian dekat google, taip saja khidmat cuci rumah, entry aku yang lepas ada dalam senarai.

http://nani1230.blogspot.my/2014/03/khidmat-mencuci-rumah.html

Dan dekat header blog aku, ada nombor telepon aku, so dorang terus call dan bertanya.
Maaf ya, aku takde tawar kan khidmat cuci rumah. Entry tu aku tulis sebagai pengalaman aku cuci rumah sebelum pindah masuk.

Ada beberapa orang yang komen, bgtau dia ada offer khidmat cuci rumah ni. Sila la rajin membaca komen link entry tu yer..

Sekian.

Monday, June 20, 2016

BIADAP.

Ada satu kisah.
A dengan B berkongsi satu number telepon meja.
Aku ada urusan nak bertanya dekat B.
So aku call desk number. 
A angkat telepon, lepas aku habis cakap.
A kata dia nak pakai telepon, dia suruh aku call nanti atau dia mintak B call aku balik.
Boleh macam tuh?

Dua benda yang buat aku bengang.
1. Sampai ke sudah, B takde return call. Aku jugak yang kene call buat kali kedua.
2. Patut kah, aku di layan macam ni?? Aku pihak pertama yang telepon, tapi aku disuruh end call semata2 nak bagi dia pakai telefon??

Pagi- pagi dah tunjuk perangai tak beradab.
Sungguh biadap aku rasa.
Bulan puasa ni, malas nak tambah sakit hati. Tapi bila di ingat-ingat. Hmm hmmm Tak terkata lah.

Takpe lah. Biar la orang buat kita.
Harap satu hari nanti dia sedar lah perangai buruk dia.
Doa yang baik-baik saja.
Cheers nani.

Saturday, June 18, 2016

RAMADAN 2016

Bulan june langsung tak ada entry.
Kesian betul.
Apa nak jadi pun tak tahu.

Salam ramadan semua.
Dah dekat dua minggu puasa.
Seronok bulan ramadan ni.
Sebulan jaga perut dari makan yang bukan-bukan.
Eh ye ke? Harap macam tu lah.

Macam biasa. Kilang aku bagi flexible hour sepanjang ramadan. Tahun ni aku pilih nak masuk pukul 7. Jadi lepas sahur boleh terus bersiap-siap.
Sebabnya kalau aku baring-baring atau take a nap(konon) garenti lah aku bangun pukul 9 atau 10!

Masuk awal, maksudnya boleh balik kerja awal. Bila balik awal pulak, maksudnya aku ada banyak masa untuk masak.
So far, okey je nak masak. Cuma menu tu, asik la kene throwback menu tahun lepas. Tahun ni pun aku da list siap-siap, untuk jadi reference tahun depan. 
Sampai hari ni, bila aku buat comparison, oohhh myyy, bilangan aku pergi beli dekat bazar dah lebih dari tahun lepas. Serta merta sentap. Ok lepas ni cuba elakkan. Masak. Fullstop.

Menu buka puasa biasanya sama je macam menu harian yang aku masak. Mee goreng, mihun goreng, nasi goreng.
Menu bersahur je meriah sikit. Bagi encik suami semangat makan, ha ha ha.
Kari ayam la, kurma la, sweet sour la. Ungkep, Bali. Ok enough. Terbayang-bayang pulak lauk. Sebelum tidur, madak siap-siap. Tinggal panas kan je esok pagi.

Nah belanja gambar menu sahur aku:







Ok lah. Nak prepare masak ayam bali nih. Sambung nanti.

Tuesday, May 24, 2016

LAMPU

Semalam sah, lampu aku terbakar satu. Tengah-tengah dok taip entry, tup tup macam disko rasanya. Kelip-kelip bagai. Ok kopak mak nak.. 


Ada risiko bila pakai lampu downlight macam ni. Jenis yang klip punya. Maintenance dia tak berapa recomended lah.

Pertamanya of course bab harga. Sebijik ni dalam RM80 kalo tak silap lah depends on brand gak. Lepas tu ada spec dia. Dulu aku pernah tukar sekali. Bila dah pasang, end up warna dia tak sama dengan lampu lain. Ok fine terima saja lah. Now another one rosak lagi. Silakan bersabar ye Nani.

Yang keduanya bila pakai klip, bila nak buka pasang tukar lampu, kene berhati-hati. Ditakuti kornis rosak. Eh eh eh. So memang kene gentle la. Slow-slow. Bersabar untuk kedua kali. Nasib lah bukan aku yang tukang pasang. Aku bukan penyabar orangnya. 

Lagi bape hari menjelang ramadan. So start from now boleh lah aku riki-riki menu ramadan. Throwback menu tahun-tahun lepas as usual. Rindunya nak masak pagi-pagi. Sebulan je. Hihi.

So this weekend da plan, nak kemas-kemas rumah bagai. Kali ni mesti kemas. Sebab ramadan nanti kang lembik. Tak larat. Propa lebih.

Ok cukup lah menulis. Saja lepaskan rindu. Kalao di ikutkan, banyak benda yang aku rindu. Da tua-tua ni, melankolik banyak sangat. Ok sambung nanti. Daaa

Monday, May 23, 2016

KENAPA AKU RASA AKU PERLUKAN PEMBANTU RUMAH.

Belum apa-apa dah tulis entry macam ni.
Bukan apa, saja nak melepaskan tension.
Dekat mana lagi nak membebel kalau bukan dalam blog sendiri kan.
Tiba-tiba aku rasa macam aku sangat-sangat perlukan pembantu rumah.
Terutama dekat nak puasa raya ni. Tolong lah.

Aku boleh memasak, walau tak sehebat chef. Tapi pada aku, aku sangat-sangat tak suka kemas. Kemas lepas memasak, adakala nak buat preparation memasak pun malas. Tu yang kene potong-potong bawang, sayur, siang-siang ayam, haih. Mesti korang rasa aku pemalas nau Tapi keje tu semua renyah la. Leceh. Walaupun sakit hati dan bosan, tetap ku buat juga. Sebab takde sapa yang boleh buat. Hanya aku. Part yang paling aku suka ialah memasak. Simple je ni, campak-campak, sap sap soi. Siap. Senang sangat.
Bila la nak ada pembantu rumah. Gulp..

Aku tak suka kemas. Aku jenis yang last minit baru terhegeh-hegeh nak kemas. Macam keadaan rumah aku skang. Konon dalam to do list, ok kemas rumah. Sebelum tidur pun da cakap, esok target nak kemas rumah. I is tak de disiplin okey.. Bab kemas rumah.. Takde makna. Tak boleh tahan.. Tolong la. Tengok drama melayu.. ooh bestnya ada pembantu rumah..

Basuh baju. Aku kadang waktu malam je ada masa nak cuci baju. Biasa dalam satu jam setengah baru habis. By the time washing machine stop, mata aku pun da nak terlelap lepas baring-baring depan tv. Haih.. Sekali lagi, ada tak siapa yang sudi nak tolong aku sidai baju? Kadang tu, aku tertidur. Tidur tu musuh utama okey. So esok paginya baru lah aku sidai, tu pun sambil bebel dekat diri sendiri. Haih why why why why tak sidai malam tadi?? Grrrrrr. Tidur tu perlu untuk rehat kan? Pembantu pembantu. I really need help!!

Dah kenapa aku bebel teruk sangat nih.
Maybe sebab penat kot.
Hari ni makan luar.
Sebab balik dari opis, lapar betul. Sampai takde mood.
Then terbawak emosi ke dalam entry.

Jangan berangan ye Nani.
Selagi mampu, sila lah buat semuanya sendiri,
OK bye.

Wednesday, May 11, 2016

PENGALAMAN RENEW PASSPORT DAN GAMBAR IC

Hari tu boss aku ada minta aku datang ke branch singapore untuk meeting. Konon lebih cepat dan efektif banding dengan call atau email. Mulanya memang  aku tak nak pergi sebab pasport pun dah  expired. Tambah pulak malas nak keluarkan duit nak renew passport. So beriya-iya lah aku tolak request ni. Tapi akhirnya terpaksa pegi juga. Sebab dah kritikal sangat. 

Makanya aku terpaksa la renew passport. Nasib bangunan kementerian dalam negeri sebelah taman jer. So ada kemudahan la di situ.
Tengah hari aku berkejar-kejar balik rumah, solat, makan roti minum air sikit, terus pergi KDN.
Sampai sana terus naik Jabatan Imigresen. Bila sampai turn aku, pegawai kata: tudung pink ni tak boleh. Kene pakai tudung hitam. Kalau saya proceed jugak, nanti penyelia tak approved. Agak hangin la disitu. Sambil pegawai tu mintak IC aku. Lepas tu dikatanya lagi: eh ni gambar lama ni. Kene pergi buat gambar baru dan dapatkan IC baru, baru la boleh proceed renew passport.. Dari nak renew passport membawak ke renew gambar dekat IC. Hangin berganda.

Terpaksa la pergi bangunan sebelah- Jabatan Pendaftaran untuk renew gambar IC. Sudah lah time tu pulak hujan rahmat.. Antara dua bangunan pulak takde susur gajah or laluan berbumbung. Redah jugak la hujan. Haish. Dugaan sangat. Nak tunggu IC baru dalam setengah jam. Dapat IC sementara, terus pulak patah balik ke Jabatan Imigresen, sambung proses buat passport. Disebabkan tudung pink tak diterima, terpaksa jugak sarung shawl. Just pin saja. Buat syarat. Cermin mata pun tak dibenarkan pakai. Lepas da selesai semua gambar bagai. Bayar dekat kaunter RM200 untuk 5 tahun. Huhuhu Oh lupa nak bagi tahu. Renew IC pun kene bayar. Tapi aku lupa berapa. Kalau tak silap below RM10. Hah lupa.

Lebih kurang setengah jam tunggu IC siap dan empat puluh lima minit untuk tunggu passport siap. Tunggu lah ko kat situ. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Makanya terima saja lah. Betul2 mencabar keimanan. Now aku dah renew passport siap-siap. Lepas ni takde alasan lagi la. Nak tolak meeting invitation dari singapura. Hmmm..
Okey ini entry tertunda. Aku draft start hari apa tah. Hari ni baru teringat dan publish. Bye.

Saturday, April 30, 2016

MAK ANDAM.

Semalam ada satu post lalu dekat newsfeed aku.
Kisah mak andam, last minit nak tarik diri dari solek pengantin.
Kalau tak silap, pengantin nikah pagi, sanding tengah hari.
Lepas tu mak andam cakap, dia boleh mekap masa nikah je.
Masa sanding kene cari orang lain sebab dia da kerja atau maybe tak diberitahu yang dia kene mekap untuk sanding pulak?
Aku syak ini mungkin ada miss communication dekat mana-mana.
Sebab 1st time deal dengan bridal kan.
Heh semua orang pun setiap kali nak nikah, 1st time cari bridal. Lain la kalo nak nikah dua tiga kali.
Dan message last sekali nampak macam mak andam tu nak tarik diri terus.
Entah merajuk atau apa. Aku tak pasti pulak.
Ok aku bukan nak judge mana-mana pihak pun.

Cuma tertarik nak share. Pengalaman sendiri masa nikah kawen dulu.
Aku tempah bridal yang sama dengan best friend aku.
Disebabkan aku percaya, if service dia bagus, and best friend aku puas hati.
Why not aku guna bridal sama, rather than aku kene pergi kaji lagi, tanya-tanya bridal lain lagi.
So far semua urusan lancar. Aku buat payment ansuran bape bulan tah, lupa pulak.
Start booking sampai la hari kawen. Seminggu sebelum ke sehari sebelum, baru aku langsaikan habis.
Semua aturcara majlis, masa nikah, masa sanding semua da make clear siap-siap.

Pagi masa nikah tu, memang mak andam, tuan punya bridal tu yang mekapkan.
Dan dia tak tunggu pun kat rumah aku sampai sanding.
Lepas mekap siap-siap. Dia balik, pergi mekap tempat lain maybe. Tapi dia ada kata la, nanti sebelum waktu sanding, akan ada sorang lagi mak andam datang, untuk mekap sanding pulak.
Aku ok jer..Dan memang betul pun, time sebelum sanding, mak andam lain tukar mekap baru untuk sanding.
Kali ni dia tinggal sorang kawan dia untuk iring aku naik pelamin la, tol bagai, ha ha ha.

So kat sini aku rasa, memang aturcara nikah kawen ni, kita kene make clear dekat bridal.
Pukul berapa nak nikah, pukul berapa nak sanding, mana satu baju nikah, mana satu baju sanding.
Kalau tak silap aku dalam pakej yang bridal offer, akan ada remarks nak bape kali mekap.

Ada orang nak sekali je mekap, mungkin aturcara majlis dia, nikah terus sanding.
Ada orang nak dua kali mekap, nikah lain, sanding lain.
Its depends.
Tak boleh la nak assume mak andam tu akan duduk tercongok kat rumah kita..
Komunikasi tu penting. Baru la nampak kerjasama nya nanti.

Apa pun, harap ni boleh jadi pengajaran la.
Amik nilai-nilai yang baik saja. So in future kita aware dan takde la berdepan masalah sama.
Cheers.

Monday, April 25, 2016

STRESS KERJA.

Aku rasa kali ni, entry tak bergambar.
Pertama nya aku nak bagitahu, aku taip entry guna laptop baru. Barang baru mestilah excited, begitu.
Oooh heaven nya. Teringat zaman sebelom kawen, empat tahun lepas kot, update entry dekat desktop.. Rindu okey..nak melankolik sekejap. Tapi aku notice jugak, sejak ada laptop, ipad ku sudah terabai. Hukhukhuk. Apakan daya..

Yang keduanya aku da berjaya habiskan drama Descendants of the Sun. 16 episod. Dua episod terakhir, back-to-back tadi. Lama tak layan drama korea, mood tiba-tiba datang. Cerita korea, biasa lah, tak sah kalau tak jentik emosi bagai. Touching.. orang tengah stress lah katakan.

Lama tak update blog.
Aku sekarang tengah berkira-kira nak cari kerja lain. Tempoh 4 tahun da semakin dekat dah, dan aku rasa, aku sangat-sangat yakin, cukup lah. Cukup lah sampai sini saja. Makin ditahan makin off limit.
Ini juga salah satu sebab kenapa aku beli laptop. Supaya aku boleh update resume untuk kerja baru. 
Tambah bersemangat bila ada orang yang dah campak surat resign dulu dari aku.
Serta merta memori 2008 teringat-dekat kepala aku. 2008, sorang-sorang team mate resign. Hoi.. bayangkan lah dari riuh rendah team, sampai tinggal bape kerat je...sunyi mak aih.. Hampir semua nya dapat rezeki kerja goverment. Aku syak tahun 2008 tu memang govenment nak pakai ramai orang lah. Tu sebab kawan datang dan pergi.

Dan tahun ni, aku dah bersiap sedia. update resume bagai, riki sana sini ada ke peluang kerja kosong.
Ada orang suggest aku untuk tukar team, aku pernah terfikir nak tukar team. Tapi ikut logik akal, elok lah resign terus. Keluar dari company.
Now tiap-tiap pagi aku melayan perasaan, nak pergi keje ke tak nak.
Tiap-tiap pagi. Tapi bila fikir takde sapa yang akan cover kerja-kerja aku bila aku cuti, baiklah aku je yang gagahkan diri untuk datang dan buat.
Sometime aku cuti pun, takde reason sangat. Melayan stress kat hati. End up, shopping online.. 
Bajet macam banyak duit la. Tapi asal hati puas, apa nak jadi, jadilah. Begitu.

Kalau lah ada machine atau equipment yang boleh ukur level stress kat tempat kerja, aku nak guna alat tu untuk ukur level stress aku ni ha...
Orang akan cakap, alah stress kerje tu biasa lah, dulu aku boleh terima, but now.. Tak boleh da.
Keje sekarang ni sangat mengganggu hidup.
Kadang sampai terbawak dalam mimpi.
Tolong lah..itu je la yang mampu cakap, Tolong lah..
Harap aku ni diberi kekuatan..

Dulu-dulu aku selalu berdoa pada Allah, moga-moga ada la rezeki aku nak dapat kerja lain. Sebab aku ni orang yang lambat masuk rezeki. Aku doa, cepat la kali ni aku dapat kerja lain. Kemudian bila aku tak dapat kerja lain, aku sedih, sebab rezeki tak ada lagi.
Now aku doa, moga-moga lepas je habis project yang aku tengah jaga skang ni, ada rezeki aku untuk dapat kerja lain. Buat masa skang, suffer sorang-sorang dulu..

Ok daaa. Banyak sangat membebel ni.
Aku nak mandi, kemudian tidur.


Saturday, April 16, 2016

LIP MATTE CREAM.

Aku sebenarnya jarang berlipstik bagai. Perasaan nya kalau beli lipstik oooh rasa berat pulak nak oles dekat bibir. Lepas tu stress sendiri, tak tahu kenapa. Ha ha ha.

Cuma pakai lip balm je la setiapkali keluar rumah. Macam-macam brand dah aku pakai. Nivea, Maybeline, The Body Shop, Aloe lips. Lip balm ni takde color, so sangat convenience. Asalkan bibir tak kering sangat, should be okey je.
Tapi sekarang aku macam addicted dekat lip matte cream. Entah kenapa. Mungkin sebab pengaruh iklan (again). So aku start riki-riki. Tentang lip matte cream.

Mula-mula aku beli lip matte cream dari fame cosmetic. Masa dia baru keluar. Pakai pertama kali, ooh baru tahu, mudah je apply lip matte cream nih. 


Cuma bila masuk pemilihan warna tu aku jadi susah sikit. Ye la iollss bukan le kulit cerah. Tapi rasanya tak la terlalu gelap. So agak konfius warna apakah yang sesuai. Ni gambar masa pakai code fuchsia/party. Dua dua pun lebih kurang sama tone.


Hah entry ni banyak nak letak gambar selfie sendiri. Mesti uolls ingat i suka selfie. Jawapannya suka juga lah. Setiap hari sebelum pergi keje, silakan selfie. So nanti boleh hantar gambar dekat encik suami, then boleh hapday sama-sama. Klik Klik Klik.

Disebabkan warna dari fame cosmetic tu agak terang bagi aku. So aku research la brand lain. Aku suka warna natural, merah tak merah sangat, tapi tak nak la jugak pakai warna macam pucat. Nanti orang ingat aku sakit pulak. Terjumpa sugarbelle cosmetic. Sampai lah dia launch nude range color. Wow wow wow blink blink mata i. Lepas review habis, okey meh la kita beli.


Dua warna aku beli- sand storm dan bomb shell
Dua warna lagi aku dapat masa aku register dropship sugarbelle (disebabkan terlalu suka then terus lah register as dropship- test market nak jual).
Aku dapat color nude kisses dan love struck.


Nampak tekstur dia.. Creamy..
Bila apply, warna dia takde la menonjol sangat.


Tudung biru- nude kisses
Tudung coklat- bomb shell


Yang ni dua dua gambar, aku pakai love struck. Takde pulak gambar aku pakai sand storm. Tapi warna lebihkurang je. So takde lah nampak aku macam pakai lipstik tebal ke apa ke.

iollss suka sangat dengan lip matte cream sugarbelle nih. Senang sangat nak apply. Aku selalu sapu sikit jer. Jimat lah sangat- poyo.
Ada orang tanya aku, pakai lipstik pun macam tak pakai lipstik. Sebab aku banyak color nude range- warna tanah, warna natural. Tak kisah lah. Pendapat orang lain tak penting sangat bagi aku. Yang penting aku happy.

Ok sapa nak cuba sugarbell
cosmetic nude range ni, boleh lah wassap 0197627358 ya...

Stop sini dulu lah. Dari tadi hujan tak berhenti. Petir guruh semua stok kuat-kuat belaka. Takut betul.. Mata da mengantok la pulak. Adoii tolong lah. Sambung masak untuk dinner dulu Daaa

Sunday, April 10, 2016

SENAM.

Sebenarnya tak terfikir pun nak beli.
Tapi lately ada juga diskas dengan encik suami. Konon nak ajak senam jogging lah bagai. Tapi nan hado.
Asal penat je, tidur. pfttttt

So satu malam, after dinner jalan masuk ke ke Takashima. Nak survey katanya. Tanya-tanya, borak-borak dengan sales man. Uikkk macam bagus juga. Sebab aku ni dah la takde masa sangat nak pergi bersenam bagai, nak jogging ke apa ke.
So decide time tu juga. Ok kita beli. Kebetulan bonus pun dah nak masuk. Syukur la tahun ni dapat lagi merasa duit bonus. Dapat la settlekan apa yang patut. Dan beli apa yang patut juga.
Sebelom bonus masuk, dah ada list siap-siap apa nak dibeli. 
Rupanya tak seindah yang di harapkan.
Lain pulak yang jadi. 
Ni lah salah satu. Beli treadmill.


Sebab terlalu banyak sangat tanya. Salesman layan kitorang sampai kedai keliling dah nak tutup.

Da puas hati, booking dan tunggu delivery.
Finally yang dinanti-nanti..


Treadmill in the house!!!
Buat masa skang ni terpaksa park dekat area ni dulu.
Encik suami kata tak muat nak tolak lalu pintu bilik. No choice lah. 
Cuma nanti if ada tetamu datang, terus nampak lah treadmill ni. Harap dorang takde la fikir yang bukan-bukan.

Tapi paling penting aku harap, benda ni bermanfaat lah pada aku. Mesti kene lari atas treadmill 3 kali seminggu. 

Hari ni siap pergi beli running shoes lagi.
Sanggup. Tak apa. Sesekali bersemangat waja. Moga istiqamah.
Ok silakan berusaha dan berdoa.

Friday, April 1, 2016

BILA TAK SIHAT...

Hari pertama bulan april.
Aku selsema la pulak. Puii..
Lama dah tak kene selsema.
Gelabah cari vitamin c, performance drink bagai,
Nasib stok sentiassaaaaa ada...
Doa-doa jangan la sampai kene sakit tekak.
Tak larat nak melayan lah.

Betul-betul takde mood.
So kene standby tisu sekotak.
Air sebotol.
Ni tengah melepek sambil tunggu siaran maharaja lawak.
Tunggu kain gak tengah cuci tu.
Jangan tertido sudah. Tak bersidai nanti.

Mood dah la takde. 
Rasa nak marah je, da pehal?
Kat area sini, aku tak tau la.
Apa pasal alarm ada satu rumah tu asik la berbunyi je..
Bingit la woi...Lembab la tuan dia nak bertindak.
Cepat la matikan suis alarm tu ke. Ni nak biar dia bunyi sampai bape lama?

Aku ada up gambar dekat instagram.
Aku kene attend dua hari punya training.
Basic statistic.
Oooh mmyyy...
Seriously, aku memang tak boleh nak hadap.
Dulu masa mula-mula join company ni.
Ada satu modul training benda sama gak.
Statistic.Hoi tak paham-paham okey.
Gila lembab.

Tolong lah.. Apa benda nih...


Memang dasar tak pandai agaknya.
Stil tak paham-paham.


Hari ni result test dia keluar dekat email.
Hahaha aku lah yang paling corot sekali.
Memalukan, tapi, aku lantakkan saja lah.
Nak buat macam mana.
Ni siap ada assignment lagi.
Dah plan-plan malas nak hantar.
Boleh cam tuh??
Buruk lah nama aku nanti.

Haih mata mengantok la pulak.
Ok set jam, agak-agak bila mesin nak stop.
Baru bangun sidai kain.
Malas nak membebel lagi..
Rindu nak bebel macam dulu-dulu..
Aiii cepat nya masa berlalu.

Tuesday, March 22, 2016

NIKMAT KEJE, NIKMAT SIHAT.

Tak sangka begitu lama aku lupakan blog ni.
Nak menulis tak tahu nak start dari mana. 
Banyak sangat issue, issue dan issue.
Konflik jiwa.

Tadi borak-borak dengan kawan aku.
Bila di ingat- ingat dah hampir 4 tahun aku kerja dekat tempat baru nih.
Tempat lama aku cuma bertahan 4 tahun 4 bulan.
So ini memang petanda jelas.
Kene cari kerja baru.
Desperate!!!

Nak tulis sebab musabab nya.
Karang 7 hari 7 malam pun tak habis.
Hati dah tak suka, so mesti lah asyik nak kata yang buruk-buruk jer..
Tak elok pulak.
Busuk-busuk pun, ini tempat cari rezeki, timba ilmu juga.
Aku anggap aku dah sampai limit.
Cakap je tak guna kan. Kene ada usaha.
Apa usaha aku buat??
Hari-hari dok usha jobstreet. 
Harap ada lah peluang yang sesuai.

Baru-baru ni aku lawat kawan sakit dekat hospital.
Sedih bila tengok dia terlantar, badan makin kurus dah.
Tapi orang nya still ramah, bercerita bagai.
Layan jer, hiburkan hati dia.
Orang nak bercerita, kita dengar la.
Betul-betul buat aku insaf.
Jaga kesihatan, jaga kesihatan, jaga kesihatan.

Ok sekian coretan kali ni.
Next entry kang sambung.

Thursday, March 10, 2016

UPDATE.

Ok update blog.
Entah apa di sibukkan, aku kurang pasti pulak.
Rasa macam takde masa nak karang entry.

Dah isi e-filing ker..
Aku belom submit lagi. Tapi dah acah-acah isi.
Sebab nak tengok bape banyak boleh claim.
Dalam this week jugak la aku akan submit nanti.
Cepat submit, cepat la dapat claim. Dasar...
Wishlist banyak wooo...dan berubah-ubah.
Pening encik suami nak layan.

This week jugak kene pulun siapkan kerja.
Next week, kene attend training dua hari.
So dah rugi dua hari dekat situ.
Lepas tu nama aku naik lagi untuk satu lagi training.
Hoih. Macam-macam hal.
Tak kusutkan kepala, memang tak sah.

Misi cari kerja lain, still on. 
Tapi belom gigih sangat.
Maybe after bonus barulah gigih kot.

Biz, alhamdulillah. Makin ok nampaknya.
Cuma kene lebihkan usaha nak post iklan.
Keep post selagi sempat.
Ohoi aku da siap register SSM.
Now dah ada company number, barulah confident nak meniaga.
Bak kata adik aku. Layan je la.

Ok. Stop dulu lah. 
Tak larat nak taip lagi nih.
Nak rehatkan minda.
Daa..

Tuesday, March 1, 2016

MAH.

Pagi-pagi update blog dulu.
Ni snapshot message aku dengan encik suami tadi.


Typo pun boleh jadi issue.
Ha ha ha.
Jaga-jaga lah orang yang ada nama MAH.
I am watching you..

Just kidding.
Saja nak mengarut kejap, hilangkan rasa bosan kat opis.

Saturday, February 27, 2016

BAWAL.

Ni bukan pasal ikan bawal.
Kisah tudung bawal.
Yang tengah viral sekarang.


Satu malam tu, aku perasan isu ni lalu dekat newsfeed aku.
Cepat-cepat aku tunjuk pada encik suami.

Aku: Bang bang, ada tudung bawal harga sampai 3k, 4k
Suami: (Langsung tak pandang ipad yang aku tengah tunjuk tu). Huh B****h orang yang beli ni. Tudung je pun, lain la kalao handbag.
Aku: Erk, (pandang suami sambil terkebil-kebil mata) Oo jadi sayang boleh la beli handbag ribu-ribu eh..
Suami: (Malas layan aku)

Ha ha
Lain orang lain keinginan nya kan.
Ada orang sanggup beli sampai ribu-ribu macam tu.
Ada orang yang tak sanggup.
It depends pada keinginan masing-masing.

Cuma tu lah. Semua orang pun nak kata pendapat dia betul.
Ok fine.
Sukahati korang lah kan.
Cuma semak je mata dan telinga aku tengok orang tak habis2 viralkan issue ni.

Sunday, February 21, 2016

TIPS NAK MEMULAKAN BIZ.

Lama tak tulis sesuatu.
Ok meh la kita conteng-conteng sikit.

Ni nak share tips nak memulakan biz, part time biz ke atau fulltime biz.
Tak kisah la kan. Mana-mana pun boleh.

Aku pun baru je start biz online tahun lepas.
Mula-mula saja nak try. 
Lepas tu, eh eh meh la kita start fokus.
Seronok.

Benda pertama sekali kene tau, apa produk yang nak dijual.
Yang ni kene kaji sikit.
Apa barang yang orang tengah cari-cari dekat market.
Apa barang yang laku keras.
Apa barang yang trend terkini.
Contoh produk yang korang boleh pilih, produk terdesak. Paling mudah, produk supplemen atau produk kesihatan. Sebab lifestyle orang zaman sekarang ni, haih mudah dapat penyakit.
Jadi bole la nak suggest any supplement. Orang ramai pun dah ada tinggi kesedaran. Masing-masing tak kisah berbelanja sedikit wang, demi kesihatan.
Mencegah kan lebih baik dari mengubati.

Atau pun korang boleh pilih produk kecantikan. Disamping nak sihat, ramai juga yang berlumba-lumba nak cantik. Cuba cakap sapa yang tak nak cantik.Hihihi.

Aku perhatikan sekarang trend jual pakaian muslimah pun tengah naik. Banyak peniaga yang dah start jual pakaian muslimah. Sambutan pun mesti lah menggalakkan, kalau tak, tak kan la butik online tumbuh bak cendawan. Tambah pulak dengan kriteria jubah yang wudhu friendly, nursing friendly, material yang tak perlu iron.. Hah gitu la. Ini contoh saja ya. Nak lebih-lebih, pergi review sendiri. Buat homework sikit.

Perkara kedua yang kita kene consider sebelum start biz, adalah modal.
Risau kan, sebab nak melabur duit, tapi nanti kalao biz tak jalan macam mana?
Jadi seeloknya pilih yang tak perlukan modal yang besar.
Definasi BESAR tu berbeza untuk setiap orang.
Jadi korang tentukan la if perlu modal, bape yang sanggup korang keluarkan.
Atau kita ada pilihan. Buat je dropship. Jadi korang cuma cari customer je, bab urusan postage, stok semua seller yang handle.

Perkara ketiga, marketing channel. Korang kene la fikir macam mana nak market kan barang yang korang jual tu.
Ada banyak pilihan, boleh guna whatsapp, facebook atau IG. Ini contoh saja. Ada juga platfom macam kedai online contohnya shopee, atau boleh jual melalui web mudah. 
 
Perkara ke empat. Akaun bank. Untuk customer bayar dekat kita. Kalau cash on delivery, takde masalah sebab customer bayar cash. Tinggal sediakan duit pecah jer, sebab kadang customer bagi duit besau-besau. Saja lah tu. Kalau boleh sediakan lebih dari satu akaun.
Bank yang famous, maybank dengan cimb. Dulu aku guna maybank jer, tapi ada customer kata dia takde akaun maybank, so okeh lah. Aku aktifkan balik cimb. Selain tu aku ada juga akaun rhb dengan bank islam. Hah pilih nak bank in dekat akaun mana. But normally aku cuma bagitau akaun maybank dengan cimb je lah.

Perkara ke lima, yang terakhir. Postage. Kita kene la tahu urusan postage. Macam mana nak deal dengan pos laju. Borang apa nak pakai, cut off collection pukul berapa. Hah macam tu.

Ok. Itu je benda basic yang perlu tahu sebelum start biz. So sesiapa yang nak mulakan biz tahun 2016 ni, silakan ya.
Harap ni info ni dapat la membantu serba sedikit.

Wednesday, February 17, 2016

CERITA DARAH TINGGI.

Encik suami ada ura-ura nak potong astro.
Mula-mula dengar, aku macam erk. Sentap.
Sebelum kahwin, memang tak pernah ada siaran astro.
So memang redha je la. 
Plus rumah mak aku dapat chanel singapore.
Lepas kahwin baru berjinak-jinak dengan siaran astro.
Now nak potong.

Eh jap. Entry ni bukan nak cite pasal astro.
Nak cite pasal drama.
Trend drama sekarang.

Cinta si wedding planner da habis tayangan semalam.
Isteri vs Tunang, khabarnya ada 6 episod lagi.

Dua-dua drama ni, buat aku darah tinggi.
Dua-dua drama adaptasi novel.
Dua-dua drama, plotnya hampir sama.

Ex-lover yang sibuk nak kacau hidup pasangan.
Perempuan yang tak tahu malu.
Terhegeh-hegeh nak goda bekas kekasih.
Oooh my...
Tolong lah.
Rendah nya maruah perempuan digambarkan.
Tak sedar ke perlakuan nya tu dah sakiti HATI PEREMPUAN lain juga?
Suppose perempuan kene faham perasaan perempuan kan?

Lelaki.
Mungkin sebab ego, atau sikap natural lelaki- sabar, malas nak bertekak, ikutkan je la selagi boleh.
Sebab tu nampak perempuan dominasi hampir semua situasi.
Jadi lelaki tu, tegas sikit boleh tak?

Ini rupanya trend novel sekarang.
Balik-balik issue yang sama.

Mesti ada orang akan kata, dah tak suka tu tak payah la nak tengok.
Masalahnya, takde cerita lain tayang kat tv.
Ini je, so hadap tak hadap juga la.

Sebab tu aku cakap, ni drama darah tinggi.
Buat sakit hati je menengoknya.

So abang, rasanya memang patut la potong je astro ni.
Bye.

Thursday, February 11, 2016

BUBUR

Sakit perut tak hilang lagi.
Doktor kata ada asid dalam perut, ke cam ne tah. Atau aku ada silap makan kat mana-mana.
Disebabkan aku tak de demam, tak dehydrated, jadi dia bagi aku time slip je. 
Tapi aku malas nak melayan sakit perut bila dekat opis. Semalam je terpaksa datang. Tu pun decide nak cabut awal.
So aku fikir nak cuti jer la.
Lebih baik. Sambil rehat-rehat, sambil tenang kan fikiran.


Banyak ubat yang aku dapat.
Tak tahu nak makan yang mana dulu.

Lunch, teringin nak makan bubur. 
Disebabkan aku malas drive, jadi kita home made je la.

Seingat aku, aku ni jarang masak bubur. Walaupun aku suka makan bubur ayam McD, bubur ayam marrybrown.
Tapi aku jarang masak bubur sendiri.
Ok google cara masak, lepas tu buat jer..


Jadilah, dari takde benda nak makan.
Aku malas nak goreng ikan bilis, so makan je dengan telur, daging burger, kicap. Lepas tu makan ubat. 

Harap esok okey.
Hilang la sakit perut ni.
Lagipun tadi doktor kata 2-3 hari should be hilang.
Esok pun last day bekerja. Harap semua okey la esok. Beransur baik.

Wednesday, February 10, 2016

PERUT OOH PERUT.

Meh la kita update blog.
Aku lepak dekat surau.
Tetiba sakit perut.
Dari malam semalam, asyik la ulang alik toilet.
Sampai da takde apa nak buang dah.
Tapi perut still sakit.

Ada masa dia ok, ada masa dia tak ok.
Tak tahan betul.
Nak buat apa pun dah tak boleh pikir dah.

Semalam lunch aku masak lauk- sayur air kentang carrot, sambal tumis ikan bilis dengan isi ayam goreng tepung.
Ini je yang boleh terfikir.


Lepas tu malam tadi tapau burger.
Tapi time ni da start sakit perut dah. Haih da kenapa perut aku ni ha...
Tension la.

Datang opis pun macam tak tau nak buat apa. Kosong jer.. Bila jarum jam nak tunjuk pukul 6 nih.

Friday, February 5, 2016

UNTUK SESIAPA YANG SEDANG MENCARI PENCUCI MUKA.

Kadang kita ni ada jenis yang suka tukar-tukar pencuci muka.
Kadang ada juga yang jenis stick pada satu-satu brand jer.
Dia ikut orang lah kan.

Pada sesiapa yang sedang mencari-cari apa cleanser yang sesuai, meh nak bagi tahu, cleanser seqybeauty tengah ada harga runtuh sekarang.
So memang jimat berganda la (untuk pengguna seqybeauty kalau beli buat stok) atau untuk orang yang pertama kali nak cuba.


Apa kelebihan cleanser seqybeauty nih??

1. Anti oxidant, anti microbial.
2. Ada vitamin c untuk baik pulih sel kulit, ada vitamin e sebagai pelembab wajah.
3. Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
4. Mengurangkan masalah kulit berminyak.
5. Mencerahkan kulit.
6. Membuang kotoran pada wajah.
7. Menyejukkan wajah, cooling agent dari sumber cucumber.
8. Anti aging, menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah.

Nah skang nak bagitahu harga pulak.
Harga asal RM45,
Now harga RUNTUH jadi RM39.
Jimat RM6.

Beli 1 unit, postage rm6 untuk semenanjung, rm10 untuk sabah serawak.

Tapi kalau beli 2, 3 ke, free postage ke semenanjung, sabah serawak tetap rm10.

Stok plak laju je jalan. Restok kejap jer da tinggal sikit balik.
So cepat-cepat wassap 019-7627358.
Daaa...

Saturday, January 30, 2016

HATI PEREMPUAN.

Mungkin aku agak EMOSI bila taip entry ni.
Tapi pendapat aku, kau sebagai lelaki, tak payah la nak bercakap banyak. Nak salahkan reunion sekolah bagai. Nak salahkan zaman it, zaman facebook yang canggih.


Kronologi:
Mereka suami isteri dah berpisah tahun lalu. Dengan kata lain, dah bercerai.

Mereka ni da berkahwin selama 23 tahun. Lepas si isteri pergi reunion sekolah lama, isterinya berubah sikap dan mintak cerai.

Bekas isteri berkahwin lain lepas habis edah.

Setakat ni aku takde pulak baca kenyataan balas dari bekas isterinya. Ok kene take note juga dia ni adalah bekas  isteri nombor dua.

Semua orang maklum, SY ada empat isteri. Mampu.

Dah berpisah tu sudah la, tak payah nak persoalkan lagi. Anggap la takdr jodoh dah. SY pun kata dia da berusaha sehabis baik. Aku harap wartawan pun cukup lah tak perlu nak pergi tanya bekas isterinya. Yang lepas tu, biarkan berlalu.

Bukan maksud aku setuju dengan penceraian dorang, aku pun tak kenal dorang ni sebenarnya.

Tapi terdetik dekat hati aku ni.
Hati PEREMPUAN.

Manalah tahu. 23 tahun satu waktu yang cukup lama. Bukan calang-calang pasangan yang dapat bertahan sampai 23 tahun. Nasib aku sendiri pun aku belom jelas lagi. Berdoa dari sekarang.

Mungkin bekas isterinya tuh da habis tahap kesabaran.
Mungkin ada issue yang dia tak puas hati.
Mungkin ada kehendaknya yang tak dipenuhi.

Ini semua andaian aku je.
Aku kata MUNGKIN.

Tambah pulak poligami bukan main hebat lagi dugaan, cabaran..
Jadi dah takde kesabaran, berpisah mungkin lebih baik.

Apa pun ini PENDAPAT aku jer. 
Tak berapa suka la tengok berita artis bercerai-berai ni.
Doa yang terbaik je lah untuk mereka.


SENGAL.

Masa dua hari terawal aku letak glade ni dalam kereta, takde pun bau wangi seperti yang diharapkan.

Rupanya aku baru perasan, penutup dia still tak tanggalkan.

Sengal.

Tapi sebelum tu, ada macam rasa nak marah juga. Dah kenapa pewangi ni tak wangi. Dah expired?? Tengok cecair banyak lagi.


Hal ni aku tak cerita dekat encik suami pun.
Nanti dia bantai gelak.
Okey bye.


Wednesday, January 27, 2016

ADA TAK COURIER SERVICE LAIN SELAIN POS LAJU??

Sangat mengecewakan.
Hilang mood aku satu hari.
Ada tak courier service yang lain selain pos laju?
Bayangkan la. 
Parcel yang ada pelekat mudah pecah pun boleh pecah?
So apa jaminan yang aku dapat sebagai sender pada barang yang aku pos?
Macam sia-sia je kan.

Ada satu parcel aku dah confirm pecah.


Padahal bungkus pakai kotak.


Tak pasti macam mana standard procedure operating dia nih.
Adakah main campak-campak??


Memang nampak sia-sia je ada pelekat.
Still tak handle with care.
Aku faham, pos laju deal dengan banyak parcel. 
Tambah pulak sekarang ni dah ramai online seller.
So mutu perkhidmatan kene jaga la.
Please..
Bila jadi macam ni, merugikan aku dan menyusahkan customer.

Kita ni sama-sama manusia, hidup jangan meyusahkan orang lain, boleh tak??

Sunday, January 24, 2016

RESUME HIPSTER.

Hari ni aku masak ayam sambal bali untuk kesekian kalinya.
Praktis sebab da target nak buat lauk raya. Begitu.


Puasa pun belum, dah nak cerita pasal raya. Tapi alang-alang kan. Tahun ni raya aku tak de plan apa-apa pun. Warna tema raya tak fikir lagi. Tahun lepas aku berazam nak buat langsir raya untuk tahun ni. Tapi macam malas pulak. Jimat duit la. Pakai je apa yang ada. Langsir sekarang baru dua tahun usianya. Takde orang kisah kan??

Sambil plan menu mingguan ni, nah aku skang da pandai sikit goreng mihun warna warni.


Letak sawi, carrot semua. Nampak ceria. Kalau tak, mihun aku nampak putih je tau. Pemalas satu hal, tak makan sayur satu hal. Okey 2016 tahun untuk appreciate diri sendiri, apalah salahnya apply dekat masakan, ceria sikit kan..

Aku da update resume. Ingat nak cuba tukar kerja. Nak cari mood baru, persekitaran baru. Harap dipermudahkan. Tapi kene consider ekonomi jugak. Kalau ekonomi teruk, agak risau nak jump company.

Hah hari tu lepas update resume, aku pun share dengan adik aku. Kot-kot dia ada pendapat ke. Sekali boleh dia kata, resume aku format lama, suruh tukar hispter sikit. Aku pelik budak zaman sekarang ni. Apa ke benda sangat yang dok terikut hispter?

Aku tanya HR company aku, resume perlu ke nak hipster bagai. HR kata normal layout will do, asalkan experience match dengan apa yang dorang cari. Lega sikit bila HR confirmkan macam tuh. 

Aku google nak tau macam mana contoh resume hipster ni. Adeh.. macam-macam layout keluar. Ada kotak-kotak, kaler-kaler bagai. Aku keje engineer kilang je kot, resume perlu ke hispter? Tak kuasa okey.. Bukan nak mintak keje bahagian creative ke designer ke. Tolong lah. Rasa macam karut je.

Now tinggal nak pilih gambar letak dekat resume jer.. Gigih aku selfie nak edit gambar.


Ha ha aku takde la putih mana. Pencahayaan buat muka jadi nampak putih. Tak konfiden.. Ha ha

Target nak submit resume dalam bulan 3 la kot. Sebab aku tender dua bulan wei. So bajet after bonus nak resign la. Amboi  berangan macam confirm je. Tapi mana tau rezeki. Kerja Allah siapa yang tahu kan?? Yang penting doa, usaha, tawakal.

Dah, nak layan juara lagu sekejap lagi.
Lepas tu nak sidai kain.
Nak packing barang biz.
Nak mandi dan tidur.
Esok kerja.
Okey bye.

Monday, January 18, 2016

ALAT SMART TAG

Aku baru je tinted tingkap kereta.
Buat satu kereta.

Asal nya nak tinted depan saja,
Bila bawak kereta masuk kedai.
Budak kedai tu suggest tukar la untuk satu kereta.
Disebabkan da nampak bubble kan.
So, agreed la tukar satu kereta terus.
RM200 katanya. Murah ke mahal, tak la aku amik tau..
Nanti buat kecewa saja.

Jadi katanya dua hari tak boleh bukak tingkap.
Gulp. Aku pergi balik keje dah la lalu lorong touch n go.
So kalau tak boleh bukak tingkap,
Macam menyusahkan la pulak.
Takkan nak bukak pintu bagai.
Lagipun tingkap sebelah driver tu memang ada problem.

Okey, jom pinjam smart tag encik suami.
Tak nafi la, pakai smart tag dekat highway, sangat lah menjimatkan masa.
Dek kerana kesedapan pakai smart tag.
Aku decide nak beli satu la.
Maka pergilah aku dengan encik suami,
Nak beli smart tag device la konon nya.

Tup-tup dekat plaza tol skudai, 
Takde stok.
Dekat petronas berdekatan pun takde stok.
Last petronas, dekat Uda, katanya ada stok.
Tapi boss simpan dalam opis, dan bos baru je balik.
Kene prank ke apa aku nih.. Sebab pelik.
Barang ada tapi bos simpan.
Ok disuruhnya aku datang sebelah malam.

Jadi malam tadi pukul 8, aku keluar rumah, 
Nak pergi beli smart tage device ni la,
Mana tahu sampai je dekat petronas tu, 
Cashier dia kata, boss dia simpan lagi dalam opis.
Persoalan nya yang buat aku tak paham,
Barang nak jual kot. Kenapa nak kene simpan dalam opis???
So kecewa lagi la.

Last-last kirim dekat wife kawan sekerja encik suami,
Katanya wife dia ni kerja PLUS. Gitu lah,
So harap-harap esok dapat barangnya.

Dulu-dulu sombong tak nak beli.
Sekarang baru sibuk nak mencari.
Isk-isk.

Sunday, January 17, 2016

JALAN-JALAN KUALA LUMPUR.

Selagi ingat, meh la kita tulis sikit memori dekat blog ni.
Buat kenang-kenangan, begitu.
Destinasi terakhir percutian disember 2015 hari tuh adalah Kuala Lumpur, Yeay..
Tak tau apa yang happy sangat.
Tapi kalau ikut tempat yang aku shortlisted, Menara KL salah satunya.
So masuk je KL, terus je set waze, cari jalan ke Menara KL nih.

Kebetulan, hotel yang kitorang dah booking, kalau ikut map, dekat juga dengan Menara KL.
So kitorang just ikut je jalan yang Waze tunjuk.
Mana tau, rupanya, jalan yang sama ke hotel!!!
Serius terkejut. Sebab aku takde la amik tau apa alamat Pacific Regency Hotel ni. 
Sekali nampak papan tanda, oooh rupanya betul-betul bersebelah dengan Menara KL!!!!


Tu papan jalan masuk ke hotel. Jalan masuk ke Menara KL, berdepan je. Aku takde pulak amik gambar papan tanda Menara KL. 
Disebabkan jarak yang terlalu dekat, maka kitorang decide nak jalan kaki je..
Cuaca panas okey, hmm jalan sikit, tengok atas, uiii bila la nak sampai ni.
Jalan sikit lagi, tengok atas.. uiiii, lama lagi ke.. ha ha ha.


Asik la tengok tengok je, bila nak sampai ni. So kene jalan laju lagi..
Berpeluh-peluh. Dah la aku pakai baju hitam. Serap haba. Aiii. Bersabar...


Jalan mendaki bukit..kalau hari-hari macam ni, garenti kurus.
Akhirnya sampai juga. Terus je pergi kaunter. Tanya apa tempat yang boleh masuk.
Masa ni belum ramai sangat orang.
Aku dengan encik suami sepakat nak pergi observation deck yang open air (paling atas sekali) dengan observation deck yang bawah (yang ada aircond).
So beli tiket, lepas tu kene sign borang bagai.. Lepas tu beratur masuk.
Masa nak masuk macam biasa la, amik gambar, berposing bagai.


Haaa ni dari observation deck open air..
Ya Allah, angin kuat sangat. Macam dekat Sky Hore Melaka.
Terbang- terbang tudung..


Pemandangan dari atas..


Tengok awan.. Macam dekat je..
Matahari terik tak boleh nak kata, panas-panas tapi berangin.. hehe


Lepas da puas amik angin, bergambar la semua, turun la kitorang ke level bawah pulak.
Yang ni kawasan tertutup. So ada aircond, tapi sangat ramai orang.. Heheheh


Ada jual souvenir, so beli apa yang patut.


KL tower, yeay...


Lepas tu tunggu turn nak turn.
Beratur.. Ramai sangat orang..

Sampai je bawah, terkejut sangat. Punya lah ramai orang..
Rasa bersyukur sangat sebab kitorang dah turun. Kalau la kitorang baru je sampai Menara KL time ni,
Mau menangis menunggu..

Lepas keluar tu, terus check in hotel. Ada kekurangan dekat sini, bilik yang kitorang dapat tu, view dia tak lawa. Soo tak menarik. Aku ada juga try tanya kaunter, kot-kot boleh tukar bilik. Tapi takde kosong.

Katil king size.. 


Toilet yang takde paip. 


Ada bath tub, tapi paip dia bocor kot, sebab aku saja je try pusing paip,terus la air mengalir, basah terus lantai. Nasib hari kedua dorang ada buat cleaning, so bersih sikit.


Ruang rehat. Abaikan sofina clutch ya. Tapi last-last kerusi ni jadi tempat letak baju, ha ha.


TV..


Hah ada peti ais, dapur sekali. Bole la nak masak-masak ke kan.. Kagum sekejap.
Tak sure la bilik apa yang kitorang booking ni. Dalam kabinet tu memang siap ada periuk semua.
Sempat lagi aku check apa yang patut.


Ni pemandangan dari kafe. Keesokan harinya breakfast amik, seat dekat tepi tingkap. Nampak la Menara KL.


Ok. Sampai sini je mampu tulis.
Kang sambung lagi esok.
Doakan aku rajin je.