Tuesday, May 24, 2016

LAMPU

Semalam sah, lampu aku terbakar satu. Tengah-tengah dok taip entry, tup tup macam disko rasanya. Kelip-kelip bagai. Ok kopak mak nak.. 


Ada risiko bila pakai lampu downlight macam ni. Jenis yang klip punya. Maintenance dia tak berapa recomended lah.

Pertamanya of course bab harga. Sebijik ni dalam RM80 kalo tak silap lah depends on brand gak. Lepas tu ada spec dia. Dulu aku pernah tukar sekali. Bila dah pasang, end up warna dia tak sama dengan lampu lain. Ok fine terima saja lah. Now another one rosak lagi. Silakan bersabar ye Nani.

Yang keduanya bila pakai klip, bila nak buka pasang tukar lampu, kene berhati-hati. Ditakuti kornis rosak. Eh eh eh. So memang kene gentle la. Slow-slow. Bersabar untuk kedua kali. Nasib lah bukan aku yang tukang pasang. Aku bukan penyabar orangnya. 

Lagi bape hari menjelang ramadan. So start from now boleh lah aku riki-riki menu ramadan. Throwback menu tahun-tahun lepas as usual. Rindunya nak masak pagi-pagi. Sebulan je. Hihi.

So this weekend da plan, nak kemas-kemas rumah bagai. Kali ni mesti kemas. Sebab ramadan nanti kang lembik. Tak larat. Propa lebih.

Ok cukup lah menulis. Saja lepaskan rindu. Kalao di ikutkan, banyak benda yang aku rindu. Da tua-tua ni, melankolik banyak sangat. Ok sambung nanti. Daaa

Monday, May 23, 2016

KENAPA AKU RASA AKU PERLUKAN PEMBANTU RUMAH.

Belum apa-apa dah tulis entry macam ni.
Bukan apa, saja nak melepaskan tension.
Dekat mana lagi nak membebel kalau bukan dalam blog sendiri kan.
Tiba-tiba aku rasa macam aku sangat-sangat perlukan pembantu rumah.
Terutama dekat nak puasa raya ni. Tolong lah.

Aku boleh memasak, walau tak sehebat chef. Tapi pada aku, aku sangat-sangat tak suka kemas. Kemas lepas memasak, adakala nak buat preparation memasak pun malas. Tu yang kene potong-potong bawang, sayur, siang-siang ayam, haih. Mesti korang rasa aku pemalas nau Tapi keje tu semua renyah la. Leceh. Walaupun sakit hati dan bosan, tetap ku buat juga. Sebab takde sapa yang boleh buat. Hanya aku. Part yang paling aku suka ialah memasak. Simple je ni, campak-campak, sap sap soi. Siap. Senang sangat.
Bila la nak ada pembantu rumah. Gulp..

Aku tak suka kemas. Aku jenis yang last minit baru terhegeh-hegeh nak kemas. Macam keadaan rumah aku skang. Konon dalam to do list, ok kemas rumah. Sebelum tidur pun da cakap, esok target nak kemas rumah. I is tak de disiplin okey.. Bab kemas rumah.. Takde makna. Tak boleh tahan.. Tolong la. Tengok drama melayu.. ooh bestnya ada pembantu rumah..

Basuh baju. Aku kadang waktu malam je ada masa nak cuci baju. Biasa dalam satu jam setengah baru habis. By the time washing machine stop, mata aku pun da nak terlelap lepas baring-baring depan tv. Haih.. Sekali lagi, ada tak siapa yang sudi nak tolong aku sidai baju? Kadang tu, aku tertidur. Tidur tu musuh utama okey. So esok paginya baru lah aku sidai, tu pun sambil bebel dekat diri sendiri. Haih why why why why tak sidai malam tadi?? Grrrrrr. Tidur tu perlu untuk rehat kan? Pembantu pembantu. I really need help!!

Dah kenapa aku bebel teruk sangat nih.
Maybe sebab penat kot.
Hari ni makan luar.
Sebab balik dari opis, lapar betul. Sampai takde mood.
Then terbawak emosi ke dalam entry.

Jangan berangan ye Nani.
Selagi mampu, sila lah buat semuanya sendiri,
OK bye.

Wednesday, May 11, 2016

PENGALAMAN RENEW PASSPORT DAN GAMBAR IC

Hari tu boss aku ada minta aku datang ke branch singapore untuk meeting. Konon lebih cepat dan efektif banding dengan call atau email. Mulanya memang  aku tak nak pergi sebab pasport pun dah  expired. Tambah pulak malas nak keluarkan duit nak renew passport. So beriya-iya lah aku tolak request ni. Tapi akhirnya terpaksa pegi juga. Sebab dah kritikal sangat. 

Makanya aku terpaksa la renew passport. Nasib bangunan kementerian dalam negeri sebelah taman jer. So ada kemudahan la di situ.
Tengah hari aku berkejar-kejar balik rumah, solat, makan roti minum air sikit, terus pergi KDN.
Sampai sana terus naik Jabatan Imigresen. Bila sampai turn aku, pegawai kata: tudung pink ni tak boleh. Kene pakai tudung hitam. Kalau saya proceed jugak, nanti penyelia tak approved. Agak hangin la disitu. Sambil pegawai tu mintak IC aku. Lepas tu dikatanya lagi: eh ni gambar lama ni. Kene pergi buat gambar baru dan dapatkan IC baru, baru la boleh proceed renew passport.. Dari nak renew passport membawak ke renew gambar dekat IC. Hangin berganda.

Terpaksa la pergi bangunan sebelah- Jabatan Pendaftaran untuk renew gambar IC. Sudah lah time tu pulak hujan rahmat.. Antara dua bangunan pulak takde susur gajah or laluan berbumbung. Redah jugak la hujan. Haish. Dugaan sangat. Nak tunggu IC baru dalam setengah jam. Dapat IC sementara, terus pulak patah balik ke Jabatan Imigresen, sambung proses buat passport. Disebabkan tudung pink tak diterima, terpaksa jugak sarung shawl. Just pin saja. Buat syarat. Cermin mata pun tak dibenarkan pakai. Lepas da selesai semua gambar bagai. Bayar dekat kaunter RM200 untuk 5 tahun. Huhuhu Oh lupa nak bagi tahu. Renew IC pun kene bayar. Tapi aku lupa berapa. Kalau tak silap below RM10. Hah lupa.

Lebih kurang setengah jam tunggu IC siap dan empat puluh lima minit untuk tunggu passport siap. Tunggu lah ko kat situ. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Makanya terima saja lah. Betul2 mencabar keimanan. Now aku dah renew passport siap-siap. Lepas ni takde alasan lagi la. Nak tolak meeting invitation dari singapura. Hmmm..
Okey ini entry tertunda. Aku draft start hari apa tah. Hari ni baru teringat dan publish. Bye.